1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:16,166 --> 00:00:17,041
Pergi tengok.

4
00:00:18,666 --> 00:00:19,833
Kawan!

5
00:00:19,916 --> 00:00:21,375
- Sekejap.
- Pelayan!

6
00:00:21,458 --> 00:00:22,791
- Sekejap, ya.
- Sini!

7
00:00:22,875 --> 00:00:24,208
BAR DAN KUDAPAN OTÁVIO

8
00:00:24,291 --> 00:00:25,583
Nanti saya datang.

9
00:00:26,166 --> 00:00:28,166
- Apa khabar, puan?
- Khabar baik.

10
00:00:28,250 --> 00:00:31,333
Saya nak feijoada lengkap.

11
00:00:31,416 --> 00:00:34,125
Feijoada lengkap. Itu menu istimewa kami.

12
00:00:34,208 --> 00:00:37,208
Saya tak nak hirisan oren.

13
00:00:37,291 --> 00:00:39,250
Macam tak sesuai dengan feijoada.

14
00:00:39,333 --> 00:00:42,583
Feijoada lengkap ada hirisan oren.
Tak nak, tak apa.

15
00:00:42,666 --> 00:00:43,500
Paio pun tak nak.

16
00:00:43,583 --> 00:00:44,583
Feijoada tanpa paio?

17
00:00:44,666 --> 00:00:47,666
Telinga khinzir pun. Jangan letak juga.

18
00:00:47,750 --> 00:00:52,000
Okey, tapi,
itu bukan lagi feijoada lengkap.

19
00:00:52,083 --> 00:00:54,625
Itu cuma sup kacang. Tapi boleh saja.

20
00:00:54,708 --> 00:00:57,291
- Terima kasih. Cepat sikit.
- Mat Sengih!

21
00:00:57,375 --> 00:00:58,916
Tolonglah saya.

22
00:00:59,000 --> 00:01:03,041
Kamu Pekerja Terbaik Bulanan.
Takkan saya seorang saja buat kerja?

23
00:01:03,125 --> 00:01:06,291
Saya menang kerana
saya seorang saja pekerja di sini.

24
00:01:06,375 --> 00:01:10,291
Mariana bukan pekerja?
Oh, ya. Di mana Mariana?

25
00:01:10,375 --> 00:01:11,958
Dia rehat tengah hari.

26
00:01:12,041 --> 00:01:14,875
Mariana rehat tengah hari, bos.

27
00:01:14,958 --> 00:01:17,666
Dia dah cakap tadi.
Aku belum pekak lagilah.

28
00:01:32,416 --> 00:01:33,250
Ayah?

29
00:01:33,333 --> 00:01:34,666
Hai, sayang.

30
00:01:35,625 --> 00:01:38,833
Ayah tengok kamu main tadi.
Cara kamu pegang penggesek,

31
00:01:38,916 --> 00:01:40,541
cara kamu lentokkan kepala…

32
00:01:41,625 --> 00:01:43,000
Ayah teringat mak kamu.

33
00:01:43,083 --> 00:01:45,625
Main biola mengubat rindu saya kepada dia.

34
00:01:46,958 --> 00:01:49,208
Kamu berbakat macam dia.

35
00:01:49,291 --> 00:01:50,333
Terima kasih.

36
00:01:51,625 --> 00:01:54,291
Tapi kamu kena turun.
Bar tengah ramai orang.

37
00:01:54,375 --> 00:01:57,833
Saya tengah ulang kaji
untuk masuk Konservatori Paris.

38
00:01:58,708 --> 00:02:01,375
Waktu rehat kamu dah habis, sayang.

39
00:02:01,458 --> 00:02:02,958
- Kamu dah makan?
- Sudah.

40
00:02:03,458 --> 00:02:04,958
Kalau begitu, mari pergi.

41
00:02:05,041 --> 00:02:07,000
Kerja dulu, baru main.

42
00:02:07,083 --> 00:02:10,041
- Muzik akan jadi kerja saya.
- Mestilah.

43
00:02:10,125 --> 00:02:12,791
Tapi kamu kena tolong dulu ayah di bawah.

44
00:02:13,291 --> 00:02:14,125
Mari.

45
00:02:15,083 --> 00:02:16,791
- Kamu lupa.
- Yalah.

46
00:02:21,708 --> 00:02:23,750
Ayuh!

47
00:02:23,833 --> 00:02:25,500
- Ayuh!
- Tengoklah dia!

48
00:02:25,583 --> 00:02:27,083
Hebat!

49
00:02:27,875 --> 00:02:28,750
Sempoi!

50
00:02:28,833 --> 00:02:30,458
Tengok. Mariana dah sampai.

51
00:02:32,041 --> 00:02:33,916
- Hai, Mak Cik Joana.
- Apa khabar?

52
00:02:38,583 --> 00:02:39,833
Kamu dah makan, Mari?

53
00:02:42,375 --> 00:02:44,666
Biar saya bawakan bil untuk meja dua.

54
00:02:46,833 --> 00:02:49,416
- Ayuh! Hebat!
- Lagi!

55
00:02:51,333 --> 00:02:54,166
- Kudapan sambil kerja.
- Terima kasih, mak cik.

56
00:02:59,166 --> 00:03:00,000
Ayah?

57
00:03:00,083 --> 00:03:01,166
Apa, sayang?

58
00:03:01,666 --> 00:03:03,625
Kenapa Felipinho tak payah kerja?

59
00:03:03,708 --> 00:03:05,875
Dia tengah berlatih menari.

60
00:03:05,958 --> 00:03:08,583
Dia nak cari duit di TokTok atau TukTuk.

61
00:03:08,666 --> 00:03:10,875
Kamu nak jadi pemuzik. Dia pula penari.

62
00:03:10,958 --> 00:03:13,333
Baik. Jadi, dia boleh berseronok?

63
00:03:13,416 --> 00:03:14,541
Tanyalah mak dia.

64
00:03:14,625 --> 00:03:16,916
Ayah tak setuju dia berseronok.

65
00:03:17,000 --> 00:03:20,166
Suatu hari nanti,
dia kena cari kerja sebenar.

66
00:03:24,000 --> 00:03:26,916
ALMOST FAMILY

67
00:03:29,583 --> 00:03:32,250
Hei, Vinícius.
Pasukan kau dah nak turun liga.

68
00:03:33,375 --> 00:03:36,000
Selamat pagi, ayah.
Selamat pagi, Mat Sengih.

69
00:03:36,083 --> 00:03:39,708
Ayah tak pernah tengok
Mariana begitu gembira nak kerja.

70
00:03:39,791 --> 00:03:41,000
Memang saya gembira.

71
00:03:41,083 --> 00:03:43,541
Gementar pun ya. Saya kena lulus ujian.

72
00:03:43,625 --> 00:03:45,083
- Bila ujiannya?
- Jumaat.

73
00:03:45,166 --> 00:03:47,708
Saya akan main
di depan panel dan penonton.

74
00:03:47,791 --> 00:03:49,875
Saya nak ayah datang. Ada sebabnya.

75
00:03:49,958 --> 00:03:50,791
Apa sebabnya?

76
00:03:50,875 --> 00:03:52,958
Rahsia. Ayah kena datang.

77
00:03:53,041 --> 00:03:56,041
Tapi kehadiran ayah
sangat penting bagi saya.

78
00:03:56,125 --> 00:03:57,416
Ayah janji akan datang.

79
00:03:57,916 --> 00:03:58,875
Terima kasih, ayah.

80
00:04:10,875 --> 00:04:13,500
Otávio mana?
Tak nampak pun batang hidungnya.

81
00:05:28,208 --> 00:05:30,208
Syabas, Mariana!

82
00:05:31,291 --> 00:05:32,416
Bagus, Mari!

83
00:05:34,333 --> 00:05:35,750
Syabas!

84
00:05:36,750 --> 00:05:38,083
Syabas!

85
00:05:38,166 --> 00:05:40,500
Sayang, ayah cuba, tapi bar penuh…

86
00:05:40,583 --> 00:05:43,166
Tak apa. Tak perlu minta maaf. Pergilah.

87
00:05:43,250 --> 00:05:46,000
Yang penting, kamu dapat apa kamu nak.

88
00:05:46,083 --> 00:05:46,916
Pentingkah?

89
00:05:47,000 --> 00:05:48,916
Ayah macam tak sokong saya pun.

90
00:05:49,000 --> 00:05:50,750
Ayah sentiasa sokong kamu.

91
00:05:50,833 --> 00:05:53,916
- Kalau ya, ayah sepatutnya datang.
- Ayah dah cuba…

92
00:05:54,000 --> 00:05:54,833
Sudah, ayah!

93
00:05:55,875 --> 00:05:56,708
Sudah.

94
00:05:57,291 --> 00:05:58,541
Saya tahu ayah cuba.

95
00:05:59,291 --> 00:06:01,208
Asalkan saya berjaya, betul tak?

96
00:06:02,250 --> 00:06:04,916
Ayah boleh cari orang
untuk ganti saya di bar.

97
00:06:05,000 --> 00:06:06,083
Saya nak ke Paris.

98
00:06:06,166 --> 00:06:07,083
Macam itu saja?

99
00:06:07,750 --> 00:06:11,875
Kamu nak ke Paris
dan tinggalkan segalanya yang kita bina?

100
00:06:11,958 --> 00:06:13,125
Macam itu saja?

101
00:06:13,208 --> 00:06:14,791
Saya kejar impian saya.

102
00:06:14,875 --> 00:06:19,458
Kamu ada impian kerana kamu ada rumah,
kamu cukup makan, dan kamu bersekolah.

103
00:06:19,541 --> 00:06:21,000
Bar ini yang berikannya.

104
00:06:21,083 --> 00:06:24,083
Bar yang kamu akan warisi,

105
00:06:24,166 --> 00:06:26,500
yang kamu boleh tukar jadi francais,

106
00:06:26,583 --> 00:06:29,083
tapi sekarang, kamu nak buang semuanya.

107
00:06:29,166 --> 00:06:30,375
- Mana ada.
- Ya.

108
00:06:30,458 --> 00:06:33,250
Saya tak buang. Bar ini impian ayah.

109
00:06:33,333 --> 00:06:34,583
Saya ada impian saya.

110
00:06:34,666 --> 00:06:39,458
Muzik impian saya, dan saya dapat masuk
salah sebuah institut muzik terbaik dunia.

111
00:06:44,583 --> 00:06:45,416
Sudah, ayah.

112
00:06:45,500 --> 00:06:48,000
Saya nak berkemas.
Saya pergi lagi dua minggu.

113
00:06:49,916 --> 00:06:51,916
Kamu nak ke Paris lagi dua minggu?

114
00:06:53,708 --> 00:06:54,541
Ya.

115
00:06:54,625 --> 00:06:55,666
Okey, Mariana.

116
00:06:55,750 --> 00:06:58,166
Pergilah kejar impian kamu.

117
00:06:58,250 --> 00:06:59,291
Pergilah.

118
00:06:59,375 --> 00:07:01,041
Tapi kamu kena tahu sesuatu.

119
00:07:01,833 --> 00:07:04,833
Kalau ada masalah, jangan telefon ayah.

120
00:07:06,750 --> 00:07:07,708
Baik, ayah.

121
00:07:26,458 --> 00:07:28,958
BAR DAN KUDAPAN OTÁVIO

122
00:07:41,125 --> 00:07:42,250
- Jaga diri.
- Baik.

123
00:07:42,333 --> 00:07:43,833
- Selamat berjaya.
- Baik.

124
00:07:43,916 --> 00:07:46,541
- Buat elok-elok.
- Jumpa lagi, mak cik.

125
00:07:47,666 --> 00:07:48,500
Sayang…

126
00:07:52,833 --> 00:07:54,083
Apa-apa saya telefon.

127
00:07:57,541 --> 00:07:58,583
Saya sayang ayah.

128
00:08:00,750 --> 00:08:02,166
Sayang.

129
00:08:14,333 --> 00:08:18,416
TIGA TAHUN KEMUDIAN

130
00:08:30,750 --> 00:08:31,750
Joana!

131
00:08:32,333 --> 00:08:33,166
Joana!

132
00:08:33,250 --> 00:08:34,083
Mari!

133
00:08:34,666 --> 00:08:36,041
- Apa?
- Dia nak balik.

134
00:08:36,875 --> 00:08:38,708
- Dia nak balik!
- Ya!

135
00:08:39,458 --> 00:08:40,541
Seronoknya!

136
00:08:42,625 --> 00:08:44,958
Mungkin ini peluang untuk kamu berbaik.

137
00:08:45,041 --> 00:08:46,666
Mungkin dia akan tinggal di sini.

138
00:08:47,708 --> 00:08:48,916
Itukah yang dia nak?

139
00:08:49,000 --> 00:08:50,666
Dia mungkin rindu kita.

140
00:08:50,750 --> 00:08:53,500
- Dia mesti rindu feijoada saya.
- Yalah itu.

141
00:08:53,583 --> 00:08:55,833
Tapi awak kena sokong impiannya.

142
00:08:55,916 --> 00:08:57,083
Bukan impian awak.

143
00:08:57,166 --> 00:08:58,666
- Saya…
- Ya?

144
00:08:58,750 --> 00:09:00,958
Saya sokong sepenuhnya keinginan dia.

145
00:09:01,041 --> 00:09:03,083
- Ya.
- Saya akan usaha agar dia tak pergi.

146
00:09:03,166 --> 00:09:04,250
Saya akan usaha.

147
00:09:04,333 --> 00:09:05,625
Terima kasih, sayang.

148
00:09:16,041 --> 00:09:16,916
Sayang.

149
00:09:17,791 --> 00:09:19,750
- Cantiknya kamu.
- Terima kasih.

150
00:09:19,833 --> 00:09:21,416
- Mari!
- Mak Cik Joana!

151
00:09:21,916 --> 00:09:24,500
- Mak cik rindu kamu.
- Saya pun.

152
00:09:24,583 --> 00:09:25,916
Mari sini. Apa khabar?

153
00:09:26,500 --> 00:09:27,791
Tengoklah bar kita.

154
00:09:27,875 --> 00:09:29,041
Tunjukkan bar kita.

155
00:09:29,125 --> 00:09:29,958
PUB SOARES

156
00:09:30,041 --> 00:09:30,916
Ayah tukar nama?

157
00:09:31,000 --> 00:09:33,125
- Nama keluarga.
- Kami hias untuk kamu.

158
00:09:33,208 --> 00:09:34,416
SELAMAT PULANG, MARI

159
00:09:35,500 --> 00:09:36,958
Apa khabar, semua!

160
00:09:37,458 --> 00:09:40,250
Tengoklah betapa cantiknya bar kamu, Mari.

161
00:09:40,333 --> 00:09:42,208
Cantik, bukan? Ayah ubah suai.

162
00:09:42,291 --> 00:09:43,750
Bar ayah, bukan saya.

163
00:09:43,833 --> 00:09:45,833
Bar kita, sayang.

164
00:09:45,916 --> 00:09:47,291
Ayah tambah pentas.

165
00:09:47,375 --> 00:09:49,583
Kalau kamu nak
buat persembahan waktu kerja,

166
00:09:49,666 --> 00:09:51,041
ambil biola kamu dan…

167
00:09:51,125 --> 00:09:54,708
Sebenarnya, saya ada berita.

168
00:09:54,791 --> 00:09:56,541
Ayah tak sabar nak dengar.

169
00:09:56,625 --> 00:10:01,250
Tak kisah apa-apa pun beritanya,
ayah akan sokong kamu.

170
00:10:01,333 --> 00:10:02,166
Tak kira apa.

171
00:10:02,250 --> 00:10:03,166
Di Paris, saya…

172
00:10:05,000 --> 00:10:06,208
Saya jatuh cinta.

173
00:10:07,958 --> 00:10:09,416
Saya akan berkahwin.

174
00:10:10,916 --> 00:10:12,333
Namanya Miguel.

175
00:10:12,416 --> 00:10:14,458
Miguel dalam bahasa Perancis jadi "Migut"?

176
00:10:15,333 --> 00:10:16,750
Dia bukan orang Perancis.

177
00:10:18,291 --> 00:10:19,416
Dia orang Argentina.

178
00:10:19,500 --> 00:10:21,208
Nak muntah rasanya.

179
00:10:22,166 --> 00:10:23,041
Tahniah!

180
00:10:23,125 --> 00:10:24,291
Main muzik.

181
00:10:26,625 --> 00:10:28,333
Ayah nak cuba fahamkan.

182
00:10:29,041 --> 00:10:31,458
Kamu nak kahwini
orang Argentina bernama Miguel?

