1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:24,375 --> 00:00:28,916
Saya sedang duduk di taman di rumah
dan menerima panggilan telefon

4
00:00:29,500 --> 00:00:33,416
yang mengatakan anak perempuan saya,
Lucie, telah hilang.

5
00:00:35,291 --> 00:00:38,541
Reaksi pertama saya ialah,
"Bagaimana kamu tahu dia hilang?"

6
00:00:40,000 --> 00:00:42,416
Kami tak dengar khabarnya
selama beberapa hari.

7
00:00:42,500 --> 00:00:45,375
Dia tak jawab telefon
dan kami tak terima e-mel.

8
00:00:47,875 --> 00:00:50,666
Dia bekerja di Jepun.

9
00:00:51,500 --> 00:00:55,125
Saya terus terfikir,
pasti ada penjelasan rasional,

10
00:00:55,208 --> 00:00:58,916
pasti ada sebab
dia tak dapat hubungi kami.

11
00:00:59,000 --> 00:00:59,958
LUCIE JANE BLACKMAN (21)

12
00:01:00,041 --> 00:01:02,583
Polis di Jepun membuat rayuan awam
untuk membantu mereka

13
00:01:02,666 --> 00:01:04,916
mengesan seorang wanita British
berusia 21 tahun.

14
00:01:05,500 --> 00:01:07,125
Lucie Blackman dilaporkan hilang

15
00:01:07,208 --> 00:01:09,875
sejak meninggalkan bar
tempat dia bekerja sebagai pelayan.

16
00:01:10,791 --> 00:01:13,583
Ada tiga atau empat panggilan lagi.

17
00:01:13,666 --> 00:01:16,458
Saya tahu ada sesuatu yang tak kena.

18
00:01:17,041 --> 00:01:21,291
Perasaan panik

19
00:01:22,208 --> 00:01:24,458
mula menyelubungi diri kami.

20
00:01:29,583 --> 00:01:31,875
Tokyo, metropolis terbesar di dunia.

21
00:01:31,958 --> 00:01:35,458
Tempat yang menarik untuk ramai orang,
mimpi ngeri untuk seorang.

22
00:01:38,041 --> 00:01:42,250
Lebih seminggu berlalu
sejak Lucie Blackman hilang.

23
00:01:44,333 --> 00:01:48,125
Setiap tahun,
beratus-ratus gadis muda yang ceria

24
00:01:48,208 --> 00:01:49,833
menuju ke Tokyo.

25
00:01:52,375 --> 00:01:54,791
Jabatan Polis Metropolitan

26
00:01:54,875 --> 00:01:58,958
menyiasat kemungkinan penculikan
oleh kultus agama.

27
00:02:00,791 --> 00:02:04,416
Pihak berkuasa Jepun kini
sedang memburu pemangsa seksual

28
00:02:04,500 --> 00:02:07,916
yang menghendap di jalanan Tokyo
selama berdekad-dekad.

29
00:02:09,791 --> 00:02:13,708
HILANG: KES LUCIE BLACKMAN

30
00:02:18,375 --> 00:02:22,250
TOKYO, JEPUN

31
00:02:36,916 --> 00:02:40,625
Apabila Lucie tamat sekolah,
dia mahu mengembara ke dunia luar

32
00:02:40,708 --> 00:02:43,875
seperti ramai orang muda lain.

33
00:02:44,500 --> 00:02:46,291
Ia pengalaman yang hebat

34
00:02:48,125 --> 00:02:53,791
Tapi saya ingat Lucie kata,
"Saya nak mengembara ke Jepun."

35
00:02:53,875 --> 00:02:57,000
"Saya terpesona dengan budaya di sana

36
00:02:59,583 --> 00:03:03,125
dan ia akan menjadi
pengalaman yang menarik"

37
00:03:09,333 --> 00:03:12,333
Jepun ada imej negara yang bersih, bukan?

38
00:03:12,416 --> 00:03:13,875
Negara semua orang sopan.

39
00:03:13,958 --> 00:03:15,000
Tiada jenayah.

40
00:03:15,083 --> 00:03:17,666
Dompet hilang dalam
kereta api pun akan kembali.

41
00:03:19,000 --> 00:03:21,375
Tokyo pada tahun 2000-an
ialah tempat yang mengujakan.

42
00:03:21,458 --> 00:03:24,000
Ada ramai orang asing
datang ke sini untuk bekerja.

43
00:03:24,083 --> 00:03:26,583
Orang boleh buat duit
dan suasananya juga menyeronokkan.

44
00:03:26,666 --> 00:03:30,166
Ya, seperti kru Channel 4 yang lain,
saya juga berada di Jepun.

45
00:03:30,250 --> 00:03:34,625
Inilah negara paling popular dengan
eksport budaya terkininya, Pokemon.

46
00:03:35,125 --> 00:03:37,000
Selamat datang ke Japanorama.

47
00:03:37,583 --> 00:03:41,041
Imej Jepun yang selamat dan sopan
sangat kuat.

48
00:03:43,333 --> 00:03:47,291
Tiada sesiapa menyangka
ada sisi gelap yang tersembunyi.

49
00:04:05,125 --> 00:04:09,083
Kawan saya yang uruskan
rumah tamu hubungi saya.

50
00:04:10,708 --> 00:04:15,833
Dia sangat risau tentang
gadis 21 tahun bernama Lucie,

51
00:04:15,916 --> 00:04:19,125
yang tinggal di rumah tamu
dan dia tak dapat hubungi Lucie.

52
00:04:21,375 --> 00:04:24,875
Ini kali pertama kawan saya
alami sesuatu seperti ini

53
00:04:24,958 --> 00:04:26,708
dan dia agak marah.

54
00:04:26,791 --> 00:04:28,708
Daripada riak wajahnya yang tegang,

55
00:04:29,208 --> 00:04:33,833
saya rasa situasi ini serius.

56
00:04:38,291 --> 00:04:43,958
3 JULAI 2000
HILANG 3 HARI

57
00:04:44,041 --> 00:04:46,208
Ada khabar angin dibisikkan
dalam media Jepun.

58
00:04:46,291 --> 00:04:49,958
PRAMUGARI BRITISH
DICULIK OLEH KULTUS

59
00:04:51,500 --> 00:04:54,458
Tapi pada mulanya, tiada sesiapa sedar.

60
00:04:54,541 --> 00:04:56,916
Mungkin ada sekumpulan kecil
orang asing yang tahu

61
00:04:57,000 --> 00:04:58,375
ada seseorang yang hilang.

62
00:04:59,500 --> 00:05:01,333
Saya wartawan jenayah di Jepun.

63
00:05:01,875 --> 00:05:05,291
Bos saya hubungi saya dan kata,
"Hei, gaijin!"

64
00:05:05,375 --> 00:05:08,125
Itu istilah untuk orang asing.

65
00:05:08,791 --> 00:05:12,083
Dia kata, "Kami perlukan awak.
Kes ini melibatkan Gaijin."

66
00:05:13,583 --> 00:05:16,416
Tanggapan awal saya,
dia mungkin pergi ke Thailand

67
00:05:16,500 --> 00:05:19,125
tapi terlupa beritahu sesiapa,
mungkin tiada apa-apa pun.

68
00:05:22,500 --> 00:05:25,583
Saya pergi ke ibu pejabat
Jabatan Polis Metropolitan.

69
00:05:26,291 --> 00:05:27,750
Mereka beritahu saya segalanya.

70
00:05:27,833 --> 00:05:30,125
POLIS METROPOLITAN TOKYO

71
00:05:36,416 --> 00:05:40,125
Saya uruskan kes Lucie sebagai penguasa.

72
00:05:40,208 --> 00:05:42,916
PENGUASA AKIRA MITSUZANE

73
00:05:43,000 --> 00:05:45,125
POLIS METROPOLITAN TOKYO

74
00:05:45,208 --> 00:05:49,625
Pada mulanya, ada kemungkinan
dia melarikan diri,

75
00:05:49,708 --> 00:05:52,000
jadi kami perlu tahu daripada keluarganya
secara terperinci

76
00:05:52,500 --> 00:05:58,333
sama ada dia ada sebab untuk buat begitu.

77
00:06:03,083 --> 00:06:04,041
Pada masa itu,

78
00:06:04,666 --> 00:06:10,333
ada ramai warga asing yang tinggal
melebihi visa atau bekerja secara haram

79
00:06:11,708 --> 00:06:14,791
dan ramai yang selalu hilang.

80
00:06:16,583 --> 00:06:20,666
PENOLONG INSPEKTOR MASAHIKO SOEJIMA
POLIS METROPOLITAN TOKYO

81
00:06:20,750 --> 00:06:23,083
Kali pertama saya mendengarnya,

82
00:06:23,166 --> 00:06:27,083
saya tak pasti jika ia kes jenayah.

83
00:06:31,833 --> 00:06:34,708
HILANG 11 HARI

84
00:06:41,750 --> 00:06:44,958
Ayah Lucie, Timothy Blackman,
datang ke Tokyo

85
00:06:45,041 --> 00:06:48,083
kerana menurut polis,
ada kemungkinan dia diculik.

86
00:06:50,000 --> 00:06:51,958
Saya bercakap dengannya tiga minggu lalu.

87
00:06:52,791 --> 00:06:56,833
Hanya perbualan biasa
anak perempuan yang hubungi ayahnya,

88
00:06:56,916 --> 00:06:59,208
"Hai, ayah. Saya berseronok di Jepun."

89
00:06:59,291 --> 00:07:02,250
Dia ada cakap apa-apa
mengenai kebimbangan hidupnya di Jepun?

90
00:07:02,875 --> 00:07:06,000
Dia kata dia sedang berseronok
dan bandarnya sangat cantik.

91
00:07:07,375 --> 00:07:11,083
Sesuatu telah berlaku
dan kami perlu dapatkan dia semula.

92
00:07:12,791 --> 00:07:17,791
Sebarang kebimbangan
tentang tiada pengalaman

93
00:07:17,875 --> 00:07:19,958
bercakap dengan kamera
atau sesuatu sebegitu,

94
00:07:20,041 --> 00:07:23,333
saya tak sempat peduli kerana
saya cuba mencari anak saya.

95
00:07:30,125 --> 00:07:34,125
Apabila Tim datang
dan ada ramai wartawan dan orang,

96
00:07:34,208 --> 00:07:37,375
tiba-tiba cerita itu menjadi lebih besar

97
00:07:37,458 --> 00:07:39,666
dan semua orang bercakap tentangnya.

98
00:07:39,750 --> 00:07:41,375
Apa berlaku kepada Lucie Blackman?

99
00:07:42,083 --> 00:07:46,000
Bekas pramugari British Airways itu
hilang pada 1 Julai.

100
00:07:46,583 --> 00:07:49,458
Polis Jepun membuat rayuan awam
bagi mendapatkan maklumat

101
00:07:49,541 --> 00:07:53,750
tentang wanita British berusia 21 tahun
yang hilang di Tokyo 11 hari lalu.

102
00:07:59,500 --> 00:08:01,166
Namun Tokyo ialah bandar besar

103
00:08:01,250 --> 00:08:04,291
dengan anggaran 27.5 juta orang
tinggal di sini.

104
00:08:04,375 --> 00:08:07,291
Ia benar-benar seperti
mencari jarum dalam jerami.

105
00:08:09,291 --> 00:08:13,000
Saya jumpa Tim Blackman dan Sophie,
adik perempuan Lucie.

106
00:08:13,083 --> 00:08:15,375
Saya dapat rasakan yang dia sangat risau,

107
00:08:15,458 --> 00:08:18,166
tapi Tim juga pandai tarik perhatian

108
00:08:18,250 --> 00:08:21,291
dan dia akan guna karismanya
untuk timbulkan kekecohan

109
00:08:21,375 --> 00:08:22,500
supaya sesuatu dilakukan.

110
00:08:23,166 --> 00:08:24,708
Dia akan pastikan

111
00:08:24,791 --> 00:08:27,541
semua orang bekerja keras
dan benar-benar mencari Lucie.

112
00:08:28,416 --> 00:08:31,458
Jake sememangnya memahami
sistem orang Jepun

113
00:08:31,958 --> 00:08:36,375
dan ada kebolehan dwibahasa,
jadi itu satu lagi aset hebat.

114
00:08:36,958 --> 00:08:40,916
Saya rasa dia ada kenalan di balai polis
daripada kerja yang dia lakukan.

115
00:08:41,000 --> 00:08:42,291
Sebarang maklumat akan membantu.

116
00:08:42,375 --> 00:08:43,500
Tolong hubungi kami.

117
00:08:43,583 --> 00:08:48,041
Sebelum dia datang,
polis sedang mencari maklumat.

118
00:08:48,541 --> 00:08:50,708
Mereka mencari maklumat secara aktif.

119
00:08:52,083 --> 00:08:55,625
Sebanyak 30,000 poster Lucie Blackman
ditampal di Tokyo.

120
00:08:55,708 --> 00:08:58,541
Polis menyiasat panggilan yang dibuat
oleh orang awam,

121
00:08:58,625 --> 00:09:01,250
tapi mereka tak pasti
jika laporan itu boleh dipercayai.

122
00:09:20,458 --> 00:09:21,333
Helo.

123
00:09:25,416 --> 00:09:26,291
Helo.

124
00:09:33,250 --> 00:09:35,708
HILANG

125
00:09:35,791 --> 00:09:38,041
Lucie anak sulung kami.

126
00:09:41,125 --> 00:09:45,458
Dia mengubah hidup kami sepenuhnya.

127
00:09:47,416 --> 00:09:50,625
Dia sangat istimewa dalam keluarga kami.

128
00:09:50,708 --> 00:09:52,208
Dia sangat tajam akal.

129
00:09:52,291 --> 00:09:54,541
Dia mempengaruhi ramai orang
di sekelilingnya.

130
00:09:56,208 --> 00:10:00,958
Saya rasa semua orang yang kenal dia
semasa dia membesar

131
00:10:01,041 --> 00:10:04,333
mengelilingi cahayanya

132
00:10:04,416 --> 00:10:07,000
seperti dia berada
di tengah-tengah semuanya.

133
00:10:09,208 --> 00:10:12,916
Dia memutuskan cara yang baik
untuk mengembara

134
00:10:13,000 --> 00:10:15,125
adalah dengan menyertai
syarikat penerbangan.

135
00:10:15,208 --> 00:10:18,000
Itu perkara yang sangat penting baginya.

136
00:10:24,833 --> 00:10:27,083
Tapi dia hilang, dalam bahaya.

137
00:10:27,583 --> 00:10:30,791
Tugas terpenting ketika itu
ialah mencari Lucie.

138
00:10:31,791 --> 00:10:33,958
BALAI POLIS AZABU

139
00:10:36,458 --> 00:10:41,583
Saya mewakili pihak polis, berjumpa Tim
dan jelaskan situasinya.

140
00:10:43,791 --> 00:10:49,458
Saya tak ada banyak pengalaman

141
00:10:49,541 --> 00:10:53,625
bercakap dengan orang dari negara lain,

142
00:10:53,708 --> 00:11:00,708
jadi saya terkejut dengan soalan dia
bagi bidang tertentu.

143
00:11:01,833 --> 00:11:06,916
Dia tanya sama ada saya siasat
kamera keselamatan dengan teliti.

144
00:11:07,000 --> 00:11:08,000
Ketika itu,

145
00:11:08,083 --> 00:11:12,500
saya jelaskan penggunaan
kamera keselamatan terhad di Jepun

146
00:11:12,583 --> 00:11:15,083
atas sebab privasi.

147
00:11:15,750 --> 00:11:21,625
Dia kata, "Mitsuzane,
awak pasti bergurau."

148
00:11:22,125 --> 00:11:27,041
"Di London, ada kamera di setiap jalan

149
00:11:27,125 --> 00:11:29,083
dan semuanya buatan Jepun."

150
00:11:34,125 --> 00:11:38,958
Polis bertindak balas seperti
yang dijangka, mereka sangat sopan.

151
00:11:40,375 --> 00:11:42,500
Tapi ada orang datang jumpa saya.

152
00:11:42,583 --> 00:11:45,541
Seorang lelaki Inggeris yang berkahwin
dengan wanita Jepun

153
00:11:45,625 --> 00:11:47,208
dan dia kata,

154
00:11:47,291 --> 00:11:52,333
"Disebabkan Lucie bukan warga Jepun,
polis takkan lakukan siasatan."

155
00:11:53,500 --> 00:11:57,833
Itu benar-benar menyedarkan saya.

156
00:11:58,458 --> 00:12:00,041
Sejak itu, saya fikir,

157
00:12:00,125 --> 00:12:02,333
"Saya perlu fikirkan cara

158
00:12:02,416 --> 00:12:04,291
agar siasatan akan dijalankan di sini."

159
00:12:04,375 --> 00:12:06,000
KEDUTAAN BRITISH

160
00:12:06,083 --> 00:12:08,916
Jadi, saya fikir kami perlu
dedahkannya kepada media.

161
00:12:15,000 --> 00:12:19,041
Kami jumpa polis tengah hari semalam

162
00:12:19,125 --> 00:12:20,666
dengan tanggapan yang

163
00:12:20,750 --> 00:12:24,625
mereka sejajar dengan semua siasatan,

164
00:12:25,291 --> 00:12:28,208
mereka ambil pandangan lebih luas

165
00:12:28,291 --> 00:12:30,708
dan melihat semua kemungkinan
pada tahap ini.

166
00:12:33,125 --> 00:12:38,791
Kami adakan sidang akhbar
untuk cuba tingkatkan profil di Tokyo.

167
00:12:39,500 --> 00:12:44,208
Mereka terpaksa adakan sidang akhbar
di auditorium terbesar

168
00:12:44,291 --> 00:12:48,291
kerana seluruh media Jepun mahu datang.

169
00:12:52,333 --> 00:12:55,500
Saya pandang semua orang ini
dan saya cakap pada Sophie,

170
00:12:55,583 --> 00:12:57,500
"Inilah cara kita
akan cari Lucie, Sophie."

171
00:12:58,125 --> 00:13:00,708
"Mereka akan cari Lucie untuk kita."

172
00:13:01,333 --> 00:13:03,125
Tentang perasaan saya sekarang…

173
00:13:03,208 --> 00:13:07,625
Saya pasti kamu semua faham.
Kakak saya yang hilang sekarang ini.

174
00:13:07,708 --> 00:13:10,541
Saya cuma mahu dia pulang.

175
00:13:10,625 --> 00:13:12,833
Jadi jika ada yang mahu membantu
apa cara sekalipun,

176
00:13:12,916 --> 00:13:14,958
saya berterima kasih
kerana sudi tampil ke hadapan.

177
00:13:15,500 --> 00:13:17,541
Pihak akhbar British
sangat berminat dengannya.

178
00:13:18,375 --> 00:13:21,625
Media Jepun cenderung
untuk mengelakkan spekulasi

179
00:13:22,250 --> 00:13:25,458
sementara media British terus menyimpang

180
00:13:25,541 --> 00:13:27,125
dengan pelbagai teori

181
00:13:27,708 --> 00:13:30,625
dan apa saja suspek agar
boleh mewujudkan topik seumpama.

182
00:13:30,708 --> 00:13:32,583
Sama ada mereka
mengenali Jepun atau tidak,

183
00:13:32,666 --> 00:13:34,333
apa saja boleh jadi
tajuk berita yang bagus.

184
00:13:35,375 --> 00:13:38,416
KULTUS MISTERI DAH CULIK ANAK KAMI?

185
00:13:39,250 --> 00:13:41,750
Kami dengar Lucie masih hidup

186
00:13:42,458 --> 00:13:45,625
dan saya diberitahu
dia telah dihantar ke Hong Kong.

187
00:13:46,250 --> 00:13:49,791
Dia diperdagangkan untuk seks.

188
00:13:49,875 --> 00:13:52,375
Dia telah diculik oleh kultus.

189
00:13:52,458 --> 00:13:53,708
DICULIK OLEH KULTUS

190
00:13:53,791 --> 00:13:55,541
HAMBA SEKS

191
00:13:55,625 --> 00:13:59,250
Lucie seorang gadis yang sangat skeptikal.

192
00:13:59,333 --> 00:14:02,791
Tanggapan yang dia tiba-tiba berminat

193
00:14:02,875 --> 00:14:05,541
dengan kultus agama

194
00:14:05,625 --> 00:14:08,458
seperti tidak benar sama sekali.

195
00:14:08,958 --> 00:14:10,416
Kami fikir itu tak masuk akal.

196
00:14:12,791 --> 00:14:15,458
Dia menarik begitu banyak perhatian
pada kes ini

197
00:14:15,541 --> 00:14:16,708
sehingga kerajaan Jepun

198
00:14:16,791 --> 00:14:21,125
dan Polis Metropolitan Tokyo terpaksa
mengerahkan banyak tenaga kerja untuknya.

199
00:14:21,208 --> 00:14:22,750
Biasanya dalam kes orang hilang,

200
00:14:22,833 --> 00:14:25,250
mungkin ada empat
atau lima orang polis menyiasatnya.

201
00:14:25,333 --> 00:14:28,000
Tapi 100 orang? Itu tak normal.

202
00:14:33,958 --> 00:14:38,083
Polis mula mencari di Roppongi,
tempat Lucie bekerja.

203
00:14:39,791 --> 00:14:43,125
Roppongi ada banyak bar

204
00:14:43,208 --> 00:14:44,416
dan kelab pelayan wanita.

205
00:14:45,000 --> 00:14:46,833
Kehidupan malam yang agak menarik.

206
00:14:47,416 --> 00:14:49,875
Ramai orang asing, banyak wang.

207
00:14:50,666 --> 00:14:52,458
Tempat Goldman Sachs,

208
00:14:52,541 --> 00:14:54,875
Lehman Brothers dan semua orang kewangan.

209
00:14:55,458 --> 00:14:57,291
Ia seperti parti, wang dibelanjakan.

210
00:14:59,916 --> 00:15:01,583
Roppongi mula menerima kunjungan.

211
00:15:01,666 --> 00:15:02,833
CASABLANCA

212
00:15:02,916 --> 00:15:04,791
Ada orang yang sanggup berbelanja besar

213
00:15:04,875 --> 00:15:06,791
pada waktu malam.

214
00:15:13,083 --> 00:15:14,291
Saya bekerja di Casablanca,

215
00:15:14,375 --> 00:15:17,166
kelab pelayan yang sama
dengan Lucie Blackman.

216
00:15:18,750 --> 00:15:23,083
Ia cuma kelab pelayan wanita kecil
yang biasa-biasa saja.

217
00:15:24,375 --> 00:15:28,791
Menjadi pelayan wanita sukar dijelaskan,
tiada persamaan Barat dengannya.

218
00:15:29,708 --> 00:15:33,541
Kita pergi ke kelab malam
yang penuh dengan lelaki tua,

219
00:15:33,625 --> 00:15:36,166
kita berbual dengan mereka
dan hidangkan minuman.

220
00:15:36,791 --> 00:15:38,666
Namun tiada seks. Bukan begitu.

221
00:15:40,166 --> 00:15:43,375
Ia tak rasa kotor dan jelik atau sukar.

222
00:15:43,458 --> 00:15:45,458
Itulah yang saya akan buat secara percuma

223
00:15:45,541 --> 00:15:46,500
pada usia 20-an,

224
00:15:46,583 --> 00:15:48,458
iaitu pergi ke bar
dan bertemu ramai orang.

225
00:15:49,666 --> 00:15:51,916
Kami boleh dapat banyak wang
bekerja sebagai pelayan.

226
00:15:52,666 --> 00:15:55,375
Gajinya kira-kira 50 dolar sejam.

227
00:15:55,458 --> 00:15:58,500
Kemudian kami dapat bonus
jika kami minum banyak alkohol.

228
00:15:59,083 --> 00:16:01,666
Kami hanya perlu bekerja
selama lima atau enam jam.

229
00:16:02,500 --> 00:16:07,000
Ia boleh jadi kerja yang mudah
jika kita mahu.

230
00:16:09,208 --> 00:16:10,708
Bekerja sebagai pelayan di Jepun

231
00:16:10,791 --> 00:16:14,333
benar-benar menarik perhatian para gadis
yang keluar demi pengalaman menarik

232
00:16:14,416 --> 00:16:15,750
dan mahu menikmati kehidupan.

233
00:16:16,416 --> 00:16:19,250
Ada ramai gadis berdikari yang hebat

234
00:16:19,333 --> 00:16:20,375
yang mahu mengembara.

235
00:16:21,208 --> 00:16:24,333
Bertemu orang yang berani

236
00:16:24,416 --> 00:16:26,291
dan mempunyai visi hidup yang lebih besar

237
00:16:26,375 --> 00:16:28,375
sangat menakjubkan sebenarnya.

238
00:16:37,875 --> 00:16:42,208
"Dohan" mungkin bahagian meraikan tetamu
yang paling mencurigakan.

239
00:16:42,291 --> 00:16:47,250
"Dohan" bermaksud makan malam
sebelum pergi kerja,

240
00:16:47,333 --> 00:16:50,250
kemudian bawa pelanggan bersama
ke dalam kelab dan di sana,

241
00:16:50,333 --> 00:16:53,125
mereka bayar bonus untuk makan malam
dan belanja minuman.

242
00:16:53,208 --> 00:16:55,208
Semua ini ditambah ke dalam bil pelanggan.

243
00:16:57,666 --> 00:17:00,583
Saya rasa ada kekaburan
kerana jelas sekali apabila keluar

244
00:17:00,666 --> 00:17:02,833
dari kelab pelayan
dengan pelanggan sendirian

245
00:17:02,916 --> 00:17:04,083
pada masa lapang,

246
00:17:04,166 --> 00:17:08,250
akan ada pelanggan yang
mahukan lebih daripada itu.

247
00:17:09,791 --> 00:17:13,291
Saya rasa tertekan untuk bawa masuk
lebih ramai pelanggan

248
00:17:13,375 --> 00:17:14,666
atau berjanji temu "dohan",

249
00:17:15,291 --> 00:17:16,708
tapi saya tak pernah rasa

250
00:17:16,791 --> 00:17:19,666
saya dalam bahaya di kelab.

251
00:17:19,750 --> 00:17:21,791
Saya rasa ada beberapa perkara
yang berbahaya

252
00:17:21,875 --> 00:17:23,750
mungkin boleh berlaku di luar kelab.

253
00:17:31,041 --> 00:17:36,416
Saya bekerja sebagai wartawan di London
untuk majalah wanita

254
00:17:36,500 --> 00:17:40,625
dan majalah itu sangat berminat
dengan konsep pelayan wanita.