183
00:10:31,541 --> 00:10:33,458
- Ya.
- Kamu nak tinggal di sana?

184
00:10:33,541 --> 00:10:36,625
Sebelum itu, keluarga kita akan ke sana.

185
00:10:36,708 --> 00:10:38,958
Ibu bapa Miguel ada hotel di Bariloche.

186
00:10:39,041 --> 00:10:40,041
Aduhai.

187
00:10:40,125 --> 00:10:42,833
Mereka jemput kita untuk berkenalan.

188
00:10:42,916 --> 00:10:47,541
Itu antara bandar tercantik Argentina.
Makanannya sedap dan boleh tengok salji.

189
00:10:47,625 --> 00:10:50,750
- Peti sejuk pun ada salji.
- Tolonglah. Ini penting bagi saya.

190
00:10:50,833 --> 00:10:51,875
Bos.

191
00:10:51,958 --> 00:10:54,791
Jangan risau tentang bar ini.
Saya boleh uruskan.

192
00:10:54,875 --> 00:10:55,750
Mereka kenal saya.

193
00:10:55,833 --> 00:10:58,208
Kenapa mereka main tango? Siapa suruh?

194
00:11:00,083 --> 00:11:03,083
- Aduhai, saya rasa…
- Jom raikan dengan feijoada.

195
00:11:03,166 --> 00:11:04,458
Lama tak makan feijoada.

196
00:11:04,541 --> 00:11:06,208
- Mana pinggannya?
- Di sini.

197
00:11:06,291 --> 00:11:08,916
- Saya tak sedap…
- Biar saya ambil pinggan.

198
00:11:09,666 --> 00:11:11,208
Mat Sengih, pinggan mana?

199
00:11:11,291 --> 00:11:13,083
- Saya ambilkan.
- Ayah, biar betul?

200
00:11:13,166 --> 00:11:15,791
Ayah okey.
Ayah cuma periksa kebersihannya.

201
00:11:15,875 --> 00:11:17,041
Pak cik, bertenang.

202
00:11:17,125 --> 00:11:21,750
Membazir saja nak ke Argentina.
Di Búzios pun ada orang Argentina.

203
00:11:21,833 --> 00:11:23,791
Kita guna mata perjalanan, bukan?

204
00:11:23,875 --> 00:11:25,958
Ya, ayah. Betul kata Mak Cik Joana.

205
00:11:26,041 --> 00:11:28,541
Lagi murah ke Bariloche
daripada ke Búzios.

206
00:11:28,625 --> 00:11:31,958
Ayah tak nak ke mana-mana.
Ayah takkan ikut ke sana.

207
00:11:34,416 --> 00:11:38,833
Ayah tak tahu macam mana
kamu boleh paksa ayah naik pesawat ini.

208
00:11:40,416 --> 00:11:41,916
Jangan makan itu.

209
00:11:43,000 --> 00:11:46,166
Ini ham atau pita selofan? Biar betul?

210
00:11:46,666 --> 00:11:49,041
- Aduhai.
- Kamu kata makanan Argentina sedap.

211
00:11:49,125 --> 00:11:50,583
Sedap konon.

212
00:11:50,666 --> 00:11:54,375
Ada tak penguin di sana
yang saya boleh rakam untuk video saya?

213
00:11:54,458 --> 00:11:56,833
- Video itu boleh tular.
- Ya, nak.

214
00:11:56,916 --> 00:11:58,875
Altitud ini buat dia tak betul.

215
00:11:58,958 --> 00:12:00,958
Beginilah, sayang.

216
00:12:01,041 --> 00:12:02,500
Ayah masih…

217
00:12:02,583 --> 00:12:04,958
Ayah masih tak percaya kamu nak kahwin.

218
00:12:05,041 --> 00:12:06,083
Ayah cakap betul.

219
00:12:07,583 --> 00:12:11,125
Tapi macam ayah janji,
ayah sokong saja keputusan kamu.

220
00:12:11,208 --> 00:12:12,083
Terima kasih.

221
00:12:12,166 --> 00:12:15,916
Apa-apa saja kamu nak, ayah akan buat.

222
00:12:16,000 --> 00:12:18,208
Ayah cuma perlu jadi ayah saya.

223
00:12:19,541 --> 00:12:20,708
Itu saja.

224
00:12:20,791 --> 00:12:22,833
Ayah kamu kena belajar berkemas.

225
00:12:22,916 --> 00:12:24,083
Dia tak bawa jaket.

226
00:12:24,166 --> 00:12:25,708
Tengoklah keadaannya.

227
00:12:25,791 --> 00:12:28,583
Ayah tahan sejuk.
Ayah dari Niterói yang berangin.

228
00:12:34,583 --> 00:12:36,375
Sayang, sejujurnya,

229
00:12:37,666 --> 00:12:40,750
suhu sejuk ini menunjukkan

230
00:12:40,833 --> 00:12:43,375
betapa nyatanya krisis iklim.

231
00:12:43,458 --> 00:12:47,375
Rasanya, Argentina masih kena
El Nino atau La Nina. Saya tak ingat.

232
00:12:47,458 --> 00:12:52,291
Sayang, tak kisahlah Nino atau Nina,
punggung ayah rasa macam dah beku.

233
00:12:52,375 --> 00:12:55,541
Lain kali, jangan keras kepala.
Nasib baik saya ada.

234
00:13:03,208 --> 00:13:04,125
Miguel!

235
00:13:05,583 --> 00:13:06,666
Sayang.

236
00:13:06,750 --> 00:13:08,291
Seronok dapat jumpa awak.

237
00:13:08,375 --> 00:13:09,666
- Apa khabar?
- Baik.

238
00:13:09,750 --> 00:13:11,291
- Perjalanan okey?
- Ya.

239
00:13:11,791 --> 00:13:14,416
- Ini mak ayah saya, Héctor dan Norma.
- Hai!

240
00:13:14,500 --> 00:13:15,958
- Selamat berkenalan.
- Samalah.

241
00:13:16,041 --> 00:13:17,708
- Hai.
- Selamat berkenalan.

242
00:13:17,791 --> 00:13:19,041
- Norma.
- Mariana.

243
00:13:19,125 --> 00:13:21,958
Kamu kena reda.
Bapa mertua kamu orang Argentina.

244
00:13:23,166 --> 00:13:26,125
Salam kenal.
Saya nak kenalkan keluarga saya.

245
00:13:26,208 --> 00:13:27,916
- Mak tiri saya, Joana.
- Salam kenal.

246
00:13:28,000 --> 00:13:29,708
Felipinho, adik tiri saya.

247
00:13:29,791 --> 00:13:30,625
Dan…

248
00:13:31,458 --> 00:13:33,000
Itu…

249
00:13:39,791 --> 00:13:41,666
- Itu dia. Ayah saya.
- Hai.

250
00:13:42,958 --> 00:13:43,916
- Otávio.
- Hoi.

251
00:13:45,875 --> 00:13:47,375
Saya Otávio, plazer.

252
00:13:47,458 --> 00:13:51,833
Mucho gusto dapat jumpa awak berdua.

253
00:13:51,916 --> 00:13:55,583
Tak sangka suami saya
tahu bahasa rojak Portugis dan Sepanyol.

254
00:13:55,666 --> 00:13:57,833
Kami boleh berbahasa Portugis.

255
00:13:57,916 --> 00:13:59,500
Jangan risau.

256
00:13:59,583 --> 00:14:04,375
Di sini, pergi mana-mana saja,
pasti ada orang Brazil.

257
00:14:04,458 --> 00:14:07,250
Bahasa Portugisnya
sehebat bahasa Sepanyol saya.

258
00:14:07,791 --> 00:14:10,375
Ada ramai orang Brazil di Bariloche,

259
00:14:10,458 --> 00:14:13,625
hinggakan kami boleh berbahasa Portugis.

260
00:14:14,291 --> 00:14:18,750
Saya juga biasa jumpa orang Argentina
kerana saya peluncur air.

261
00:14:18,833 --> 00:14:21,583
Apabila saya ke Florianópolis, Floripa,

262
00:14:21,666 --> 00:14:23,750
ada ramai orang Argentina di laut

263
00:14:23,833 --> 00:14:26,458
hinggakan kami perlu
meluncur di atas mereka.

264
00:14:26,541 --> 00:14:29,291
Orang Argentina di sana akan jerit, "Hoi!"

265
00:14:30,541 --> 00:14:32,541
Dah macam langgar bonggol jadinya.

266
00:14:35,708 --> 00:14:38,125
Lawak betullah awak, "otabiol".

267
00:14:38,208 --> 00:14:39,458
- Apa?
- Tak, pak cik.

268
00:14:39,541 --> 00:14:41,333
- Namanya Otávio.
- Otávio.

269
00:14:41,416 --> 00:14:43,208
- Huruf V. Ingat tak?
- Otávio.

270
00:14:43,291 --> 00:14:44,708
- Otávio.
- Betul.

271
00:14:44,791 --> 00:14:46,208
Kenapa dia biadab sangat?

272
00:14:46,291 --> 00:14:49,250
Penutur bahasa Sepanyol
selalu silap bunyi V dan B.

273
00:14:49,333 --> 00:14:52,000
Dia bukan silap V dan B. Dia tambah L.

274
00:14:52,083 --> 00:14:54,291
- Dia nak cakap "biol".
- Maaflah, "otabiol".

275
00:14:54,375 --> 00:14:55,625
Eh, Otávio.

276
00:14:55,708 --> 00:14:57,458
- Dia buat lagi.
- Otávio.

277
00:14:58,250 --> 00:14:59,583
Mari kita "perigi".

278
00:14:59,666 --> 00:15:00,916
Mari kita "perigi"?

279
00:15:01,000 --> 00:15:01,958
Sudahlah.

280
00:15:02,041 --> 00:15:04,583
- Biar betul?
- Setidaknya, awak dah hangat.

281
00:15:04,666 --> 00:15:07,041
Saya tak suka dia.

282
00:15:21,625 --> 00:15:23,666
Perhatian!

283
00:15:23,750 --> 00:15:25,583
Itu pusat masyarakat.

284
00:15:25,666 --> 00:15:32,541
Kompleks seni binanya terdiri daripada
bangunan yang mengelilingi dataran.

285
00:15:32,625 --> 00:15:34,000
Macam Petrópolis.

286
00:15:34,083 --> 00:15:38,541
Di sini juga ada pemandangan
Tasik Nahuel Huapi yang memukau.

287
00:15:38,625 --> 00:15:41,375
Nampak macam Sungai Piraí.

288
00:15:41,458 --> 00:15:44,833
Miguel ada cerita,
tapi saya tak sangka secantik ini.

289
00:15:47,833 --> 00:15:50,458
Awak tahu kenapa salji istimewa, Mariana?

290
00:15:50,541 --> 00:15:51,625
Kenapa?

291
00:15:51,708 --> 00:15:55,125
Sebab salji perumpamaan
yang sesuai bagi manusia.

292
00:15:56,791 --> 00:15:58,458
Sepertimana manusia,

293
00:15:58,541 --> 00:16:02,333
setiap emping salji berbeza.

294
00:16:02,416 --> 00:16:04,666
Dah jadi penyajak pula? Puisi?

295
00:16:06,166 --> 00:16:08,125
- Perumpamaan konon.
- Memang indah.

296
00:16:18,083 --> 00:16:20,375
HOTEL DAN GASTRONOMI MARTIN

297
00:16:24,083 --> 00:16:25,833
Teruk betul tempat duduknya.

298
00:16:25,916 --> 00:16:30,375
Selamat datang ke hotel Keluarga Martín.

299
00:16:30,458 --> 00:16:32,041
Cantiknya tempat ini.

300
00:16:32,125 --> 00:16:35,625
Biar saya kenalkan, Pablito.

301
00:16:35,708 --> 00:16:36,541
Pablinho.

302
00:16:36,625 --> 00:16:38,666
Dia pekerja rencam kami.

303
00:16:38,750 --> 00:16:40,375
Hei, Pablito!

304
00:16:40,458 --> 00:16:42,166
Awak tak ambil barang saya.

305
00:16:42,250 --> 00:16:43,791
Sekejap.

306
00:16:43,875 --> 00:16:45,833
Tangannya kosong. Dia boleh saja…

307
00:16:45,916 --> 00:16:49,125
Bagaimana? Awak suka tak hotel saya?

308
00:16:51,416 --> 00:16:57,416
Hotel ini dibina oleh datuk saya.

309
00:16:57,500 --> 00:16:58,750
Eloklah begitu.

310
00:16:58,833 --> 00:17:01,583
Kita sambung cerita di dalam.
Di luar sejuklah.

311
00:17:01,666 --> 00:17:04,208
Kita sambung sembang nanti.

312
00:17:04,291 --> 00:17:05,625
Nanti saya datang.

313
00:17:19,041 --> 00:17:20,541
Otávio!

314
00:17:22,750 --> 00:17:23,625
- Sayang.
- Ya?

315
00:17:23,708 --> 00:17:26,791
Biar saya hidupkan pemanas.
Tahu pun sejuk.

316
00:17:26,875 --> 00:17:27,958
Terima kasih.

317
00:17:28,041 --> 00:17:32,291
Saya ingat orang Argentina tawan
Búzios dan Santa Catarina saja.

318
00:17:32,375 --> 00:17:34,166
Tak sangka anak saya pun kena.

319
00:17:34,750 --> 00:17:37,500
Tak sangka kita dapat
himpunkan keluarga kita.

320
00:17:37,583 --> 00:17:38,416
Sayang…

321
00:17:39,333 --> 00:17:41,375
Elok kita jangan raikan dulu.

322
00:17:41,458 --> 00:17:44,291
- Ayah saya suka buat hal.
- Jangan cakap begitu.

323
00:17:44,791 --> 00:17:46,041
Saya suka ayah awak.

324
00:17:46,125 --> 00:17:49,375
Saya pula suka ayah awak.
Saya boleh cakap semua benda.

325
00:17:49,458 --> 00:17:51,416
Dengan ayah saya, tidak.

326
00:17:51,500 --> 00:17:55,625
Memanglah boleh dengan ayah saya.
Asalkan dia yang banyak bercakap.

327
00:17:55,708 --> 00:17:57,416
Menyampah betul!

328
00:17:57,500 --> 00:18:00,500
Pemilik hotel dan profesor sejarah?

329
00:18:00,583 --> 00:18:02,791
Dapatlah kita belajar daripada dia.

330
00:18:02,875 --> 00:18:04,958
Awak yang buat orang menyampah.

331
00:18:05,041 --> 00:18:05,958
- Hei!
- Apa?

332
00:18:06,041 --> 00:18:07,291
Awak di pihak mereka?

333
00:18:07,875 --> 00:18:09,500
Aku sendirian, wahai Tuhan.

334
00:18:09,583 --> 00:18:13,208
Apa dosa lampau aku
sampaikan Kau hukum aku begini?

335
00:18:13,708 --> 00:18:15,125
Awak buat banyak silap,

336
00:18:15,208 --> 00:18:17,041
tapi awak ke sini demi Mari.

337
00:18:17,125 --> 00:18:19,666
Jadi, sokonglah dia dan gembirakan dia.

338
00:18:19,750 --> 00:18:21,208
Betul kata awak.

339
00:18:21,291 --> 00:18:24,250
Saya rasa pemanas ini rosaklah.

340
00:18:24,333 --> 00:18:26,916
Berpeluh-peluh saya dibuatnya. Panas.

341
00:18:27,000 --> 00:18:31,125
Saya berpeluh sampai
peluhnya masuk ke celah punggung saya.

342
00:18:31,208 --> 00:18:33,041
- Otávio?
- Mesti dah rosak.

343
00:18:33,125 --> 00:18:34,666
Awak dah rosakkannya.

344
00:18:34,750 --> 00:18:37,208
Tadi sejuk. Kalau panas, hadap sajalah.

345
00:18:44,541 --> 00:18:45,583
Hoi, apa khabar?

346
00:18:45,666 --> 00:18:48,916
Otávio bercakap.

347
00:18:49,000 --> 00:18:53,875
Bilik saya ada masalah.

348
00:18:53,958 --> 00:18:56,458
Pemanasnya rosak.

349
00:18:56,541 --> 00:18:58,166
Sekejap.

350
00:19:01,125 --> 00:19:02,125
Bagaimana?

351
00:19:02,208 --> 00:19:04,458
Dia suruh tunggu, kemudian dia letak.

352
00:19:05,708 --> 00:19:07,541
Seronok betul rasanya.

353
00:19:07,625 --> 00:19:10,125
Pak cik nak dengar cerita menantu pak cik.