255
00:17:40,708 --> 00:17:42,958
Jadi saya pergi ke Jepun

256
00:17:43,041 --> 00:17:48,666
untuk mengkaji budaya pelayan wanita
dan mengetahui lebih lanjut tentangnya.

257
00:17:51,666 --> 00:17:52,916
Saya rasa wang

258
00:17:53,000 --> 00:17:57,458
adalah faktor besar dan permainan kuasa
antara lelaki dan wanita.

259
00:17:57,541 --> 00:18:01,125
Lelaki ada semua wang dan wanita tidak.

260
00:18:01,208 --> 00:18:03,333
Jadi, lelaki lebih dominan.

261
00:18:05,000 --> 00:18:10,791
Jadi, kita boleh lihat politik seksual
dimainkan di kelab sambil menonton.

262
00:18:17,708 --> 00:18:24,208
PENGUASA SATORU YAMASHIRO
POLIS METROPOLITAN TOKYO

263
00:18:25,333 --> 00:18:28,375
Pasukan pertama yang terlibat
dalam kes Lucie dari awal

264
00:18:28,458 --> 00:18:29,875
ialah pasukan Teramae.

265
00:18:29,958 --> 00:18:35,125
Pasukan kami hanya dapat tahu
yang mereka telah mengenal pasti suspek.

266
00:18:37,291 --> 00:18:42,750
Dia lelaki Jepun yang selalu
ke kelab malam di kawasan Roppongi,

267
00:18:43,458 --> 00:18:44,708
termasuk Casablanca.

268
00:18:47,416 --> 00:18:50,250
Jadi kami diarahkan

269
00:18:50,875 --> 00:18:53,666
untuk menahan suspek itu dan siasat

270
00:18:54,333 --> 00:18:56,875
sama ada dia bersalah atau tidak.

271
00:18:58,250 --> 00:19:01,583
Kami takut penjenayah

272
00:19:01,666 --> 00:19:05,500
akan tahu tindakan kami

273
00:19:06,125 --> 00:19:09,000
dan akan membunuh Lucie
jika dia masih hidup.

274
00:19:10,458 --> 00:19:13,750
Kami menghampiri keretanya
sebelum dia pergi kerja.

275
00:19:13,833 --> 00:19:16,791
Kami minta dia datang
secara sukarela untuk disoal siasat.

276
00:19:17,958 --> 00:19:22,416
Kami tangkap dia dan mengiringinya

277
00:19:22,500 --> 00:19:25,708
ke balai polis terdekat untuk menyiasat.

278
00:19:28,875 --> 00:19:33,750
Lelaki itu ada alibi
yang akhirnya kami sahkan.

279
00:19:34,666 --> 00:19:41,250
Suspek itu bukan orang

280
00:19:42,125 --> 00:19:43,791
yang culik Lucie.

281
00:19:45,666 --> 00:19:46,791
Kami terpaksa kembali

282
00:19:47,375 --> 00:19:50,583
ke papan lukisan jenayah.

283
00:19:54,166 --> 00:19:58,000
HILANG 15 HARI

284
00:20:04,458 --> 00:20:06,041
Seminggu bersama Tim Blackman

285
00:20:06,125 --> 00:20:07,916
menjelaskan dia seorang ayah
yang penyayang dan berdedikasi

286
00:20:08,000 --> 00:20:10,791
yang percaya anaknya masih hidup
di bandar ini,

287
00:20:11,458 --> 00:20:14,291
tapi dia perlu mencarinya dengan segera.

288
00:20:15,208 --> 00:20:18,416
Dave Russell di Tokyo melaporkan
untuk Meridian Tonight.

289
00:20:19,833 --> 00:20:22,333
Jelas sekali Tim ada rancangan.

290
00:20:22,416 --> 00:20:25,208
Jika dia berhenti menyiarkan cerita itu,

291
00:20:25,291 --> 00:20:27,333
media akan cari benda lain untuk disiarkan

292
00:20:27,416 --> 00:20:30,041
dan tiba-tiba fokus bukan pada Lucie.

293
00:20:30,125 --> 00:20:32,791
Jadi dia perlu kembalikan fokus
pada Lucie secepat mungkin.

294
00:20:38,958 --> 00:20:43,666
Di jalanan, dia menampal poster.
Dia mahu poster itu muncul di TV

295
00:20:43,750 --> 00:20:45,500
dan semua orang kenal muka Lucie.

296
00:20:49,250 --> 00:20:52,333
Tim dan polis di Jepun
mengalami percanggahan budaya.

297
00:20:56,625 --> 00:20:59,458
Awak boleh tampal poster di tiang,
tapi tak boleh di sana.

298
00:21:00,041 --> 00:21:01,666
Saya takkan turunkan satu pun.

299
00:21:01,750 --> 00:21:02,708
Tahan saya.

300
00:21:04,625 --> 00:21:06,125
Lucie perlu ditemui

301
00:21:07,083 --> 00:21:12,125
dan mana-mana ibu bapa
akan cuba buat yang terbaik

302
00:21:12,208 --> 00:21:14,083
untuk selesaikan masalah itu.

303
00:21:15,125 --> 00:21:20,625
Saya takkan ditumbangkan atau dikepung.

304
00:21:25,250 --> 00:21:27,625
Tim telah disisihkan sepenuhnya.

305
00:21:29,333 --> 00:21:32,916
Cara dia bertindak
yang buat polis nampak tak cekap,

306
00:21:33,000 --> 00:21:34,291
buat mereka sangat marah.

307
00:21:35,041 --> 00:21:37,750
Saya rasa dalam kebimbangannya

308
00:21:37,833 --> 00:21:42,166
dan ketidakpercayaannya terhadap
polis Jepun yang tak pandai berkomunikasi,

309
00:21:43,291 --> 00:21:46,250
dia rasa jika dia boleh mendesak mereka,

310
00:21:46,333 --> 00:21:48,833
lebih baik hasilnya.

311
00:21:54,125 --> 00:21:57,041
HILANG 19 HARI

312
00:21:59,791 --> 00:22:02,875
Saya sedar ia melibatkan Negara G7

313
00:22:02,958 --> 00:22:04,916
dan saya tahu Tony Blair akan ke sana.

314
00:22:05,000 --> 00:22:09,625
Saya juga tahu
ada minat media yang besar di UK.

315
00:22:11,125 --> 00:22:13,666
Jadi kami ambil kesempatan
atas situasi itu.

316
00:22:14,375 --> 00:22:16,708
Perdana Menteri Blair singgah di Tokyo

317
00:22:16,791 --> 00:22:18,208
untuk menyokong kes

318
00:22:18,291 --> 00:22:20,791
pelayan bar British yang hilang,
Lucie Blackman.

319
00:22:24,208 --> 00:22:26,666
Bekerjasama dengan
pihak berkuasa Jepun di sini,

320
00:22:26,750 --> 00:22:28,958
kami merayu kepada rakyat di Jepun

321
00:22:29,625 --> 00:22:31,250
yang mungkin tahu tentang kes ini
untuk tampil

322
00:22:31,333 --> 00:22:33,458
dan beri kami petunjuk yang boleh membantu

323
00:22:33,541 --> 00:22:36,541
kerana ia kes yang tragik dan jelas sekali

324
00:22:37,291 --> 00:22:38,791
keluarga itu buntu.

325
00:22:41,375 --> 00:22:44,250
Perdana Menteri Jepun berkata,

326
00:22:44,333 --> 00:22:48,166
"Polis Jepun akan menangkap suspek."

327
00:22:49,250 --> 00:22:55,166
Kami fikir ia perkara mudah untuk
dikatakan, tapi sukar untuk dilakukan.

328
00:22:56,041 --> 00:23:01,666
Kami sendiri rasa tertekan.

329
00:23:03,916 --> 00:23:07,125
Saya rasa ada sedikit perkara
yang tidak konsisten

330
00:23:07,208 --> 00:23:11,208
dalam polisi siasatan yang dijalankan.

331
00:23:11,291 --> 00:23:14,916
Jadi pegawai saya mula bertindak sendiri.

332
00:23:15,000 --> 00:23:18,000
Saya gelar mereka detektif Suppon,

333
00:23:18,083 --> 00:23:21,541
detektif yang tak mahu lepaskan petunjuk.

334
00:23:23,791 --> 00:23:28,416
Kami fikir lebih baik
mulakan siasatan dari awal

335
00:23:28,500 --> 00:23:34,250
daripada membuang masa
mencari petunjuk yang mengelirukan.

336
00:23:35,083 --> 00:23:39,208
SARJAN JUNICHIRO KUKU
POLIS METROPOLITAN TOKYO

337
00:23:40,125 --> 00:23:44,958
Kuku seorang yang kuat dan gigih.

338
00:23:45,041 --> 00:23:48,833
Sekali dia bertindak, dia takkan lepaskan.
Dia seperti suppon.

339
00:23:50,083 --> 00:23:56,958
Bermalam-malam kami semak laporan harian

340
00:23:57,041 --> 00:24:03,958
yang difailkan oleh unit utama
dari hari pertama

341
00:24:04,041 --> 00:24:10,375
dan periksa semuanya yang terkandung
secara teliti.

342
00:24:13,125 --> 00:24:15,916
Ketika saya memeriksa laporan

343
00:24:16,000 --> 00:24:19,166
untuk memahami
bagaimana siasatan dijalankan,

344
00:24:19,250 --> 00:24:21,250
saya jumpa laporan

345
00:24:21,750 --> 00:24:25,041
dari kawasan Roppongi
yang ada banyak kelab.

346
00:24:26,666 --> 00:24:31,875
Seorang pelayan asing
yang bekerja di kelab

347
00:24:31,958 --> 00:24:36,166
dijemput oleh pelanggan lelaki tetap
untuk bersiar-siar di pantai.

348
00:24:36,833 --> 00:24:38,916
Pada satu tahap, dia tak sedarkan diri

349
00:24:39,500 --> 00:24:41,625
dan tidur selama berjam-jam.

350
00:24:41,708 --> 00:24:44,166
Apabila dia sedar, kepalanya sangat sakit

351
00:24:44,250 --> 00:24:45,791
dan dia syak dia diberi dadah.

352
00:24:47,541 --> 00:24:50,083
Mereka kata pengurus kelab
yang beri maklumat itu

353
00:24:50,166 --> 00:24:53,666
tak boleh dipercayai.

354
00:24:54,791 --> 00:24:59,375
Tiada sesiapa patut bergantung
pada kata-kata dia.

355
00:25:02,500 --> 00:25:06,458
Selepas membaca laporan ini,
kami rasa itu tak masuk akal.

356
00:25:06,541 --> 00:25:11,750
Orang seperti ini mungkin
memberikan petunjuk yang sah.

357
00:25:13,416 --> 00:25:16,250
Ini nampaknya ada kaitan
dengan kes Lucie Blackman.

358
00:25:16,333 --> 00:25:18,333
Jadi, mereka mula meneliti laporan lama

359
00:25:18,416 --> 00:25:22,208
dan menyiasat kes begini untuk melihat
jika mereka boleh kaitkannya.

360
00:25:23,250 --> 00:25:25,750
Namun polis yang terlibat
adalah polis tempatan

361
00:25:25,833 --> 00:25:27,708
yang tak ambil serius akan laporan begitu.

362
00:25:27,791 --> 00:25:29,541
Jadi walaupun mungkin ada aduan,

363
00:25:29,625 --> 00:25:31,083
siasatan tak pernah dijalankan.

364
00:25:42,708 --> 00:25:46,875
Kami jumpa pemilik kelab yang mendakwa

365
00:25:46,958 --> 00:25:51,041
gadis yang bekerja untuk mereka
ada pengalaman yang sama.

366
00:25:53,750 --> 00:25:57,333
Cerita-cerita begini mula muncul

367
00:25:58,458 --> 00:25:59,875
di sana-sini.

368
00:26:00,500 --> 00:26:04,083
PENOLONG INSPEKTOR TOKIE MARUYAMA
POLIS METROPOLITAN TOKYO

369
00:26:04,708 --> 00:26:10,583
Jadi kami putuskan untuk bercakap
dengan semua pekerja

370
00:26:11,166 --> 00:26:15,208
dari setiap kelab.

371
00:26:16,291 --> 00:26:21,375
Pada mulanya, wanita yang bekerja di kelab

372
00:26:21,458 --> 00:26:23,625
tak mahu tampil ke depan.

373
00:26:27,458 --> 00:26:29,250
Setiap tiga bulan, polis akan datang

374
00:26:29,333 --> 00:26:30,875
dan semua pelayan yang tiada visa

375
00:26:30,958 --> 00:26:33,041
perlu keluar ikut pintu belakang.

376
00:26:33,125 --> 00:26:35,833
Ia situasi yang berbahaya
untuk gadis-gadis itu.

377
00:26:37,833 --> 00:26:40,208
Jika pelayan wanita asing menderita,

378
00:26:40,291 --> 00:26:42,875
mereka dalam bahaya besar
jika melaporkan kepada polis

379
00:26:42,958 --> 00:26:46,125
kerana kemungkinan besar
polis akan menahan mereka

380
00:26:46,791 --> 00:26:48,583
kerana mencabuli visa mereka.

381
00:26:50,000 --> 00:26:55,583
Tiada kebaikan melaporkan kepada polis
jika mereka dianiaya sebagai pelayan.

382
00:26:56,583 --> 00:26:59,833
Kami tak boleh bercakap dengan mereka
di tempat kerja,

383
00:27:00,333 --> 00:27:04,791
jadi kami tahan mereka di tepi jalan

384
00:27:04,875 --> 00:27:08,708
dan tanya soalan di situ.

385
00:27:12,583 --> 00:27:17,416
Akhirnya beberapa wanita tampil

386
00:27:17,500 --> 00:27:21,166
sebab mereka mahu bantu kami
mencari Lucie.

387
00:27:21,916 --> 00:27:23,791
Akhirnya,

388
00:27:23,875 --> 00:27:28,708
kami dapati semua wanita ini
ada pengalaman yang hampir sama.

389
00:27:30,541 --> 00:27:34,083
Ini laporan konsisten pelayan wanita yang

390
00:27:34,166 --> 00:27:41,083
telah diberi dadah dan mungkin dirogol
oleh seorang lelaki Jepun yang kaya.

391
00:27:53,625 --> 00:28:00,166
Penjenayah biasanya kekal
dengan modus operandi yang sama.

392
00:28:00,833 --> 00:28:07,791
Sama seperti pencuri ada cara tersendiri
untuk pecah masuk,

393
00:28:07,875 --> 00:28:09,916
mereka ada satu tabiat.

394
00:28:10,000 --> 00:28:13,083
Tabiat itu tak berubah.

395
00:28:15,375 --> 00:28:17,125
Dia memandu kereta mewah

396
00:28:17,208 --> 00:28:20,500
seperti Porsche, Mercedes Benz

397
00:28:21,166 --> 00:28:23,541
dan sebagainya.

398
00:28:24,583 --> 00:28:26,458
Mangsa dibawa ke tempat
yang ada pemandangan laut

399
00:28:26,541 --> 00:28:27,958
atau makan malam di mana-mana.

400
00:28:33,958 --> 00:28:35,416
Dia gunakan dadah.

401
00:28:36,416 --> 00:28:40,166
Mangsa kata mereka rasa
seperti diberi dadah.

402
00:28:46,375 --> 00:28:52,791
Mereka akan bangun dan rasa tak selesa
di seluruh badan mereka.

403
00:28:54,291 --> 00:28:56,166
Ada yang muntah.

404
00:28:58,416 --> 00:29:03,666
Ada yang rasa pedih.

405
00:29:08,666 --> 00:29:10,291
Saya kasihankan mereka.

406
00:29:17,250 --> 00:29:19,333
Jadi dengan testimoni lain

407
00:29:19,416 --> 00:29:23,041
daripada pelayan Jepun dan warga asing,

408
00:29:23,125 --> 00:29:26,541
didapati ada pemangsa seksual
yang aktif di Roppongi

409
00:29:26,625 --> 00:29:28,708
selama bertahun-tahun
dan dia tak pernah ditangkap.

410
00:29:31,833 --> 00:29:33,541
Dia tak pernah dibawa ke muka pengadilan.

411
00:29:39,833 --> 00:29:42,708
HILANG 52 HARI

412
00:29:47,791 --> 00:29:51,875
Keluarga kami memutuskan
untuk menawarkan ganjaran sebanyak…

413
00:29:53,083 --> 00:29:56,791
1.5 juta yen untuk maklumat baharu

414
00:29:57,458 --> 00:29:59,416
yang membolehkan kami mencari Lucie.

415
00:30:04,208 --> 00:30:06,083
Dari sudut pandangan kami,

416
00:30:06,166 --> 00:30:11,625
ia satu lagi saat untuk membawa kes itu
ke kaca TV semula.

417
00:30:12,125 --> 00:30:15,375
Orang fikir saya lakukannya
kerana saya suka ditemu bual.

418
00:30:17,125 --> 00:30:21,666
Saya cuma nak perhatian
terus diberikan kepada Lucie

419
00:30:21,750 --> 00:30:25,208
dan satu-satunya cara
adalah meraih perhatian.

420
00:30:26,833 --> 00:30:31,083
Ada ramai orang daripada
pihak media di sekeliling Tim.

421
00:30:32,875 --> 00:30:34,291
Kami fikir

422
00:30:34,375 --> 00:30:37,041
dia mungkin dedahkan sesuatu

423
00:30:38,166 --> 00:30:40,000
yang akan menghalang siasatan.

424
00:30:41,333 --> 00:30:46,166
Kami dapati selepas
tujuh hingga lapan minggu,

425
00:30:46,250 --> 00:30:49,750
ini menjadi situasi yang sangat tertekan.

426
00:30:49,833 --> 00:30:54,333
Hakikatnya, saya masih tak diberi

427
00:30:54,416 --> 00:30:57,458
maklumat oleh polis
tentang perkembangan mereka

428
00:30:57,541 --> 00:31:01,166
kerana mereka masih anggap
kes ini sangat sensitif.

429
00:31:02,291 --> 00:31:04,958
Saya selalu kata

430
00:31:05,041 --> 00:31:07,916
siasatan berjalan lancar.

431
00:31:09,625 --> 00:31:12,041
Saya tak boleh beritahu dia lagi.

432
00:31:15,458 --> 00:31:18,750
Orang Jepun fikir saya agak biadab

433
00:31:18,833 --> 00:31:22,500
dan mungkin benar saya kelihatan begitu

434
00:31:22,583 --> 00:31:25,041
kerana saya tiada masa
atau keupayaan mental

435
00:31:25,125 --> 00:31:28,791
untuk benar-benar
mengikuti protokol mereka.

436
00:31:30,750 --> 00:31:35,125
Saya dalam keadaan mental yang agak teruk.

437
00:31:41,458 --> 00:31:43,291
Ketika itu cuti hujung minggu di bank

438
00:31:43,375 --> 00:31:45,541
dan ada pertunjukan bunga api yang besar.

439
00:31:45,625 --> 00:31:49,000
Kami hanya berdiri di sana
dan menyaksikan bunga api.

440
00:31:49,083 --> 00:31:52,583
Semua orang meraikannya
dan benar-benar berseronok,

441
00:31:52,666 --> 00:31:54,291
tapi jelas sekali Tim tidak.

442
00:31:57,791 --> 00:32:02,166
Asalnya saya bermula sebagai wartawan.
Saya cuma lelaki yang mengekori dia.

443
00:32:02,250 --> 00:32:05,625
Menolak-nolak kamera ke mukanya
dan disuruh pergi.

444
00:32:06,250 --> 00:32:09,666
Lama-kelamaan, Tim mula percayakan saya

445
00:32:09,750 --> 00:32:13,125
sebab kami berdua di negara asing

446
00:32:13,208 --> 00:32:15,916
yang cuba fikirkan ikhtiar
untuk cari Lucie.

447
00:32:19,291 --> 00:32:21,791
Saya terima panggilan telefon
pada pukul 4:00 pagi.

448
00:32:22,500 --> 00:32:25,208
"Awak nak pergi bersiar-siar
sebab saya tak boleh tidur?"

449
00:32:25,750 --> 00:32:27,416
Tapi jelas sekali dia penat.

450
00:32:28,041 --> 00:32:30,583
Ia memberi kesan.
Ia benar-benar memberi kesan kepadanya.

451
00:32:30,666 --> 00:32:36,000
Saya mula rasa lesu dan penat.

452
00:32:37,166 --> 00:32:41,750
Hari berganti minggu dan ia berterusan.

453
00:32:41,833 --> 00:32:44,375
Saya mula rasa putus asa.

454
00:32:46,250 --> 00:32:50,583
Kami mula tertanya-tanya,
"Apa yang kami boleh buat sekarang?"

455
00:33:00,666 --> 00:33:02,500
Terima kasih. Okey.

456
00:33:05,625 --> 00:33:09,041
Saya ayah Lucie Blackman,

457
00:33:09,125 --> 00:33:12,000
gadis British yang hilang di Jepun.

458
00:33:13,583 --> 00:33:18,125
Kami mendapat idea untuk mencipta
nombor telefon tertentu

459
00:33:18,666 --> 00:33:22,916
supaya gadis Eropah
atau Barat di luar sana

460
00:33:23,000 --> 00:33:24,583
boleh bercakap terus dengan kami.

461
00:33:27,208 --> 00:33:31,666
Peluang untuk dapatkan maklumat
agak tinggi.

462
00:33:33,166 --> 00:33:37,125
Polis Tokyo tak begitu faham.

463
00:33:37,833 --> 00:33:40,791
Mereka tak faham sebabnya
dan jangkaan kami daripadanya.

464
00:33:42,000 --> 00:33:46,333
Mereka sangat menentang idea
yang kami akan dapat maklumat

465
00:33:46,416 --> 00:33:49,458
dengan membuka talian penting,
tapi mereka tak boleh halang kami.

466
00:33:55,041 --> 00:33:57,833
HILANG 62 HARI

467
00:33:59,958 --> 00:34:02,708
Mesej daripada ibu dan adiknya ringkas.

468
00:34:02,791 --> 00:34:04,625
"Selamat hari jadi, Lucie."

469
00:34:04,708 --> 00:34:07,291
Ribuan belon dilepaskan ke langit

470
00:34:07,375 --> 00:34:11,875
untuk menandakan hari jadi ke-22
bekas pramugari itu.

471
00:34:11,958 --> 00:34:14,958
Supaya Lucie ingat yang
kami tak lupa hari lahirnya

472
00:34:15,041 --> 00:34:17,291
sebab dia akan berusia 22 tahun hari ini.

473
00:34:17,375 --> 00:34:20,708
Dia suka hari lahirnya
dan selalu buat kecoh tentangnya.

474
00:34:20,791 --> 00:34:22,500
Saya cuma nak dia tahu

475
00:34:22,583 --> 00:34:24,916
di mana-mana saja dia berada,
kami tak lupa.

476
00:34:36,083 --> 00:34:38,166
Kami dapat banyak laporan tentang

477
00:34:38,250 --> 00:34:43,666
seorang lelaki yang membawa pelayan
keluar bersiar-siar

478
00:34:43,750 --> 00:34:46,166
dan beri mereka dadah
untuk mencabul mereka.

479
00:34:47,708 --> 00:34:49,500
Salah seorang mangsa
ialah Jessie dari Australia.

480
00:34:49,583 --> 00:34:53,583
Kes dia berlaku tiga tahun sebelum itu.

481
00:34:54,416 --> 00:34:58,541
PEMBANTU INSPEKTOR YASUHIKO ASANO
POLIS METROPOLITAN TOKYO

482
00:34:58,625 --> 00:35:00,083
Dia telah menulis

483
00:35:00,166 --> 00:35:03,291
nama lelaki itu
dan nombor telefon bimbitnya

484
00:35:03,375 --> 00:35:06,208
dalam buku nota lamanya

485
00:35:06,291 --> 00:35:10,125
yang dia tinggalkan di Australia.

486
00:35:10,208 --> 00:35:12,208
Buku nota itu tiba dari Australia.

487
00:35:12,291 --> 00:35:13,458
Kami minta ayah dia

488
00:35:14,541 --> 00:35:19,166
hantar buku nota itu ke Jepun
untuk melihatnya sendiri.

489
00:35:23,083 --> 00:35:27,125
Wanita itu sangat marah
sampai dia conteng atas nombor itu.

490
00:35:27,208 --> 00:35:30,041
Kami halakan ke arah cahaya
untuk cuba mengenal pasti digitnya.

491
00:35:35,916 --> 00:35:38,833
Namanya "Yuji Honda"

492
00:35:38,916 --> 00:35:45,416
dan nombor telefonnya berakhir
dengan 3301 ditulis dalam buku nota.

493
00:35:48,625 --> 00:35:50,583
Jadi kami mula periksa

494
00:35:50,666 --> 00:35:55,250
nombor yang dihubungi dari telefon ini.

495
00:35:55,333 --> 00:35:57,583
INVOIS PANGGILAN

496
00:35:57,666 --> 00:35:59,375
Nombor itu masih digunakan.

497
00:36:00,291 --> 00:36:04,208
Kami dapat rekod telefon nombor itu.

498
00:36:04,291 --> 00:36:08,666
Kami jumpa lebih kurang
sepuluh nombor telefon yang ia hubungi.

499
00:36:10,416 --> 00:36:14,791
Salah satu nombor itu

500
00:36:16,708 --> 00:36:20,791
milik Lucie.

501
00:36:23,416 --> 00:36:26,666
Itu petunjuk yang kukuh.
Ia satu langkah yang besar.

502
00:36:27,333 --> 00:36:29,166
Ini kali pertama petunjuk menghala

503
00:36:29,250 --> 00:36:33,041
ke arah orang yang mereka syak
menculik Lucie Blackman

504
00:36:33,125 --> 00:36:37,000
sebenarnya ada kaitan dengannya
dan mereka ada berhubung.

505
00:36:38,666 --> 00:36:40,208
Suspek mencipta

506
00:36:40,708 --> 00:36:45,583
banyak identiti palsu supaya ia
tak dapat dikesan kembali kepadanya.

507
00:36:46,791 --> 00:36:51,208
Kami minta syarikat telefon

508
00:36:51,291 --> 00:36:53,166
untuk mencari lokasi pemanggil.

509
00:36:55,041 --> 00:36:56,291
Pada pukul 3:00,

510
00:36:56,375 --> 00:37:01,250
kami jumpa panggilan yang dikesan
oleh antena berhampiran Menara Tokyo.