354
00:19:10,208 --> 00:19:13,083
Mariana, ceritakan tentang diri kamu.

355
00:19:13,916 --> 00:19:17,708
Ya, mak cik nak tahu
bagaimana kamu dan Miguel bertemu.

356
00:19:18,291 --> 00:19:19,125
Mak cik pun.

357
00:19:19,791 --> 00:19:20,750
Tinder, ya?

358
00:19:20,833 --> 00:19:22,166
- Bukan Tinder.
- Tak.

359
00:19:22,250 --> 00:19:25,083
Kami jumpa di kolej muzik.
Kami main bersama.

360
00:19:26,000 --> 00:19:28,875
Saya jatuh cinta pandang pertama,

361
00:19:29,375 --> 00:19:32,541
tapi apabila saya dengar dia main,
saya terus angau.

362
00:19:33,916 --> 00:19:38,166
Beginilah. Kita cakap terus saja.
Kamu nak tinggal di mana nanti?

363
00:19:38,250 --> 00:19:40,833
Saya pun nak tanya.

364
00:19:40,916 --> 00:19:42,416
Kamu nak tinggal di mana?

365
00:19:46,333 --> 00:19:47,416
- Eropah.
- Eropah.

366
00:19:47,500 --> 00:19:48,541
Di sana sejuk.

367
00:19:48,625 --> 00:19:50,541
Di sini pun sejuk.

368
00:19:50,625 --> 00:19:53,333
Ayah tak kata pun cuaca sejuk seronok.

369
00:19:53,416 --> 00:19:54,708
- Mana ada.
- Ayah.

370
00:19:54,791 --> 00:19:57,458
Tinggallah di Brazil.
Panas sepanjang tahun.

371
00:19:57,541 --> 00:19:58,833
Maaf, Otávio.

372
00:19:58,916 --> 00:20:02,125
Iklim Argentina lebih tenang.

373
00:20:03,000 --> 00:20:07,000
Lagipun, kami ada wain Malbec,
Messi, Bombonera, stik chorizo,

374
00:20:07,083 --> 00:20:10,333
dulce de leche,
dan Miguel kena uruskan hotel ini.

375
00:20:11,416 --> 00:20:12,750
Itu yang sepatutnya.

376
00:20:15,041 --> 00:20:16,000
Beginilah.

377
00:20:16,083 --> 00:20:17,833
Awak beri hujah yang baik

378
00:20:17,916 --> 00:20:20,833
dengan mengatakan
iklim Argentina lebih tenang.

379
00:20:20,916 --> 00:20:23,458
Brazil ada dulce de leche
dari Minas Gerais.

380
00:20:23,541 --> 00:20:25,791
Kami boleh beli wain Malbec di kedai.

381
00:20:25,875 --> 00:20:29,125
Kami ada pantai,
karnival, bola sepak, dan Pelé.

382
00:20:29,208 --> 00:20:30,291
Brazil lebih baik.

383
00:20:30,375 --> 00:20:34,625
Mariana akan mewarisi empayar gastronomi

384
00:20:34,708 --> 00:20:36,291
yang saya akan tinggalkan.

385
00:20:40,916 --> 00:20:43,583
Kami tak nak tinggal
di Brazil atau Argentina.

386
00:20:43,666 --> 00:20:46,333
Kami nak Eropah yang lebih banyak peluang.

387
00:20:46,416 --> 00:20:49,666
Tak kisahlah mana-mana pun,

388
00:20:49,750 --> 00:20:51,416
kedua-dua keluarga berhak

389
00:20:51,500 --> 00:20:54,208
meraikan penyatuan kamu berdua.

390
00:20:54,291 --> 00:20:57,583
Saya suka bakal besan saya.
Rasanya kita sependapat.

391
00:20:57,666 --> 00:21:00,916
Memang pun. Kita perlu raikannya.

392
00:21:01,000 --> 00:21:02,375
Otávio,

393
00:21:02,458 --> 00:21:03,916
betul kata mereka.

394
00:21:04,708 --> 00:21:08,666
Mari kita adakan jamuan makan malam.

395
00:21:08,750 --> 00:21:10,166
Banyaknya mereka makan.

396
00:21:10,250 --> 00:21:12,583
- Di tempat istimewa.
- Helo! Hai!

397
00:21:12,666 --> 00:21:16,166
Saya nak kenalkan, ini Carol.

398
00:21:16,250 --> 00:21:17,458
- Hai.
- Hai.

399
00:21:17,541 --> 00:21:22,708
Dia yang uruskan
senarai wain kami yang hebat.

400
00:21:23,291 --> 00:21:25,333
Terima kasih, Pak Cik Héctor.

401
00:21:25,416 --> 00:21:27,708
Saya ucap selamat datang ke hotel ini.

402
00:21:27,791 --> 00:21:32,625
Saya harap awak semua suka
wain yang kami sediakan.

403
00:21:32,708 --> 00:21:35,083
- Memang suka pun.
- Terima kasih.

404
00:21:35,166 --> 00:21:39,166
Kamu tak layak untuk dia.
Bagai langit dengan bumi.

405
00:21:39,250 --> 00:21:41,916
Pak cik pun boleh pikat mak saya, jadi…

406
00:21:42,000 --> 00:21:44,208
Saya kenal Carol sejak dia kecil.

407
00:21:44,291 --> 00:21:45,375
Ya.

408
00:21:45,458 --> 00:21:49,916
Malah, dia dan Miguel pernah bercinta.

409
00:21:50,000 --> 00:21:52,083
Ya. Miguel!

410
00:21:52,166 --> 00:21:53,541
Apa khabar?

411
00:21:53,625 --> 00:21:56,166
- Hai.
- Hai.

412
00:21:56,250 --> 00:21:57,250
Ini Mariana.

413
00:21:57,333 --> 00:21:58,541
Mariana, ini Carol.

414
00:21:58,625 --> 00:22:00,750
Saya dah lama nak jumpa awak.

415
00:22:00,833 --> 00:22:06,833
Lagi-lagi apabila saya dapat tahu
awak pemuzik dan orang Brazil.

416
00:22:08,000 --> 00:22:11,125
Ya. Itulah saya.

417
00:22:11,208 --> 00:22:13,000
Orang Brazil dan pemuzik.

418
00:22:13,583 --> 00:22:15,291
- Maafkan saya.
- Janggalnya.

419
00:22:15,375 --> 00:22:18,291
Macam kentut di dalam gereja.
Memang janggal.

420
00:22:18,375 --> 00:22:22,750
Saya nak kenalkan
kawan-kawan saya kepada Mariana.

421
00:22:22,833 --> 00:22:25,166
Awak berdua nak ke parti?

422
00:22:25,250 --> 00:22:26,125
- Ya.
- Ya.

423
00:22:26,208 --> 00:22:28,208
- Saya nak ikut.
- Marilah.

424
00:22:40,916 --> 00:22:46,083
Awak tak cakap pun bekas kekasih awak
kerja dengan ayah awak, dan dia cantik.

425
00:22:48,375 --> 00:22:50,041
Awak yang cantik bagi saya.

426
00:22:50,666 --> 00:22:52,666
Itu hidup saya dulu.

427
00:22:52,750 --> 00:22:54,416
Harapnya begitulah.

428
00:22:54,500 --> 00:22:57,916
Kita akan bina
hidup baru kita bersama-sama.

429
00:23:02,791 --> 00:23:04,166
- Nak menari?
- Mari.

430
00:23:08,500 --> 00:23:09,333
Apa khabar?

431
00:23:14,416 --> 00:23:16,666
Kamu, mari sini.

432
00:23:16,750 --> 00:23:18,791
Boleh bawakan susu skim?

433
00:23:18,875 --> 00:23:20,833
- Sekejap.
- Okey.

434
00:23:22,250 --> 00:23:24,375
Saya rasa dia takkan bawa susu saya.

435
00:23:24,458 --> 00:23:25,958
Elok saya duduk saja.

436
00:23:26,041 --> 00:23:30,083
Susu elok diminum waktu pagi.
Ada probiotik. Baik untuk kesihatan.

437
00:23:30,625 --> 00:23:33,583
- Apa jadual hari ini?
- Tak sabar betul dia.

438
00:23:33,666 --> 00:23:36,958
Mestilah. Waktu melancong,
kena teruja, bukan merungut.

439
00:23:37,041 --> 00:23:39,875
Kita akan ke Cerro Catedral hari ini.

440
00:23:39,958 --> 00:23:40,833
Alahai.

441
00:23:40,916 --> 00:23:44,750
Saya datang jauh dari Brazil
bukan nak tengok gereja.

442
00:23:45,833 --> 00:23:46,666
Tak, pak cik.

443
00:23:46,750 --> 00:23:49,791
Cerro Catedral ialah pusat peranginan ski.

444
00:23:50,583 --> 00:23:51,708
Pak cik main ski?

445
00:23:51,791 --> 00:23:53,500
- Tak.
- Pak cik meluncur air.

446
00:23:54,000 --> 00:23:57,208
Kalau boleh meluncur air,
semua sukan meluncur boleh.

447
00:23:57,291 --> 00:23:58,375
Taklah.

448
00:23:58,458 --> 00:24:00,291
- Mestilah ya.
- Yalah.

449
00:24:00,375 --> 00:24:03,500
Pak cik, saya ada urusan di pusat bandar.

450
00:24:03,583 --> 00:24:04,625
Pak cik nak ikut?

451
00:24:04,708 --> 00:24:07,416
Saya boleh tolong pak cik cari baju sejuk.

452
00:24:08,666 --> 00:24:09,916
Apa masalah baju ini?

453
00:24:11,666 --> 00:24:13,625
Baju Mak Cik Joana okey saja.

454
00:24:13,708 --> 00:24:15,250
Pak cik main-main saja.

455
00:24:15,333 --> 00:24:18,458
Tapi pak cik baru sampai.
Pak cik malas membeli-belah.

456
00:24:18,541 --> 00:24:21,166
Awak nak dengar tentang industri hotel?

457
00:24:21,250 --> 00:24:23,041
Beli-belah! Jom beli-belah!

458
00:24:23,125 --> 00:24:24,666
- Beli-belah.
- Okey.

459
00:24:35,500 --> 00:24:36,875
Dengar sini, Miguel.

460
00:24:37,375 --> 00:24:41,666
Susah bagi orang Brazil
nak percaya orang Argentina, tahu tak?

461
00:24:41,750 --> 00:24:45,708
- Lagi-lagi bapa orang Brazil.
- Pak cik boleh percayakan saya.

462
00:24:45,791 --> 00:24:46,916
Bakal mertua saya.

463
00:24:47,000 --> 00:24:47,916
- Hai.
- Dari Brazil.

464
00:24:48,000 --> 00:24:49,375
- Bakal mertua?
- Ya.

465
00:24:49,458 --> 00:24:50,291
Groso!

466
00:24:50,375 --> 00:24:54,083
Apa dia cakap?
Dia kutuk aku, ya? Kurang ajar betul.

467
00:24:54,166 --> 00:24:55,250
- Tak.
- Tiba-tiba saja.

468
00:24:55,333 --> 00:24:57,416
Groso maksudnya "hebat"
dalam bahasa Sepanyol.

469
00:24:57,500 --> 00:24:59,833
- Itu maksudnya?
- Ya, hebat.

470
00:24:59,916 --> 00:25:01,166
Caipirinha!

471
00:25:01,250 --> 00:25:03,916
Maaf, itu anu awak?

472
00:25:04,583 --> 00:25:05,875
Apa? Nampak anukah?

473
00:25:05,958 --> 00:25:07,458
- Dia menguratkah?
- Tak.

474
00:25:07,541 --> 00:25:09,666
Pak cik tak faham. Apa dia nak?

475
00:25:09,750 --> 00:25:12,333
Dia tanya, itu kot pak cikkah?

476
00:25:12,416 --> 00:25:13,583
Tunggu kejap.

477
00:25:13,666 --> 00:25:16,083
Pak cik nak balik, Miguel. Takutlah.

478
00:25:16,166 --> 00:25:17,541
Dia suruh tunggu saja.

479
00:25:18,125 --> 00:25:21,291
- Baik. Kamu faham kenapa pak cik risau.
- Ya.

480
00:25:21,375 --> 00:25:22,458
MESEJ BARU

481
00:25:22,541 --> 00:25:26,208
Bercakap tentang risau,
kamu dan gadis di hotel itu…

482
00:25:26,291 --> 00:25:28,833
Dia cantik orangnya. Memang cantik.

483
00:25:28,916 --> 00:25:31,125
Kamu dan Carol pernah bersama, bukan?

484
00:25:31,208 --> 00:25:32,083
Carol?

485
00:25:32,750 --> 00:25:34,041
Dia kawan saya.

486
00:25:34,541 --> 00:25:37,166
Dia tengah bantu saya buat sesuatu.

487
00:25:37,250 --> 00:25:39,916
Bantu kamu buat sesuatu. Begitu.

488
00:25:40,000 --> 00:25:41,125
Baiklah.

489
00:25:41,208 --> 00:25:42,583
Ini dia.

490
00:25:42,666 --> 00:25:44,208
Awak pasti suka yang ini.

491
00:25:44,291 --> 00:25:45,708
- Baik.
- Saya sarungkan.

492
00:25:47,208 --> 00:25:48,875
Tengok. Jaket ini tak…

493
00:25:48,958 --> 00:25:50,958
Saya memang tarado. Kita tukar.

494
00:25:51,041 --> 00:25:52,875
Tarado itu gatal, bukan? Telefon polis.

495
00:25:52,958 --> 00:25:56,291
Dia mengaku gatal,
dan dia tengok kemaluan pak cik!

496
00:25:56,375 --> 00:25:58,083
Dia cakap dia buat silap.

497
00:25:58,166 --> 00:25:59,250
Maafkan saya.

498
00:25:59,333 --> 00:26:01,083
- Biar pak cik…
- Saya ada anu lain…

499
00:26:01,166 --> 00:26:03,166
- Saya tak nak anu!
- Anu kecil?

500
00:26:03,250 --> 00:26:04,958
- Saya tak nak.
- Sejuk nanti.

501
00:26:05,041 --> 00:26:06,541
Miguel, ini tempat apa?

502
00:26:09,000 --> 00:26:13,875
Orkestra Simfoni Bariloche
pernah buat persembahan di sini.

503
00:26:14,750 --> 00:26:20,625
Pak cik dah bertahun-tahun
jadi penaung orkestra itu.

504
00:26:21,125 --> 00:26:22,000
Hebatnya.

505
00:26:22,083 --> 00:26:26,000
Jadi, dari mana datangnya
minat kamu terhadap muzik?

506
00:26:26,083 --> 00:26:27,041
Mak saya.

507
00:26:27,125 --> 00:26:29,708
Dia pemain biola.
Saya mula main kerana dia.

508
00:26:29,791 --> 00:26:32,458
Mesti kamu bangga dapat sambung legasinya.

509
00:26:32,541 --> 00:26:33,375
Ya.

510
00:26:34,375 --> 00:26:39,916
Baguslah ayah kamu mampu
bayar yuran pengajian kamu di Eropah.

511
00:26:40,000 --> 00:26:42,083
Bukan ayah saya bayar.

512
00:26:42,666 --> 00:26:44,750
Saya dapat biasiswa.

513
00:26:44,833 --> 00:26:48,291
Dia boleh tanggung kamu sekarang.

514
00:26:48,791 --> 00:26:50,041
Dia ahli perniagaan.

515
00:26:50,125 --> 00:26:54,125
Restorannya dapat sambutan ramai, bukan?

516
00:26:57,625 --> 00:26:59,291
Bar saja sebenarnya.

517
00:26:59,375 --> 00:27:01,666
Tapi dia pastikan kami cukup semuanya.

518
00:27:15,833 --> 00:27:19,833
Mari kita ambil gambar pertama
keluarga Soares-Martín di Bariloche.

519
00:27:23,958 --> 00:27:26,208
Otávio, kami tunggu awaklah!

520
00:27:26,291 --> 00:27:27,833
Tunggulah kejap.

521
00:27:27,916 --> 00:27:29,208
Kamu takkan percaya.

522
00:27:29,291 --> 00:27:32,916
- Di Patagonia, birnya suam. Tahu tak?
- Yakah?

523
00:27:33,000 --> 00:27:34,791
Saya ada idea. Sekejap.

524
00:27:37,916 --> 00:27:40,791
Saya lama di Saquarema.
Saya mahir helah jalanan.

525
00:27:44,583 --> 00:27:47,125
Sejuk! Rasalah!
Macam punggung anjing laut.