511
00:37:01,333 --> 00:37:02,166
MENARA TOKYO
ANTENA 01

512
00:37:02,250 --> 00:37:05,791
Seminit atau lima minit kemudian,

513
00:37:05,875 --> 00:37:11,875
isyarat dikesan dari arah yang berbeza.

514
00:37:11,958 --> 00:37:13,375
Lima minit kemudian,

515
00:37:13,458 --> 00:37:15,541
antena di barat menerima panggilan.

516
00:37:16,791 --> 00:37:20,375
Lima minit kemudian,
antena di timur menerima panggilan.

517
00:37:22,416 --> 00:37:23,416
Tiada kereta

518
00:37:23,500 --> 00:37:29,208
boleh bergerak selaju itu
dari satu lokasi ke lokasi lain.

519
00:37:29,291 --> 00:37:30,500
Ia satu misteri bagi saya.

520
00:37:31,916 --> 00:37:33,375
Kemudian saya fikir,

521
00:37:33,458 --> 00:37:36,291
jika panggilan itu diterima
oleh empat antena di empat arah,

522
00:37:36,375 --> 00:37:39,208
ada kemungkinan pemanggil itu

523
00:37:39,291 --> 00:37:43,458
menelefon di kawasan persimpangan.

524
00:37:48,541 --> 00:37:50,583
Kita bercakap tentang tahun 2000.

525
00:37:51,083 --> 00:37:52,041
Ia bukan seperti dalam filem

526
00:37:52,125 --> 00:37:55,208
yang kita boleh kesan
arah panggilan telefon itu.

527
00:37:55,291 --> 00:37:58,000
Kita boleh kaitkannya dengan kawasan umum.

528
00:37:58,083 --> 00:38:03,416
Mereka jejak panggilan itu ke kawasan
mewah yang dikenali sebagai Akasaka.

529
00:38:03,500 --> 00:38:07,583
Panggilan telefon itu datang dari tempat
bernama Menara Moto-Akasaka

530
00:38:07,666 --> 00:38:11,208
iaitu bangunan kediaman yang sangat mahal

531
00:38:11,291 --> 00:38:13,708
dengan kamera keselamatan dan sebagainya.

532
00:38:13,791 --> 00:38:15,833
Kita tak boleh masuk begitu saja.

533
00:38:19,708 --> 00:38:22,666
Kami tunjukkan lencana polis kami
kepada pengurus di sana.

534
00:38:23,708 --> 00:38:26,375
Di tingkat enam, dua bilik digunakan

535
00:38:26,458 --> 00:38:29,958
oleh syarikat bernama Plant Orihara.

536
00:38:30,666 --> 00:38:36,333
Pengurus kata pemiliknya orang yang aneh.

537
00:38:36,416 --> 00:38:39,333
Dia berjalan melepasi pengurus,

538
00:38:39,416 --> 00:38:42,958
dia tak pernah menyapa,

539
00:38:43,041 --> 00:38:47,875
selalu pandang bawah
dan tak tunjukkan mukanya.

540
00:38:50,416 --> 00:38:55,625
Dia memandu banyak
kereta mewah luar negara.

541
00:38:56,250 --> 00:39:00,250
Porsche, Mercedes-Benz,
Aston Martin, Rolls-Royce.

542
00:39:00,958 --> 00:39:05,083
Semua kereta yang disebut
dalam testimoni ada di sana.

543
00:39:06,708 --> 00:39:12,541
Saya tak tahu sama ada P-Orihara
nama orang asing atau nama syarikat.

544
00:39:12,625 --> 00:39:15,333
Tiada maklumat langsung.

545
00:39:15,416 --> 00:39:18,916
Nama penghuni tak disenaraikan.

546
00:39:20,000 --> 00:39:22,208
Mereka fikir ini suspek kami,

547
00:39:22,291 --> 00:39:26,083
tapi mereka tak cukup bukti
untuk dapatkan waran.

548
00:39:26,166 --> 00:39:29,666
Mereka buat andaian saja.
Jadi, siasatan terhenti di situ.

549
00:39:29,750 --> 00:39:30,875
Mereka tak boleh teruskan.

550
00:39:40,833 --> 00:39:47,208
Dalam kalangan pelayan yang kami soal,

551
00:39:47,750 --> 00:39:54,625
ada beberapa orang wanita
yang mahu memberi keterangan.

552
00:39:55,666 --> 00:39:59,541
Salah seorang daripada mereka
ialah Monica dari England.

553
00:40:00,666 --> 00:40:04,583
Saya rasa dia lelaki yang
menggelar dirinya Koji.

554
00:40:07,500 --> 00:40:12,750
Ketika itu 10 Oktober 1997.

555
00:40:12,833 --> 00:40:16,166
Dia jumpa Koji di Roppongi

556
00:40:17,166 --> 00:40:22,208
dan mereka memandu
ke bangunan pangsapuri peranginan

557
00:40:22,291 --> 00:40:24,166
dengan pemandangan laut.

558
00:40:26,750 --> 00:40:31,916
Dia ingat sebaris pokok palma

559
00:40:32,583 --> 00:40:35,791
dan Zushi Marina

560
00:40:35,875 --> 00:40:41,125
satu-satunya tempat di kawasan itu
yang ada pokok begitu.

561
00:40:42,375 --> 00:40:47,250
Dia mungkin ingat lebih banyak butiran,

562
00:40:47,333 --> 00:40:50,458
jadi kami pergi bersama-sama
ke Zushi Marina.

563
00:40:54,500 --> 00:40:57,250
Zushi Marina terletak
kira-kira setengah jam dari Tokyo

564
00:40:57,333 --> 00:41:00,291
yang merupakan sebuah kondominium
pusat peranginan mewah

565
00:41:00,375 --> 00:41:04,166
dan ia terletak di kawasan yang
sangat mahal untuk orang kaya.

566
00:41:05,416 --> 00:41:07,833
Monica kata inilah tempatnya.

567
00:41:07,916 --> 00:41:12,208
Dia dibawa ke pangsapuri peranginan ini.

568
00:41:14,416 --> 00:41:19,500
Kami memandu di sekitar premis.

569
00:41:20,250 --> 00:41:25,208
Dia fikir ia mungkin
bangunan nombor empat atau tujuh,

570
00:41:25,291 --> 00:41:27,166
tapi dia tak dapat sahkan
bangunan yang mana.

571
00:41:28,500 --> 00:41:31,708
Saya masih ingat
kami pergi ke restoran berdekatan

572
00:41:32,625 --> 00:41:37,333
dan tunjukkan gambar Lucie kepada pelayan.

573
00:41:38,791 --> 00:41:43,625
Dia beritahu saya
yang dia pasti wanita ini

574
00:41:43,708 --> 00:41:45,625
yang datang ke sini pada 1 Julai.

575
00:41:46,125 --> 00:41:48,041
LUCIE JANE BLACKMAN (21) TINGGI 175CM,
BADAN SEDERHANA, MUKA BUJUR

576
00:41:48,125 --> 00:41:49,583
Saya tanya jika dia sendirian.

577
00:41:50,958 --> 00:41:52,500
Dia kata tidak, Lucie bersama lelaki.

578
00:42:01,250 --> 00:42:05,041
Saya nak dapatkan
senarai penduduk Zushi Marina.

579
00:42:05,791 --> 00:42:08,458
Saya pergi bercakap
dengan pembantu pengurus.

580
00:42:08,958 --> 00:42:13,250
Saya jelaskan betapa pentingnya
situasi ini dan dia faham.

581
00:42:13,958 --> 00:42:16,333
SARJAN RYO HATASHITA

582
00:42:16,416 --> 00:42:18,250
POLIS METROPOLITAN TOKYO

583
00:42:19,000 --> 00:42:20,958
Saya perlu ketepikan seorang demi seorang.

584
00:42:21,041 --> 00:42:24,583
Ia rumit dan memakan masa,

585
00:42:25,083 --> 00:42:29,000
tapi kalau orang ini masih hidup,
kami perlu selamatkan dia secepat mungkin.

586
00:42:30,000 --> 00:42:34,291
Apabila saya periksa satu demi satu,
semuanya tiada hasil,

587
00:42:35,000 --> 00:42:39,250
tapi saya dapat rasakan salah seorang
daripada mereka mencurigakan.

588
00:42:40,625 --> 00:42:44,916
Jadi saya cari seorang lelaki

589
00:42:45,000 --> 00:42:48,708
yang ada banyak kereta import mewah.

590
00:42:50,416 --> 00:42:52,333
Seseorang bernama "Obara" muncul.

591
00:42:53,500 --> 00:42:55,583
Apabila saya mendengarnya,

592
00:42:55,666 --> 00:42:59,541
saya teringat

593
00:43:00,250 --> 00:43:03,000
di Menara Moto-Akasaka

594
00:43:04,041 --> 00:43:07,833
ada sebuah syarikat bernama Plant Orihara.

595
00:43:08,875 --> 00:43:12,166
O BARA

596
00:43:12,250 --> 00:43:15,000
Aksara Kanji bagi Obara…

597
00:43:15,083 --> 00:43:16,333
ORI HARA

598
00:43:16,416 --> 00:43:19,666
…juga boleh dibaca sebagai Orihara.

599
00:43:26,625 --> 00:43:29,125
Bulu roma saya meremang
dan menggigil seluruh badan.

600
00:43:30,541 --> 00:43:33,000
Jadi ini saat yang penting untuk siasatan

601
00:43:33,083 --> 00:43:35,750
kerana ini kali pertama
mereka dapat kaitkan semuanya.

602
00:43:35,833 --> 00:43:37,166
A310, JOJI OBARA

603
00:43:37,250 --> 00:43:39,416
Akhirnya polis dah dapat nama.

604
00:43:44,958 --> 00:43:46,041
Kami dapat tahu Joji Obara

605
00:43:46,125 --> 00:43:51,875
pernah ditahan sebelum ini di Wakayama

606
00:43:53,916 --> 00:43:58,750
kerana menyamar sebagai wanita

607
00:43:58,833 --> 00:44:02,000
dan merakam secara rahsia
di tandas wanita.

608
00:44:03,875 --> 00:44:08,458
Saya bercakap dengan pegawai
yang bertugas dalam kes itu ketika itu

609
00:44:08,541 --> 00:44:11,208
dan saya tanya mereka bagaimana orangnya.

610
00:44:11,291 --> 00:44:13,458
Mereka kata dia sangat menentang.

611
00:44:14,541 --> 00:44:16,875
Selepas dia ditangkap,

612
00:44:16,958 --> 00:44:20,541
dia enggan ambil gambar.

613
00:44:21,208 --> 00:44:25,333
Dia alihkan mukanya
dan langsung tak beri kerjasama.

614
00:44:27,875 --> 00:44:31,500
Saya minta ia difakskan kepada saya.

615
00:44:43,541 --> 00:44:48,416
Kualiti mesin faks ketika itu rendah
dan gambarnya agak gelap.

616
00:44:49,958 --> 00:44:53,000
Jadi kami kumpulkan
kira-kira 100 gambar suspek

617
00:44:53,083 --> 00:44:55,000
dan tunjukkan kepada mangsa.

618
00:44:58,166 --> 00:45:01,375
Monica dan Jessie

619
00:45:01,458 --> 00:45:08,083
memilih gambar Obara tanpa teragak-agak.

620
00:45:09,666 --> 00:45:11,875
Buat kali pertama,

621
00:45:11,958 --> 00:45:16,625
kami ada nama sebenar untuk dikaitkan
dengan semua nama samaran.

622
00:45:21,583 --> 00:45:26,708
Sekarang mereka dah tahu rupa suspek
dan mereka sedar

623
00:45:27,708 --> 00:45:29,750
jika dia jadikan Lucie Blackman tebusan,

624
00:45:29,833 --> 00:45:32,375
mereka tiada masa dan mereka perlu cepat.

625
00:45:38,208 --> 00:45:40,333
HILANG 103 HARI

626
00:45:43,875 --> 00:45:48,083
Kami tak dapat kaitkan dia dengan Lucie,

627
00:45:48,166 --> 00:45:49,875
tapi kami ada cukup bukti untuk tahan dia

628
00:45:51,375 --> 00:45:53,416
berdasarkan mangsa lain.

629
00:45:58,875 --> 00:46:03,041
Pada pukul 6:00 pagi,
kami sudah pun berada di posisi.

630
00:46:05,208 --> 00:46:07,916
INSPEKTOR TADASHI NAITO
POLIS METROPOLITAN TOKYO

631
00:46:08,000 --> 00:46:12,833
Penyiasat gementar apabila mereka
membuat tangkapan dalam apa-apa kes.

632
00:46:13,458 --> 00:46:16,875
Saya juga sangat gementar.

633
00:46:17,375 --> 00:46:19,250
Kami tempatkan dua orang
di pintu keluar kecemasan,

634
00:46:19,333 --> 00:46:22,041
dua orang di tepi tingkap

635
00:46:23,416 --> 00:46:26,041
dan seorang di pintu untuk mengawasi.

636
00:46:26,125 --> 00:46:28,750
Saya rasa ada kira-kira
tujuh orang semuanya.

637
00:46:29,708 --> 00:46:34,750
Saya diberitahu oleh radio yang
suspek masih berjaga dan buka TV.

638
00:46:34,833 --> 00:46:38,083
Jadi saya terus memantau situasi itu.