526
00:27:47,208 --> 00:27:50,208
Kita di Cerro Catedral!

527
00:27:50,291 --> 00:27:52,708
Pusat peranginan ski
terbesar di Amerika Selatan.

528
00:27:52,791 --> 00:27:56,416
Pusat peranginan ini juga ada 32 lif,

529
00:27:56,500 --> 00:27:58,166
dan lebih 70 trek.

530
00:27:58,250 --> 00:28:01,416
Dia pemilik hotel,
tapi dia suka ajar sejarah.

531
00:28:01,500 --> 00:28:04,458
Siapa dah sedia nak naik
gunung tercantik di Argentina?

532
00:28:07,125 --> 00:28:09,333
- Mari. Tak sabarnya.
- Awak apa hal?

533
00:28:09,916 --> 00:28:11,708
- Sayang, mari sini.
- Mari.

534
00:28:12,375 --> 00:28:15,125
Di hotel ada salji.
Kita nak tengok salji lagi?

535
00:28:17,041 --> 00:28:18,875
- Marilah.
- Nanti ayah datang.

536
00:28:40,291 --> 00:28:44,750
Tengok, profesor cuba anak ajar anak saya.

537
00:28:44,833 --> 00:28:46,416
Dia nak rampas anak saya.

538
00:28:46,500 --> 00:28:49,416
Jangan merungutlah.
Bakal menantu awak suka awak.

539
00:28:49,500 --> 00:28:50,833
Saya perhati saja dia.

540
00:28:50,916 --> 00:28:53,625
Ada benda tak kena.
Dia tak boleh tipu saya.

541
00:28:53,708 --> 00:28:57,958
Baiklah, semua.
Trek ini cerunnya sederhana.

542
00:28:58,041 --> 00:29:00,541
Sesuai untuk ski atau papan luncur salji.

543
00:29:00,625 --> 00:29:04,208
Saya akan turun guna ski
dan jumpa awak semua nanti.

544
00:29:04,291 --> 00:29:05,333
Siapa nak ikut?

545
00:29:05,416 --> 00:29:06,333
Saya nak ikut,

546
00:29:06,416 --> 00:29:08,458
tapi saya guna papan luncur salji.

547
00:29:08,541 --> 00:29:10,583
- Hebatnya, Otávio.
- Biar betul?

548
00:29:10,666 --> 00:29:12,791
- Awak pandai luncur salji?
- Taklah.

549
00:29:12,875 --> 00:29:15,166
- Ayah, jangan.
- Apa masalahnya?

550
00:29:15,250 --> 00:29:18,166
Meluncur ombak dengan salji
lebih kurang samalah.

551
00:29:18,250 --> 00:29:19,541
Biar dia berseronok.

552
00:29:19,625 --> 00:29:21,125
Betul. Terima kasih, nak.

553
00:29:21,208 --> 00:29:23,250
Biar saya beritahu sesuatu.

554
00:29:23,333 --> 00:29:26,166
Saya nak semua orang tahu,
Saquarema, 1993.

555
00:29:26,250 --> 00:29:28,166
Saya nombor satu. Begini…

556
00:29:28,250 --> 00:29:30,916
Entah mana lebih teruk.
Sukannya atau tahun 1993.

557
00:29:31,000 --> 00:29:33,916
- Dah 30 tahun.
- Ayah di dalam terowong.

558
00:29:34,000 --> 00:29:34,833
Beginilah.

559
00:29:35,666 --> 00:29:38,708
Meluncur di atas air atau ais. Sama saja.

560
00:29:38,791 --> 00:29:40,083
Apa itu salji?

561
00:29:40,166 --> 00:29:42,750
Salji itu air yang beku. Betul tak, Norma?

562
00:29:42,833 --> 00:29:44,875
Perhatian!

563
00:29:44,958 --> 00:29:49,041
Bapa dari Brazil dan bapa dari Argentina.

564
00:29:49,125 --> 00:29:50,583
Mari turun sama-sama.

565
00:29:50,666 --> 00:29:52,875
Kami jumpa kamu semua di bawah.

566
00:29:55,666 --> 00:29:58,166
- Marilah.
- Boleh kita turun?

567
00:29:58,250 --> 00:29:59,583
Minum kopi dulu nak?

568
00:29:59,666 --> 00:30:03,125
Nak! Jangan beritahu Otávio.
Mak dari Brazil kesejukan.

569
00:30:03,208 --> 00:30:04,875
Kejap. Di mana Felipinho?

570
00:30:06,041 --> 00:30:08,041
Dia okey saja nampaknya.

571
00:30:09,250 --> 00:30:10,250
Mari pergi.

572
00:30:18,416 --> 00:30:21,208
Mari kita tengok
kehebatan bapa dari Brazil.

573
00:30:32,708 --> 00:30:36,875
Pelé takutkah kerana dia tahu
Maradona akan menang?

574
00:30:36,958 --> 00:30:40,125
Tak, bapa dari Argentina dah pun menang.

575
00:30:40,958 --> 00:30:44,666
Mariana dan Miguel
akan berkahwin dan tinggal di Bariloche.

576
00:30:50,875 --> 00:30:53,125
Mereka takkan tinggal di Bariloche!

577
00:30:54,750 --> 00:30:55,791
Bedebah!

578
00:30:58,750 --> 00:30:59,625
Apa cerita, Otávio?

579
00:31:00,375 --> 00:31:02,291
Baju Argentina bodoh!

580
00:31:03,000 --> 00:31:05,125
Bukan baju itu masalahnya.

581
00:31:08,208 --> 00:31:10,291
Awak kata ini macam meluncur ombak.

582
00:31:11,041 --> 00:31:12,083
Sama saja.

583
00:31:13,916 --> 00:31:15,375
Seronok tak, ayahnya?

584
00:31:31,083 --> 00:31:32,541
Bagaimana nak berhenti?

585
00:31:34,083 --> 00:31:36,125
Maafkan saya!

586
00:31:40,500 --> 00:31:41,416
Hai!

587
00:31:41,500 --> 00:31:42,750
Awak okey?

588
00:31:42,833 --> 00:31:44,041
Saya okey.

589
00:31:44,125 --> 00:31:46,583
Awak memang Pelé dalam luncur salji.

590
00:31:48,583 --> 00:31:49,708
"Otabiol".

591
00:31:52,125 --> 00:31:54,166
Kita tengok nanti siapa yang biol!

592
00:31:56,041 --> 00:31:58,291
Bagaimana nak berhenti, kawan?

593
00:31:58,375 --> 00:31:59,750
- Ya.
- Saya takut.

594
00:32:01,833 --> 00:32:05,000
Apartmen saya di pantai, di Rio.

595
00:32:05,083 --> 00:32:09,625
Setiap pagi waktu bangun,
saya pandang matahari dan laut,

596
00:32:09,708 --> 00:32:11,125
kemudian saya bersenam.

597
00:32:11,208 --> 00:32:14,208
Pertemuan keluarga ini seronok, bukan?

598
00:32:14,291 --> 00:32:17,750
Ya. Lagi seronok
kalau ayah saya tak berseronok sangat.

599
00:32:17,833 --> 00:32:20,166
Melihat keluarga kita di sini…

600
00:32:20,250 --> 00:32:23,583
Saya dah sedar
betapa saya rindukan Argentina.

601
00:32:24,541 --> 00:32:26,458
Saya tumpang gembira untuk awak.

602
00:32:26,541 --> 00:32:29,250
Tapi awak tukar fikiran
dan nak duduk sinikah?

603
00:32:31,333 --> 00:32:32,166
Taklah.

604
00:32:32,791 --> 00:32:34,083
Saya terfikir saja.

605
00:32:34,166 --> 00:32:35,291
Mari.

606
00:32:35,375 --> 00:32:38,916
Mujurlah awak cuma terfikir.
Sebab kita nak tinggal di Eropah

607
00:32:39,000 --> 00:32:40,958
yang lebih banyak peluang kerja.

608
00:32:41,458 --> 00:32:42,458
Ya, sayang.

609
00:32:42,958 --> 00:32:44,208
Janji tetap janji.

610
00:32:45,750 --> 00:32:46,583
- Ya.
- Mari.

611
00:32:46,666 --> 00:32:49,916
Tapi jika awak ubah fikiran,
beritahu saya sekarang.

612
00:32:50,000 --> 00:32:54,166
Sebabnya, saya nak terus
keluar dari negara ini.

613
00:32:54,250 --> 00:32:56,583
- Mari, jomlah.
- Saya tunggu teksi.

614
00:33:02,666 --> 00:33:03,916
Tunggulah, si kelapa.

615
00:33:04,416 --> 00:33:06,125
Kenapa? Awak dah makin hebat?

616
00:33:06,958 --> 00:33:08,791
Saquarema, tahun 1993!

617
00:33:18,000 --> 00:33:19,333
Kita tengoklah nanti.

618
00:33:30,416 --> 00:33:32,875
Biar betul?

619
00:33:41,208 --> 00:33:42,041
Tolong!

620
00:33:42,625 --> 00:33:45,166
Tolong!

621
00:33:45,250 --> 00:33:47,625
- Ayuh.
- Cepat.

622
00:33:49,083 --> 00:33:50,416
Hei, saya okey.

623
00:33:51,000 --> 00:33:54,541
Saya tak cedera.
Tapi awak kena ratakan cerun itu.

624
00:33:54,625 --> 00:33:56,000
Macam perkahwinan saya.

625
00:33:56,083 --> 00:33:58,875
Awal nampak gah, akhirnya bersepai.

626
00:33:58,958 --> 00:33:59,791
Awak okey?

627
00:33:59,875 --> 00:34:02,000
Taklah okey sangat.

628
00:34:02,083 --> 00:34:05,833
Ini salah awak juga.
Awak tak boleh percaya cakap ayah saya.

629
00:34:06,583 --> 00:34:08,583
Terima kasih. Terima kasih banyak.

630
00:34:09,083 --> 00:34:12,041
Walaupun cuma air beku,

631
00:34:12,125 --> 00:34:14,916
hari ini kita belajar perbezaan besar

632
00:34:15,000 --> 00:34:16,583
antara salji dan laut.

633
00:34:18,041 --> 00:34:19,125
Nak tahu tak?

634
00:34:19,208 --> 00:34:22,791
Perbezaan utamanya, tiada pokok di laut.

635
00:34:22,875 --> 00:34:24,458
Itu sebab saya tersangkut.

636
00:34:24,541 --> 00:34:27,833
Hari ini hari yang gemilang

637
00:34:27,916 --> 00:34:31,791
untuk penyatuan,
persaingan, dan persahabatan

638
00:34:31,875 --> 00:34:33,958
antara Brazil dan Argentina.

639
00:34:34,041 --> 00:34:38,500
Mari kita selesaikannya
dengan cara yang paling baik,

640
00:34:38,583 --> 00:34:39,958
dengan minum wain.

641
00:34:40,041 --> 00:34:41,291
- Setuju.
- Bagus.

642
00:34:41,375 --> 00:34:43,500
Saya tak nak minum.

643
00:34:43,583 --> 00:34:46,250
Mereka tak faham lawaknya,
tapi mereka ketawa.

644
00:34:47,333 --> 00:34:49,291
Wain ini sangat istimewa.

645
00:34:49,875 --> 00:34:52,625
Anggurnya dipetik
di lokasi rahsia di Mendonza

646
00:34:53,166 --> 00:34:57,958
oleh kilang wain
yang hanya keluarkan 100 botol setahun.

647
00:34:58,041 --> 00:34:59,041
Menarik.

648
00:34:59,125 --> 00:35:00,166
TANAH RAHSIA MENDONZA

649
00:35:00,250 --> 00:35:02,041
Saya nak tambah.

650
00:35:04,791 --> 00:35:06,875
Sekarang, tinggal 99 botol.

651
00:35:06,958 --> 00:35:08,083
Tak mengapa.

652
00:35:08,166 --> 00:35:09,875
- Tak apa.
- Jangan risau.

653
00:35:09,958 --> 00:35:11,166
Tak apa. Jangan risau.

654
00:35:11,250 --> 00:35:13,291
Tak apa. Jangan risau.

655
00:35:16,375 --> 00:35:18,625
Cuba rasa yang ini.

656
00:35:18,708 --> 00:35:19,875
Tuangkannya.

657
00:35:19,958 --> 00:35:21,375
Tuang banyak-banyak.

658
00:35:21,458 --> 00:35:25,833
Lagi. Tuang lagi.
Di Brazil, kami tuang sampai penuh.

659
00:35:25,916 --> 00:35:28,708
Hirupan pertama
macam makan beri acai. Begini…

660
00:35:29,208 --> 00:35:33,708
Malbec Argentina memang mengagumkan,

661
00:35:33,791 --> 00:35:38,666
dengan rasanya yang kuat
dan meninggalkan kesan,

662
00:35:38,750 --> 00:35:41,166
macam sarung tangan sutera yang sempurna.

663
00:35:41,250 --> 00:35:44,291
Maaf, Héctor. Saya bukan nak kurang ajar.

664
00:35:44,375 --> 00:35:48,458
Baguslah dia bangga.
Dia mungkin pernah jalani terapi.

665
00:35:48,541 --> 00:35:50,791
Jadi, dia bersemangat dan berlagak.

666
00:35:50,875 --> 00:35:54,500
Tapi rasa yang betul-betul kuat
milik cachaça dari Brazil.

667
00:35:54,583 --> 00:35:57,625
Kepala rasa bergegar, gigi rasa bergoyang.

668
00:35:58,583 --> 00:35:59,916
- Hati-hati.
- Apa?

669
00:36:00,000 --> 00:36:02,125
Saya profesional. Takkan tumpah.

670
00:36:02,208 --> 00:36:04,083
Wain ini juga terkenal

671
00:36:04,166 --> 00:36:09,583
dengan rona merah gelap
yang hampir keunguan,

672
00:36:10,166 --> 00:36:13,541
dengan sedikit warna biru tua.

673
00:36:13,625 --> 00:36:16,125
Biar saya tengok. Saya punya tak biru pun.

674
00:36:16,208 --> 00:36:17,333
Ada warna birukah?

675
00:36:18,125 --> 00:36:22,833
Di Brazil, satu warna saja
dah cukup untuk rumuskan apa awak cakap.

676
00:36:22,916 --> 00:36:24,041
Kami panggil wain.

677
00:36:25,125 --> 00:36:26,875
Warna wain. Itu saja.

678
00:36:27,375 --> 00:36:29,375
Tapi ciri utama wain ini…

679
00:36:29,458 --> 00:36:33,375
- Tak habis lagi.
- …ialah aromanya.

680
00:36:35,500 --> 00:36:36,333
Lada.

681
00:36:36,416 --> 00:36:38,000
Saya tak boleh makan lada.

682
00:36:38,666 --> 00:36:40,666
Badam panggang!

683
00:36:41,458 --> 00:36:44,583
Awak punya ada badam? Saya tak ada pun.

684
00:36:46,375 --> 00:36:47,708
Dia berkumur, sayang.

685
00:36:48,333 --> 00:36:49,958
Saya nak… Okey.

686
00:36:52,625 --> 00:36:54,875
Teruk betul. Dia ludah balik.

687
00:36:54,958 --> 00:36:59,500
Wain ini juga ada rasa ceri yang ketara.

688
00:36:59,583 --> 00:37:02,375
- Biar betul?
- Beri hitam liar.

689
00:37:02,958 --> 00:37:05,958
Beri hitam dan ceri.
Tak ketara pun. Entahlah.

690
00:37:06,041 --> 00:37:07,583
Bagi saya, rasanya…

691
00:37:08,875 --> 00:37:09,958
- Anggur.
- Ceri.

692
00:37:10,041 --> 00:37:11,875
- Minum!
- Minum!

693
00:37:11,958 --> 00:37:13,250
- Minum!
- Minum!

694
00:37:13,333 --> 00:37:14,916
- Minum!
- Hai.

695
00:37:15,000 --> 00:37:17,916
Tengoklah, penyondol dah datang!

696
00:37:18,500 --> 00:37:20,833
- Apa?
- Dia nak kata kamu cantik.

697
00:37:22,166 --> 00:37:23,583
Terima kasih.

698
00:37:23,666 --> 00:37:26,041
Seronok tengok awak semua bersama.

699
00:37:26,125 --> 00:37:27,291
Awak semua seronok?

700
00:37:27,375 --> 00:37:29,291
Tadi kami seronok.

701
00:37:29,375 --> 00:37:31,583
Pak Cik Héctor, saya nak keluar.

702
00:37:31,666 --> 00:37:34,041
- Nak apa-apa lagi?
- Tidak.