639
00:46:39,458 --> 00:46:44,916
Dia selalu keluar beli surat khabar
pada pukul 7:00 malam,

640
00:46:45,000 --> 00:46:48,041
jadi saya fikir
saya tak perlu meluru masuk.

641
00:46:48,125 --> 00:46:54,041
Obara tak nampak macam
seorang yang panas baran.

642
00:46:54,875 --> 00:46:57,125
Saya ingatkan dia takkan bertindak ganas.

643
00:46:57,791 --> 00:47:01,708
Tapi saya risau
dia akan terjun dari tingkap.

644
00:47:01,791 --> 00:47:03,250
Itu saja yang saya fikirkan.

645
00:47:05,875 --> 00:47:09,458
Sebelum pukul 7:00, pintu dibuka.

646
00:47:10,666 --> 00:47:15,416
Apabila saya tanya, "Awak Obara?",
muka dia tiba-tiba berubah.

647
00:47:16,375 --> 00:47:18,000
Dia kata, "Ya, saya."

648
00:47:21,833 --> 00:47:24,458
Saya rasa dia tahu dia akan ditangkap.

649
00:47:27,708 --> 00:47:30,708
Joji Obara, presiden sebuah firma
pengurusan hartanah,

650
00:47:30,791 --> 00:47:32,375
telah ditahan awal pagi tadi.

651
00:47:32,458 --> 00:47:35,166
Menurut polis,
Obara sering dilihat di kawasan

652
00:47:35,250 --> 00:47:38,500
tempat kerja Lucie,
gadis berusia 22 tahun dari Kent.

653
00:47:38,583 --> 00:47:41,041
Kami dengar ada suspek

654
00:47:41,125 --> 00:47:45,416
dan tak lama selepas itu
kami dengar ada orang ditahan.

655
00:47:46,541 --> 00:47:47,958
Ia berita gempar.

656
00:47:49,000 --> 00:47:52,250
Ini mungkin lelaki yang tahu
keberadaan Lucie.

657
00:47:56,875 --> 00:48:02,875
Joji Obara ialah kaki perempuan
yang mewarisi sejumlah besar wang.

658
00:48:02,958 --> 00:48:05,333
Dia seorang lelaki yang sangat kaya,

659
00:48:05,416 --> 00:48:10,625
tapi jiran-jirannya berkata
dia suka menyendiri.

660
00:48:12,333 --> 00:48:14,208
Dia memiliki beberapa hartanah

661
00:48:14,750 --> 00:48:19,333
dan polis mula menggeledah
semua hartanah yang dimilikinya.

662
00:48:19,416 --> 00:48:20,666
Sila berundur.

663
00:48:22,916 --> 00:48:28,125
Saya bertugas di tempat kejadian
di Bangunan No. 4 Zushi Marina.

664
00:48:29,375 --> 00:48:31,833
Kami jumpa

665
00:48:32,583 --> 00:48:37,083
banyak dadah dan alkohol.

666
00:48:38,291 --> 00:48:41,375
Apa yang saya ingat dengan jelas

667
00:48:41,458 --> 00:48:45,750
adalah lekapan logam pada siling.

668
00:48:47,958 --> 00:48:49,791
Saya tertanya-tanya

669
00:48:49,875 --> 00:48:53,083
tentang lekapan logam itu.

670
00:48:58,416 --> 00:49:03,125
Saya mengetuai penggeledahan
dan penyitaan di Menara Moto-Akasaka.

671
00:49:03,625 --> 00:49:08,500
Barang yang paling diingati
adalah buku notanya.

672
00:49:11,875 --> 00:49:13,708
Saya tak tahu bila dia tulis,

673
00:49:13,791 --> 00:49:17,500
tapi ada satu catatan mengatakan
dia akan jadi jahat

674
00:49:18,166 --> 00:49:19,958
dan mengabdikan diri kepada kejahatan.

675
00:49:22,291 --> 00:49:27,541
Dia ubah cara berfikir dengan pantas
untuk menjadi sangat jahat

676
00:49:27,625 --> 00:49:31,041
dan berubah menjadi raksasa.

677
00:49:34,625 --> 00:49:36,625
Jadi, selepas Joji Obara ditahan,

678
00:49:36,708 --> 00:49:39,875
polis menyerbu
beberapa hartanahnya di Tokyo

679
00:49:39,958 --> 00:49:41,750
kerana dia jutawan hartanah,

680
00:49:41,833 --> 00:49:45,583
termasuk kondominium tepi laut
di Zushi Marina,

681
00:49:45,666 --> 00:49:47,791
tempat dia mengumpan ramai mangsanya.

682
00:49:49,375 --> 00:49:52,916
Kami rampas banyak pita video,

683
00:49:55,125 --> 00:49:56,916
jumlahnya bukan dua atau tiga saja.

684
00:50:04,250 --> 00:50:07,375
Pita video itu dilabel dengan nama,
walaupun bukan nama penuh.

685
00:50:09,041 --> 00:50:13,958
Apa yang Obara buat
dirakam dalam pita video itu.

686
00:50:15,500 --> 00:50:21,250
Saya tak rasa ia sesuatu
yang saya patut bincangkan di sini.

687
00:50:25,750 --> 00:50:27,333
Polis menemui

688
00:50:28,500 --> 00:50:32,791
lebih 400 pita VHS wanita

689
00:50:33,500 --> 00:50:35,416
yang nampaknya koma,

690
00:50:36,000 --> 00:50:39,041
terbaring di atas katil
dan dia menyerang mereka.

691
00:50:40,875 --> 00:50:43,166
Ia seperti dalam filem seram.

692
00:50:45,166 --> 00:50:51,791
Kami dapati lekapan logam pada siling…

693
00:50:55,458 --> 00:51:00,875
digunakan untuk mengangkat kaki mangsa.

694
00:51:02,041 --> 00:51:06,000
Dia tak anggap orang sebagai manusia,

695
00:51:06,666 --> 00:51:09,166
tapi anak patung.

696
00:51:09,250 --> 00:51:11,375
Saya tak pernah lihat kes…

697
00:51:13,541 --> 00:51:19,458
Saya tak pernah lihat
sesuatu yang begitu keji.

698
00:51:20,083 --> 00:51:23,833
Saya tak pernah bayangkan
ada orang seperti dia.

699
00:51:30,791 --> 00:51:32,708
Ada begitu banyak pita video

700
00:51:32,791 --> 00:51:35,583
dan detektif terpaksa periksa
satu demi satu.

701
00:51:37,708 --> 00:51:42,083
Tapi dalam semua pita itu,
tiada satu pun Lucie Blackman.

702
00:51:49,541 --> 00:51:51,750
Matlamat kami adalah mencari Lucie.

703
00:51:55,500 --> 00:51:56,875
Jadi saya rasa tekanannya.

704
00:51:58,625 --> 00:52:02,250
Tapi dengan begitu banyak bukti,
saya fikir kami ada peluang.

705
00:52:04,250 --> 00:52:05,750
Semasa saya bercakap dengan dia,

706
00:52:06,333 --> 00:52:12,416
saya rasa dia seorang yang sangat pelik.

707
00:52:14,416 --> 00:52:17,916
Dia menafikan segala tuduhan
tentang jenayahnya.

708
00:52:20,125 --> 00:52:22,208
Walaupun saya tunjukkan bukti,

709
00:52:23,416 --> 00:52:25,041
dia kata semua itu lakonan.

710
00:52:26,250 --> 00:52:29,333
Mereka semua dibayar.

711
00:52:29,958 --> 00:52:34,791
Dia akan buat alasan begitu,
tapi itu saja yang dia mengaku.

712
00:52:45,583 --> 00:52:48,416
Obara menafikan
tahu apa-apa tentang Lucie.

713
00:52:48,500 --> 00:52:52,958
Dia menafikan pernah berjumpanya
atau pernah berhubung dengannya.

714
00:52:55,500 --> 00:52:57,583
Fokus siasatan sekarang

715
00:52:57,666 --> 00:53:00,083
perlu berdasarkan bukti yang mereka ada.

716
00:53:00,166 --> 00:53:04,750
Obara mendakwa semua seks dalam
pita video ini adalah suka sama suka.

717
00:53:05,375 --> 00:53:09,458
Jadi sekarang, polis perlu mengenal pasti
beberapa mangsa yang akan tampil

718
00:53:09,541 --> 00:53:12,416
dan mengesahkan bahawa
ini bukan persetujuan bersama

719
00:53:12,500 --> 00:53:13,583
dan mereka adalah mangsa

720
00:53:13,666 --> 00:53:15,958
agar polis boleh bina
kes jenayah terhadapnya.

721
00:53:22,708 --> 00:53:24,333
Apabila melihat bukti video itu,

722
00:53:24,416 --> 00:53:27,625
saya fikir jenayah ini memang setara
dengan kes pembunuhan.

723
00:53:29,833 --> 00:53:33,750
Bagi wanita, jenayah seksual
sama teruk seperti membunuh.

724
00:53:34,750 --> 00:53:38,750
SARJAN MITSUKO YAMAGUCHI
POLIS METROPOLITAN TOKYO

725
00:53:38,833 --> 00:53:44,916
Saya masih ingat kami tubuhkan
pasukan analisis di dalam bilik besar.

726
00:53:45,000 --> 00:53:49,958
Bilik itu boleh memuatkan
berpuluh-puluh orang.

727
00:53:52,541 --> 00:53:54,166
Kami kekurangan staf,

728
00:53:54,916 --> 00:54:00,500
jadi kami terpaksa hantar pegawai muda
daripada polis rusuhan untuk membantu.

729
00:54:02,541 --> 00:54:04,250
Mangsa berbeza,

730
00:54:04,333 --> 00:54:09,083
tapi mereka nampak jenayah sama
berulang kali.

731
00:54:09,166 --> 00:54:13,833
Beberapa pegawai muda itu

732
00:54:13,916 --> 00:54:19,125
mengalami gangguan mental
selepas menontonnya.

733
00:54:23,416 --> 00:54:25,750
Saya pergi ke rumah mangsa

734
00:54:26,583 --> 00:54:31,291
dan temu bual mereka.

735
00:54:31,375 --> 00:54:34,875
Mereka bangun dan tak sedar
apa yang berlaku kepada mereka.

736
00:54:34,958 --> 00:54:36,916
Itu yang mereka semua cakap.

737
00:54:37,000 --> 00:54:39,750
Kami ada bukti untuk nyatakan
sesuatu berlaku kepada mereka,

738
00:54:39,833 --> 00:54:42,125
tapi sukar untuk kami tunjukkan
kepada mereka.

739
00:54:44,708 --> 00:54:47,250
Mereka menutup mata mereka.

740
00:54:47,333 --> 00:54:49,666
Seseorang berkata, "Itu bukan saya."

741
00:54:49,750 --> 00:54:54,333
Ada yang berkata, "Itu cerita lama
dan saya tak mahu panjangkan lagi."

742
00:54:54,416 --> 00:54:59,208
Seorang mangsa berdarah hidung.

743
00:54:59,291 --> 00:55:06,041
Dia pasti hidup menderita selama ini.

744
00:55:08,333 --> 00:55:11,166
Saya kata yang kami perlu tangkap
pelaku ini dan hukum dia

745
00:55:11,250 --> 00:55:13,041
dan untuk buat begitu,

746
00:55:13,666 --> 00:55:15,041
kami perlukan bantuan mereka.

747
00:55:17,208 --> 00:55:18,791
Kami tak mahu Obara terlepas.

748
00:55:21,166 --> 00:55:23,208
Itu yang kami rasa.

749
00:55:24,750 --> 00:55:29,791
Itulah yang saya cuba
jelaskan kepada mangsa.

750
00:55:33,791 --> 00:55:35,250
Itu saja caranya.

751
00:55:42,958 --> 00:55:46,166
Jadi polis perlu tunjukkan yang
seks itu tak dipersetujui bersama.

752
00:55:46,250 --> 00:55:51,250
Jika seseorang diberi dadah, itu tak
dianggap setuju untuk hubungan seksual,

753
00:55:52,333 --> 00:55:54,250
ia dipanggil "kuasi rogol" di Jepun.

754
00:55:55,041 --> 00:55:56,541
Mereka yakin

755
00:55:56,625 --> 00:56:00,000
dia gunakan kloroform
pada salah seorang mangsanya.

756
00:56:01,208 --> 00:56:04,166
Jadi mereka minta penyiasat forensik
meneliti semua pita video itu.

757
00:56:11,875 --> 00:56:18,583
Dia akan ambil tuala dan botol perang

758
00:56:18,666 --> 00:56:20,875
dan tuang cecair daripada botol ini.

759
00:56:21,375 --> 00:56:26,250
Dia letakkannya pada muka mangsa.

760
00:56:27,375 --> 00:56:31,625
PENYIASAT FORENSIK
KEIZO HARAFUJI, PH.D.

761
00:56:33,125 --> 00:56:37,458
Ada tuala yang sentiasa
menutup muka semua orang.

762
00:56:38,708 --> 00:56:42,791
Antara barang yang dirampas,
ada dadah yang menyebabkan tidur,

763
00:56:42,875 --> 00:56:46,958
ada banyak eter, kloroform

764
00:56:47,041 --> 00:56:50,375
dan dadah haram lain yang

765
00:56:51,125 --> 00:56:52,583
menyebabkan kesan mengantuk.