703
00:37:34,125 --> 00:37:36,000
Marilah minum wain dengan kami.

704
00:37:36,083 --> 00:37:37,083
Saya?

705
00:37:37,166 --> 00:37:39,833
- Bagus juga idea itu. Duduklah.
- Baik.

706
00:37:39,916 --> 00:37:41,666
- Terima kasih.
- Sama-sama.

707
00:37:41,750 --> 00:37:42,625
Hei, budak.

708
00:37:43,375 --> 00:37:47,458
Carol, boleh kamu teka ini wain apa?

709
00:37:47,541 --> 00:37:49,458
Saya cuba, ya.

710
00:37:57,041 --> 00:38:00,333
Carrera, Malbec, 2011.

711
00:38:00,416 --> 00:38:01,416
Hebat.

712
00:38:01,916 --> 00:38:03,250
- Hebat.
- Syabas.

713
00:38:04,250 --> 00:38:05,083
Terima kasih.

714
00:38:05,166 --> 00:38:08,833
Saya mula belajar tentang wain
waktu saya bersama Miguel.

715
00:38:08,916 --> 00:38:12,791
Kami banyak mengembara
dengan Mak Cik Norma dan Pak Cik Héctor.

716
00:38:12,875 --> 00:38:15,291
- Waktu kami berpacaran.
- Saya tahu.

717
00:38:15,375 --> 00:38:18,791
Ya. Itu permulaan saya sebagai juruwain.

718
00:38:18,875 --> 00:38:20,291
Hebat.

719
00:38:20,375 --> 00:38:24,083
Pak cik nak beritahu sesuatu.
Tahu tak pak cik juga juruwain?

720
00:38:24,166 --> 00:38:25,208
Yakah?

721
00:38:25,291 --> 00:38:26,916
Juruwain cachaça.

722
00:38:27,000 --> 00:38:29,791
Melalui bau cachaça saja,
pak cik boleh tahu

723
00:38:29,875 --> 00:38:32,250
pening mabuk yang peminumnya akan alami.

724
00:38:33,458 --> 00:38:35,833
Pak cik juga pakar dalam benda lain.

725
00:38:36,458 --> 00:38:38,625
Pakar dalam situasi mencurigakan.

726
00:38:40,208 --> 00:38:41,916
Baiklah.

727
00:38:42,000 --> 00:38:43,375
Saya pergi dulu.

728
00:38:43,458 --> 00:38:45,166
- Terima kasih.
- Jumpa lagi.

729
00:38:45,250 --> 00:38:46,291
Terima kasih.

730
00:38:46,375 --> 00:38:48,458
- Jumpa lagi.
- Budak, duduklah.

731
00:38:48,541 --> 00:38:49,708
Kamu tiada peluang.

732
00:38:49,791 --> 00:38:53,416
Ayahnya, awak pakar dalam benda lain?

733
00:38:53,500 --> 00:38:57,125
Bola sepak meja?
Kita panggil apa? Metegol?

734
00:39:01,375 --> 00:39:02,208
Totó?

735
00:39:06,458 --> 00:39:07,875
Itu pak cikkah?

736
00:39:12,041 --> 00:39:14,500
Tak. Itu moyang pak cik.

737
00:39:15,000 --> 00:39:18,333
- Martín yang pertama.
- Penjenayah.

738
00:39:18,416 --> 00:39:20,708
Lukisan ini mahal harganya

739
00:39:21,750 --> 00:39:26,375
kerana pelukisnya ahli kubisme
dalam kumpulan Picasso.

740
00:39:26,458 --> 00:39:27,958
- Wah!
- Hebat!

741
00:39:28,041 --> 00:39:30,666
Pak cik takkan jual
walau semahal mana pun.

742
00:39:30,750 --> 00:39:32,875
- Tak laku pun.
- Ini saja gambarnya.

743
00:39:32,958 --> 00:39:35,041
Mestilah. Zaman itu tiada kamera.

744
00:39:39,750 --> 00:39:42,041
- Miguel mana?
- Mungkin dia ke tandas.

745
00:39:42,125 --> 00:39:45,916
Saya nak panggil dia.
Saya nak ajak dia main bola sepak meja.

746
00:39:46,000 --> 00:39:48,541
Kita perlukan pemain.
Biar saya panggil dia.

747
00:39:48,625 --> 00:39:49,708
Otávio.

748
00:40:04,625 --> 00:40:05,541
Awak suka tak?

749
00:40:05,625 --> 00:40:07,625
Ya, suka sangat.

750
00:40:07,708 --> 00:40:09,291
Miguel, sudahlah.

751
00:40:09,375 --> 00:40:11,916
- Nanti awak jadi pelado pula.
- Sekarang?

752
00:40:14,541 --> 00:40:16,916
- Boleh awak tolong saya?
- Boleh saja.

753
00:40:19,500 --> 00:40:20,458
Apa?

754
00:40:20,541 --> 00:40:22,083
Apa halnya ini?

755
00:40:22,166 --> 00:40:24,958
Pak cik cari kamu. Kebetulan pula.

756
00:40:25,041 --> 00:40:26,416
- Saya…
- Pak cik okey.

757
00:40:26,500 --> 00:40:29,750
Pak cik nak ajak kamu main…

758
00:40:29,833 --> 00:40:31,666
Main totó?

759
00:40:31,750 --> 00:40:34,625
- Ya, totó. Bola sepak meja.
- Ya.

760
00:40:34,708 --> 00:40:36,458
- Metegol.
- Ya.

761
00:40:36,541 --> 00:40:38,750
- Marilah.
- Jom kita main.

762
00:40:38,833 --> 00:40:41,375
Argentina lawan Brazil bermula sekarang!

763
00:40:42,500 --> 00:40:43,500
Héctor!

764
00:40:44,250 --> 00:40:47,541
Maradona merampas bola.
Bola bersamanya sekarang.

765
00:40:47,625 --> 00:40:49,791
Dia buat hantaran kepada Caniggia.

766
00:40:49,875 --> 00:40:51,416
- Gol!
- Gol!

767
00:40:51,500 --> 00:40:54,208
Kamu tak boleh angkat.
Gerak kiri kanan saja.

768
00:40:54,291 --> 00:40:56,250
Macam Piala Dunia 1990 di Itali!

769
00:40:56,333 --> 00:40:57,916
- Sekarang Brazil…
- Ayuh!

770
00:40:58,000 --> 00:40:59,041
Letak bolanya.

771
00:40:59,125 --> 00:41:01,500
- Sekejap. Ayuh.
- Mari kita buat gol.

772
00:41:01,583 --> 00:41:02,708
Kaká membawa bola.

773
00:41:02,791 --> 00:41:05,500
Dia hantar kepada
Maharaja Adriano di tengah.

774
00:41:05,583 --> 00:41:09,041
Sudah 48 minit berlalu,
dan Maharaja cuba menjaringkan gol!

775
00:41:09,625 --> 00:41:11,500
- Gol!
- Gol!

776
00:41:12,083 --> 00:41:13,375
Brazil!

777
00:41:14,666 --> 00:41:17,000
- Brazil!
- Maharaja!

778
00:41:17,083 --> 00:41:21,625
Dah 48 minit memasuki separuh masa kedua,
dan Brazil menang Copa América 2004!

779
00:41:21,708 --> 00:41:25,750
Bagaimana dengan
Copa América 2021 di Maracanã?

780
00:41:25,833 --> 00:41:27,541
Itu awak tak nak cakap?

781
00:41:27,625 --> 00:41:30,708
Berapa banyak Piala Dunia
Argentina dah menang?

782
00:41:30,791 --> 00:41:32,833
- Tiga saja.
- Brazil menang…

783
00:41:32,916 --> 00:41:34,125
Yang terakhir?

784
00:41:34,208 --> 00:41:35,875
Okey, mari kita main.

785
00:41:35,958 --> 00:41:37,125
Mari kita main.

786
00:41:37,208 --> 00:41:38,041
Jom main.

787
00:41:38,125 --> 00:41:42,416
Mari kita main. Cakap saja tak guna.

788
00:41:42,500 --> 00:41:44,083
Mari kita main.

789
00:41:44,166 --> 00:41:45,125
Ayuh. Cepat.

790
00:41:45,208 --> 00:41:46,708
Baling.

791
00:41:46,791 --> 00:41:48,666
Cubalah kalau hebat sangat!

792
00:41:48,750 --> 00:41:50,083
Cubalah!

793
00:41:51,083 --> 00:41:52,125
Main.

794
00:41:59,500 --> 00:42:00,875
Tengok! Gol!

795
00:42:00,958 --> 00:42:02,166
- Gol!
- Gol!

796
00:42:03,958 --> 00:42:05,333
Brazil!

797
00:42:05,416 --> 00:42:07,958
- Juara lima kali!
- Juara lima kali!

798
00:42:11,458 --> 00:42:12,375
Awak dah tidur?

799
00:42:12,916 --> 00:42:13,750
Sayang.

800
00:42:14,833 --> 00:42:18,500
Hei, awak nampak tak
Miguel dengan budak perempuan itu,

801
00:42:19,250 --> 00:42:20,666
Carol,

802
00:42:20,750 --> 00:42:23,833
ketawa dan bergurau senda?

803
00:42:23,916 --> 00:42:26,875
Mereka pernah berpacaran.

804
00:42:26,958 --> 00:42:29,791
Saya faham permainan orang Argentina.

805
00:42:29,875 --> 00:42:30,958
Helah mereka.

806
00:42:31,041 --> 00:42:32,041
Otávio.

807
00:42:34,583 --> 00:42:36,416
Awak cemburu, ya?

808
00:42:37,083 --> 00:42:41,416
Dah tiga tahun awak tak jumpa dia.
Dia mungkin tak nak jumpa awak lagi.

809
00:42:41,500 --> 00:42:46,000
Jujur saya cakap,
saya tak rasa Miguel sesuai untuk dia.

810
00:42:46,083 --> 00:42:48,458
Lelaki mana di dunia ini yang sesuai?

811
00:42:48,958 --> 00:42:52,583
Di dunia ini, pasti ada orang baik

812
00:42:52,666 --> 00:42:55,458
untuk anak saya
yang berhak dapat yang terbaik.

813
00:42:55,541 --> 00:42:57,416
Lagi bagus kalau bukan orang Argentina.

814
00:42:58,041 --> 00:42:59,625
Sudahlah. Mari kita tidur.

815
00:42:59,708 --> 00:43:01,041
- Awak nak tidur?
- Ya.

816
00:43:01,125 --> 00:43:03,791
- Saya baru nak…
- Kita kena bangun awal.

817
00:43:03,875 --> 00:43:06,708
Kita nak bersiar-siar
dan ada jamuan makan malam.

818
00:43:06,791 --> 00:43:09,291
- Belajar sejarah.
- Janji dengan saya.

819
00:43:09,375 --> 00:43:11,166
Jangan rosakkan apa-apa esok.

820
00:43:11,250 --> 00:43:13,708
Kita nikmati saja percutian ini.

821
00:43:13,791 --> 00:43:14,750
Saya janji.

822
00:43:15,250 --> 00:43:17,458
Nak tahu kita akan tengok apa esok?

823
00:43:17,541 --> 00:43:18,666
- Apa?
- Salji.

824
00:43:23,375 --> 00:43:25,166
Tengoklah, sayang.

825
00:43:25,833 --> 00:43:27,750
Saya akui saya silap.

826
00:43:27,833 --> 00:43:29,000
Memang cantik.

827
00:43:29,083 --> 00:43:32,541
- Berbaloi berjalan sampai atas.
- Sudahlah.

828
00:43:32,625 --> 00:43:34,708
Saya dah mengaku silap.

829
00:43:34,791 --> 00:43:36,791
Taklah sampai rasa "berbaloi".

830
00:43:42,000 --> 00:43:44,000
SEWA KERETA LUNCUR

831
00:43:44,083 --> 00:43:48,041
Miguel, jangan buat benda gila.
Percutian ini dah cukup huru-hara.

832
00:43:48,125 --> 00:43:50,291
Semuanya pasti okey.

833
00:43:50,375 --> 00:43:54,916
- Kita nak main kereta luncur salji.
- Orang Argentina memang optimis.

834
00:43:55,000 --> 00:43:58,375
Orang Brazil lagilah.
Tahun kamu bermula selepas Karnival.

835
00:43:58,458 --> 00:43:59,666
Itu yang sepatutnya.

836
00:43:59,750 --> 00:44:01,916
Betul kata anak saya.

837
00:44:02,000 --> 00:44:04,291
Memang seronok main kereta luncur.

838
00:44:04,375 --> 00:44:05,291
Saya dah cakap.

839
00:44:05,375 --> 00:44:07,041
Selamat pun ya.

840
00:44:07,125 --> 00:44:11,208
Ya, tak bahaya pun
untuk kaki lepak macam awak.

841
00:44:11,291 --> 00:44:13,666
Macam papan luncur saja.

842
00:44:13,750 --> 00:44:16,166
Kali ini, bukan saya yang mula, ya.

843
00:44:16,250 --> 00:44:19,791
Saya akan tunjukkan
kepada si kelapa ini siapa kaki lepak.

844
00:44:19,875 --> 00:44:22,041
Tolong sikit. Saya atlet, tahu tak?

845
00:44:22,125 --> 00:44:25,833
Biar saya sebut tahunnya.
Tahun 1979, Jalan Dendê.

846
00:44:25,916 --> 00:44:29,041
Saya, Tom Si Tempang, Marcinha.

847
00:44:29,125 --> 00:44:30,500
Saya naik kereta tolak.

848
00:44:30,583 --> 00:44:32,500
Saya tiada tandingan.

849
00:44:35,083 --> 00:44:35,958
Jagalah awak.

850
00:44:36,041 --> 00:44:37,250
Ayuh, sayang!

851
00:44:57,958 --> 00:45:00,208
Ini lebih laju daripada kereta tolak.

852
00:45:06,750 --> 00:45:08,583
Awak kalah lagi?

853
00:45:08,666 --> 00:45:10,083
Maaflah, "otabiol".

854
00:45:10,166 --> 00:45:12,750
- Saya dah hilang sabar!
- Anak pun hilang.

855
00:45:14,416 --> 00:45:16,125
Jangan sebut anak saya!

856
00:45:18,791 --> 00:45:20,750
Saya akan ajar Mat Argentina ini.

857
00:45:20,833 --> 00:45:22,375
Cari pasal, ya?

858
00:45:24,458 --> 00:45:25,958
- Rasakan!
- Aduh!

859
00:45:26,041 --> 00:45:28,250
Hentikannya, awak berdua!

860
00:45:29,833 --> 00:45:31,208
Jangan buat saya marah.

861
00:45:32,625 --> 00:45:33,791
Apa halnya itu?

862
00:45:33,875 --> 00:45:35,083
Hentikan!

863
00:45:38,166 --> 00:45:42,041
- "Otabiol"!
- Si kelapa!

864
00:45:54,541 --> 00:45:56,291
Kenapa mesti orang Argentina?

865
00:45:56,875 --> 00:45:58,666
Kenapa mesti orang Brazil?

866
00:45:59,958 --> 00:46:01,500
- Semua salah awak.
- Saya?

867
00:46:02,750 --> 00:46:03,666
Salah saya?

868
00:46:04,375 --> 00:46:06,916
Ya, salah awak!

869
00:46:10,083 --> 00:46:13,208
Saya tahu percutian ini
lebih mudah tanpa mereka.

870
00:46:13,291 --> 00:46:15,583
Tapi mereka mungkin dalam bahaya.

871
00:46:16,250 --> 00:46:19,541
Ya. Saya takut
mereka terserempak haiwan liar.

872
00:46:19,625 --> 00:46:23,000
Haiwan pun takut kalau jumpa mereka.

873
00:46:23,916 --> 00:46:26,291
Mengarut betul! Awak nak tahu tak?

874
00:46:26,375 --> 00:46:30,250
Sebab perangai awaklah,
kita macam dalam video lawak bodoh.

875
00:46:31,041 --> 00:46:33,958
Semua ini salah awak.

876
00:46:34,041 --> 00:46:40,166
Ya, awak cemburu kerana anak awak
lebih menyukai saya berbanding awak.

877
00:46:40,250 --> 00:46:42,125
- Awak dah melampau.
- Tak.

878
00:46:42,208 --> 00:46:44,625
Awak dah melampau. Bodoh betul.

879
00:46:45,166 --> 00:46:46,791
Apa? Balinglah!

880
00:46:46,875 --> 00:46:48,375
Sudahlah!

881
00:46:48,458 --> 00:46:51,583
Kita kena bekerjasama
untuk keluar dari sini.

882
00:46:51,666 --> 00:46:52,500
Bodoh betul.

883
00:46:52,583 --> 00:46:54,541
Ini bukan masa untuk tunjuk ego.

884
00:46:54,625 --> 00:46:56,875
Apa? Ego? Awak nak cakap tentang ego?

885
00:46:56,958 --> 00:46:58,625
- Tahu apa itu ego?
- Apa?

886
00:46:58,708 --> 00:47:01,291
Ego itu orang Argentina kecil dalam diri.

887
00:47:04,458 --> 00:47:10,833
Tahu tak kenapa
kubur orang Brazil dalam sangat?

888
00:47:10,916 --> 00:47:11,958
Tak tahu pula.

889
00:47:12,041 --> 00:47:15,791
Sebab sifat baik mereka jauh di dalam.

890
00:47:16,625 --> 00:47:17,750
Lawak betul.

891
00:47:17,833 --> 00:47:19,208
Saya tak pernah dengar.

892
00:47:20,833 --> 00:47:22,500
Awak memang menyeronokkan.

893
00:47:22,583 --> 00:47:24,375
Awak baru tahukah?

894
00:47:24,458 --> 00:47:26,625
Orang Brazil memang menyeronokkan.

895
00:47:26,708 --> 00:47:28,791
Lebih daripada orang Argentina.

896
00:47:29,375 --> 00:47:30,541
Saya ada terfikir.

897
00:47:31,458 --> 00:47:34,791
Kita ada banyak persamaan sebenarnya.

898
00:47:34,875 --> 00:47:35,708
Yalah itu.

899
00:47:35,791 --> 00:47:36,666
"Otabiol".

900
00:47:37,333 --> 00:47:39,333
Awak nak terus panggil saya begitu?

901
00:47:41,000 --> 00:47:42,250
Apa itu?

902
00:47:42,333 --> 00:47:43,291
Kugar.

903
00:47:43,875 --> 00:47:46,166
- Alamak! Mari pergi.
- Alamak!

904
00:47:59,000 --> 00:48:02,916
Héctor, saya ada hal sensitif
nak dibincangkan dengan awak.

905
00:48:03,000 --> 00:48:04,833
Lagipun, kita dah nak mati.

906
00:48:04,916 --> 00:48:07,541
Awak tahu Miguel
ada hubungan sulit dengan Carol?

907
00:48:08,583 --> 00:48:13,291
Malam itu, waktu kita minum wain,
saya nampak mereka berbual hal pelik.

908
00:48:14,291 --> 00:48:16,458
Anak saya terlalu muda untuk menderita.

909
00:48:17,708 --> 00:48:23,208
Saya tahu Miguel dan Carol
dilamun cinta suatu masa dulu.

910
00:48:23,291 --> 00:48:26,625
Jadi, awak pun setuju
ada sesuatu antara mereka.

911
00:48:26,708 --> 00:48:28,166
Kita kena bertindak.

912
00:48:28,250 --> 00:48:31,291
Kita tak patut buat begitu, tapi…

913
00:48:31,375 --> 00:48:34,458
Saya berat hati
nak izinkan anak kita kahwin.

914
00:48:36,333 --> 00:48:37,375
Sebenarnya,

915
00:48:38,083 --> 00:48:39,250
saya pun.

916
00:48:41,291 --> 00:48:44,458
Kita kena terus hidup
untuk selamatkan anak-anak kita.

917
00:48:44,541 --> 00:48:46,916
- Mari kita hapuskan kugar itu.
- Mari.

918
00:48:47,000 --> 00:48:48,541
- Hapuskan!
- Hapuskan!

919
00:48:54,958 --> 00:48:56,916
Bertenang.

920
00:48:57,000 --> 00:49:01,083
Ada kugar di kawasan ini.
Kugar itu makan manusia. Bahaya!

921
00:49:01,166 --> 00:49:03,041
Jangan risau. Bukan kugar.

922
00:49:03,125 --> 00:49:05,333
Kucing ini sebenarnya. Namanya Félix.

923
00:49:05,416 --> 00:49:06,541
Kucing?

924
00:49:06,625 --> 00:49:07,791
- Tidak!
- Tidak!

925
00:49:07,875 --> 00:49:10,750
Ketika itulah, kami dengar bunyi kugar.

926
00:49:14,583 --> 00:49:16,833
Ngaumannya dahsyat.

927
00:49:16,916 --> 00:49:18,666
Kugar itu bukan baka tulen.

928
00:49:18,750 --> 00:49:20,916
Ia campuran kugar, jaguar,

929
00:49:21,000 --> 00:49:22,333
harimau bintang…

930
00:49:22,416 --> 00:49:25,375
Tapi kugar itu bukan nak menyerang.

931
00:49:25,458 --> 00:49:26,958
Ia cuba melindungi…

932
00:49:27,041 --> 00:49:28,458
Memang mengharukan.

933
00:49:30,208 --> 00:49:31,041
Sekejap.

934
00:49:31,875 --> 00:49:35,708
- Ia cuba melindungi anak-anaknya.
- Ya.

935
00:49:35,791 --> 00:49:37,375
Itu…

936
00:49:37,458 --> 00:49:40,833
Saya rasa sungguh terharu. Air mata saya…

937
00:49:41,541 --> 00:49:44,250
Ia cuba melindungi anaknya.
Itulah tugas ayah.

938
00:49:44,333 --> 00:49:46,208
- Ayah penyayang…
- Ayah penyayang…

939
00:49:46,291 --> 00:49:47,333
…mungkin buat silap,

940
00:49:47,416 --> 00:49:50,041
- tapi sentiasa…
- Sentiasa.

941
00:49:50,125 --> 00:49:52,875
- …demi anak-anaknya.
- Demi anak-anaknya.

942
00:49:52,958 --> 00:49:53,791
Ya.

943
00:49:54,791 --> 00:49:56,791
- Kita selamat.
- Ya.

944
00:49:56,875 --> 00:50:01,250
Seronok tengok ayah-ayah berbaik
selepas pengembaraan tadi.

945
00:50:01,333 --> 00:50:05,291
Tapi kita kena fokus
kepada watak utama kita, Mari dan Miguel.

946
00:50:05,375 --> 00:50:06,458
Kisah kami hebat.

947
00:50:06,541 --> 00:50:09,500
Mari kita balik ke bilik dan bersiap

948
00:50:09,583 --> 00:50:13,666
kerana malam ini akan jadi
malam yang sangat istimewa.

949
00:50:29,375 --> 00:50:32,541
Ketika aku tiada apa-apa
Aku merindui

950
00:50:32,625 --> 00:50:35,916
Ketika aku kesunyian
Aku menunggu

951
00:50:36,000 --> 00:50:38,625
Ketika aku kesejukan
Aku menggigil

952
00:50:39,208 --> 00:50:43,333
Ketika aku berani
Aku memanggil

953
00:50:45,666 --> 00:50:48,000
Ketika surat tiba
Aku membukanya

954
00:50:48,583 --> 00:50:50,833
Ketika aku dengar lagu Prince
Aku menari

955
00:50:51,416 --> 00:50:53,791
Ketika mata bersinar
Aku memahaminya

956
00:50:54,291 --> 00:50:57,833
Ketika aku tumbuh sayap
Aku terbang

957
00:51:00,916 --> 00:51:03,375
Ketika kau memanggilku
Aku datang

958
00:51:03,458 --> 00:51:06,416
Sedar-sedar saja
Aku sudah di sini

959
00:51:06,500 --> 00:51:09,333
Ketika aku menemuimu
Aku hilang arah

960
00:51:09,416 --> 00:51:12,833
Apabila aku melihatmu
Aku jatuh cinta

961
00:51:14,375 --> 00:51:17,125
Amarazáia zoê

962
00:51:18,083 --> 00:51:20,041
Záia, záia

963
00:51:21,000 --> 00:51:25,291
A hin hingá

964
00:51:28,583 --> 00:51:31,875
Sayang, saya gembira betul
ayah kita dah jadi kawan.

965
00:51:31,958 --> 00:51:34,208
Saya tak sangka semuanya berhasil.

966
00:51:34,291 --> 00:51:37,083
- Saya dah cakap, semuanya baik.
- Memang pun.

967
00:51:38,083 --> 00:51:40,750
Awak kena terima ayah awak seadanya.

968
00:51:41,458 --> 00:51:43,166
Dia ayah yang hebat.

969
00:51:43,250 --> 00:51:46,541
Cumanya, dia pelik sikit.

970
00:51:47,541 --> 00:51:49,291
Tapi saya gembira sangat.

971
00:51:50,166 --> 00:51:51,041
Saya pun.

972
00:51:52,166 --> 00:51:53,625
AYAH
KERJA KOSONG UNTUK PEMUZIK…

973
00:51:53,708 --> 00:51:54,750
- Sayang.
- Ya?

974
00:51:56,250 --> 00:52:00,250
Saya baru dengar berita
yang Orkestra Simfoni Bariloche

975
00:52:00,333 --> 00:52:03,125
akan adakan uji bakat untuk pemuzik baru.

976
00:52:03,208 --> 00:52:07,041
Kita dah bincang tentang itu.
Kita nak balik ke Eropah.

977
00:52:07,125 --> 00:52:09,458
- Ya, tapi…
- Tiada tapi-tapi.

978
00:52:10,000 --> 00:52:12,958
Kita fokus dulu kepada masa sekarang.

979
00:52:13,041 --> 00:52:15,125
Kita raikan bersama keluarga kita.

980
00:52:15,708 --> 00:52:19,375
Kita nikmati perdamaian ayah kita
dan sokongan mereka.

981
00:52:20,875 --> 00:52:22,208
- Okey?
- Okey.

982
00:52:24,708 --> 00:52:25,541
Mari.

983
00:52:36,208 --> 00:52:37,125
Joana?

984
00:52:37,916 --> 00:52:40,208
Saya tahu kita ada parti,

985
00:52:40,291 --> 00:52:42,166
tapi ini boleh bawa masalah.

986
00:52:42,250 --> 00:52:43,416
Apa maksud awak?

987
00:52:43,916 --> 00:52:48,208
Héctor pun rasa pelik
betapa rapatnya Miguel dan Carol.

988
00:52:48,291 --> 00:52:51,708
Dia juga curiga.
Kami dua bapa yang curiga.

989
00:52:51,791 --> 00:52:55,541
Saya dah agak awak berdua
akan timbulkan lebih banyak masalah.

990
00:52:55,625 --> 00:52:58,375
- Dua bapa pengongkong berpakat.
- Mana ada.

991
00:52:58,458 --> 00:53:00,416
Ini demi kebahagiaan anak saya.

992
00:53:01,291 --> 00:53:02,166
Sayang…

993
00:53:05,083 --> 00:53:05,958
Sayang,

994
00:53:06,041 --> 00:53:09,708
Felipinho anugerah terbaik buat saya,
tapi saya muda waktu itu.

995
00:53:09,791 --> 00:53:12,166
Ayahnya lari,
dan ayah saya tak sokong saya.

996
00:53:12,250 --> 00:53:13,916
Kita sebagai ibu bapa

997
00:53:14,000 --> 00:53:16,666
umpama gembala yang membimbing kambingnya.

998
00:53:17,250 --> 00:53:20,083
Saya tak faham kiasan awak.

999
00:53:20,166 --> 00:53:21,583
- Otávio.
- Saya gurau.

1000
00:53:21,666 --> 00:53:22,500
Sungguh.

1001
00:53:22,583 --> 00:53:25,708
Awak perlu belajar terima
yang semuanya okey.

1002
00:53:26,750 --> 00:53:27,833
Itulah masalahnya.

1003
00:53:32,166 --> 00:53:33,875
Saya tak rasa semuanya okey.

1004
00:53:36,166 --> 00:53:38,666
Otávio, saya serius. Dengar cakap saya.

1005
00:53:38,750 --> 00:53:41,625
Saya larang awak rosakkan sambutan ini.

1006
00:53:41,708 --> 00:53:45,583
Saya larang awak cakap
perkara yang menyakitkan hati Mari

1007
00:53:45,666 --> 00:53:48,041
hinggalah makan malam ini tamat. Faham?

1008
00:53:48,125 --> 00:53:50,208
Tak kisahlah awak betul atau salah,

1009
00:53:50,291 --> 00:53:51,708
ini pilihan dia.

1010
00:53:52,708 --> 00:53:53,541
Baiklah.

1011
00:53:54,708 --> 00:53:55,750
Saya janji.

1012
00:53:55,833 --> 00:53:56,666
Bagus.

1013
00:53:57,625 --> 00:53:58,458
Baguslah.

1014
00:54:05,333 --> 00:54:07,083
- Sayang.
- Ya?

1015
00:54:07,583 --> 00:54:09,875
Saya keluar sekejap.

1016
00:54:09,958 --> 00:54:10,791
Okey.

1017
00:54:34,750 --> 00:54:36,375
- Ayah?
- Hai, sayang.

1018
00:54:36,458 --> 00:54:38,375
- Ada apa?
- Sebenarnya…

1019
00:54:39,458 --> 00:54:40,416
- Begini…
- Ayah?

1020
00:54:41,750 --> 00:54:42,875
Apa yang berlaku?

1021
00:54:46,708 --> 00:54:48,625
Ayah ada benda

1022
00:54:49,333 --> 00:54:50,916
nak cakap dengan kamu.

1023
00:54:52,666 --> 00:54:53,500
Apa?

1024
00:54:55,666 --> 00:54:56,500
Kamu…

1025
00:54:57,875 --> 00:54:59,708
Kamu cantik macam mak kamu.

1026
00:55:00,458 --> 00:55:02,250
Taklah, ayah. Mak lagi cantik.

1027
00:55:02,333 --> 00:55:04,125
- Tak, kamu…
- Mak lagi cantik.

1028
00:55:04,625 --> 00:55:06,750
- Kamu cantik, sayang.
- Terima kasih.

1029
00:55:06,833 --> 00:55:07,666
Dengar sini.

1030
00:55:08,500 --> 00:55:09,750
- Okey?
- Sayang ayah.

1031
00:55:09,833 --> 00:55:11,541
Ayah pun sayang kamu sangat.

1032
00:55:11,625 --> 00:55:14,500
- Boleh saya masuk bilik?
- Mestilah. Pergi.

1033
00:55:16,083 --> 00:55:17,208
- Tapi…
- Jumpa nanti.

1034
00:55:17,291 --> 00:55:18,125
Okey.

1035
00:55:21,458 --> 00:55:25,750
Di sinilah datuk kamu beritahu
yang hotel ini akan jadi milik ayah.

1036
00:55:27,625 --> 00:55:29,583
Ayah nak buat benda yang sama.

1037
00:55:30,375 --> 00:55:32,625
Kamu pula kata kamu nak jadi seniman.

1038
00:55:34,666 --> 00:55:35,958
Hari cerah waktu itu.

1039
00:55:38,375 --> 00:55:40,916
Saya takut ayah tak terima keputusan saya.

1040
00:55:41,000 --> 00:55:42,000
Tapi ayah terima.

1041
00:55:44,250 --> 00:55:45,458
Ayah ada terfikir.

1042
00:55:46,333 --> 00:55:47,833
Ayah faham cinta.

1043
00:55:47,916 --> 00:55:49,500
Mestilah ayah faham.

1044
00:55:50,000 --> 00:55:51,250
Tapi cinta tak mudah,

1045
00:55:52,416 --> 00:55:54,541
terutamanya bagi pasangan muda.

1046
00:55:56,208 --> 00:55:58,208
Tinggal pula di Eropah yang jauh.

1047
00:55:58,875 --> 00:56:01,625
Tanpa sokongan, sebagai seniman.

1048
00:56:02,583 --> 00:56:04,083
Ayah terfikir sesuatu.

1049
00:56:06,208 --> 00:56:08,583
Kita ada apartmen di sini. Di Bariloche.

1050
00:56:08,666 --> 00:56:10,458
Apartmen itu milik kamu.

1051
00:56:13,166 --> 00:56:15,750
Ayah penaung Orkestra Simfoni Bariloche.

1052
00:56:16,416 --> 00:56:18,416
Ayah baik dengan pengarahnya.

1053
00:56:18,500 --> 00:56:21,750
Dengan pengaruh ayah,
Mariana pun boleh dapat tempat.

1054
00:56:22,458 --> 00:56:23,541
Apa pendapat kamu?

1055
00:56:29,250 --> 00:56:30,125
Boleh juga.

1056
00:56:30,208 --> 00:56:31,666
Mestilah boleh.