766
00:56:55,208 --> 00:56:57,833
Ketika saya melihat
pelbagai rakaman mangsa,

767
00:56:57,916 --> 00:57:00,291
saya perasan seorang wanita.

768
00:57:01,041 --> 00:57:02,166
Tiba-tiba,

769
00:57:02,250 --> 00:57:09,208
tangannya mula menggeletar.

770
00:57:09,291 --> 00:57:15,333
Saya terfikir kenapa tangannya bergerak
walaupun dia tak sedarkan diri.

771
00:57:17,291 --> 00:57:21,750
Ketoksikan kloroform
boleh menyebabkan hepatitis fulminan

772
00:57:21,833 --> 00:57:26,416
yang boleh akibatkan ensefalopati hepatik.

773
00:57:26,500 --> 00:57:30,916
Saya dapat tahu salah satu gejalanya
dipanggil tremor mengepak.

774
00:57:31,541 --> 00:57:37,166
Ketika saya mengkaji
situasi mangsa dengan lebih lanjut,

775
00:57:37,250 --> 00:57:40,458
saya dapati dia seorang wanita
berusia 21 tahun bernama Carita

776
00:57:40,541 --> 00:57:44,416
dan dia telah meninggal dunia.

777
00:57:50,541 --> 00:57:54,458
Carita Ridgway yang
sebaya 21 tahun dengan Lucie,

778
00:57:54,958 --> 00:57:58,500
hilang lapan tahun sebelumnya
pada tahun 1992.

779
00:58:00,250 --> 00:58:03,666
Saya jumpa kakak Carita, Samantha.

780
00:58:04,208 --> 00:58:10,208
Mereka berdua pernah mengembara
ke Jepun dan Australia sebelum ini.

781
00:58:10,291 --> 00:58:12,000
Mereka berdua sukakan cabaran.

782
00:58:12,500 --> 00:58:16,833
Kemudian Sam sendiri pergi
mengajar bahasa Inggeris di Tokyo.

783
00:58:18,958 --> 00:58:23,583
Adiknya, Carita ikut dia ke sana,
tapi dia tak dapat cari kerja.

784
00:58:25,458 --> 00:58:29,708
Jadi, dia memutuskan untuk mencari
kerja sementara sebagai pelayan.

785
00:58:33,958 --> 00:58:37,000
Suatu hari, Carita dihantar ke hospital

786
00:58:37,791 --> 00:58:41,708
oleh seorang lelaki yang mengatakan
dia keracunan makanan.

787
00:58:45,666 --> 00:58:49,333
Doktor tak faham
apa yang berlaku kepadanya.

788
00:58:49,833 --> 00:58:52,250
Organ dalamannya mengalami kegagalan.

789
00:58:53,041 --> 00:58:54,875
Selepas seminggu di hospital,

790
00:58:54,958 --> 00:58:58,000
mereka terpaksa matikan
mesin sokongan hidup.

791
00:59:00,791 --> 00:59:03,458
Tapi polis tak bertindak ketika itu

792
00:59:03,541 --> 00:59:05,750
sebab dia dikatakan mati
kerana keracunan makanan

793
00:59:05,833 --> 00:59:08,166
dan mereka tak syak itu satu jenayah.

794
00:59:08,666 --> 00:59:10,041
Tiada autopsi dilakukan.

795
00:59:10,833 --> 00:59:14,708
Namun mujurlah,
mereka menyimpan sampel hati Carita.

796
00:59:16,791 --> 00:59:22,041
Berikutan penahanan Obara,
polis membuat kesimpulan.

797
00:59:22,125 --> 00:59:26,083
Mereka memeriksa sampel hatinya
dan menemui kloroform.

798
00:59:26,583 --> 00:59:31,625
Kemudian mereka boleh tahan Joji Obara

799
00:59:32,125 --> 00:59:35,458
kerana menculik
dan membunuh Carita Ridgway.

800
00:59:38,291 --> 00:59:42,708
Tapi misterinya kekal dengan
perbuatannya terhadap Lucie

801
00:59:42,791 --> 00:59:45,041
dan dia telah musnahkan

802
00:59:45,125 --> 00:59:48,083
semua pita yang dia ada
tentang perlakuannya pada Lucie.

803
00:59:48,166 --> 00:59:55,041
Jadi masih sukar untuk kaitkan penculikan
dan serangan ke atas Lucie Blackman.

804
01:00:05,208 --> 01:00:06,875
HILANG 134 HARI

805
01:00:07,833 --> 01:00:11,833
Tim Blackman dan anaknya, Sophie
masih tak pasti apa berlaku kepada Lucie.

806
01:00:11,916 --> 01:00:16,708
Wanita 22 tahun itu hilang di Tokyo
semasa bekerja sebagai pelayan bar.

807
01:00:16,791 --> 01:00:20,208
Dalam satu kenyataan, Joji Obara,
ahli perniagaan yang ditahan sebulan lalu,

808
01:00:20,291 --> 01:00:22,041
mendedahkan lebih banyak maklumat,

809
01:00:22,125 --> 01:00:25,083
tapi masih menafikan sebarang
penglibatan dalam kehilangannya.

810
01:00:25,166 --> 01:00:30,625
Kini, dia mengaku yang dia
bertemu Lucie di Kelab Casablanca.

811
01:00:30,708 --> 01:00:34,833
Kami tahu ia mungkin seminggu
sebelum Lucie hilang.

812
01:00:34,916 --> 01:00:37,125
Dia ada sejarah panjang

813
01:00:37,208 --> 01:00:40,458
menculik gadis Barat berambut perang

814
01:00:40,541 --> 01:00:42,875
dan seminggu kemudian, Lucie hilang.

815
01:00:43,583 --> 01:00:49,041
Harapan penangkapan Obara akan
membawa Lucie kembali kepada kami

816
01:00:49,125 --> 01:00:52,041
tak kekal lama kerana ia mula kelihatan

817
01:00:52,875 --> 01:00:54,583
agak pudar selepas itu.

818
01:00:54,666 --> 01:00:58,916
Kami jadi sangat kecewa
sampai tak boleh bezakan…

819
01:01:00,166 --> 01:01:04,875
kegembiraan, kelegaan,
kemurungan, keresahan…

820
01:01:05,791 --> 01:01:06,916
atau sangat marah.

821
01:01:07,000 --> 01:01:11,958
Semuanya dalam satu emosi
yang bercampur baur.

822
01:01:17,291 --> 01:01:20,666
Kami masih fokus pada Lucie.

823
01:01:22,750 --> 01:01:25,416
Kami perlu analisis setiap bukti

824
01:01:25,500 --> 01:01:29,291
untuk selamatkan dia.

825
01:01:33,791 --> 01:01:36,875
Obara ada tabiat mengumpul barang

826
01:01:37,541 --> 01:01:42,125
dan dia simpan banyak resit
di pangsapuri dia.

827
01:01:42,666 --> 01:01:46,666
Pasukan analisis bukti memeriksanya
dengan teliti

828
01:01:47,291 --> 01:01:51,166
dan mereka buat garis masa tindakan Obara.

829
01:01:53,375 --> 01:01:55,041
Dia ada resit untuk semuanya.

830
01:01:55,916 --> 01:01:58,000
Mereka dapat bina semula

831
01:01:58,083 --> 01:02:02,541
daripada resit yang dia ada,
tempat dia bergerak sepanjang hari.

832
01:02:04,291 --> 01:02:08,083
Menurut analisis kami, pada 1 Julai,
sekitar pukul 3:00 petang,

833
01:02:08,833 --> 01:02:13,000
Obara bertemu Lucie dan menuju ke Zushi.

834
01:02:13,083 --> 01:02:14,875
Dalam perjalanan ke Zushi,

835
01:02:14,958 --> 01:02:17,208
Obara dan Lucie singgah di restoran

836
01:02:17,291 --> 01:02:20,791
berhampiran pelabuhan kapal layar
di Zushi Marina.

837
01:02:20,875 --> 01:02:25,041
Ini disahkan oleh
Pembantu Inspektor Asano pada masa itu.

838
01:02:26,166 --> 01:02:27,166
1 JULAI 2000

839
01:02:27,250 --> 01:02:29,291
Kemudian pada waktu petang,
sekitar pukul 5:00 petang,

840
01:02:30,375 --> 01:02:34,083
mereka pergi ke pangsapuri Obara
di Zushi Marina.

841
01:02:35,625 --> 01:02:38,833
Di sinilah lokasi Lucie tak diketahui.

842
01:02:39,375 --> 01:02:40,291
2 JULAI 2000

843
01:02:40,375 --> 01:02:45,083
Antara malam 2 Julai
dan awal pagi 3 Julai,

844
01:02:45,166 --> 01:02:47,958
Obara memandu pulang ke Tokyo.

845
01:02:49,000 --> 01:02:50,583
Pada 4 Julai,

846
01:02:50,666 --> 01:02:53,000
Obara banyak membeli-belah.

847
01:02:55,333 --> 01:03:01,791
Pada 5 Julai, Obara melawat
pangsapuri Blue Sea Aburatsubo,

848
01:03:01,875 --> 01:03:06,250
salah satu hartanah yang dia miliki.

849
01:03:08,166 --> 01:03:09,375
Keesokan harinya,

850
01:03:09,458 --> 01:03:15,333
seorang penduduk mengadu tentang
bunyi bising dari pangsapuri Obara.

851
01:03:18,875 --> 01:03:22,416
Dalam resit-resit itu,
mereka jumpa pembelian yang aneh.

852
01:03:22,500 --> 01:03:27,750
Gergaji rantai,
simen dan khemah mudah alih.

853
01:03:28,666 --> 01:03:31,166
Mereka mula dapati

854
01:03:31,750 --> 01:03:35,166
ia mungkin digunakan
untuk menutup jenayah itu.

855
01:03:40,166 --> 01:03:42,166
Analisis kami menyimpulkan bahawa…

856
01:03:45,958 --> 01:03:50,083
Lucie kehilangan nyawanya
pada malam 1 Julai.

857
01:03:53,416 --> 01:03:55,000
Beberapa hari kemudian,

858
01:03:55,708 --> 01:03:59,541
mayatnya dipindahkan dari Zushi Marina
ke Blue Sea Aburatsubo.

859
01:04:01,875 --> 01:04:05,250
Ada kemungkinan besar
mayatnya dikerat di sana.

860
01:04:11,083 --> 01:04:14,083
Selepas menganalisis pelbagai bukti,

861
01:04:14,916 --> 01:04:18,458
kami terpaksa fikir begitu.

862
01:04:24,291 --> 01:04:26,000
Untuk kes Lucie juga,

863
01:04:26,083 --> 01:04:28,625
kami mahukan bukti kukuh,

864
01:04:28,708 --> 01:04:32,458
tapi kami cuma ada bukti
mengikut keadaan yang dia lakukannya.

865
01:04:35,291 --> 01:04:38,375
Kami perlukan bukti kukuh
bagi membina kes untuk Lucie,

866
01:04:39,958 --> 01:04:44,083
tapi tanpa mayat,

867
01:04:44,166 --> 01:04:45,750
kami tak boleh bicarakan dia
kerana membunuh.

868
01:05:09,875 --> 01:05:12,583
Pendakwa kata

869
01:05:13,333 --> 01:05:19,708
sukar untuk membina kes tanpa pengakuan,

870
01:05:20,750 --> 01:05:27,208
jadi kami tahu kami perlu cari mayat itu
tak kira apa pun.

871
01:05:28,250 --> 01:05:31,916
PENGUASA KATSUYOSHI ABE
POLIS METROPOLITAN TOKYO

872
01:05:32,000 --> 01:05:35,250
Kami mula mencari di mana-mana tempat

873
01:05:35,958 --> 01:05:41,000
mayat mungkin ditanam di kawasan itu.

874
01:05:46,958 --> 01:05:50,000
Kami tak tahu tempat dia mungkin berada.

875
01:05:51,666 --> 01:05:55,250
Tak mungkin ia jauh
dari pangsapuri di Aburatsubo.

876
01:05:57,125 --> 01:05:59,791
Pihak atasan beri kami

877
01:05:59,875 --> 01:06:02,750
satu minggu terakhir untuk mencari.

878
01:06:05,208 --> 01:06:07,333
Selepas seminggu,
mereka hentikan operasi kami.

879
01:06:10,291 --> 01:06:12,916
Saya berasa tak senang hati.

880
01:06:17,375 --> 01:06:19,000
Saya beritahu anak buah saya
ini peluang terakhir kami.

881
01:06:19,833 --> 01:06:21,666
Saya takut

882
01:06:22,333 --> 01:06:25,625
apa akan berlaku kalau kami tak jumpa dia.

883
01:06:30,791 --> 01:06:36,500
Kami perlu tangkap lelaki ini
untuk tempoh penjara yang lama.

884
01:06:37,000 --> 01:06:38,458
Itulah yang saya rasa.

885
01:06:39,541 --> 01:06:43,458
PENOLONG INSPEKTOR YUJI NOZOE
POLIS METROPOLITAN TOKYO

886
01:06:45,000 --> 01:06:47,708
Tempat yang kami perlu cari,

887
01:06:48,666 --> 01:06:50,500
rupa buminya berbahaya.

888
01:06:52,833 --> 01:06:54,833
Kami lakukannya selama beberapa hari

889
01:06:56,666 --> 01:06:58,666
sehingga kami menjadi kotor
dan berbau busuk.

890
01:07:03,083 --> 01:07:07,333
9 FEBRUARI 2001
HILANG 223 HARI

891
01:07:20,833 --> 01:07:25,375
Kami pergi ke pantai pada pukul 8:15 pagi.

892
01:07:33,375 --> 01:07:35,750
Ada beberapa gua di situ.

893
01:07:39,083 --> 01:07:40,666
Saya cuba bergantung pada gerak hati.

894
01:07:53,208 --> 01:08:00,208
Kawasan itu penuh dengan
barang yang hanyut ke darat.

895
01:08:00,291 --> 01:08:04,916
Jadi, saya bersihkan semuanya
di dalam gua.

896
01:08:05,958 --> 01:08:08,500
Apabila saya bersihkannya,

897
01:08:09,250 --> 01:08:10,916
ada tab mandi di situ.

898
01:08:14,583 --> 01:08:16,875
Saya terbalikkannya.

899
01:08:19,375 --> 01:08:21,125
"Ini serangga karnivor," saya kata.

900
01:08:24,583 --> 01:08:29,583
Saya bersihkan kawasan itu
dan terus menggali.

901
01:08:35,291 --> 01:08:38,583
Pada mulanya, ia kelihatan
seperti karung guni yang besar

902
01:08:39,083 --> 01:08:43,083
Apabila saya buka,

903
01:08:45,333 --> 01:08:46,875
saya pasti itu Lucie.

904
01:08:49,750 --> 01:08:53,250
Saya berdiri di kawasan berbatu
berhampiran gua

905
01:08:53,333 --> 01:08:54,708
dan telefon saya berbunyi.

906
01:08:55,375 --> 01:08:58,458
Saya dengar suara Nozoe berkata,
"Ia di sini!"

907
01:08:59,500 --> 01:09:03,708
Kata-katanya tak jelas.

908
01:09:03,791 --> 01:09:06,500
Jadi saya suruh dia tunggu di sana
sebab saya akan datang.

909
01:09:13,166 --> 01:09:16,916
Sekawan besar burung lang
berkumpul di atas tempat kejadian.

910
01:09:18,166 --> 01:09:19,791
Ia berkeok.

911
01:09:20,375 --> 01:09:26,875
Ia menghidu bau kematian
dan mula berlegar-legar di langit.

912
01:09:39,250 --> 01:09:42,041
Pada awal pagi mereka jumpa mayat itu,

913
01:09:42,125 --> 01:09:44,291
saya fikir saya perlu hubungi Tim.

914
01:09:46,333 --> 01:09:49,458
Saya maklumkannya kerana
Jabatan Polis Tokyo tak buat begitu.

915
01:09:52,666 --> 01:09:55,666
Saya masih ingat…

916
01:09:56,500 --> 01:09:59,416
dia terdiam lama
apabila saya beritahu dia.

917
01:10:01,833 --> 01:10:05,708
Panggilan telefon itu
benar-benar kekal dalam ingatan saya.

918
01:10:09,291 --> 01:10:12,375
Saya boleh ingat dengan tepat
saya berdiri di lorong belakang

919
01:10:12,458 --> 01:10:14,625
dan hari itu hujan renyai-renyai.

920
01:10:15,291 --> 01:10:20,416
Jake kata, "Mereka dah jumpa dia."

921
01:10:24,500 --> 01:10:27,125
Saya berharap sepanjang masa

922
01:10:27,208 --> 01:10:29,916
sehingga ke saat itu.

923
01:10:30,000 --> 01:10:34,416
Saya rasa 20 minit kemudian
jurubahasa Jepun telefon saya

924
01:10:34,500 --> 01:10:37,083
dan kata mereka ada rekod pergigian,
itu memang Lucie.

925
01:10:38,125 --> 01:10:40,541
Saya cuma berdiri di jalan dan menjerit.

926
01:10:42,750 --> 01:10:46,458
Itu kali pertama saya betul-betul

927
01:10:47,208 --> 01:10:50,500
putuskan yang Lucie mungkin mati.

928
01:11:22,541 --> 01:11:23,916
Saya sangat sayangkan Lucie

929
01:11:24,000 --> 01:11:26,541
kerana dia seorang yang baik dan cantik

930
01:11:28,000 --> 01:11:31,250
dari segi luaran dan dalaman.

931
01:11:32,625 --> 01:11:35,500
Dia tak pernah cakap buruk tentang sesiapa

932
01:11:36,583 --> 01:11:39,041
dan selalu buat orang rasa istimewa.

933
01:11:40,666 --> 01:11:42,750
Dia disayangi oleh ramai orang.

934
01:11:43,791 --> 01:11:46,625
Bagaimana seseorang boleh buat
sesuatu yang begitu dahsyat,

935
01:11:47,250 --> 01:11:49,583
kejam dan jahat padanya?

936
01:11:51,500 --> 01:11:54,291
Apabila pembunuh Lucie disabitkan
untuk jenayah ini,

937
01:11:55,083 --> 01:12:00,000
keadilan menuntut dia menghabiskan
sisa hidupnya di penjara,

938
01:12:01,166 --> 01:12:04,166
memikirkan betapa besarnya
jenayah yang dilakukannya.

939
01:12:08,333 --> 01:12:12,041
Sekarang kami boleh dakwa dia
atas pembunuhan Lucie.

940
01:12:13,708 --> 01:12:20,708
Demi mangsa,
dia patut diberi hukuman maksimum.

941
01:12:24,333 --> 01:12:30,416
Saya tak boleh menilai bagaimana
perbicaraan ini akan berakhir.

942
01:12:30,500 --> 01:12:32,375
Tapi kalau dia yang bunuh Lucie,

943
01:12:32,458 --> 01:12:35,875
saya harap dia takkan hidup
atau bernafas lagi.

944
01:12:49,833 --> 01:12:53,833
JOJI OBARA DIDAKWA DENGAN PENCULIKAN,
ROGOL MENYEBABKAN KEMATIAN,

945
01:12:53,916 --> 01:12:57,375
PEMBUANGAN MAYAT LUCIE

946
01:12:57,458 --> 01:13:00,541
DAN ROGOL MENYEBABKAN KEMATIAN
CARITA RIDGWAY.

947
01:13:02,083 --> 01:13:05,125
Kami duduk dalam mahkamah
dan Obara ada di sana.

948
01:13:05,791 --> 01:13:08,333
Rasa macam tak percaya.

949
01:13:13,375 --> 01:13:17,791
Saya dah tak berdaya lagi
untuk jadi beremosi.

950
01:13:20,791 --> 01:13:22,666
HANYA ADA BUKTI YANG CUKUP
UNTUK MENDAKWA OBARA

951
01:13:22,750 --> 01:13:24,458
DALAM LAPAN KES LAGI
DARIPADA ANGGARAN 400 MANGSANYA.

952
01:13:26,041 --> 01:13:31,791
Jika saya pertaruhkan seluruh harapan
hidup saya untuk dia didapati bersalah,

953
01:13:31,875 --> 01:13:35,250
maka saya hanya sediakan diri saya
untuk satu lagi bencana.

954
01:13:36,583 --> 01:13:40,125
OBARA DIHUKUM PENJARA SEUMUR HIDUP
UNTUK KEMATIAN CARITA RIDGWAY

955
01:13:40,208 --> 01:13:43,750
DAN LAPAN LAGI TUDUHAN MEROGOL.

956
01:13:43,833 --> 01:13:50,833
TAPI DIA DIDAPATI TAK BERSALAH
UNTUK SEMUA TUDUHAN BERKAITAN LUCIE.

957
01:14:03,500 --> 01:14:08,000
Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan

958
01:14:10,000 --> 01:14:13,000
hidup Lucie tak sia-sia.

959
01:14:13,083 --> 01:14:17,458
Lucie membawa keadilan
kepada Carita Ridgway

960
01:14:18,083 --> 01:14:19,416
dan lapan mangsa rogol lain

961
01:14:19,500 --> 01:14:22,166
yang berani tampil
untuk menyokong kes ini.

962
01:14:24,791 --> 01:14:28,125
Tapi malangnya, hari ini
kami tak terima keadilan untuk Lucie.

963
01:14:32,625 --> 01:14:34,125
Saya sangat kecewa.

964
01:14:36,500 --> 01:14:39,791
Saya tak percaya
dia didapati tak bersalah.

965
01:14:42,000 --> 01:14:46,000
Penyiasat pada masa itu
lebih marah daripada terkejut.

966
01:14:46,083 --> 01:14:48,291
Dia dah buat perkara yang teruk.

967
01:14:49,041 --> 01:14:50,000
Ya?

968
01:14:51,625 --> 01:14:55,125
Boleh awak sahkan apa rancangan awak
untuk langkah seterusnya?

969
01:14:55,750 --> 01:15:00,416
Kami dah jelaskan pendirian kami
yang kami percaya

970
01:15:00,500 --> 01:15:05,125
keluarga kami berhak dapat
keadilan sewajarnya untuk Lucie

971
01:15:05,208 --> 01:15:08,958
dan mereka patut beri
pertimbangan yang kukuh untuk rayuan.

972
01:15:10,375 --> 01:15:12,708
Polis ada banyak elemen berbeza,

973
01:15:12,791 --> 01:15:17,000
tapi mereka tak letakkannya
ke dalam kes yang cukup kuat.

974
01:15:17,083 --> 01:15:20,000
Tapi tindakan mereka selepas itu
apabila Blackman merayu

975
01:15:20,083 --> 01:15:23,208
adalah untuk menjadikan
kes itu lebih kuat.

976
01:15:23,833 --> 01:15:28,250
PADA APRIL 2007,
ADA RAYUAN KES TERSEBUT.

977
01:15:32,958 --> 01:15:38,000
Kami curahkan
segala-galanya yang kami ada.

978
01:15:39,083 --> 01:15:43,500
Kami buat apa yang perlu.

979
01:15:45,041 --> 01:15:47,583
PADA 16 DISEMBER 2008,
OBARA DIDAPATI BERSALAH

980
01:15:47,666 --> 01:15:50,791
MENGERAT DAN MEMBUANG MAYAT LUCIE.

981
01:15:51,750 --> 01:15:58,125
PENJARA SEUMUR HIDUPNYA
TAK DAPAT DITARIK BALIK.

982
01:15:58,958 --> 01:16:03,875
Hari ini, kebenaran, maruah
dan keadilan telah ditegakkan,

983
01:16:04,458 --> 01:16:09,583
bukan saja untuk Lucie, tapi untuk
semua mangsa jenayah seksual ganas.

984
01:16:10,833 --> 01:16:16,291
Dia dipenjarakan seumur hidup
dan saya rasa keadilan telah ditegakkan.

985
01:16:36,375 --> 01:16:40,166
Pada tahun 2010,

986
01:16:40,875 --> 01:16:44,125
saya berpeluang melawat kubur Lucie
dan memberi penghormatan.

987
01:16:44,791 --> 01:16:49,541
Jadi, saya pergi ke England.

988
01:16:55,916 --> 01:17:00,333
Jane belanja kami minum petang.

989
01:17:00,875 --> 01:17:02,875
Itu pengalaman pertama bagi saya.

990
01:17:02,958 --> 01:17:06,166
Saya dengar ia satu bentuk layanan baik

991
01:17:06,250 --> 01:17:10,666
dan saya sangat kagum dengan kemesraannya.

992
01:17:13,708 --> 01:17:17,500
Kubur Lucie berada di kawasan gereja.

993
01:17:19,000 --> 01:17:23,125
Namanya ditulis pada monumen.

994
01:17:25,125 --> 01:17:28,375
"Bintang bersinar di langit,"

995
01:17:28,458 --> 01:17:31,958
tertulis pada batu nisan.

996
01:17:38,000 --> 01:17:41,166
Hakikat yang Lucie datang
dari luar negara untuk bekerja

997
01:17:41,250 --> 01:17:45,166
dan menjadi mangsa jenayah begitu,

998
01:17:45,250 --> 01:17:50,583
telah meninggalkan emosi dalam hati saya.

999
01:17:55,875 --> 01:17:59,000
Sejak itu, setiap tahun kami ke sana
untuk menenangkan rohnya

1000
01:18:01,166 --> 01:18:07,291
dan berdoa agar dia bersemadi dengan aman.

1001
01:18:11,208 --> 01:18:13,875
Sudah 20 tahun kami ke sana.

1002
01:18:13,958 --> 01:18:15,500
Saya rasa ini kejadian
yang jarang berlaku.

1003
01:18:23,458 --> 01:18:26,666
Dalam cara yang aneh,

1004
01:18:26,750 --> 01:18:32,958
Lucie telah memberikan kami
pengalaman hidup,

1005
01:18:33,041 --> 01:18:36,166
tak kira betapa dahsyat dan rakusnya ia.

1006
01:18:36,250 --> 01:18:38,833
Ia warisan yang

1007
01:18:38,916 --> 01:18:41,333
Lucie tinggalkan

1008
01:18:41,958 --> 01:18:46,500
dalam hati dan jiwa saya.

1009
01:18:48,833 --> 01:18:51,833
Perasaan itu

1010
01:18:52,416 --> 01:18:56,166
sangat suci dan tak tercemar

1011
01:18:56,250 --> 01:19:00,625
oleh kebencian, kemarahan dan sebagainya

1012
01:19:00,708 --> 01:19:04,041
sebab saya jauhkannya
daripada ingatan Lucie.

1013
01:21:14,833 --> 01:21:19,833
Terjemahan sari kata oleh Afni Liana