1057
00:56:31,750 --> 00:56:34,875
Kamu dan dia
boleh terus hidup sebagai seniman.

1058
00:56:36,916 --> 00:56:40,041
Apartmen tanpa kos,

1059
00:56:40,125 --> 00:56:41,333
tanpa sewa.

1060
00:56:51,750 --> 00:56:54,541
Dengan cara ini,
kamu masih boleh jadi seniman…

1061
00:56:57,416 --> 00:56:58,791
tapi dekat dengan kami.

1062
00:57:01,375 --> 00:57:02,375
Terima kasih.

1063
00:57:24,291 --> 00:57:25,125
Carol.

1064
00:57:47,083 --> 00:57:48,666
Lapar sangatkah, Otávio?

1065
00:57:48,750 --> 00:57:50,958
Kalau ada tulang, makan guna tangan.

1066
00:57:51,041 --> 00:57:54,166
Biarkan saja dia.
Dia berkelakuan baik hari ini.

1067
00:57:54,250 --> 00:57:55,208
Ayahnya.

1068
00:57:55,791 --> 00:57:59,125
Sekarang saya faham
sebab orang suka makanan Argentina.

1069
00:57:59,208 --> 00:58:01,541
- Saya dah cakap.
- Apa namanya ini?

1070
00:58:01,625 --> 00:58:03,333
Kambing Patagonia, pak cik.

1071
00:58:03,416 --> 00:58:05,333
Kambing Patagonia? Terima kasih.

1072
00:58:05,416 --> 00:58:10,333
Kambing Patagonia ini
memang sedap sangat-sangat.

1073
00:58:10,416 --> 00:58:13,166
Mujurlah awak suka, kawan.

1074
00:58:13,250 --> 00:58:14,541
Memang suka.

1075
00:58:14,625 --> 00:58:16,750
Ayahnya!

1076
00:58:18,583 --> 00:58:19,875
Kita dah jadi kawan.

1077
00:58:27,333 --> 00:58:30,750
"Juruwain cachaça".

1078
00:58:31,958 --> 00:58:34,125
Apa pendapat awak tentang wain itu?

1079
00:58:34,208 --> 00:58:36,166
Saya dah belajar daripada awak.

1080
00:58:36,250 --> 00:58:38,666
Biar saya buat. Mula-mula, olakkan.

1081
00:58:38,750 --> 00:58:40,416
Selepas itu, hidu.

1082
00:58:42,875 --> 00:58:45,125
Beri hitam liar.

1083
00:58:46,458 --> 00:58:48,333
- Syabas!
- Syabas!

1084
00:58:48,416 --> 00:58:49,333
SAYA DAH SAMPAI

1085
00:58:49,416 --> 00:58:52,875
Bapa mertua dari Brazil
dan jadi juruwain Malbec Argentina.

1086
00:58:53,958 --> 00:58:56,791
Saya minta diri sekejap.
Nanti saya datang balik.

1087
00:58:59,791 --> 00:59:01,083
- Sekejap, ya.
- Okey.

1088
00:59:04,208 --> 00:59:05,041
Sedap betul.

1089
00:59:07,625 --> 00:59:10,875
Hebat betul tanin dalam wain ini.

1090
00:59:10,958 --> 00:59:14,375
Dah sampai bawah pun.

1091
00:59:14,458 --> 00:59:15,958
Saya perlu ke tandas.

1092
00:59:16,041 --> 00:59:16,916
Sekejap, ya.

1093
00:59:17,000 --> 00:59:18,291
Otávio, nak ke mana?

1094
00:59:18,375 --> 00:59:19,250
Saya dah cakap.

1095
00:59:19,333 --> 00:59:20,958
Awak dah janji. Saya serius.

1096
00:59:21,666 --> 00:59:23,750
Maaf, keadaan mendesak.

1097
00:59:48,875 --> 00:59:51,458
- Saya tak pandailah.
- Olakkan lagi.

1098
00:59:51,541 --> 00:59:52,791
Perlahan-lahan. Ya.

1099
00:59:52,875 --> 00:59:53,833
Maafkan saya!

1100
00:59:54,333 --> 00:59:55,500
Helo!

1101
00:59:55,583 --> 00:59:58,000
Saya ada berita.
Saya tahu kita ada keraian.

1102
00:59:58,083 --> 01:00:00,833
Tapi saya ada benda penting
nak beritahu semua.

1103
01:00:00,916 --> 01:00:04,125
Ayah okey saja tadi.
Ayah pasti ayah nak buat begitu?

1104
01:00:04,208 --> 01:00:07,166
Biar ayah cakap.
Ayah tahu ayah dah malukan diri.

1105
01:00:07,250 --> 01:00:09,958
Dari dulu kamu rasa
ayah ini ayah paling teruk.

1106
01:00:10,041 --> 01:00:12,208
Tapi ayah akan buktikan sebaliknya.

1107
01:00:12,291 --> 01:00:16,250
Selepas ayah beritahu hal ini,
ayah mungkin nampak makin teruk.

1108
01:00:16,333 --> 01:00:17,625
Selepas itu, sebaliknya.

1109
01:00:18,375 --> 01:00:20,416
Sebabnya, macam yang ayah syak,

1110
01:00:21,000 --> 01:00:22,750
keadaannya lebih teruk.

1111
01:00:22,833 --> 01:00:25,041
Betul sangkaan ayah. Kamu patut tahu.

1112
01:00:25,125 --> 01:00:27,333
Saya tak fahamlah.

1113
01:00:28,583 --> 01:00:30,750
Miguel ada hubungan sulit dengan Carol!

1114
01:00:30,833 --> 01:00:31,750
Apa?

1115
01:00:32,333 --> 01:00:35,333
Bertenang. Dia cuma terlampau cemburu.

1116
01:00:35,416 --> 01:00:36,625
Saya perasan sesuatu

1117
01:00:36,708 --> 01:00:40,083
waktu kita minum wain
sambil meludah tempoh hari.

1118
01:00:40,166 --> 01:00:42,125
Saya dah perasan waktu itu.

1119
01:00:42,208 --> 01:00:44,583
Hari ini, memang sah betul.

1120
01:00:44,666 --> 01:00:45,666
Apa yang sahnya?

1121
01:00:45,750 --> 01:00:50,708
Miguel pergi ke tandas
dan berasmara dengan Carol.

1122
01:00:50,791 --> 01:00:51,750
Ya, betul!

1123
01:00:51,833 --> 01:00:53,125
Boleh kita ucap selamat?

1124
01:00:53,208 --> 01:00:55,250
- Kamu dari sana?
- Apa halnya?

1125
01:00:55,333 --> 01:00:56,541
Apa yang kamu…

1126
01:00:56,625 --> 01:00:58,375
Ayah cakap awak dengan Carol?

1127
01:00:59,750 --> 01:01:00,791
Betul.

1128
01:01:00,875 --> 01:01:01,875
Memang betul pun.

1129
01:01:02,583 --> 01:01:04,750
Sayang, susah ayah nak katakannya,

1130
01:01:04,833 --> 01:01:06,125
tapi mereka…

1131
01:01:06,208 --> 01:01:08,375
Mereka bersungguh-sungguh betul.

1132
01:01:08,458 --> 01:01:09,666
- Tak.
- Memang gila.

1133
01:01:09,750 --> 01:01:12,750
Dinding pun bergegar. Sekejap…

1134
01:01:13,333 --> 01:01:16,208
- Maaf, semua.
- Keadaan semakin rumit.

1135
01:01:16,291 --> 01:01:17,750
Kami terlepas apa?

1136
01:01:17,833 --> 01:01:19,791
Kamu yang di tandas dengan Carol?

1137
01:01:19,875 --> 01:01:21,791
Bukan Miguel?

1138
01:01:21,875 --> 01:01:23,416
- Miguel?
- Miguel?

1139
01:01:23,500 --> 01:01:24,375
Bukankah?

1140
01:01:24,458 --> 01:01:26,000
- Saya dan Miguel?
- Ya.

1141
01:01:26,083 --> 01:01:28,416
Kenapa pak cik cakap begitu? Taklah!

1142
01:01:28,500 --> 01:01:30,083
Saya dan Miguel dah putus.

1143
01:01:30,166 --> 01:01:32,250
Kami dah tiada apa-apa.

1144
01:01:32,333 --> 01:01:34,125
- Tiada apa-apa.
- Untung saya.

1145
01:01:34,708 --> 01:01:36,875
Tapi waktu minum wain tempoh hari,

1146
01:01:36,958 --> 01:01:38,291
kamu dan Carol…

1147
01:01:38,375 --> 01:01:39,750
Kamu cakap,

1148
01:01:39,833 --> 01:01:41,833
"Nanti awak jadi pelado pula."

1149
01:01:41,916 --> 01:01:43,708
Ayah, pelado maksudnya botak.

1150
01:01:44,791 --> 01:01:49,375
Ayah rasa bahasa Sepanyol
ialah bahasa Portugis versi mengarut.

1151
01:01:49,458 --> 01:01:54,250
Salah faham ini berlaku kerana
saya buat rancangan rahsia dengan Carol

1152
01:01:54,333 --> 01:01:55,666
untuk buat kejutan.

1153
01:01:55,750 --> 01:01:56,916
Kejutan apa?

1154
01:02:10,708 --> 01:02:13,041
- Miguel, ini biola Stradivarius?
- Ya.

1155
01:02:14,375 --> 01:02:16,416
Saya nak sentuh pun takut.

1156
01:02:17,625 --> 01:02:18,708
Ini dah melebih-lebih.

1157
01:02:19,583 --> 01:02:21,541
Melebih-lebih sangat, betul tak, ayah?

1158
01:02:21,625 --> 01:02:23,333
Maafkan ayah, sayang.

1159
01:02:24,083 --> 01:02:25,708
Malam ini sepatutnya indah.

1160
01:02:25,791 --> 01:02:28,000
Tak indahkah? Tengoklah.

1161
01:02:28,083 --> 01:02:29,708
Ayah dah huru-harakannya.

1162
01:02:31,000 --> 01:02:32,000
Ayah buat hal.

1163
01:02:34,666 --> 01:02:35,500
Tenang, Mari.

1164
01:02:36,583 --> 01:02:38,166
Lupakan yang dah lepas.

1165
01:02:38,250 --> 01:02:39,833
Jangan salahkan ayah awak.

1166
01:02:39,916 --> 01:02:42,208
Miguel, inilah yang dia selalu buat.

1167
01:02:42,291 --> 01:02:44,708
Sebenarnya, inilah
yang dia tak pernah buat.

1168
01:02:44,791 --> 01:02:46,833
Dia tak pernah penuhi janjinya.

1169
01:02:47,333 --> 01:02:52,083
Entah kenapa saya beri ayah peluang.
Saya sepatutnya tahu itu janji kosong.

1170
01:02:52,166 --> 01:02:54,375
Bertenang, Mari. Lupakan saja.

1171
01:02:54,458 --> 01:02:57,666
- Awak tak gembira dengan ini?
- Saya terkejut sangat.

1172
01:02:57,750 --> 01:03:00,166
Saya ada satu lagi kejutan.

1173
01:03:00,958 --> 01:03:04,458
Awak akan dapat tempat
dalam Orkestra Simfoni Bariloche.

1174
01:03:05,541 --> 01:03:06,375
Apa?

1175
01:03:07,750 --> 01:03:12,125
Ayah saya beri kita apartmen
agar kita boleh tinggal percuma di sini.

1176
01:03:14,625 --> 01:03:16,125
Ini permulaan hidup kita.

1177
01:03:17,083 --> 01:03:19,041
Itu akan bawa perbezaan besar.

1178
01:03:19,875 --> 01:03:21,833
Miguel, sanggup awak buat begini?

1179
01:03:23,208 --> 01:03:24,666
Mari, apa maksud awak?

1180
01:03:25,333 --> 01:03:27,375
Kita dah dapat kediaman dan kerja.

1181
01:03:28,916 --> 01:03:31,166
Jauh berbeza daripada di Eropah.

1182
01:03:31,250 --> 01:03:32,625
Eloklah awak dah fikir.

1183
01:03:33,125 --> 01:03:37,208
Eloklah ayah awak dah rancang,
tapi awak ada fikir kehendak saya?

1184
01:03:37,291 --> 01:03:40,416
Dari dulu awak cakap ini yang awak mahu.

1185
01:03:40,500 --> 01:03:42,166
Itulah yang saya berikan.

1186
01:03:43,541 --> 01:03:47,500
Tak, saya tak pernah mahu
awak buat keputusan tanpa berbincang.

1187
01:03:48,000 --> 01:03:49,958
Muzik impian saya seumur hidup.

1188
01:03:50,041 --> 01:03:53,833
Ayah saya tak pernah sokong.
Dia usaha menghalang, tapi gagal.

1189
01:03:54,333 --> 01:03:56,416
Saya ke Eropah,
jumpa awak, dan nak kahwin,

1190
01:03:56,500 --> 01:03:58,833
tapi dia tak terima pilihan saya.

1191
01:03:58,916 --> 01:04:01,000
Dari awal pak cik terima kamu.

1192
01:04:01,083 --> 01:04:03,875
Tak, pak cik! Pak cik dan ayah sama saja!

1193
01:04:03,958 --> 01:04:06,625
Dua-dua pentingkan diri
dan kuat mengongkong.

1194
01:04:06,708 --> 01:04:09,375
Di Rio de Janeiro atau Bariloche,
dua-dua sama.

1195
01:04:09,458 --> 01:04:10,958
Tapi yang paling teruk,

1196
01:04:11,041 --> 01:04:14,125
awak biar duit ayah awak
tentukan masa depan kita.

1197
01:04:14,208 --> 01:04:16,541
Kita yang tentukannya, sayang.

1198
01:04:16,625 --> 01:04:18,250
Yakah? Awak pasti?

1199
01:04:18,750 --> 01:04:19,833
Betulkah, Miguel?

1200
01:04:19,916 --> 01:04:22,791
Awak tak bincang pun
sebelum buat keputusan.

1201
01:04:22,875 --> 01:04:24,500
Saya ingat awak suka kejutan ini.

1202
01:04:26,750 --> 01:04:28,708
Kita sepatutnya buat keputusan bersama.

1203
01:04:33,250 --> 01:04:35,625
- Sudahlah.
- Mari.

1204
01:04:35,708 --> 01:04:37,416
Mari. Sayang.

1205
01:04:55,875 --> 01:04:56,708
Miguel,

1206
01:04:57,583 --> 01:05:01,333
kamu tak menghormati
bakal isteri kamu dan kemahuannya.

1207
01:05:05,625 --> 01:05:07,333
Ya, betul kata mak.

1208
01:05:08,666 --> 01:05:10,541
Kami rancang semuanya bersama.

1209
01:05:13,666 --> 01:05:17,416
Tapi ayah berjaya mempengaruhi saya
dengan kehidupan selesa

1210
01:05:18,000 --> 01:05:19,500
agar saya ada berdekatan.

1211
01:05:20,458 --> 01:05:22,708
Tapi marahnya akan reda nanti.

1212
01:05:25,083 --> 01:05:26,583
Dia kenal diri saya.

1213
01:05:27,166 --> 01:05:31,416
Kalau begitu,
jadilah diri kamu yang dikenalinya itu.

1214
01:05:31,500 --> 01:05:33,833
Kamu buat apa lagi di sini? Kejar dia.

1215
01:05:34,500 --> 01:05:36,166
Pergi, nak. Pergi!

1216
01:05:36,666 --> 01:05:37,500
Pergi.

1217
01:06:13,041 --> 01:06:14,208
Puas hati, Otávio?

1218
01:06:14,291 --> 01:06:16,666
Saya pun nak tanya soalan sama, Héctor.

1219
01:06:16,750 --> 01:06:20,166
- Saya buat semua ini untuk anak saya.
- Cara awak salah.

1220
01:06:20,250 --> 01:06:22,625
Saya buat demi kebahagiaan anak saya.

1221
01:06:22,708 --> 01:06:25,541
Ayahnya, kita kena buat sesuatu.

1222
01:06:26,666 --> 01:06:28,041
Mari kita kejar mereka.

1223
01:06:28,125 --> 01:06:30,208
- Maaf.
- Saya yang kena minta maaf.

1224
01:06:30,291 --> 01:06:32,208
- Tidak, sayang.
- Sayang.

1225
01:06:32,833 --> 01:06:33,958
Ayuh.

1226
01:06:34,041 --> 01:06:36,041
Mari, Otávio.

1227
01:06:36,125 --> 01:06:38,375
- Mari, Felipe.
- Mari.

1228
01:06:38,458 --> 01:06:39,458
Cepatlah!

1229
01:06:40,625 --> 01:06:42,291
Masuk kereta, semua!

1230
01:06:42,875 --> 01:06:44,583
Mereka nak ke hotel!

1231
01:06:44,666 --> 01:06:46,041
Mari kita pergi cepat.

1232
01:06:46,125 --> 01:06:47,291
Mari.

1233
01:06:47,375 --> 01:06:48,250
Jalan cepat!

1234
01:06:54,708 --> 01:06:56,375
Tuhan, aku nak anak aku…

1235
01:06:59,083 --> 01:07:01,291
En. Sekejap, jawab soalan saya.

1236
01:07:01,375 --> 01:07:03,583
- Ada nampak anak saya, Mariana?
- Ya.

1237
01:07:03,666 --> 01:07:06,125
Cik Mariana ada tadi,
tapi dia pergi dengan prisa.

1238
01:07:06,208 --> 01:07:09,208
- Prisa? Siapa itu?
- Maksudnya "segera".

1239
01:07:09,291 --> 01:07:11,083
- Bahasa Sepanyol lagi?
- Ya.

1240
01:07:11,166 --> 01:07:13,791
Sayang, awak tahu apa saya fikirkan?

1241
01:07:13,875 --> 01:07:14,958
Mari pergi.

1242
01:07:15,041 --> 01:07:16,083
Kita nak ke mana?

1243
01:07:16,166 --> 01:07:18,791
Ke lapangan terbang, dengan prisa!

1244
01:07:18,875 --> 01:07:20,333
- Mari.
- Cepat!

1245
01:07:22,291 --> 01:07:24,416
PELEPASAN

1246
01:07:58,083 --> 01:08:00,000
Saya dah agak awak akan ke sini.

1247
01:08:01,958 --> 01:08:04,083
Saya kenal sangat awak.

1248
01:08:07,000 --> 01:08:09,333
Saya juga tahu saya berhak tengok awak

1249
01:08:09,416 --> 01:08:12,083
naik pesawat
dan tinggalkan saya di Bariloche.

1250
01:08:16,041 --> 01:08:18,708
Tapi awak juga
orang yang paling kenal saya.

1251
01:08:19,958 --> 01:08:25,583
Awak juga tahu
lelaki yang mengkhianati rancangan kita

1252
01:08:25,666 --> 01:08:27,125
bukan Miguel yang awak cintai.

1253
01:08:27,208 --> 01:08:29,500
Saya dah tak kenal awak, Miguel.

1254
01:08:29,583 --> 01:08:31,125
Saya takut, Mari.

1255
01:08:32,250 --> 01:08:36,458
Saya berkelakuan macam diri saya
sebelum saya mengenali awak.

1256
01:08:38,583 --> 01:08:41,250
Saya cuma nak jadi
Miguel yang awak cintai.

1257
01:08:43,000 --> 01:08:44,916
Lelaki yang awak nak kahwini.

1258
01:08:51,666 --> 01:08:52,500
Tengoklah.

1259
01:08:53,125 --> 01:08:56,500
Awak fikir saya akan maafkan
kerana awak beri saya biola?

1260
01:08:56,583 --> 01:08:59,416
Tak. Saya tahu awak tak boleh dibeli.

1261
01:09:00,125 --> 01:09:02,166
Tapi tolonglah buka bekas ini.

1262
01:09:11,500 --> 01:09:12,791
Apa itu, Miguel?

1263
01:09:13,375 --> 01:09:17,083
Biola itu hadiah yang saya nak berikan.

1264
01:09:17,166 --> 01:09:21,958
Tapi saya faham sekarang,
bekas ini yang penting.

1265
01:09:22,041 --> 01:09:23,041
Bekas kosong.

1266
01:09:24,000 --> 01:09:27,166
Kita boleh isi
segala-galanya yang kita bina.

1267
01:09:28,375 --> 01:09:30,833
Kehidupan yang kita akan kongsi

1268
01:09:30,916 --> 01:09:32,125
bersama-sama.

1269
01:09:34,041 --> 01:09:35,208
Bersama-sama konon.

1270
01:09:36,875 --> 01:09:40,041
Miguel, cara awak minta maaf memang teruk.

1271
01:09:41,333 --> 01:09:44,833
Lagipun, bekas ini kecil sangat.
Muatkah kehidupan kita?

1272
01:09:47,208 --> 01:09:49,541
Tak, mestilah tak.

1273
01:09:50,666 --> 01:09:57,416
Takkan ada bekas yang cukup besar
untuk mengisi kehidupan kita bersama-sama.

1274
01:10:01,583 --> 01:10:03,375
- Boleh maafkan saya?
- Ya.

1275
01:10:09,791 --> 01:10:10,916
Saya cintakan awak.

1276
01:10:11,625 --> 01:10:13,916
Saya pun. Sangat-sangat, bodoh.

1277
01:10:14,000 --> 01:10:15,333
- Bodoh?
- Ya.

1278
01:10:15,416 --> 01:10:16,958
Berhenti saja di sini.

1279
01:10:17,041 --> 01:10:20,041
Cepatlah, Felipinho. Halang mereka.

1280
01:10:20,125 --> 01:10:22,166
Buat kecoh pun tak apa. Cepat!

1281
01:10:22,250 --> 01:10:24,541
Jangan berhenti. Ayuh.

1282
01:10:24,625 --> 01:10:26,625
Mereka mesti ada di sekitar sini.

1283
01:10:32,208 --> 01:10:36,333
Panggilan terakhir,
Penerbangan 2012 ke Rio de Janeiro.

1284
01:10:38,250 --> 01:10:39,416
Tengok. Di sini!

1285
01:10:39,500 --> 01:10:40,333
Mari.

1286
01:10:40,416 --> 01:10:41,791
- Cepat!
- Di sini!

1287
01:10:42,458 --> 01:10:43,375
Cepat!

1288
01:10:44,958 --> 01:10:47,500
Maafkan saya, tapi bukan begitu…

1289
01:10:47,583 --> 01:10:51,333
- Hai! Héctor…
- Hai, apa khabar?

1290
01:10:51,416 --> 01:10:54,791
- Tak boleh masuk sini.
- Tak ingat saya? Héctor Martín.

1291
01:10:54,875 --> 01:10:55,958
Héctor! Apa khabar?

1292
01:10:56,875 --> 01:10:59,125
Perhatian!

1293
01:10:59,708 --> 01:11:02,000
- Encik…
- Para penumpang sekalian!

1294
01:11:04,208 --> 01:11:06,250
Ada ancaman bom!

1295
01:11:06,333 --> 01:11:08,625
Jaga-jaga! Lari!

1296
01:11:10,291 --> 01:11:12,583
Mereka tak boleh lari!
Mereka kena tunggu di sini!

1297
01:11:13,208 --> 01:11:15,041
Oh! Jangan ke mana-mana!

1298
01:11:15,125 --> 01:11:17,833
Jangan ke mana-mana! Jangan bergerak!

1299
01:11:17,916 --> 01:11:18,958
Itu ayah sayakah?

1300
01:11:19,041 --> 01:11:19,875
Rasanyalah.

1301
01:11:19,958 --> 01:11:21,875
Keluar!

1302
01:11:21,958 --> 01:11:22,833
Terima kasih!

1303
01:11:24,416 --> 01:11:28,583
Para penumpang sekalian,
semuanya dalam keadaan terkawal.

1304
01:11:50,500 --> 01:11:51,916
Mari!

1305
01:11:53,125 --> 01:11:57,041
Sebelum kamu cakap apa-apa,
biar ayah beritahu sesuatu dulu.

1306
01:11:57,125 --> 01:11:59,250
Dalam perjalanan kita ke Bariloche,

1307
01:11:59,791 --> 01:12:02,208
ayah teringat kamu suruh ayah

1308
01:12:02,750 --> 01:12:03,708
jadi ayah kamu.

1309
01:12:05,833 --> 01:12:07,625
Tapi ayah buat silap, sayang.

1310
01:12:08,250 --> 01:12:09,750
Ayah memang ayah yang teruk.

1311
01:12:10,250 --> 01:12:13,333
Ayah pentingkan diri,
kuat cemburu, suka mengongkong.

1312
01:12:15,916 --> 01:12:18,625
Ayah tak tunaikan janji ayah sekali lagi.

1313
01:12:19,583 --> 01:12:23,333
Tapi ayah tahu sebab
ayah jadi begini selepas mak kamu tiada.

1314
01:12:24,250 --> 01:12:25,416
Kamu tahu sebabnya?

1315
01:12:26,916 --> 01:12:30,458
Ayah nak ikut cara ayah, bukan cara kamu.

1316
01:12:31,375 --> 01:12:32,458
Ayah takut.

1317
01:12:33,083 --> 01:12:34,416
Ya, ayah pengecut.

1318
01:12:35,750 --> 01:12:39,708
Ayah takut kehilangan kamu,
dan itu yang buat ayah hilang kamu.

1319
01:12:39,791 --> 01:12:40,625
Mestilah.

1320
01:12:41,958 --> 01:12:46,416
Tapi kamu, yang kini dah jadi wanita,
telah mengajar ayah sesuatu.

1321
01:12:47,250 --> 01:12:48,916
Kamu ajar erti kasih sayang,

1322
01:12:50,000 --> 01:12:52,375
serta menghormati pandangan orang lain.

1323
01:12:53,458 --> 01:12:54,750
Maafkan ayah, sayang.

1324
01:12:58,625 --> 01:13:00,083
Maafkan ayah.

1325
01:13:00,166 --> 01:13:01,000
Maafkan ayah.

1326
01:13:03,000 --> 01:13:03,833
Tak mengapa.

1327
01:13:06,208 --> 01:13:07,583
Ayah sayang kamu sangat.

1328
01:13:12,083 --> 01:13:13,958
Nak, maafkan ayah.

1329
01:13:14,666 --> 01:13:18,375
Ayah hanya fikir tentang diri sendiri
dan tak dengar cakap kamu.

1330
01:13:19,666 --> 01:13:22,916
Ayah takkan buat lagi. Ayah janji.

1331
01:13:24,708 --> 01:13:26,041
Moga kamu bahagia.

1332
01:13:31,916 --> 01:13:36,458
Ayah dan Otávio dah jadi
bapa mertua paling teruk di Mercosur.

1333
01:13:37,750 --> 01:13:39,708
Betul kata awak.

1334
01:13:39,791 --> 01:13:42,500
Maaf kerana curiga dengan kamu, Miguel.

1335
01:13:43,208 --> 01:13:46,291
Maaf juga kerana belasah kamu
dalam bola sepak meja.

1336
01:13:47,833 --> 01:13:48,708
Brazil!

1337
01:13:48,791 --> 01:13:50,958
Brazil!

1338
01:13:51,041 --> 01:13:53,458
Dengar sini, semua!

1339
01:13:54,125 --> 01:13:56,791
Merpati sejoli kita dah berbaik

1340
01:13:57,666 --> 01:14:00,333
dan bapa mertua hantu kita

1341
01:14:00,416 --> 01:14:03,250
dah sedar mereka perlu
sokong anak-anak mereka.

1342
01:14:04,000 --> 01:14:06,666
Jadi, saya dan Joana ada idea.

1343
01:14:06,750 --> 01:14:11,333
Apa kata kami carikan tempat
untuk Miguel dan Mari berkahwin?

1344
01:14:11,416 --> 01:14:13,750
Tempat yang orang Argentina…

1345
01:14:13,833 --> 01:14:15,166
- Suka!
- Suka!

1346
01:14:16,916 --> 01:14:20,083
BÚZIOS
SETAHUN KEMUDIAN

1347
01:14:29,875 --> 01:14:32,416
- Tak nak?
- Pasang muzik, kalau tak…

1348
01:14:32,500 --> 01:14:33,458
Cepat.

1349
01:14:33,541 --> 01:14:35,041
Enam, tujuh, lapan, mula.

1350
01:14:48,958 --> 01:14:50,666
- Cantiknya dia.
- Memang pun.

1351
01:15:16,375 --> 01:15:19,958
Carol, adakah awak terima Felipe
sebagai suami awak yang sah?

1352
01:15:21,250 --> 01:15:22,333
- Ya.
- Felipe?

1353
01:15:22,416 --> 01:15:23,875
Mestilah ya.

1354
01:15:28,416 --> 01:15:29,583
Tahniah!

1355
01:15:51,125 --> 01:15:51,958
Ayah?

1356
01:15:52,583 --> 01:15:54,458
Hai, sayang. Hai, Miguel.

1357
01:15:54,541 --> 01:15:55,583
Awak dah dengar berita?

1358
01:15:55,666 --> 01:15:57,958
Miguel akan main
dalam Orkestra Simfoni Berlin.

1359
01:15:58,041 --> 01:16:00,208
Antara orkestra terkemuka di dunia.

1360
01:16:00,291 --> 01:16:04,000
Syabas, nak. Mesti kamu bangga,
macam dapat masuk Piala Dunia.

1361
01:16:04,083 --> 01:16:06,291
Mestilah macam pasukan Brazil.

1362
01:16:07,791 --> 01:16:09,625
Ayah, ini untuk ayah.

1363
01:16:09,708 --> 01:16:11,125
Apa ini, sayang?

1364
01:16:11,208 --> 01:16:12,750
Tiket ke Venice.

1365
01:16:13,250 --> 01:16:17,083
Saya akan main "Empat Musim" Vivaldi
di tempat dia menggubahnya dan dilahirkan.

1366
01:16:17,166 --> 01:16:20,791
- Ayah kena datang.
- Ini lagu yang mak kamu selalu mainkan.

1367
01:16:21,625 --> 01:16:22,458
Ya.

1368
01:16:22,541 --> 01:16:24,083
Mestilah ayah akan datang.

1369
01:16:26,083 --> 01:16:27,958
Itu pun mereka.

1370
01:16:28,041 --> 01:16:29,416
Hai.

1371
01:16:29,500 --> 01:16:33,750
Memandangkan dua-dua keluarga di sini,
kami nak beritahu satu kejutan.

1372
01:16:33,833 --> 01:16:34,666
Mak cik tahu!

1373
01:16:35,166 --> 01:16:37,625
Kamu berdua akhirnya nak kahwin?

1374
01:16:37,708 --> 01:16:38,791
Nak adakan majlis?

1375
01:16:38,875 --> 01:16:40,875
Tak, mak. Bukan.

1376
01:16:40,958 --> 01:16:42,333
Ayah tahu.

1377
01:16:42,416 --> 01:16:45,458
Waktu antara konsert,
kamu akan ziarah kami di Brazil.

1378
01:16:45,541 --> 01:16:47,291
Tak, ayah. Bukan juga.

1379
01:16:47,375 --> 01:16:50,458
- Percutian mesti di Argentina.
- Tak, bukan juga.

1380
01:16:51,375 --> 01:16:52,791
Ini cabaran lebih besar

1381
01:16:52,875 --> 01:16:55,583
untuk mak dan ayah.

1382
01:16:58,041 --> 01:16:59,708
Mak ayah akan dapat cucu!

1383
01:17:03,458 --> 01:17:04,625
Ya Tuhan.

1384
01:17:11,875 --> 01:17:13,916
Tahniah!

1385
01:17:14,500 --> 01:17:17,291
- Miguel!
- Pak Cik Otávio!

1386
01:17:19,208 --> 01:17:21,041
Kamu akan jadi ayah yang hebat.

1387
01:17:21,125 --> 01:17:23,416
- Ayah yang hebat.
- Terima kasih.

1388
01:17:25,666 --> 01:17:28,833
- Cucu ayah nak lahir mana?
- Cucu ayah nak lahir mana?

1389
01:17:31,250 --> 01:17:32,250
Mestilah Brazil.

1390
01:17:32,333 --> 01:17:35,541
- Mana boleh.
- Argentina lagilah tak boleh.

1391
01:17:35,625 --> 01:17:37,333
Cuaca di sini baik.

1392
01:17:37,416 --> 01:17:40,666
Ada matahari, pantai, iodin.
Baik untuk kanak-kanak.

1393
01:17:40,750 --> 01:17:44,625
- Banyak sangat matahari pun tak elok.
- Tak elok untuk awak saja.

1394
01:17:44,708 --> 01:17:47,708
Tengok kulit awak.
Kalau berjemur, terus jadi udang.

1395
01:17:47,791 --> 01:17:51,291
Cucu saya akan jadi
peluncur air macam datuknya.

1396
01:17:51,375 --> 01:17:53,458
Semula jadi ada pelindung matahari.

1397
01:20:33,208 --> 01:20:35,708
Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi



