1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:11,511 --> 00:00:16,474
Walaupun dah dewasa,
saya pernah mimpi saya ada kembar seiras.

4
00:00:17,892 --> 00:00:20,770
Saya terjaga dari tidur dan terfikir,

5
00:00:20,854 --> 00:00:23,690
"Alangkah seronoknya
kalau ada kembar seiras."

6
00:00:25,817 --> 00:00:28,194
Kemudian, hal yang tak dijangka berlaku.

7
00:00:28,278 --> 00:00:31,906
Mungkin saya takkan percaya
kalau ia tak berlaku kepada saya.

8
00:00:34,868 --> 00:00:39,414
Saya terkejut apabila tengok
dua gambar itu dalam telefon saya.

9
00:00:39,497 --> 00:00:40,832
Muka mereka sama!

10
00:00:40,915 --> 00:00:44,669
"Biar betul? Muka dia mirip dengan saya."

11
00:00:46,421 --> 00:00:49,966
Semuanya berubah,
tapi saya tak faham hal yang berlaku.

12
00:00:50,717 --> 00:00:53,011
Kes ini sangat luar biasa.

13
00:00:53,094 --> 00:00:56,723
Eksperimen macam inilah
yang saintis nak buat,

14
00:00:56,806 --> 00:00:58,808
tapi ia melanggar etika.

15
00:01:00,810 --> 00:01:03,313
Saya rasa hidup saya satu penipuan.

16
00:01:03,396 --> 00:01:05,648
Saya seolah-olah ada dua kehidupan.

17
00:01:12,030 --> 00:01:13,823
Awak percaya drama?

18
00:01:16,910 --> 00:01:19,662
Sebab selepas ini,
hidup awak akan berubah.

19
00:01:28,171 --> 00:01:30,381
Tiada sesiapa faham penderitaan saya.

20
00:01:32,884 --> 00:01:35,970
Saya tak berhak ubah hidup orang lain.

21
00:01:38,139 --> 00:01:41,768
Bukan senang nak terima hakikat
yang hidup kita satu penipuan.

22
00:01:44,479 --> 00:01:47,732
Saya rasa macam tak kenal diri sendiri.

23
00:01:47,816 --> 00:01:51,694
THE ACCIDENTAL TWINS

24
00:02:07,001 --> 00:02:12,841
Nama saya Jorge Bernal dan dilahirkan
di Bogotá pada 21 Disember 1988.

25
00:02:13,883 --> 00:02:16,928
Saya bekerja di syarikat hidrokarbon.

26
00:02:17,011 --> 00:02:19,472
Saya ada rakan sekerja bernama Laura.

27
00:02:19,556 --> 00:02:21,015
Suatu hari, Laura sapa saya,

28
00:02:21,099 --> 00:02:24,060
"Hai! Sihat?
Saya nampak awak dekat rumah saya."

29
00:02:24,144 --> 00:02:27,605
Saya tanya, "Bila?"
Dia jawab, "Hujung minggu lepas."

30
00:02:27,689 --> 00:02:31,651
Waktu itu saya tiada di Kennedy,
tapi dia berkeras kata nampak saya.

31
00:02:35,405 --> 00:02:36,531
Semua ini bermula

32
00:02:36,614 --> 00:02:40,827
apabila saya dan Yaneth kena pergi
ke parti barbeku syarikat.

33
00:02:41,411 --> 00:02:44,747
Saya ditugaskan beli daging
dan Yaneth beritahu saya

34
00:02:44,831 --> 00:02:49,669
yang sepupu teman lelaki dia
ada kedai daging dan boleh tolong kami.

35
00:02:49,752 --> 00:02:53,423
Dia boleh beri kami daging berkualiti
pada harga lebih murah.

36
00:02:57,886 --> 00:03:00,263
Kami pergi ke kedai daging itu

37
00:03:00,346 --> 00:03:02,849
dan nampak William siapkan pesanan kami.

38
00:03:03,433 --> 00:03:06,186
Laura terkejut tengok William.

39
00:03:06,269 --> 00:03:11,149
Muka penjual daging itu mirip
dengan rakan sekerja saya, Jorge.

40
00:03:11,232 --> 00:03:12,734
Ternganga saya dibuatnya.

41
00:03:12,817 --> 00:03:17,697
Saya beritahu Yaneth kami rakan sekerja
dan sapa penjual daging itu.

42
00:03:18,656 --> 00:03:21,701
Dia pandang saya
dan nampak terpinga-pinga.

43
00:03:21,784 --> 00:03:28,249
Dia ingat penjual daging itu saya
dan sangka saya buat-buat tak kenal dia.

44
00:03:32,212 --> 00:03:36,883
Saya ingat Jorge malu
apabila saya dapat tahu dia kerja

45
00:03:36,966 --> 00:03:40,637
di kedai daging itu
kerana kami kerja satu pejabat.

46
00:03:40,720 --> 00:03:42,096
Itulah yang saya fikir.

47
00:03:46,142 --> 00:03:49,270
Dia berkeras yang dia jumpa
dan sapa saya di situ.

48
00:03:49,354 --> 00:03:53,024
"Awak malu nak mengaku
yang awak kerja di kedai daging?"

49
00:03:54,317 --> 00:03:58,238
Saya jawab, "Saya tak malu,
tapi saya tak kerja di kedai daging.

50
00:03:58,321 --> 00:03:59,781
Itu bukan saya."

51
00:04:01,366 --> 00:04:05,078
Saya tak fikir sangat pun pasal itu.
Saya masih tak percaya.

52
00:04:05,161 --> 00:04:08,414
Dia beritahu dia ada kembar.
Kembar tak seiras.

53
00:04:09,290 --> 00:04:11,876
Saya fikir mungkin itu kembar dia,

54
00:04:11,960 --> 00:04:15,463
tapi Jorge cakap
mereka langsung tak seiras.

55
00:04:18,716 --> 00:04:23,263
Lama juga saya tanya-tanya dia
pasal kembar dia.

56
00:04:23,346 --> 00:04:25,473
Kami buat spekulasi.

57
00:04:25,556 --> 00:04:30,853
Sampai satu tahap, dia cakap
yang mungkin dia ada adik-beradik lain.

58
00:04:30,937 --> 00:04:33,690
Adik-beradik yang dia tak pernah kenal.

59
00:04:40,363 --> 00:04:43,533
Tak lama selepas itu,
Yaneth kerja di syarikat kami.

60
00:04:44,117 --> 00:04:47,036
Saya tak sapa dia
kerana saya tak kenal dia,

61
00:04:47,120 --> 00:04:49,706
tapi saya perasan setiap kali saya lalu,

62
00:04:49,789 --> 00:04:51,207
dia akan pandang saya.

63
00:04:51,291 --> 00:04:54,335
Saya terkejut
apabila nampak Jorge di pejabat.

64
00:04:54,419 --> 00:04:56,004
Saya beritahu Laura,

65
00:04:56,087 --> 00:05:00,008
"Muka dia mirip dengan William,
tapi dia bukan William!"

66
00:05:01,009 --> 00:05:03,720
Saya rasa macam dalam mimpi.

67
00:05:03,803 --> 00:05:08,683
Tiba-tiba, saya jadi ingin tahu.
Saya tahu William lahir bulan Disember.

68
00:05:08,766 --> 00:05:12,645
Saya tanya Laura,
"Awak tahu bila hari jadi Jorge?"

69
00:05:12,729 --> 00:05:15,023
Di pejabat kami ada papan hari jadi.

70
00:05:15,106 --> 00:05:17,734
Saya beritahu Yaneth, "Nanti saya tengok."

71
00:05:17,817 --> 00:05:22,322
Saya tengok papan itu
dan Jorge pun lahir pada bulan Disember.

72
00:05:22,405 --> 00:05:24,407
SELAMAT HARI JADI!

73
00:05:26,492 --> 00:05:28,870
DISEMBER
21 - JORGE

74
00:05:28,953 --> 00:05:32,582
Saya beritahu Laura,
"Ada sesuatu yang tak kena."

75
00:05:32,665 --> 00:05:35,460
Suatu hari, Yaneth beritahu saya

76
00:05:35,543 --> 00:05:40,381
yang dia ada gambar William,
si penjual daging itu,

77
00:05:41,090 --> 00:05:44,052
dan dia suruh
saya tunjuk gambar itu kepada Jorge.

78
00:05:46,929 --> 00:05:49,849
Laura jumpa saya
sambil sorok telefon di belakang

79
00:05:49,932 --> 00:05:53,186
dan tanya saya,
"Ingat lagi apa saya beritahu?

80
00:05:53,269 --> 00:05:55,772
Pasal lelaki yang mirip dengan awak itu?

81
00:05:55,855 --> 00:05:57,774
Saya tahu lelaki itu bukan awak.

82
00:05:57,857 --> 00:06:00,526
Dah sedia nak tengok doppelgänger awak?"

83
00:06:00,610 --> 00:06:04,697
Dia tanya, "Mana dia kembar saya?"
Saya pun tunjuk gambar itu.

84
00:06:05,281 --> 00:06:06,699
Apabila dia tengok, dia…

85
00:06:07,992 --> 00:06:11,829
Sejujurnya, dia nampak sangat terkejut.

86
00:06:19,253 --> 00:06:21,297
Saya betul-betul terkejut

87
00:06:21,381 --> 00:06:26,177
kerana wajah dia memang mirip dengan saya.
Saling tak tumpah!

88
00:06:28,471 --> 00:06:30,890
Dia tanya rakan sepejabat yang lain,

89
00:06:30,973 --> 00:06:32,767
"Saya kacak dalam gambar ini?"

90
00:06:32,850 --> 00:06:36,104
Mereka jawab, "Ya, awak nampak kacak."

91
00:06:36,729 --> 00:06:40,024
Kita tanya orang lain.
"Saya kacak dalam gambar ini?"

92
00:06:40,525 --> 00:06:46,322
Kemudian, dia cakap,
"Mereka tak sedar itu bukan gambar saya."

93
00:06:46,406 --> 00:06:47,782
Saya tanya kawan saya,

94
00:06:47,865 --> 00:06:50,410
"Tengok gambar ini. Ini gambar siapa?"

95
00:06:51,160 --> 00:06:54,789
Dia pandang saya dan jawab,
"Itu gambar awak dan kawan awak."

96
00:06:54,872 --> 00:06:58,709
Saya beritahu dia,
"Sebenarnya, itu bukan gambar saya."

97
00:06:58,793 --> 00:07:01,712
Dia tengok
gambar itu sekali lagi dan cakap,

98
00:07:01,796 --> 00:07:03,506
"Muka dia sama macam awak!"

99
00:07:05,049 --> 00:07:07,677
Kemudian, saya cari Laura dan tanya dia,

100
00:07:07,760 --> 00:07:11,681
"Awak tahu nama dia?
Di mana saya boleh jumpa dia?

101
00:07:11,764 --> 00:07:13,182
Apa nama Facebook dia?"

102
00:07:13,266 --> 00:07:15,685
Laura jawab, "William Cañas Velasco."

103
00:07:15,768 --> 00:07:20,273
Saya cari dia di Facebook
dan tengok semua gambar dia satu per satu.

104
00:07:22,733 --> 00:07:26,779
Saya terdiam apabila nampak satu gambar.
Saya tengok betul-betul.

105
00:07:26,863 --> 00:07:32,743
Saya jumpa gambar dia tiada misai.
Gambar pertama yang saya tengok ada misai.

106
00:07:33,953 --> 00:07:35,413
Muka kami memang sama.

107
00:07:35,496 --> 00:07:39,542
Ketika itulah, saya mula gelabah.

108
00:07:39,625 --> 00:07:42,336
Saya rasa tak sedap hati.

109
00:07:42,420 --> 00:07:47,550
Saya ingat setakat itu saja
dan tiada apa-apa lagi kejutan,

110
00:07:48,968 --> 00:07:52,889
tapi semuanya berubah
selepas saya terjumpa satu gambar.

111
00:07:52,972 --> 00:07:55,766
Gambar itu
mengubah seluruh jalan cerita ini.

112
00:08:03,191 --> 00:08:07,069
Bekas rakan sekerja saya beritahu saya,

113
00:08:07,153 --> 00:08:10,615
"Kami tengok gambar
sepupu teman lelaki awak.

114
00:08:10,698 --> 00:08:12,408
Muka dia sama macam Jorgito."

115
00:08:12,492 --> 00:08:15,453
Saya kata, "Betulkah?
Nak tahu sesuatu yang pelik?

116
00:08:15,953 --> 00:08:18,789
William ada kembar
yang tak seiras dengan dia."

117
00:08:18,873 --> 00:08:20,791
Dia kata, "Sama dengan Jorgito."

118
00:08:20,875 --> 00:08:25,004
Saya tanya dia,
"Awak ada gambar Jorge dengan kembar dia?

119
00:08:25,087 --> 00:08:27,507
Nanti saya hantar gambar William
dengan kembar dia."

120
00:08:33,387 --> 00:08:36,974
Apabila tengok kedua-dua gambar itu,
saya kata dalam hati,

121
00:08:37,475 --> 00:08:42,063
"Oh, Tuhan!
Mereka dua pasang kembar yang…"

122
00:08:42,146 --> 00:08:43,648
- Tertukar.
- Tertukar.

123
00:08:50,154 --> 00:08:51,989
Sekarang, dah jadi dua masalah.

124
00:08:52,073 --> 00:08:53,533
- Dua masalah.
- Betul.

125
00:08:53,616 --> 00:08:55,826
Satu masalah baharu yang lebih besar.

126
00:08:55,910 --> 00:08:58,579
Saya hantar gambar itu
kepada Laura dan cakap,

127
00:08:58,663 --> 00:09:01,874
"Mereka dua pasang kembar yang tertukar."

128
00:09:03,960 --> 00:09:07,046
Saya sangat terkejut.
Saya rasa macam tak percaya.

129
00:09:07,129 --> 00:09:09,340
Saya tak percaya mata saya.

130
00:09:09,423 --> 00:09:15,179
Sebab dalam gambar itu,
ada seseorang yang mirip kembar saya.

131
00:09:18,182 --> 00:09:23,062
Saya tenung gambar itu
dan tertanya-tanya, "Siapa dia?"

132
00:09:24,105 --> 00:09:28,192
Saya baca di ruangan komen ada yang tulis,
"Kembar siam."

133
00:09:28,276 --> 00:09:30,069
Ada perkataan "kembar".

134
00:09:30,152 --> 00:09:35,324
Kemudian, saya fikir,
"Ada sesuatu yang tak kena.

135
00:09:35,408 --> 00:09:39,495
Apa ini? Dunia selari? Dunia cermin?"

136
00:09:39,579 --> 00:09:41,914
Entahlah, saya rasa sangat keliru.

137
00:09:43,624 --> 00:09:48,337
Malah, saya pernah terfikir
yang hidup saya satu penipuan.

138
00:09:48,838 --> 00:09:53,718
Saya tak kenal mereka.
Sejujurnya, saya keliru dan terkejut.

139
00:09:57,555 --> 00:10:00,349
Kami tanya dia macam-macam soalan.

140
00:10:00,433 --> 00:10:04,312
Soalan yang menggambarkan
kemungkinan mereka adik-beradik.

141
00:10:04,395 --> 00:10:05,354
Kembar.

142
00:10:05,438 --> 00:10:07,940
Kembar yang terpisah atas beberapa sebab.

143
00:10:08,691 --> 00:10:13,195
Kami mula korek hal sebenar
dengan memadankan tarikh lahir,

144
00:10:13,279 --> 00:10:16,657
tapi ada yang tak sama,
contohnya tempat lahir kami.

145
00:10:16,741 --> 00:10:18,659
Mereka dilahirkan di Santander,

146
00:10:18,743 --> 00:10:22,163
tapi saya tak faham.
Macam mana mereka lahir di Santander?

147
00:10:24,707 --> 00:10:27,543
YANETH: JORGE LAHIR DI SANTANDER?
LAURA: BOGOTÁ

148
00:10:27,627 --> 00:10:28,794
YANETH: AWAK PASTI?

149
00:10:29,378 --> 00:10:32,882
Laura beritahu saya
yang Jorge tak lahir di Santander.

150
00:10:32,965 --> 00:10:35,926
Saya kata, "Alamak, misi kita gagal."

151
00:10:36,010 --> 00:10:38,346
Kemudian, saya tanya teman lelaki saya,

152
00:10:38,429 --> 00:10:43,309
"Awak tahu kalau-kalau mereka dibawa
ke Bogotá atas sebab tertentu?"

153
00:10:43,392 --> 00:10:46,312
Dia balas, "Nanti saya tanya William."

154
00:10:58,866 --> 00:11:00,034
Cukup, Conchita.

155
00:11:05,247 --> 00:11:07,583
Nama saya William Cañas Velasco.

156
00:11:08,167 --> 00:11:13,506
Yaneth selalu datang
ke kedai daging tempat saya bekerja.

157
00:11:15,841 --> 00:11:20,596
Saya mula tanya diri sendiri soalan sama
yang Yaneth tanya kepada saya.

158
00:11:21,180 --> 00:11:25,935
Kami mula siasat
kerana saya yakin saya lahir di Santander

159
00:11:26,018 --> 00:11:27,812
dan membesar di Santander.

160
00:11:30,147 --> 00:11:33,901
Rupa-rupanya, saya lahir di Santander
dan dibawa ke Bogotá.

161
00:11:34,568 --> 00:11:37,029
Saya telefon mak cik saya dan tanya,

162
00:11:37,113 --> 00:11:41,534
"Mak cik tahu saya dibawa
ke hospital mana di Bogotá?"

163
00:11:41,617 --> 00:11:43,035
Mak cik saya jawab,

164
00:11:43,119 --> 00:11:47,081
"Ya, mereka bawa kamu
ke Hospital Materno Infantil."

165
00:11:49,709 --> 00:11:51,419
HOSPITAL MATERNO INFANTIL
KEMASUKAN

166
00:11:51,502 --> 00:11:54,672
Yaneth dapat tahu
tempat lahir kembar satu lagi.

167
00:11:54,755 --> 00:11:56,424
Mereka lahir di Santander,

168
00:11:56,507 --> 00:12:01,345
tapi salah seorang kembar itu sakit
semasa di Santander

169
00:12:01,429 --> 00:12:03,639
kerana lahir tak cukup bulan.

170
00:12:04,223 --> 00:12:08,060
Salah seorang kembar itu dibawa ke Bogotá

171
00:12:08,144 --> 00:12:12,440
dan tiba di hospital yang sama,
Hospital Materno Infantil.

172
00:12:12,523 --> 00:12:14,692
Apabila dapat tahu, kami kata,

173
00:12:14,775 --> 00:12:18,571
"Itulah ceritanya!
Mereka tertukar di hospital.

174
00:12:18,654 --> 00:12:20,072
Tiada sebab lain."

175
00:12:31,542 --> 00:12:34,628
Saya balik rumah dan Carlos ada di rumah.

176
00:12:34,712 --> 00:12:38,090
Ketika itu, dia sedang menonton TV.

177
00:12:39,133 --> 00:12:42,011
Saya Carlos Alberto Bernal Castro,
34 tahun.

178
00:12:46,974 --> 00:12:50,728
Saya sedang bercakap di telefon
apabila Jorge balik dari kolej.

179
00:12:50,811 --> 00:12:53,147
Dia suruh letak telefon
kerana nak beritahu sesuatu.

180
00:12:53,731 --> 00:12:57,777
Saya tahu Jorge suka mengusik.

181
00:12:58,402 --> 00:12:59,528
Dia suka bergurau,

182
00:12:59,612 --> 00:13:03,115
jadi saya suruh dia cakap saja
kerana saya sibuk.

183
00:13:05,409 --> 00:13:07,828
Saya tanya, "Apa khabar, Carlos? Sihat?"

184
00:13:08,496 --> 00:13:11,373
Saya tanya lagi, "Awak percaya drama?"

185
00:13:11,457 --> 00:13:14,835
Dia tanya saya, "Apa halnya?"
Dengan nada serius.

186
00:13:15,544 --> 00:13:19,006
Saya tanya dia,
"Apa halnya? Cepatlah cakap."

187
00:13:19,089 --> 00:13:21,592
"Awak percaya drama?" Dia jawab, "Tak."

188
00:13:21,675 --> 00:13:25,596
Saya kata, "Tengok ini
dan beritahu pendapat awak."

189
00:13:25,679 --> 00:13:29,600
Saya kata, "Apa dia, Jorge?
Jangan kacau saya. Cepatlah cakap."

190
00:13:29,683 --> 00:13:32,561
"Sebab selepas ini,
hidup awak akan berubah."

191
00:13:32,645 --> 00:13:36,440
Saya cakap sambil ketawa,
tapi sebenarnya saya serius.

192
00:13:36,524 --> 00:13:38,442
Sebab saya tak main-main.

193
00:13:39,109 --> 00:13:42,488
Saya buka Facebook
dan tunjuk profil William.

194
00:13:42,571 --> 00:13:45,699
Carlos tengok gambar William
sambil raba muka dia.

195
00:13:45,783 --> 00:13:49,995
Dia gelak kerana ingat saya bergurau.
Dia kata, "Muka dia macam awak."

196
00:13:50,663 --> 00:13:52,373
Saya tanya, "Apa maksud awak?

197
00:13:52,456 --> 00:13:56,210
Mungkin ayah ada anak
dengan perempuan lain yang kita tak tahu."

198
00:13:57,461 --> 00:14:01,090
Saya kata,
"Awak belum tengok satu gambar ini."

199
00:14:01,173 --> 00:14:04,468
Kami tengok gambar dia dengan seseorang,

200
00:14:04,552 --> 00:14:05,928
dengan seorang lelaki

201
00:14:07,555 --> 00:14:08,931
dan saya terkejut.

202
00:14:13,269 --> 00:14:16,313
Apabila tengok gambar itu,
dia berhenti ketawa.

203
00:14:16,939 --> 00:14:19,942
"Dari mana awak dapat gambar ini?
Siapa mereka?"

204
00:14:20,025 --> 00:14:25,114
Lelaki yang mirip kembar saya bergambar
dengan lelaki yang mirip saya.

205
00:14:25,823 --> 00:14:31,120
Waktu itu, saya dah tak rasa kelakar.
Saya terus masuk bilik.

206
00:14:31,203 --> 00:14:33,497
Kemudian, saya mula menyiasat.

207
00:14:33,581 --> 00:14:35,416
Saya teringat kenangan kami

208
00:14:36,375 --> 00:14:37,459
dan mula menangis.

209
00:14:42,339 --> 00:14:46,844
Saya pergi ke bilik Jorge,
peluk dia dan beritahu saya sayang dia,

210
00:14:47,636 --> 00:14:51,765
sedangkan saya jarang buat macam itu.

211
00:14:52,850 --> 00:14:54,560
Melainkan semasa saya mabuk.

212
00:14:55,185 --> 00:14:58,314
Itu kali pertama saya cakap
saya sayang dia dalam keadaan sedar.

213
00:15:00,441 --> 00:15:02,776
Dia suruh saya berhenti dan abaikannya.

214
00:15:02,860 --> 00:15:05,779
Dia larang saya korek
atau siasat apa-apa lagi.

215
00:15:06,572 --> 00:15:07,990
Dia nak saya lupakannya.

216
00:15:08,073 --> 00:15:14,955
Saya fikir kalau betul kami bukan kembar,
saya yakin saya yang tertukar.

217
00:15:18,667 --> 00:15:22,129
Sebab dari segi fizikal,
Jorge mirip kakak saya.

218
00:15:22,212 --> 00:15:27,593
Dia mirip ibu saya,
sedangkan saya langsung tiada iras mereka.

219
00:15:28,552 --> 00:15:31,931
Sejujurnya, saya paling takut memikirkan

220
00:15:32,014 --> 00:15:34,683
keluarga saya dari Bogotá akan buang saya.

221
00:15:35,476 --> 00:15:38,729
Saya takut mereka cakap,
"Awak bukan lagi anak kami.

222
00:15:38,812 --> 00:15:42,107
Awak bukan anak Luz Marina.
Kami bukan keluarga awak."

223
00:15:44,777 --> 00:15:47,029
Banyak soalan yang tak terluah

224
00:15:47,112 --> 00:15:50,449
dan banyak jawapan
yang lebih sukar untuk ditelan.

225
00:15:50,991 --> 00:15:52,910
Bukan senang nak terima hakikat

226
00:15:53,702 --> 00:15:56,246
yang saya dan kembar saya
bukan darah daging

227
00:15:56,330 --> 00:15:59,875
dan saya bukan anak
kepada ibu yang saya sayang.

228
00:16:04,088 --> 00:16:06,465
Saya tahu saya takkan berhenti.

229
00:16:06,548 --> 00:16:10,803
Dia tak nak saya terus siasat,
tapi saya nak tahu punca semua ini berlaku

230
00:16:10,886 --> 00:16:12,638
dan cari tahu hal sebenar.

231
00:16:24,400 --> 00:16:26,652
Kadang-kadang, saya dan Laura fikir,

232
00:16:26,735 --> 00:16:30,656
"Macam mana kalau situasi ini
berakhir dengan tragik?

233
00:16:30,739 --> 00:16:32,866
Kalau ada yang bunuh diri?"

234
00:16:32,950 --> 00:16:37,079
Kami rasa sangat bersalah
apabila memikirkan kemungkinan itu.

235
00:16:37,162 --> 00:16:41,041
"Kenapalah aku menyibuk?
Aku tak patut cakap apa-apa.

236
00:16:41,125 --> 00:16:42,668
Aku tak patut ambil tahu."

237
00:16:42,751 --> 00:16:45,713
Sebab kami tak tahu hal yang akan berlaku.

238
00:16:45,796 --> 00:16:50,300
Kami tak tahu reaksi mereka
apabila jumpa satu sama lain nanti.

239
00:16:50,384 --> 00:16:53,345
Apa perasaan keluarga dan ibu mereka?

240
00:16:56,181 --> 00:17:00,477
Saya tanya suami saya,
"Bayangkan hal ini terjadi kepada awak."

241
00:17:00,561 --> 00:17:03,439
Dia tanya,
"Berani awak cakap mereka tertukar?"

242
00:17:03,522 --> 00:17:06,400
Saya jawab,
"Ada bukti! Tengok gambar ini."

243
00:17:06,483 --> 00:17:11,030
Dia larang saya buat apa-apa
kerana takut sesuatu yang buruk berlaku.

244
00:17:11,113 --> 00:17:15,451
Hal ini akan ubah hidup mereka
dan saya tiada hak untuk buat macam itu.

245
00:17:15,534 --> 00:17:19,663
Betul juga cakap suami saya itu,
tapi saya degil dan terus menyiasat.

246
00:17:24,543 --> 00:17:29,381
Selepas tengok gambar kedua itu,
saya buat keputusan untuk hubungi Yaneth

247
00:17:29,923 --> 00:17:34,762
dan minta nombor telefon lelaki
yang mirip dengan saya.

248
00:17:42,352 --> 00:17:44,271
Saya masih ingat dengan jelas.

249
00:17:44,980 --> 00:17:48,984
Telefon berdering,
tapi saya tak tahu nak cakap apa.

250
00:17:49,068 --> 00:17:50,861
Jantung saya berdegup kencang

251
00:17:51,737 --> 00:17:54,740
kerana saya tahu muka dia mirip saya,

252
00:17:54,823 --> 00:17:58,202
tapi saya tak tahu reaksi
atau penerimaan dia.

253
00:18:00,496 --> 00:18:03,082
Saya tahu dia yang telefon,
jadi saya jawab.

254
00:18:05,375 --> 00:18:07,920
Saya tanya, "Apa khabar? Sihat?"

255
00:18:08,796 --> 00:18:14,093
Apabila dengar suara dia,
saya rasa kami bukan kembar.

256
00:18:14,760 --> 00:18:17,930
Sebab saya rasa
macam bercakap dengan orang lain.

257
00:18:18,430 --> 00:18:21,391
Suara dia lembut saja.
"Helo, apa khabar? Sihat?

258
00:18:21,475 --> 00:18:27,439
Saya William, penjual daging itu.
Mereka ada tunjuk gambar awak."

259
00:18:28,899 --> 00:18:32,861
Secara spontan, saya tanya,
"Di mana kita boleh jumpa?

260
00:18:32,945 --> 00:18:36,782
Memandangkan banyak sangat kebetulan,

261
00:18:36,865 --> 00:18:40,911
saya nak jumpa awak
dan nilai sendiri situasi kita."

262
00:18:40,994 --> 00:18:44,957
Saya kata, "Okey! Di mana?
Gereja Lourdes, boleh? Awak tahu?"

263
00:18:45,040 --> 00:18:47,042
Saya jawab, "Ya, saya tahu."

264
00:18:47,126 --> 00:18:50,337
Saya tanya, "Okey,
boleh kita jumpa pukul 9.00 malam?"

265
00:18:50,838 --> 00:18:51,672
"Boleh."

266
00:18:52,256 --> 00:18:56,468
Malam itu, dia ajak saya jumpa.

267
00:18:56,552 --> 00:19:00,472
Saya tanya, "Awak datang seorang?"
Dia jawab, "Ya, seorang saja."

268
00:19:00,556 --> 00:19:03,267
Saya beritahu dia
yang saya pun datang seorang.

269
00:19:06,937 --> 00:19:11,024
Saya telefon Carlos dan beritahu
yang saya nak jumpa William.

270
00:19:11,108 --> 00:19:13,318
Saya tanya kalau-kalau dia nak ikut.

271
00:19:13,819 --> 00:19:17,781
Saya cakap, "Sibukkah?
Jom ikut saya jumpa William malam ini."

272
00:19:17,865 --> 00:19:21,952
Dia balas, "Saya dah suruh
awak lupa akan semua ini, bukan?"

273
00:19:22,452 --> 00:19:25,581
Masalahnya,
saya dah janji nak jumpa William.

274
00:19:29,877 --> 00:19:35,716
Dia ajak saya jumpa salah seorang
daripada kembar itu,

275
00:19:36,717 --> 00:19:40,804
tapi saya tak boleh ikut
kerana sibuk menyiapkan tesis.

276
00:19:41,305 --> 00:19:44,141
Bukan tak boleh, tapi saya tak nak ikut.

277
00:19:44,224 --> 00:19:47,060
Dia cakap dia tak nak ikut
dan larang saya pergi.

278
00:19:47,144 --> 00:19:49,938
Saya pujuk dia,
"Jomlah! Tiada apa-apa pun."

279
00:19:50,022 --> 00:19:53,358
"Tak, saya tak nak pergi.
Saya sibuk. Saya banyak kerja."

280
00:19:53,942 --> 00:19:56,987
Apabila dia buat keputusan
untuk jumpa mereka,

281
00:19:57,070 --> 00:19:59,406
saya takut nak terima realiti.

282
00:19:59,489 --> 00:20:01,742
Saya tak nak hadap situasi itu.

283
00:20:02,659 --> 00:20:04,620
Saya takut akan dibuang keluarga.

284
00:20:05,579 --> 00:20:10,334
Saya tak boleh halang dia
apabila dia berkeras nak jumpa mereka,

285
00:20:10,417 --> 00:20:14,796
jadi saya cuma minta dia hati-hati
dan beritahu saya kalau ada apa-apa.

286
00:20:29,061 --> 00:20:32,648
Saya Wilber Cañas Velasco,
dilahirkan di Vélez, Santander.

287
00:20:32,731 --> 00:20:35,067
Saya membesar di La Paz dengan William.

288
00:20:35,567 --> 00:20:38,487
Dia selalu cakap kami kembar seiras.

289
00:20:43,909 --> 00:20:45,452
William kerja di Kennedy.

290
00:20:45,535 --> 00:20:49,373
Dia telefon dan minta saya datang.
Katanya ada hal penting.

291
00:20:49,456 --> 00:20:51,500
Saya datang jumpa dia di kedai.

292
00:20:51,583 --> 00:20:57,381
Kemudian, dia tunjuk gambar lelaki
yang wajahnya mirip William.

293
00:20:58,715 --> 00:21:03,804
Di sebelahnya ada seorang lagi lelaki
yang mirip dengan saya

294
00:21:03,887 --> 00:21:05,222
dan seorang perempuan.

295
00:21:05,722 --> 00:21:09,268
Saya cuma cakap,
"William, kita adik-beradik sampai mati.

296
00:21:10,018 --> 00:21:12,187
Tiada apa-apa boleh mengubahnya."

297
00:21:13,814 --> 00:21:16,066
Itu saja saya boleh cakap ketika itu.

298
00:21:17,985 --> 00:21:21,363
Sebagai kembar, selain persamaan fizikal,

299
00:21:21,446 --> 00:21:27,536
cara pemikiran
dan cita rasa kami pun patut sama,

300
00:21:27,619 --> 00:21:30,664
tapi saya tak pernah rasa
macam itu dengan Wilber.

301
00:21:31,999 --> 00:21:33,417
Kami selalu bergaduh.

302
00:21:33,500 --> 00:21:37,296
Ibu dan ayah selalu pakaikan kami
baju yang sama,

303
00:21:37,796 --> 00:21:41,466
tapi kami langsung tak sama.
Kami tak faham satu sama lain.

304
00:21:42,301 --> 00:21:44,928
Kalau kami bergaduh,
saya cakap dalam hati,

305
00:21:45,637 --> 00:21:48,765
"Aku nak kembar yang seiras dengan aku."

306
00:21:49,433 --> 00:21:53,353
Dulu, saya fikir,
"Kembar aku mestilah sama macam aku."

307
00:21:56,440 --> 00:22:00,068
Cita rasa saya dan Jorge berbeza.
Kami tak suka berkongsi.

308
00:22:02,863 --> 00:22:05,407
Dia suka bola keranjang,
saya suka bola sepak.

309
00:22:05,490 --> 00:22:09,077
Dia suka lagu hip-hop dan rap,
saya suka lagu rock.

310
00:22:09,161 --> 00:22:13,540
Sedikit demi sedikit,
kami mula bawa haluan masing-masing.

311
00:22:17,794 --> 00:22:21,631
Saya telefon dan beritahu Wilber

312
00:22:21,715 --> 00:22:24,343
saya nak jumpa lelaki
yang mirip dengan saya.

313
00:22:25,010 --> 00:22:28,889
Wilber jawab, "William,
awak kembar saya sampai bila-bila,

314
00:22:28,972 --> 00:22:31,099
tapi saya tak nak ikut awak."

315
00:22:31,183 --> 00:22:34,478
Saya cakap,
"Saya akan pergi walaupun awak tak ikut."

316
00:22:35,979 --> 00:22:40,734
Apabila dia nampak saya nak pergi,
dia tiba-tiba ubah fikiran dan ikut saya.

317
00:22:41,526 --> 00:22:44,404
Saya risau dia pergi seorang diri.

318
00:22:44,488 --> 00:22:46,239
Saya takut itu perangkap.

319
00:22:46,865 --> 00:22:51,119
Mungkin perangkap untuk merompak.
Saya sangat berhati-hati pasal itu.

320
00:22:51,828 --> 00:22:55,707
Kami naik teksi menuju ke Dataran Lourdes.

321
00:22:56,541 --> 00:23:00,212
Sepanjang perjalanan,
itulah saja topik yang kami bualkan.

322
00:23:00,837 --> 00:23:03,882
"Macam manalah agaknya nanti?"

323
00:23:10,597 --> 00:23:15,352
Perjalanan ke Gereja Lourdes
terasa sangat jauh.

324
00:23:15,435 --> 00:23:21,316
Perjalanan terasa jauh
kerana saya banyak termenung dan risau.

325
00:23:21,400 --> 00:23:25,987
William pula tak henti-henti bercakap.
Dia tak tahu diam.

326
00:23:26,071 --> 00:23:29,991
Saya fikir,
"Macam mana kita nak kenal dia?"

327
00:23:36,832 --> 00:23:39,000
Semasa berjalan kaki ke Lourdes,

328
00:23:39,501 --> 00:23:42,963
saya terserempak
dengan kawan baik saya semasa di kolej.

329
00:23:43,755 --> 00:23:45,757
Saya tegur dia.

330
00:23:48,218 --> 00:23:53,723
Saya ajak dia teman saya
dan cerita semuanya dalam perjalanan.

331
00:23:55,142 --> 00:24:00,522
Saya cerita segala-galanya
sepanjang tiga blok kami berjalan.

332
00:24:00,605 --> 00:24:02,023
Dia setuju ikut saya.

333
00:24:09,614 --> 00:24:11,992
Kami tiba di Dataran Lourdes.

334
00:24:12,075 --> 00:24:16,371
Kami berdiri, berbual
dan saya takkan lupa kata-kata dia.

335
00:24:16,455 --> 00:24:20,000
Dia cakap, "Oh, itu dia! Saya nampak dia."

336
00:24:22,711 --> 00:24:26,214
"Awak datang!"
Kami berdua ketawa terbahak-bahak.

337
00:24:26,298 --> 00:24:30,635
Saya asyik tanya kawan saya,
"Betulkah muka saya sama macam dia?"

338
00:24:30,719 --> 00:24:32,429
Dia kata, "Ya, sama."

339
00:24:32,512 --> 00:24:34,931
"Gaya berjalan pun sama?" "Ya, sama."

340
00:24:38,977 --> 00:24:41,646
Saya nampak William datang
dengan kembar dia.

341
00:24:41,730 --> 00:24:44,024
William tak datang seorang diri.

342
00:24:44,107 --> 00:24:48,445
Dia datang dengan Yaneth,
dan Brayan, sepupu dia.

343
00:24:48,528 --> 00:24:52,115
Entah kenapa,
saya rasa terkejut apabila jumpa dia.

344
00:24:53,617 --> 00:24:57,746
Saya cakap,
"Awak datang dengan kembar awak."

345
00:24:57,829 --> 00:24:59,206
Kembar dia, Wilber.

346
00:24:59,956 --> 00:25:03,376
Dia kata, "Awak pun ajak kawan."
Kemudian, kami ketawa.

347
00:25:06,213 --> 00:25:07,214
Tengok itu.

348
00:25:07,923 --> 00:25:10,717
- Kulit William lebih cerah.
- Ya, lebih cerah.

349
00:25:10,800 --> 00:25:12,344
- Sebab sejuk.
- Cuaca.

350
00:25:15,180 --> 00:25:17,516
- Oh, Tuhan! Gilalah.
- Memang gila.

351
00:25:17,599 --> 00:25:18,433
Menakjubkan.

352
00:25:19,309 --> 00:25:21,728
- Apa?
- Dia nampak macam William apabila…

353
00:25:21,811 --> 00:25:23,772
- Waktu dia…
- Rambut…

354
00:25:23,855 --> 00:25:25,273
Dia baru potong rambut.

355
00:25:25,357 --> 00:25:27,025
- Kalau tidak…
- Panjang.

356
00:25:27,108 --> 00:25:30,820
- Yakah?
- Rasanya kalau tak potong, mesti…

357
00:25:30,904 --> 00:25:32,447
Dengan janggut.

358
00:25:34,783 --> 00:25:41,289
Apabila berdepan dengan orang
yang mirip dengan saya, saya tergamam.

359
00:25:41,373 --> 00:25:46,920
Saya tegur dia,
tapi kami tak banyak berbual.

360
00:25:47,837 --> 00:25:50,757
Lebih banyak pertukaran emosi.

361
00:25:51,258 --> 00:25:54,386
Setiap kali pandang Jorge, saya ketawa.

362
00:25:54,469 --> 00:26:00,308
Saya ketawa terbahak-bahak
kerana fizikal dia sama macam William.

363
00:26:00,892 --> 00:26:04,938
Ketawa terbahak-bahak macam Carlos.
Saya takkan lupa.

364
00:26:05,021 --> 00:26:07,983
Tak, saya tengok awak macam kembar saya.

365
00:26:08,858 --> 00:26:11,111
- Cara ketawa sama!
- Dia tak pakai cermin mata.

366
00:26:11,194 --> 00:26:16,950
Saya nampak persamaan dia dengan Carlos
dan itulah yang paling mengejutkan saya.

367
00:26:17,033 --> 00:26:21,121
Sebab kita tak boleh cermin
diri kita 24 jam sehari

368
00:26:21,204 --> 00:26:25,208
untuk tahu cara kita bercakap,
berjalan atau gerakkan tangan.

369
00:26:25,292 --> 00:26:26,418
Macam tak percaya.

370
00:26:28,503 --> 00:26:32,048
Saya dah perhatikan Carlos
selama 25 tahun.

371
00:26:32,132 --> 00:26:35,594
Saya cukup kenal dan masak
dengan setiap gerak-geri Carlos.

372
00:26:35,677 --> 00:26:39,556
Bayangkan apa jadi
kalau kita terserempak di tepi jalan?

373
00:26:39,639 --> 00:26:42,475
Sebenarnya,
itu yang buat saya lebih takut.

374
00:26:43,435 --> 00:26:48,064
Saya lebih teruja jumpa Carlos
berbanding jumpa William malam itu.

375
00:26:48,148 --> 00:26:49,149
Oh, Tuhan.

376
00:26:50,942 --> 00:26:52,819
Saya asyik pandang dia.

377
00:26:53,612 --> 00:26:58,199
Akhirnya, kami jumpa jawapan
yang merungkai semua persoalan.

378
00:26:58,783 --> 00:27:00,910
Sebab William ada cakap,

379
00:27:00,994 --> 00:27:04,831
"Selepas lahir,
mereka hantar saya ke Bogotá."

380
00:27:04,914 --> 00:27:07,626
Awak tak dihantar ke sini,
mereka ambil awak.

381
00:27:11,296 --> 00:27:13,965
- Awak darah apa?
- Mesti sama.

382
00:27:14,049 --> 00:27:15,467
Kami ketawa.

383
00:27:15,550 --> 00:27:18,428
Saya dan William ambil gambar berdua.

384
00:27:18,511 --> 00:27:23,391
Kemudian, Wilber cakap,
"Saya pun nak jumpa kembar saya."

385
00:27:23,475 --> 00:27:28,271
Mereka tanya, "Di mana Carlos?"
Saya jawab, "Dia ada kerja di rumah."

386
00:27:28,355 --> 00:27:30,523
Saya tak cakap Carlos tak sihat.

387
00:27:37,614 --> 00:27:40,575
Hati saya meronta-ronta nak jumpa Carlos.

388
00:27:41,451 --> 00:27:42,410
"Boleh?"

389
00:27:47,332 --> 00:27:49,542
Jorge telefon Carlos, "Kami datang."

390
00:27:50,460 --> 00:27:53,963
Saya tanya, "Kenapa?
Awak cakap takkan bawa mereka ke rumah.

391
00:27:54,047 --> 00:27:57,050
Saya tak nak jumpa mereka
dan tak nak tahu apa-apa."

392
00:27:59,427 --> 00:28:00,970
Kemudian, loceng berbunyi.

393
00:28:02,222 --> 00:28:05,100
Saya kata, "Alamak! Mereka dah sampai."

394
00:28:06,309 --> 00:28:11,147
Jorge ketuk pintu,
tapi Carlos tak nak buka.

395
00:28:11,231 --> 00:28:12,315
Duduk di situ.

396
00:28:12,816 --> 00:28:16,194
Dia ketawa dan cakap dari dalam,
"Saya tak nak buka."

397
00:28:16,277 --> 00:28:19,656
Siapa nak buka? Cepatlah buka pintu ini!

398
00:28:20,949 --> 00:28:23,535
Saya tak nak buka pintu
dan terima hakikat.

399
00:28:25,286 --> 00:28:27,914
Dia asyik ketawa! Oh, Tuhan!

400
00:28:42,470 --> 00:28:43,763
Biar betul!

401
00:28:44,764 --> 00:28:48,226
Apabila saya jumpa Carlos,
apabila nampak dia,

402
00:28:48,309 --> 00:28:51,646
saya nampak kembar Wilber.

403
00:28:51,730 --> 00:28:58,486
Cara dia ketawa dan tepuk dahi
kerana terkejut dengan semua ini.

404
00:28:59,946 --> 00:29:03,575
Saya nak pakai baju hud kelabu tadi!
Nasib baik tak pakai.

405
00:29:03,658 --> 00:29:05,618
Saya terkejut.

406
00:29:05,702 --> 00:29:08,538
Muka kami saling tak tumpah.
Macam tengok cermin.

407
00:29:08,621 --> 00:29:14,878
Kami ketawa dan bergurau,
tapi sebenarnya gemuruh dan tak selesa.

408
00:29:15,712 --> 00:29:17,839
Pada masa yang sama, saya gembira

409
00:29:17,922 --> 00:29:19,549
kerana jumpa seseorang

410
00:29:20,049 --> 00:29:24,429
yang fizikalnya sama macam saya.
Pelik, bukan?

411
00:29:24,512 --> 00:29:29,142
Lebih-lebih lagi
umur kami dah 25 tahun pada masa itu.

412
00:29:33,646 --> 00:29:37,942
Saya rasa tertipu kerana tak membesar
dengan kembar saya.

413
00:29:38,443 --> 00:29:40,528
Selama ini,
saya ingat William kembar saya.

414
00:29:41,237 --> 00:29:42,947
Tiba-tiba selepas 25 tahun,

415
00:29:43,031 --> 00:29:47,243
saya jumpa kembar saya
yang saya tak pernah kenal.

416
00:29:50,330 --> 00:29:52,040
Saya sedih.

417
00:29:52,916 --> 00:29:55,835
Alangkah seronoknya
kalau kami membesar bersama.

418
00:29:55,919 --> 00:29:58,838
Membesar
dengan kembar saya sendiri, Carlos.

419
00:29:58,922 --> 00:30:02,300
Sebaliknya, saya membesar dengan William.

420
00:30:02,383 --> 00:30:05,470
Walaupun William bukan darah daging saya,

421
00:30:05,553 --> 00:30:09,265
kami membesar bersama
dan saya sayang dia macam kembar saya.

422
00:30:20,568 --> 00:30:22,111
Mereka dah sampai.

423
00:30:22,195 --> 00:30:24,280
- Apa khabar?
- Senyum, Wilber.

424
00:30:24,364 --> 00:30:26,074
- Semula jadi.
- Nak buat apa?

425
00:30:26,157 --> 00:30:28,576
- Awak datang.
- Pinjam dia sekejap.

426
00:30:28,660 --> 00:30:30,036
- Okey.
- Okey.

427
00:30:30,119 --> 00:30:31,329
Mereka dah tiba.

428
00:30:32,789 --> 00:30:33,832
Kacak.

429
00:30:33,915 --> 00:30:36,751
Selepas episod jejak kasih itu,
kami berbincang

430
00:30:36,835 --> 00:30:41,548
dan sepakat untuk kongsi kisah kami
kepada masyarakat di luar sana.

431
00:30:41,631 --> 00:30:45,844
Kami cari satu rangkaian TV

432
00:30:46,553 --> 00:30:49,347
kerana saya tahu mereka tentu berminat.

433
00:30:49,430 --> 00:30:53,476
Kami berjaya rakam kisah kami
dengan Caracol dalam Séptimo Día.

434
00:30:53,560 --> 00:30:58,398
Itu kali pertama kisah kami
diceritakan di kaca TV.

435
00:31:00,358 --> 00:31:04,028
Tak syak lagi, ini antara kisah
yang paling tak dapat dilupakan

436
00:31:04,112 --> 00:31:05,947
dalam rancangan Séptimo Día.

437
00:31:06,030 --> 00:31:09,701
Entah bagaimana,
di NICU Hospital Materno Infantil,

438
00:31:09,784 --> 00:31:12,078
dua pasang kembar, secara tak sengaja…

439
00:31:12,161 --> 00:31:14,998
Nama saya Juan Guillermo Mercado.
Saya wartawan.

440
00:31:15,081 --> 00:31:18,626
Saya wartawan yang sentiasa
mencari kisah-kisah luar biasa,

441
00:31:18,710 --> 00:31:21,212
babad, kisah kemanusiaan dan penyiasatan.

442
00:31:21,296 --> 00:31:24,757
Saya selalu kupas
kisah-kisah pertemuan semula.

443
00:31:27,969 --> 00:31:30,305
Saya masih ingat dengan jelas.

444
00:31:30,388 --> 00:31:32,765
Penerbit dan pengarah rancangan cakap,

445
00:31:32,849 --> 00:31:38,396
"Juan, ada dua pasang kembar
yang tertukar selepas lahir

446
00:31:38,479 --> 00:31:41,190
dan bertemu semula selepas 25 tahun."

447
00:31:41,274 --> 00:31:45,653
Saya kata,
"Ia berlaku dalam dunia realiti,

448
00:31:45,737 --> 00:31:50,617
tapi kita boleh cakap
yang realiti itu melangkaui fiksyen."

449
00:31:51,326 --> 00:31:55,496
Dua pasang kembar seiras berkongsi kisah
yang cukup luar biasa.

450
00:31:55,580 --> 00:32:00,209
Seorang daripada setiap pasang kembar
dibesarkan oleh keluarga yang salah.

451
00:32:00,293 --> 00:32:02,253
Mereka di hospital yang sama,

452
00:32:02,337 --> 00:32:05,465
tertukar dan membesar
dengan keluarga yang salah.

453
00:32:05,548 --> 00:32:07,383
Di situlah kisahnya bermula.

454
00:32:08,051 --> 00:32:10,261
- Selamat datang!
- Terima kasih.

455
00:32:10,803 --> 00:32:13,222
- Hai, Gigi.
- Helo! Terima kasih.

456
00:32:13,306 --> 00:32:14,849
- Awak Jorge?
- Carlos.

457
00:32:14,933 --> 00:32:16,684
Carlos! Awal-awal dah salah.

458
00:32:16,768 --> 00:32:21,856
Saya nampak gambar dia dengan kembar dia
yang mirip dengan kembar saya.

459
00:32:25,902 --> 00:32:28,112
Macam penonton, saya mula ketawa

460
00:32:28,696 --> 00:32:32,325
apabila nampak gambar Wilber, kembar saya.

461
00:32:32,408 --> 00:32:35,620
Dia terus berhenti ketawa
apabila tengok gambar itu.

462
00:32:36,537 --> 00:32:37,372
Dah tak kelakar!

463
00:32:37,455 --> 00:32:38,831
"KECUAIAN MEMISAHKAN KAMI"

464
00:32:38,915 --> 00:32:40,375
Kamu dah biasa.

465
00:32:40,458 --> 00:32:45,046
Yang bercermin mata membesar bersama
sebagai kembar, tapi kamu bukan kembar.

466
00:32:45,922 --> 00:32:48,800
Di sini,
orang gelar kami kembar fraterniti.

467
00:32:48,883 --> 00:32:51,469
Oh, Tuhan. Inilah takdir namanya.

468
00:32:53,054 --> 00:32:55,473
DISEMBER
1988

469
00:32:56,057 --> 00:32:57,767
HOSPITAL MATERNO INFANTIL

470
00:32:57,850 --> 00:33:02,271
Kita tahu sepasang kembar dilahirkan
di Hospital Materno Infantil, Bogotá,

471
00:33:02,355 --> 00:33:06,359
dan sepasang lagi dilahirkan
di Hospital Daerah Vélez, Santander.

472
00:33:06,442 --> 00:33:09,696
Kami cari rekod pendaftaran sivil
dan perubatan mereka.

473
00:33:09,779 --> 00:33:13,241
Kami jumpa rekod Luz Marina Castro,
ibu kembar Bogotá.

474
00:33:13,825 --> 00:33:18,287
Susah nak dapat
kerana hospital itu dah ditutup.

475
00:33:18,371 --> 00:33:21,457
Hospital itu ditutup
dan bangunannya terbiar usang.

476
00:33:22,333 --> 00:33:26,796
Menurut rekod perubatan,
mereka dilahirkan pramatang.

477
00:33:26,879 --> 00:33:29,799
Mereka dilahirkan
pada usia kandungan tujuh bulan.

478
00:33:29,882 --> 00:33:34,012
Kami sahkan dengan ibu
pasangan kembar satu lagi, Ana Delina,

479
00:33:34,095 --> 00:33:38,349
yang bersalin di Hospital Vélez
pada 22 Disember pukul 10.00 malam.

480
00:33:49,152 --> 00:33:52,363
Boleh dikatakan pada tahun 1988,

481
00:33:52,447 --> 00:33:56,743
jarak antara tempat
kedua-dua pasangan kembar ini dilahirkan,

482
00:33:56,826 --> 00:33:58,369
Santander dan Bogotá,

483
00:33:58,453 --> 00:34:02,373
ambil masa perjalanan
antara 12 hingga 14 jam melalui darat.

484
00:34:02,457 --> 00:34:06,044
HOSPITAL DAERAH VÉLEZ

485
00:34:06,127 --> 00:34:09,005
Salah seorang kembar Santander sakit.

486
00:34:16,095 --> 00:34:20,308
Pukul 8.00 pagi Sabtu,
doktor beritahu saya,

487
00:34:20,391 --> 00:34:22,602
"Salah seorang anak puan sakit."

488
00:34:22,685 --> 00:34:24,771
"Kenapa dengan anak saya?"

489
00:34:24,854 --> 00:34:28,816
Doktor jawab, "Dia asyik menangis
dan tak buang air besar.

490
00:34:28,900 --> 00:34:30,860
Dia mesti dihantar ke Bogotá."

491
00:34:34,238 --> 00:34:36,908
Doktor tanya,
"Ada sesiapa boleh bawa dia?"

492
00:34:37,992 --> 00:34:40,953
Ibu saya datang
dan bawa anak saya ke Bogotá.

493
00:34:53,883 --> 00:34:57,887
Kembar yang sakit itu dibawa
oleh neneknya ke Bogotá,

494
00:34:57,970 --> 00:35:02,850
tapi sepanjang di hospital,
bayi itu dijaga oleh mak ciknya.

495
00:35:09,440 --> 00:35:13,778
Pada hari Ahad,
adik saya yang tinggal di Bogotá

496
00:35:15,029 --> 00:35:16,280
pergi melawat dia.

497
00:35:18,991 --> 00:35:23,621
Hospital serah bayi itu kepada adik saya
dan mereka balik ke sini bertiga.

498
00:35:29,418 --> 00:35:32,171
Si mak cik serah bayi itu kepada si nenek

499
00:35:32,255 --> 00:35:36,342
dan si nenek bawa bayi itu balik
ke Santander dari hospital di Bogotá.

500
00:35:40,179 --> 00:35:41,973
Hospital tertukar bayi

501
00:35:42,056 --> 00:35:46,477
dan dia tak perasan
kerana semua bayi baru lahir nampak sama.

502
00:35:47,019 --> 00:35:50,022
Si mak cik ambil bayi itu,
bawa balik ke Santander,

503
00:35:50,106 --> 00:35:54,735
serah kepada si ibu
dan si ibu pun tak perasan.

504
00:35:57,697 --> 00:36:00,992
Bayi yang lahir di Bogotá

505
00:36:01,075 --> 00:36:07,165
dibawa ke Santander dan dibaptiskan
di sana sebagai William Cañas Velasco.

506
00:36:07,665 --> 00:36:11,460
Sebaliknya, bayi yang lahir di Santander

507
00:36:11,544 --> 00:36:16,841
dibawa ke Bogotá dan membesar di sini
bersama keluarga Bernal

508
00:36:16,924 --> 00:36:20,261
dan dibaptiskan di sini
sebagai Carlos Alberto Bernal.

509
00:36:27,351 --> 00:36:32,231
Bukan mudah nak terima hakikat
yang selama ini hidup kita satu penipuan.

510
00:36:32,899 --> 00:36:35,943
Saya rasa saya rampas hidup orang lain

511
00:36:36,027 --> 00:36:39,780
dan orang lain pula rampas hidup saya.

512
00:36:44,660 --> 00:36:51,584
Apa kesan psikologi ke atas kembar
yang hidupnya telah ditukar?

513
00:36:51,667 --> 00:36:53,002
Adik-beradik mereka?

514
00:36:53,085 --> 00:36:56,255
Siapa yang bertanggungjawab
atas semua yang berlaku?

515
00:36:59,926 --> 00:37:03,095
Kami buat analisis awal
tentang situasi ini

516
00:37:03,179 --> 00:37:08,017
dan dapati memang ada beberapa soalan
yang masih tergantung.

517
00:37:09,560 --> 00:37:15,149
Ia bukan lagi melibatkan isu psikologi
atau emosi semata-mata,

518
00:37:15,733 --> 00:37:17,151
tapi juga perundangan.

519
00:37:23,574 --> 00:37:29,789
Anak-anak cerminan ibu bapa,
mewarisi pembawaan dan legasi keluarga,

520
00:37:30,831 --> 00:37:34,919
jadi dalam kes ini,
semua hak itu dinafikan ke atas mereka

521
00:37:35,002 --> 00:37:40,800
dan mereka terpaksa mewarisi legasi
yang bukan milik mereka.

522
00:37:46,097 --> 00:37:50,643
Kedua-dua pasang kembar ini
dilahirkan di fasiliti kesihatan

523
00:37:50,726 --> 00:37:55,064
dan mereka patut terima
penjagaan yang selayaknya,

524
00:37:55,147 --> 00:37:58,651
tapi mereka tak diberikan
penjagaan sepatutnya.

525
00:37:58,734 --> 00:38:01,404
REPUBLIK COLOMBIA
CABANG KEHAKIMAN KUASA AWAM

526
00:38:04,532 --> 00:38:08,077
Soalan paling penting
yang kita tanya kepada diri sendiri

527
00:38:08,160 --> 00:38:11,956
adalah sama ada kita boleh tahu
hal yang berlaku di hospital.

528
00:38:12,456 --> 00:38:15,751
Macam mana bayi-bayi ini boleh tertukar?

529
00:38:18,087 --> 00:38:19,338
WAD
BILIK 238 - 222

530
00:38:19,422 --> 00:38:24,844
Memandangkan ia hospital pakar,
ramai bayi dilahirkan di sana.

531
00:38:24,927 --> 00:38:27,138
Jururawat sentiasa sibuk.

532
00:38:27,221 --> 00:38:30,182
Pesakit datang
dari serata pelosok Colombia.

533
00:38:30,266 --> 00:38:35,813
Kadangkala, kami terpaksa letak dua bayi
di dalam satu katil bayi atau inkubator.

534
00:38:36,439 --> 00:38:41,610
Lagipun, setiap kembar yang dilahirkan
akan ditanda "Kembar 1" atau "Kembar 2".

535
00:38:41,694 --> 00:38:45,823
Bayi dari Bogotá
yang dapatkan rawatan pediatrik di sini

536
00:38:46,324 --> 00:38:48,868
ialah Kembar 2, menurut rekod perubatan.

537
00:38:50,786 --> 00:38:52,413
Boleh jadi

538
00:38:53,331 --> 00:38:55,708
gelang salah seorang bayi itu tertanggal

539
00:38:56,292 --> 00:38:57,710
dan tak dilaporkan.

540
00:39:01,672 --> 00:39:03,424
Saya betul-betul tak tahu

541
00:39:04,383 --> 00:39:07,636
hal sebenar yang berlaku
di sebalik pertukaran mereka.

542
00:39:08,346 --> 00:39:13,684
Sebahagian laporan mengatakan
yang pertukaran itu tak disengajakan.

543
00:39:13,768 --> 00:39:18,397
Yang pasti,
wujudnya faktor luaran atau kecuaian.

544
00:39:21,108 --> 00:39:24,945
Saya difahamkan
yang salah seorang kembar itu sakit

545
00:39:25,029 --> 00:39:26,405
dan memerlukan oksigen,

546
00:39:26,906 --> 00:39:32,244
jadi bayi itu dipindahkan ke pediatrik.
Kembarnya tinggal dengan ibunya.

547
00:39:32,328 --> 00:39:34,872
Mungkin gelangnya tertanggal,

548
00:39:34,955 --> 00:39:39,877
tapi jururawat, doktor
atau sesiapa yang ada di situ patut kata,

549
00:39:39,960 --> 00:39:44,882
"Gelang bayi ini tertanggal,
dan ada dua bayi, jadi siapa punya?"

550
00:39:45,466 --> 00:39:48,552
Tiada kemungkinan lain.

551
00:39:48,636 --> 00:39:53,891
Saya tak rasa yang bayi-bayi itu
ditukarkan secara sengaja.

552
00:39:53,974 --> 00:39:54,850
Mustahil.

553
00:39:56,435 --> 00:40:01,690
Berapa ramai bayi yang dilahirkan di situ
sepanjang ia beroperasi?

554
00:40:02,274 --> 00:40:04,235
Berapa kali insiden seperti ini berlaku?

555
00:40:05,194 --> 00:40:08,948
Berapa ramai yang alami nasib sama,
tapi tak tahu hal sebenar?

556
00:40:13,702 --> 00:40:15,955
Secara rasminya, kami nak tegaskan

557
00:40:16,038 --> 00:40:20,626
tiada sesiapa antara kami
yang terlibat dalam pertukaran mereka.

558
00:40:20,709 --> 00:40:24,046
Apa pun,
kami simpati atas hal yang berlaku

559
00:40:24,839 --> 00:40:28,509
dan tak boleh dinafikan
yang ia berlaku di Materno Infantil.

560
00:40:30,594 --> 00:40:36,225
Antara masalah perundangan dalam kes ini
ialah tiada sesiapa nak bertanggungjawab.

561
00:40:36,308 --> 00:40:39,854
Entiti yang mempertahankan saman itu,

562
00:40:39,937 --> 00:40:42,606
pokoknya, mereka semua jawab,

563
00:40:42,690 --> 00:40:45,734
"Saya tiada kaitan dalam hal ini."

564
00:41:00,291 --> 00:41:03,502
Waktu itu Krismas. Musim keraian.

565
00:41:03,586 --> 00:41:05,087
Tak ramai pesakit.

566
00:41:05,171 --> 00:41:09,592
Jururawat kurang kompeten
kerana sibuk sambut Krismas.

567
00:41:24,815 --> 00:41:28,194
Hasil siasatan Juan Guillermo,

568
00:41:28,277 --> 00:41:31,405
saya dapat tahu
yang saya tak dilahirkan di Santander,

569
00:41:31,489 --> 00:41:32,990
tapi di Bogotá.

570
00:41:33,616 --> 00:41:40,164
Di situlah kami tertukar.
Saya dibawa dari Bogotá ke Santander.

571
00:41:41,457 --> 00:41:47,004
Di sanalah saya membesar,
sedangkan saya tak patut membesar di sana.

572
00:41:47,880 --> 00:41:50,716
Dia memang lain.
Saya saja yang tak nak mengaku.

573
00:41:51,717 --> 00:41:53,511
Muka dia tak sama macam kami,

574
00:41:54,470 --> 00:42:00,684
tapi saya tetap jaga dia
sehinggalah dia dewasa.

575
00:42:01,560 --> 00:42:03,145
Sehingga tahu hal sebenar.

576
00:42:03,229 --> 00:42:06,815
Saya masih jaga dia sehingga ke hari ini.

577
00:42:10,903 --> 00:42:13,989
Kemudian, saya tanya
tentang ibu bapa kandung saya.

578
00:42:15,157 --> 00:42:19,286
Jorge beritahu saya, "Ibu…

579
00:42:19,370 --> 00:42:22,498
Ibu dah meninggal dunia empat
atau lima tahun lepas.

580
00:42:22,581 --> 00:42:27,545
Ayah tak tinggal dengan kami,
tapi ayah pun dah meninggal dunia."

581
00:42:29,421 --> 00:42:35,386
Saya rasa sangat terkilan
kerana tak sempat jumpa ibu kandung saya.

582
00:42:35,469 --> 00:42:40,766
Saya nak dia peluk dan cium saya

583
00:42:41,725 --> 00:42:44,019
kerana dia ibu kandung saya.

584
00:42:46,480 --> 00:42:48,691
Hal paling sukar untuk saya terima

585
00:42:48,774 --> 00:42:52,987
adalah apabila dapat tahu ibu saya
bukanlah ibu kandung saya.

586
00:42:54,113 --> 00:42:57,658
Ibu yang mendidik dan membesarkan saya

587
00:42:58,284 --> 00:43:00,286
tiada pertalian darah dengan saya.

588
00:43:03,914 --> 00:43:08,002
Emosi dan kewarasan saya
betul-betul tercabar.

589
00:43:08,085 --> 00:43:11,255
Bukan senang nak terima hakikat

590
00:43:11,338 --> 00:43:13,632
yang segala-galanya tentang diri saya

591
00:43:13,716 --> 00:43:16,260
bukan milik saya.

592
00:43:16,343 --> 00:43:18,387
Saya rampas hidup orang lain.

593
00:43:18,470 --> 00:43:22,891
Saya rampas kebahagiaan orang lain.

594
00:43:33,986 --> 00:43:37,656
Saya lebih banyak mengasingkan diri

595
00:43:37,740 --> 00:43:42,953
dan hanyut dalam dunia yang cuma ada saya.

596
00:43:43,037 --> 00:43:48,667
Saya cuba cari jawapan
kepada semua persoalan dan teka-teki.

597
00:43:48,751 --> 00:43:51,587
"Apa akan berlaku
kalau aku membesar di situ?"

598
00:43:51,670 --> 00:43:54,632
"Apa akan berlaku kalau ibu jumpa mereka?"

599
00:43:55,215 --> 00:43:59,470
"Apa reaksi ibu terhadap aku?
Adakah ibu akan terima William?"

600
00:44:03,057 --> 00:44:05,267
Dari segi psikologi,

601
00:44:05,351 --> 00:44:08,604
William dan Carlos sangat terjejas
dengan situasi ini.

602
00:44:08,687 --> 00:44:12,691
Carlos yang membesar di Bogotá,
tapi lahir di Santander,

603
00:44:13,359 --> 00:44:17,154
enggan mengakui
asal usulnya dari pedalaman.

604
00:44:21,909 --> 00:44:25,287
Mereka membesar di kawasan pedalaman
yang menurut sejarah,

605
00:44:25,371 --> 00:44:28,666
terkenal dengan pergolakan
kumpulan bersenjata.

606
00:44:29,541 --> 00:44:34,338
Gerila dan militia yang semuanya dibiayai
oleh sindiket pengedaran dadah.

607
00:44:34,838 --> 00:44:37,466
Kehidupan di Santander sangat mencabar

608
00:44:37,549 --> 00:44:41,845
kerana tiada sesiapa faham
perang emosi yang melanda diri saya.

609
00:44:41,929 --> 00:44:44,932
Saya terpaksa senyum
pada orang yang saya tak kenal

610
00:44:45,015 --> 00:44:48,977
atau peluk orang yang tak pernah
curah kasih sayang kepada saya.

611
00:44:49,561 --> 00:44:53,691
Dia tak nak balik ke La Paz.
Dia tak nak jumpa ibu kandungnya.

612
00:44:54,191 --> 00:44:58,153
Dia tak nak akui ibu kandungnya sendiri.

613
00:45:01,031 --> 00:45:03,117
- Anita.
- Selamat datang, nak.

614
00:45:03,200 --> 00:45:05,035
- Sihat?
- Saya dah datang.

615
00:45:05,119 --> 00:45:10,165
Kali pertama Carlos pergi ke Santander,
dia rasa ia terlalu terpencil.

616
00:45:11,208 --> 00:45:12,876
Dia tak selesa di sana.

617
00:45:12,960 --> 00:45:18,424
Mungkin dia tak percaya adik-beradik
dan ibu bapa saya.

618
00:45:19,049 --> 00:45:22,636
Isu ini sangat sensitif
kerana selama 25 tahun,

619
00:45:22,720 --> 00:45:27,141
dia percaya yang keluarga,
ibu dan ayah kandung dia ada di Bogotá.

620
00:45:27,641 --> 00:45:30,519
Apabila dia dapat tahu kebenarannya,

621
00:45:30,602 --> 00:45:33,814
dia tak boleh terima.

622
00:45:33,897 --> 00:45:38,277
CARMELO DAN ANA DELINA
IBU BAPA KEMBAR SANTANDER

623
00:45:38,360 --> 00:45:40,612
Dia tak panggil saya "ibu". Saya faham.

624
00:45:40,696 --> 00:45:45,117
Dia dibesarkan oleh orang lain.
Macam mana dia nak panggil saya "ibu"?

625
00:45:46,285 --> 00:45:47,286
William pun sama.

626
00:45:47,369 --> 00:45:50,873
Kalau ibu kandung dia masih hidup,
dia takkan panggil "ibu".

627
00:45:51,457 --> 00:45:52,833
Saya faham.

628
00:46:01,341 --> 00:46:05,471
Ada benda yang dia boleh terima.
Contohnya, ibu saya ialah ibu dia,

629
00:46:05,554 --> 00:46:08,974
tapi susah sebab dia dibesarkan
oleh ibunya di Bogotá.

630
00:46:09,057 --> 00:46:12,936
Selepas Puan Luz Marina meninggal dunia,
dia banyak memendam rasa.

631
00:46:13,437 --> 00:46:15,981
Dia rindu ibunya.

632
00:46:20,360 --> 00:46:22,070
Kami faham perasaan dia.

633
00:46:22,154 --> 00:46:25,574
Ibu bapa membesarkan kita,
bukan melahirkan semata-mata,

634
00:46:25,657 --> 00:46:31,371
jadi sukar untuk dia terima perempuan lain
meskipun perempuan itu ibu kandung dia.

635
00:46:31,455 --> 00:46:35,334
Dia tak boleh terima hakikat itu.

636
00:46:44,468 --> 00:46:46,345
William betul-betul terkesan.

637
00:46:47,012 --> 00:46:54,019
Jiwa dia berkecamuk
kerana tak kenal ibu kandungnya sendiri.

638
00:46:54,520 --> 00:46:55,979
Dia sangat terkesan.

639
00:46:56,063 --> 00:47:00,692
Dia kata, "Carlos dapat jumpa
ibu bapa kandung dia

640
00:47:00,776 --> 00:47:03,195
dan kenal mereka, ibu bapa angkat saya,

641
00:47:03,278 --> 00:47:05,405
tapi saya sebaliknya."

642
00:47:08,826 --> 00:47:10,035
Kenapa ini, William?

643
00:47:11,662 --> 00:47:13,997
Tiada apa-apa.

644
00:47:14,081 --> 00:47:16,708
Saya paling terkesan
dalam situasi ini, tapi…

645
00:47:16,792 --> 00:47:19,336
Jangan cakap macam itu.

646
00:47:19,837 --> 00:47:24,091
Saya menangis kerana tak dapat
jumpa ibu bapa kandung saya.

647
00:47:24,174 --> 00:47:25,759
Dah terlambat, tapi…

648
00:47:28,262 --> 00:47:30,764
Apa pun, semua ini takdir Tuhan.
Saya reda.

649
00:47:30,848 --> 00:47:32,683
William paling terkesan.

650
00:47:32,766 --> 00:47:38,355
Apabila dia dapat tahu
ibu bapa kandungnya dah meninggal dunia,

651
00:47:39,106 --> 00:47:41,567
dia langsung tak nak makan.

652
00:47:41,650 --> 00:47:44,152
William jadi murung

653
00:47:44,236 --> 00:47:47,906
apabila tahu dia tak dibesarkan
oleh ibu bapa kandungnya.

654
00:47:47,990 --> 00:47:50,826
Dia mula fikir yang bukan-bukan.

655
00:47:50,909 --> 00:47:54,329
"Patutlah muka aku tak sama
macam adik-beradik lain."

656
00:47:54,413 --> 00:47:56,331
"Ini bukan keluarga aku."

657
00:47:56,415 --> 00:48:00,252
William, awak rasa
situasi ini mengubah hidup awak?

658
00:48:00,335 --> 00:48:05,173
Saya tak menangis kerana rasa
mereka bukan adik-beradik saya lagi,

659
00:48:05,257 --> 00:48:07,551
tapi saya jadi terlalu beremosi.

660
00:48:09,720 --> 00:48:16,268
Saya masih ingat.
Dua tiga hari saya tak boleh tidur.

661
00:48:16,351 --> 00:48:22,608
Situasi makin rumit apabila keluarga
dan kawan-kawan rapat saya dapat tahu.

662
00:48:22,691 --> 00:48:25,027
Mereka datang dan tanya,

663
00:48:25,110 --> 00:48:28,822
"Betulkah awak bukan anak
Puan Ana dari Santander?

664
00:48:28,906 --> 00:48:30,032
Awak ada ibu lain?"

665
00:48:30,115 --> 00:48:35,245
Si mak cik yang bawa pulang bayi
dari hospital di Bogotá itu

666
00:48:35,329 --> 00:48:37,873
tentu rasa sangat bersalah dan fikir,

667
00:48:37,956 --> 00:48:41,793
"Semua ini salah aku. Aku ambil
anak orang, bukan anak kakak aku.

668
00:48:41,877 --> 00:48:45,839
Semua ini salah aku."
Dia mula rasa sangat bersalah.

669
00:48:46,381 --> 00:48:51,637
Apabila dia beritahu saya berita ini,
saya menangis bagai nak gila.

670
00:48:51,720 --> 00:48:54,056
Saya ingat William akan buang saya.

671
00:48:54,139 --> 00:48:55,974
William akan tinggalkan saya.

672
00:48:56,058 --> 00:48:59,269
Itulah yang saya fikir.
Saya takut dia tinggalkan kami.

673
00:48:59,353 --> 00:49:02,356
Hei, Carlos.
Mereka adik-beradik saya, betul?

674
00:49:02,940 --> 00:49:06,443
Adik-beradik awak pun
ialah adik-beradik saya, betul?

675
00:49:06,526 --> 00:49:07,611
- Kita semua…
- Ya.

676
00:49:07,694 --> 00:49:11,573
Apabila tahu hal sebenar,
saya tak boleh terima.

677
00:49:12,074 --> 00:49:18,497
Kenalkan Alcira, Wilber,
Efrain, Edgar dan Ancelmo.

678
00:49:18,580 --> 00:49:21,667
Saya ingat saya akan kehilangan dia.

679
00:49:21,750 --> 00:49:25,545
Saya takut dia akan tinggalkan kami dan…

680
00:49:25,629 --> 00:49:30,884
Saya akan hilang seorang adik
yang paling memahami

681
00:49:32,052 --> 00:49:33,679
dan menyayangi saya.

682
00:49:33,762 --> 00:49:34,846
Kami sangat rapat.

683
00:49:34,930 --> 00:49:37,891
Saya dengar ada seorang lagi.
Macam mana orangnya?

684
00:49:38,642 --> 00:49:44,022
Saya terfikir, "Macam manalah orangnya?"
Entah-entah, gelandangan atau penipu."

685
00:49:44,106 --> 00:49:46,191
Macam-macam saya fikir.

686
00:49:46,274 --> 00:49:49,319
- Tak, ini air mata gembira.
- Terima kasih.

687
00:49:51,571 --> 00:49:53,156
Saya tak sangka…

688
00:49:55,701 --> 00:49:58,328
- Jorgito, awak pun adik saya.
- Mari sini.

689
00:49:58,412 --> 00:50:01,456
Menilaikan semula situasi itu,
saya rasa bersalah.

690
00:50:01,540 --> 00:50:04,751
Saya tak nak perkara buruk
terjadi kepada sesiapa.

691
00:50:04,835 --> 00:50:07,254
Ia betul-betul tak dijangka.

692
00:50:07,337 --> 00:50:12,009
Semuanya terungkai sedikit demi sedikit
tanpa perlu kami cari.

693
00:50:12,092 --> 00:50:15,679
Saya tak berniat
nak sakitkan hati sesiapa pun,

694
00:50:15,762 --> 00:50:19,307
jadi saya rasa bersalah
apabila nampak William

695
00:50:19,391 --> 00:50:21,143
dan keluarga dia sedih.

696
00:50:21,226 --> 00:50:25,814
Saya pernah cakap dengan Laura,
"Kita tak patut buat semua ini."

697
00:50:26,398 --> 00:50:29,901
Puan, saya tahu bukan mudah
untuk puan dengar semua ini,

698
00:50:29,985 --> 00:50:31,778
tapi apa perasaan puan?

699
00:50:32,320 --> 00:50:35,991
Pada mulanya, saya rasa sangat sedih

700
00:50:37,409 --> 00:50:38,994
apabila tahu anak saya…

701
00:50:39,828 --> 00:50:43,540
Yang selama ini,
anak yang saya besarkan bukan anak saya.

702
00:50:48,628 --> 00:50:52,507
Antara semua anak, saya paling sayang dia.

703
00:50:52,591 --> 00:50:55,218
Sebab dia sangat manja dengan saya.

704
00:50:56,053 --> 00:50:58,930
Dia akan ikut saya ke mana-mana saja.

705
00:51:01,349 --> 00:51:06,063
Tiba-tiba, ibu sedih dan mula menangis.

706
00:51:06,146 --> 00:51:08,106
Saya kata, "Ibu, jangan menangis.

707
00:51:08,190 --> 00:51:11,443
Kalau menangis, nanti ibu penat.
Selepas ini, ibu rehat.

708
00:51:11,943 --> 00:51:16,740
Jangan pernah terfikir
yang saya akan tinggalkan ibu.

709
00:51:16,823 --> 00:51:18,784
Saya takkan pergi mana-mana.

710
00:51:18,867 --> 00:51:22,954
Saya akan tunaikan
tanggungjawab saya di sini

711
00:51:23,038 --> 00:51:25,540
dan kita akan cuba lupakan semua ini.

712
00:51:25,624 --> 00:51:29,669
Kalau dulu saya jaga ibu dengan baik,

713
00:51:29,753 --> 00:51:34,925
sekarang, saya akan jaga ibu
berkali-kali ganda lebih baik."

714
00:51:41,848 --> 00:51:42,808
Apa awak rasa?

715
00:51:43,475 --> 00:51:46,728
Jantung saya berdegup kencang.

716
00:51:52,651 --> 00:51:57,322
Semasa jumpa mereka,
Anita peluk dan berdoa untuk saya.

717
00:51:57,405 --> 00:52:01,660
Saya rasa biasa saja kerana saya ada ibu.

718
00:52:02,327 --> 00:52:03,662
Ibu yang sangat baik.

719
00:52:12,045 --> 00:52:13,547
Kenalkan mereka, Wilber.

720
00:52:13,630 --> 00:52:16,466
Carlos, ini ibu bapa saya.
Ibu bapa kandung awak.

721
00:52:28,895 --> 00:52:31,731
Apabila Carmelo peluk saya,
perasaan saya bercampur baur

722
00:52:31,815 --> 00:52:35,443
kerana itulah kali pertama
saya rasa pelukan seorang ayah.

723
00:52:35,527 --> 00:52:40,282
Tinggi Carmelo lebih kurang 1.90 meter.
Dia bekas tentera.

724
00:52:40,866 --> 00:52:43,034
Melihatkan lelaki segagah dia

725
00:52:43,743 --> 00:52:47,122
menangis teresak-esak
untuk kali pertama kerana anaknya…

726
00:52:56,965 --> 00:52:59,092
Semoga Tuhan merahmati kamu, nak.

727
00:52:59,176 --> 00:53:05,015
Semoga Tuhan memberkati
dan melindungi kamu, nak.

728
00:53:10,312 --> 00:53:13,481
Ada orang tanya saya,
"Awak tak rindu ayah awak?"

729
00:53:13,565 --> 00:53:16,693
"Macam mana nak rindu
kalau saya tak pernah ada ayah?"

730
00:53:17,319 --> 00:53:18,153
Betul?

731
00:53:18,236 --> 00:53:22,407
Apa pun, itulah kali pertama
saya rasa pelukan seorang ayah.

732
00:53:22,490 --> 00:53:26,870
Ia satu perasaan baharu
dan unik bagi saya.

733
00:53:27,579 --> 00:53:30,498
Saya rasa pelukan seorang ayah
selepas 25 tahun.

734
00:53:30,582 --> 00:53:34,502
Sebenarnya, saya rasa sangat tersentuh.

735
00:53:34,586 --> 00:53:38,798
Orang cakap ibu ialah ratu hati kita,
sementara ayah pula…

736
00:53:39,299 --> 00:53:40,717
Macam pepatah itu.

737
00:53:41,343 --> 00:53:44,304
Untuk kali pertama,
saya rasa pelukan seorang ayah.

738
00:53:45,472 --> 00:53:50,101
Dalam aspek kerohanian,
ia sesuatu yang sangat menenangkan.

739
00:53:51,269 --> 00:53:53,897
Jangan menangis. Ini takdir Tuhan, okey?

740
00:54:07,327 --> 00:54:11,456
Walaupun kami sangat berbeza
sejak kecil dan remaja,

741
00:54:11,539 --> 00:54:12,832
dia kembar saya.

742
00:54:21,383 --> 00:54:23,802
Ketika jabat tangan William,

743
00:54:23,885 --> 00:54:28,306
saya dapat rasa karisma
dan aura positif dalam diri dia.

744
00:54:28,390 --> 00:54:33,353
Saya dapat rasa keserasian
antara kami dalam sekelip mata.

745
00:54:33,436 --> 00:54:37,440
Saya fikir hikmah
di sebalik kebenaran ini,

746
00:54:37,941 --> 00:54:40,443
saya jumpa kembar kandung saya.

747
00:54:42,237 --> 00:54:46,783
Kami berpelukan dan saling cakap,
"Saya sayang awak,"

748
00:54:46,866 --> 00:54:49,035
walaupun baru kali pertama jumpa.

749
00:54:49,786 --> 00:54:51,746
Saya nampak reaksi Carlos.

750
00:54:51,830 --> 00:54:55,083
Kadang-kadang, Carlos suka berlagak kuat,

751
00:54:55,166 --> 00:54:58,378
tapi saya tahu yang dia sedih.

752
00:54:58,962 --> 00:55:02,299
Saya perasan yang dia semakin menjauh.

753
00:55:03,383 --> 00:55:07,470
Dia rasa bersalah
dan banyak mengasingkan diri.

754
00:55:07,554 --> 00:55:10,390
Sebab dia ingat dia akan kehilangan saya.

755
00:55:13,518 --> 00:55:16,396
Saya kenal Jorge, jadi saya takut

756
00:55:17,564 --> 00:55:21,776
dia akan jadi lebih rapat
dengan William berbanding saya.

757
00:55:21,860 --> 00:55:26,698
Sebab pilihan, cita rasa
dan minat kami langsung tak sama.

758
00:55:27,949 --> 00:55:31,661
Saya rasa macam ada budak lain
cuba rampas mainan saya

759
00:55:31,745 --> 00:55:33,872
walaupun saya tak main mainan itu.

760
00:55:33,955 --> 00:55:36,291
Saya tak nak kehilangan Jorge.

761
00:55:36,374 --> 00:55:40,128
Saya takut dia lebih suka lepak
dengan William berbanding saya.

762
00:55:40,628 --> 00:55:42,756
Saya takut dia buang saya.

763
00:55:42,839 --> 00:55:46,259
Saya takut dia pilih William
dan tinggalkan saya.

764
00:55:56,561 --> 00:55:57,979
Selamat tengah hari.

765
00:55:58,063 --> 00:56:00,523
- Apa khabar?
- Sihat! Muka kamu sama!

766
00:56:00,607 --> 00:56:01,441
Betul itu.

767
00:56:04,527 --> 00:56:05,945
Macam fotostat!

768
00:56:11,034 --> 00:56:14,913
Mereka selalu potong rambut kami
dengan gaya yang sama,

769
00:56:15,663 --> 00:56:17,165
tapi kami tak sama.

770
00:56:18,375 --> 00:56:19,918
- Awak pun, Jorge?
- Apa?

771
00:56:20,001 --> 00:56:22,587
Mereka potong rambut awak macam Carlos?

772
00:56:22,670 --> 00:56:23,546
Mestilah.

773
00:56:24,089 --> 00:56:28,885
Malah, ibu saya akan bawa kami jumpa
tukang gunting rambut pelatih

774
00:56:29,719 --> 00:56:32,180
dan botakkan saja kepala kami,

775
00:56:32,263 --> 00:56:34,933
jadi rambut kami lambat panjang.

776
00:56:35,016 --> 00:56:38,019
Selepas dewasa,
kami pilih gaya rambut sendiri.

777
00:56:38,853 --> 00:56:41,940
Sejak itu,
perbezaan saya dan Carlos makin ketara.

778
00:56:42,023 --> 00:56:44,067
Ikut personaliti masing-masing.

779
00:56:45,193 --> 00:56:47,153
Semasa kecil, kami pergi ke…

780
00:56:47,237 --> 00:56:50,031
Potong rambut percuma
kalau pelatih yang potong.

781
00:56:50,115 --> 00:56:51,991
Macam mana? Kami nampak sama?

782
00:56:52,075 --> 00:56:53,660
- Sama.
- Macam kembar!

783
00:56:53,743 --> 00:56:54,577
Ya.

784
00:56:56,287 --> 00:56:59,541
Saya dan William
mula pakai baju yang sama.

785
00:56:59,624 --> 00:57:01,626
Banyak benda dengan Carlos…

786
00:57:01,709 --> 00:57:04,754
Kalau saya tanya,
mungkin Carlos akan setuju,

787
00:57:04,838 --> 00:57:09,259
tapi saya tak tanya
kerana dia sangat serius.

788
00:57:22,021 --> 00:57:26,943
Cortito hantar bola kepada Tobón,
ke tengah dan gol!

789
00:57:27,026 --> 00:57:30,196
Saya perasan yang Carlos semakin dingin.

790
00:57:30,822 --> 00:57:33,658
Sebab dia rasa bersalah dan sedih.

791
00:57:38,037 --> 00:57:41,249
Saya tak nak dia rasa tersisih,
jadi saya fikir,

792
00:57:41,332 --> 00:57:45,670
"Apa aku boleh buat
untuk buat dia gembira?

793
00:57:46,296 --> 00:57:52,051
Aku nak dia tahu yang aku masih sayang
dan ambil berat pasal dia."

794
00:57:52,135 --> 00:57:54,095
Apa pun, dia tetap kembar saya.

795
00:58:17,577 --> 00:58:22,332
Saya dapat idea untuk buat tatu muka dia
di sebelah tatu mendiang ibu saya.

796
00:58:22,832 --> 00:58:26,294
Saya nak buat tatu muka
kakak saya di situ,

797
00:58:26,377 --> 00:58:31,216
tapi disebabkan hal yang berlaku,
saya buat tatu muka Carlos.

798
00:58:32,050 --> 00:58:33,760
Saya nak dia tahu

799
00:58:33,843 --> 00:58:37,639
yang dia masih sebahagian
daripada hidup saya.

800
00:58:38,223 --> 00:58:44,896
Sebaik saja nampak tatu itu,
dia mula faham dan sikap dia berubah.

801
00:58:45,480 --> 00:58:50,026
Saya juga percaya
yang cara itu bantu dia terima William.

802
00:59:04,749 --> 00:59:11,422
Sejak jumpa William,
kami pernah berselisih pendapat.

803
00:59:11,506 --> 00:59:14,717
Masing-masing
dengan pendapat masing-masing.

804
00:59:14,801 --> 00:59:17,720
Saya cakap tentang sesuatu
yang saya tak tahu.

805
00:59:17,804 --> 00:59:20,306
Saya tak letak diri saya
di tempat William.

806
00:59:20,932 --> 00:59:23,810
"Awak membesar di bandar
dan ada keistimewaan.

807
00:59:23,893 --> 00:59:25,853
Awak tak boleh hidup di kampung."

808
00:59:25,937 --> 00:59:28,898
Saya memang tak boleh hidup di kampung.

809
00:59:29,440 --> 00:59:33,820
Itulah yang berlaku kepada kami.
Lama-kelamaan, kami belajar untuk faham

810
00:59:33,903 --> 00:59:37,365
yang persekitaran kami
ada kelebihan dan kekurangannya.

811
00:59:38,241 --> 00:59:40,368
Sekarang, hubungan kami sangat baik.

812
00:59:40,451 --> 00:59:43,705
Saya jadi bapa pembaptisan anak dia,
kami melancong berdua…

813
00:59:43,788 --> 00:59:45,915
Saya senang dengan hubungan kami

814
00:59:45,999 --> 00:59:50,378
dan saya tiada hubungan biologi
atau sivil dengan William.

815
00:59:50,461 --> 00:59:56,759
Selamat hari jadi

816
00:59:56,843 --> 01:00:03,057
Selamat hari jadi

817
01:00:03,558 --> 01:00:09,355
Selamat hari jadi

818
01:00:10,356 --> 01:00:16,779
Selamat hari jadi

819
01:00:21,326 --> 01:00:23,411
Saya pergi ke rumah mereka.

820
01:00:23,953 --> 01:00:27,665
Saya pergi ke rumah Carlos dan Jorge
serta kedai daging itu.

821
01:00:28,499 --> 01:00:31,002
Saya mula nampak dengan jelas

822
01:00:31,753 --> 01:00:35,423
bahawa persekitaran hidup mereka
ibarat langit dan bumi.

823
01:00:38,843 --> 01:00:42,889
Salah satu pasangan kembar itu
dibesarkan di Bogotá.

824
01:00:43,556 --> 01:00:48,269
Pada penghujung tahun 1980-an,
ketika mereka tertukar,

825
01:00:48,353 --> 01:00:51,147
Bogotá ialah bandar yang bergolak.

826
01:00:54,984 --> 01:00:57,862
Bogotá tersepit
di tengah-tengah peperangan.

827
01:01:00,698 --> 01:01:06,537
Malah, mungkin itu tempoh paling gelap
yang pernah dicatatkan di Bogotá.

828
01:01:09,040 --> 01:01:14,462
Bogotá lengkap dengan sistem pendidikan
dan penjagaan kesihatan,

829
01:01:15,004 --> 01:01:18,716
tapi di Bogotá juga,
penduduknya kebuluran setiap hari.

830
01:01:23,096 --> 01:01:26,474
Itulah persekitaran
hidup kembar dari Bogotá

831
01:01:26,557 --> 01:01:29,185
yang tinggal dalam keluarga

832
01:01:30,061 --> 01:01:32,980
yang ibunya
merupakan pencari nafkah tunggal.

833
01:01:33,064 --> 01:01:36,943
Dia keluar bekerja setiap hari
untuk sara keluarganya,

834
01:01:37,026 --> 01:01:39,696
kembar itu dan kakak mereka.

835
01:01:41,781 --> 01:01:43,199
Keluarga kami sederhana.

836
01:01:44,575 --> 01:01:45,868
Hidup kami tak mewah,

837
01:01:46,536 --> 01:01:49,872
tapi keluarga kami kaya
dengan kasih sayang.

838
01:01:49,956 --> 01:01:52,458
Ibu saya pernah cakap,

839
01:01:52,542 --> 01:01:56,337
"Ibu tak perlukan seorang suami
untuk besarkan kamu.

840
01:01:56,421 --> 01:02:00,466
Susah memang susah.
Ibu terpaksa buat macam-macam kerja.

841
01:02:01,259 --> 01:02:04,262
Ibu akan cuba sedaya upaya untuk pastikan

842
01:02:04,345 --> 01:02:06,806
kamu tak tidur dalam keadaan lapar."

843
01:02:07,724 --> 01:02:10,268
Dia besarkan kami seorang diri.

844
01:02:11,018 --> 01:02:12,603
Dia besarkan tiga anaknya.

845
01:02:13,813 --> 01:02:15,356
Ibu selalu pesan,

846
01:02:16,065 --> 01:02:20,236
"Belajar pandai-pandai,
nanti boleh hidup senang."

847
01:02:21,487 --> 01:02:23,489
Itulah feminisme sebenar.

848
01:02:23,990 --> 01:02:29,370
Sebagai contoh,
dia ajar kami jadi manusia.

849
01:02:35,960 --> 01:02:39,380
Kalau ibu rasa
upah bersihkan rumah orang tak cukup,

850
01:02:39,881 --> 01:02:43,217
ibu akan ambil upah
basuh kereta atau baju orang

851
01:02:43,301 --> 01:02:48,514
supaya dia boleh sediakan
semua keperluan asas kami.

852
01:02:48,598 --> 01:02:53,686
Walaupun tiada suami,
ibu akan beri yang terbaik kepada kami.

853
01:02:55,021 --> 01:02:57,982
Ibu seorang yang sangat penyayang.

854
01:02:58,483 --> 01:02:59,442
Baik hati.

855
01:03:00,234 --> 01:03:04,238
Walaupun tiada apa-apa, ibu akan…

856
01:03:08,159 --> 01:03:11,329
Ibu akan tolong tanpa mengharapkan…

857
01:03:11,412 --> 01:03:14,207
Ibu akan buat tanpa mengharapkan balasan.

858
01:03:14,290 --> 01:03:18,669
Biasanya, ibu tak dapat apa-apa ganjaran
kerana ibu buat semua itu…

859
01:03:20,838 --> 01:03:21,756
Maaf.

860
01:03:31,265 --> 01:03:34,227
Ibu seorang yang sangat baik.

861
01:03:34,769 --> 01:03:36,979
Sebab itu ramai orang sayang dia.

862
01:03:37,063 --> 01:03:39,982
Sejak jumpa William,
saya nampak dia macam ibu.

863
01:03:40,066 --> 01:03:42,652
Dia pun baik hati macam ibu.

864
01:03:43,694 --> 01:03:49,867
Memandangkan situasi kami,
ada kemungkinan ia faktor genetik.

865
01:03:49,951 --> 01:03:55,248
Saya tak sangka pembawaan William
saling tak tumpah macam ibu.

866
01:03:55,331 --> 01:03:59,710
LUZ MARINA CASTRO
14 JULAI 1952 - 9 NOVEMBER 2009

867
01:04:02,129 --> 01:04:06,092
Kata orang kita semua tak sama
dari segi penampilan dan kelakuan,

868
01:04:06,676 --> 01:04:10,471
jadi apabila jumpa dua orang
yang sama serba serbinya,

869
01:04:10,555 --> 01:04:13,641
ia mencabar pandangan dan kewarasan kita.

870
01:04:13,724 --> 01:04:16,644
TIADA APA-APA YANG MUSTAHIL - NANCY SEGAL

871
01:04:16,727 --> 01:04:18,563
Cakap pasal kembar.

872
01:04:20,523 --> 01:04:22,859
Kembar menarik perhatian
di mana-mana saja.

873
01:04:24,151 --> 01:04:26,362
Kisah kembar Colombia ini, bagi saya,

874
01:04:26,445 --> 01:04:30,992
lebih istimewa daripada kisah lain
yang saya pernah jumpa dalam kerjaya saya.

875
01:04:31,075 --> 01:04:34,036
Kembar yang dipisahkan
dan tertukar semasa lahir…

876
01:04:34,120 --> 01:04:36,789
NANCY SEGAL - AHLI PSIKOLOGI DAN GENETIK
PAKAR KEMBAR

877
01:04:36,873 --> 01:04:39,584
…tapi saya tak pernah jumpa
dua pasang kembar yang tertukar.

878
01:04:44,630 --> 01:04:47,133
UNIVERSITI NEGERI CALIFORNIA
FULLERTON

879
01:04:47,216 --> 01:04:49,093
Kembar seiras jarang ditemui,

880
01:04:49,594 --> 01:04:52,805
tapi dua pasang kembar
yang lahir selang sehari,

881
01:04:52,889 --> 01:04:55,266
yang terpisah beratus-ratus kilometer,

882
01:04:55,349 --> 01:04:59,979
pergi ke hospital yang lebih baik,
diletakkan di bilik bayi pramatang,

883
01:05:00,062 --> 01:05:03,065
dan tertukar
dengan sepasang kembar seiras lain,

884
01:05:03,149 --> 01:05:05,276
ialah kes yang sangat luar biasa.

885
01:05:05,359 --> 01:05:09,196
Eksperimen macam inilah
yang saintis nak buat,

886
01:05:09,280 --> 01:05:12,033
tapi tak boleh kerana ia melanggar etika.

887
01:05:16,162 --> 01:05:18,915
Saya tak tahu
sama ada ini boleh dikira eksperimen

888
01:05:18,998 --> 01:05:21,876
melihatkan kesan pertukaran,

889
01:05:21,959 --> 01:05:25,379
cara mereka sesuaikan diri
dengan persekitaran

890
01:05:25,463 --> 01:05:28,841
dan cara mereka jalani kehidupan

891
01:05:29,342 --> 01:05:34,263
bergantung pada keadaan tempat tinggal
dan latar belakang genetik mereka.

892
01:05:34,347 --> 01:05:39,101
Saya rasa ini bukan eksperimen
kerana pemboleh ubahnya tak boleh dikawal.

893
01:05:39,185 --> 01:05:42,688
Eksperimen ada hipotesis
yang perlu dibuktikan.

894
01:05:42,772 --> 01:05:45,107
Kes ini tak disengajakan.

895
01:05:45,191 --> 01:05:49,612
Hidup mereka terpadam macam itu saja.

896
01:05:50,154 --> 01:05:52,490
Cara mereka jalani hidup masing-masing.

897
01:05:56,744 --> 01:05:59,580
Kami ke Bogotá
untuk kaji pasangan kembar ini

898
01:05:59,664 --> 01:06:04,585
dan saya nampak dengan jelas
bahawa Jorge dan William sangat sepadan.

899
01:06:04,669 --> 01:06:08,255
Personaliti mereka lebih ceria dan mesra,

900
01:06:08,339 --> 01:06:11,634
sementara personaliti Carlos
dan Wilber pula lebih suram.

901
01:06:11,717 --> 01:06:14,929
Mereka berkongsi banyak minat yang sama,

902
01:06:15,012 --> 01:06:18,849
jadi kita boleh lihat
walaupun persekitarannya berbeza,

903
01:06:18,933 --> 01:06:21,936
walaupun dalam persekitaran
yang sangat berbeza,

904
01:06:22,019 --> 01:06:24,563
kedua-dua kembar
sesuaikan diri dengan baik.

905
01:06:26,565 --> 01:06:27,984
Kamu main Tejo?

906
01:06:28,067 --> 01:06:29,735
- Ya, tapi jarang.
- Ia…

907
01:06:29,819 --> 01:06:32,446
Kami selalu main
di pusat sukan semasa kecil,

908
01:06:32,530 --> 01:06:34,949
tapi bukan di gelanggang besar macam ini.

909
01:06:35,825 --> 01:06:37,827
Lantainya tanah liat. Ingat?

910
01:06:37,910 --> 01:06:40,329
Ya, sekali-sekala saja.

911
01:06:40,413 --> 01:06:42,164
- Awak tak tahu main?
- Tak.

912
01:06:43,958 --> 01:06:47,003
Adik-beradik saya
di Santander suka main Tejo.

913
01:06:47,503 --> 01:06:51,257
Setiap kali main, mereka yang menang.

914
01:06:51,340 --> 01:06:55,177
- Saya nak belajar main, tapi…
- Dia buat kami kalah.

915
01:06:55,261 --> 01:06:57,388
Nasiblah. Jom main.

916
01:06:57,471 --> 01:06:59,849
Awak mula dulu. Tunjuk kehebatan awak.

917
01:06:59,932 --> 01:07:01,851
Mari kita tengok.

918
01:07:04,020 --> 01:07:06,564
Nampak? Hebat, bukan? Boleh tahan.

919
01:07:06,647 --> 01:07:08,858
- Awak tahu saya berlatih?
- Syabas.

920
01:07:08,941 --> 01:07:10,943
Abaikan budak Santander itu.

921
01:07:11,694 --> 01:07:13,487
- Relaks.
- Saya budak Santander.

922
01:07:13,571 --> 01:07:15,364
Saya akan baling macam kembar saya.

923
01:07:15,448 --> 01:07:17,199
- Jangan bergaduh.
- Carlos yang mula.

924
01:07:17,283 --> 01:07:19,201
Air dicencang takkan putus.

925
01:07:19,285 --> 01:07:20,578
Teruk betul!

926
01:07:20,661 --> 01:07:23,247
Awak buat saya nampak teruk, Carlitos.

927
01:07:23,330 --> 01:07:25,332
- Bukan macam itu.
- Baling betul-betul.

928
01:07:25,416 --> 01:07:28,002
- Ayuh, Wilber.
- Dia yang paling tahu.

929
01:07:28,085 --> 01:07:29,170
Ayuh.

930
01:07:29,253 --> 01:07:31,338
- Dia tahu.
- Ayunkan tangan.

931
01:07:31,422 --> 01:07:33,049
- Tengok…
- Teruknya!

932
01:07:37,344 --> 01:07:39,889
- Akhirnya, kena juga!
- Serangan!

933
01:07:39,972 --> 01:07:42,391
Yang peliknya, hari pertama kami jumpa,

934
01:07:42,475 --> 01:07:44,977
soalan pertama kami tanya satu sama lain,

935
01:07:45,061 --> 01:07:48,272
"Apa persamaan dan perbezaan kita?"

936
01:07:48,355 --> 01:07:51,275
Jelas sekali, selain aspek fizikal.

937
01:07:51,358 --> 01:07:53,861
Contohnya, dalam kes saya dan Wilber,

938
01:07:53,944 --> 01:07:56,822
kami sangat teratur dan suka berkemas.

939
01:07:57,573 --> 01:07:59,742
Kami lebih serius.

940
01:07:59,825 --> 01:08:01,827
Kami lebih…

941
01:08:01,911 --> 01:08:03,913
Ada masanya, kami lebih miang.

942
01:08:03,996 --> 01:08:06,874
Lebih serius dan lebih menepati masa.

943
01:08:19,929 --> 01:08:24,225
Jorge selalu cakap pasal hari
dia beli baju yang sama dengan William.

944
01:08:24,809 --> 01:08:29,522
Saya masih ingat Wilber beritahu saya,
"Saya akan tiru awak.

945
01:08:30,022 --> 01:08:33,234
Jom beli-belah bersama-sama.
Awak ada cita rasa."

946
01:08:33,818 --> 01:08:36,570
Kami pergi ke kedai berdekatan
untuk beli baju.

947
01:08:36,654 --> 01:08:40,866
Dia kata, "Kasut coklat."
Saya kata, "Coklat."

948
01:08:40,950 --> 01:08:41,909
Saya ejek dia.

949
01:08:41,992 --> 01:08:46,038
Jurugaya pun ejek dia. Saya kata,
"Cukup, saya saja boleh ejek dia.

950
01:08:46,122 --> 01:08:49,041
Saya kembar dia. Hormat dia sikit, ya?"

951
01:08:51,127 --> 01:08:54,839
Kami pula lebih mudah bergaul

952
01:08:55,339 --> 01:08:56,799
dan lebih berkarisma.

953
01:08:58,968 --> 01:09:01,470
Kami sentiasa berfikiran positif.

954
01:09:01,554 --> 01:09:06,016
Walaupun ada masalah,
kami cuba selesaikannya dengan positif.

955
01:09:06,100 --> 01:09:10,020
Kami lebih ekspresif
tentang perasaan terhadap saudara kami.

956
01:09:10,104 --> 01:09:12,231
Kami tak suka benda-benda macam itu.

957
01:09:12,314 --> 01:09:16,152
Emosi kami lebih tertutup.
Lebih pendiam, tak macam mereka.

958
01:09:19,113 --> 01:09:21,949
Kembar berkongsi hubungan yang istimewa.

959
01:09:22,032 --> 01:09:25,411
Latar belakang genetik kembar seiras sama.

960
01:09:25,953 --> 01:09:30,875
Cara mereka berfikir
dan memproses maklumat adalah sama.

961
01:09:31,959 --> 01:09:35,588
Reaksi mereka terhadap dunia sama.
Pandangan mereka sama.

962
01:09:35,671 --> 01:09:38,591
Apabila kembar seiras berjumpa
untuk kali pertama,

963
01:09:38,674 --> 01:09:41,343
ia sangat mudah

964
01:09:41,427 --> 01:09:46,015
untuk mereka jalin hubungan
dengan satu sama lain dalam sekelip mata.

965
01:09:46,098 --> 01:09:50,895
Kita nampak itu pada Jorge dan William
serta Carlos dan Wilber.

966
01:09:50,978 --> 01:09:54,690
Seolah-olah dah lama kenal,
walhal mereka baru jumpa.

967
01:09:54,773 --> 01:09:57,651
- Nah, tangkaplah!
- Jorge!

968
01:10:01,488 --> 01:10:02,781
Sakit rahang saya.

969
01:10:02,865 --> 01:10:07,328
- Balinglah! Cepat.
- Jaringkan!

970
01:10:09,747 --> 01:10:11,081
Tak kena jaring!

971
01:10:12,249 --> 01:10:13,334
Main!

972
01:10:14,168 --> 01:10:16,295
- Nak saya jaring lagi?
- Relaks.

973
01:10:16,378 --> 01:10:18,047
Relakslah!

974
01:10:19,089 --> 01:10:20,299
Masuk!

975
01:10:22,384 --> 01:10:24,345
- Tak guna.
- Sekali lagi!

976
01:10:25,054 --> 01:10:26,972
- Wilber!
- Sini! Aduhai, Wilber.

977
01:10:27,056 --> 01:10:28,474
- Ya!
- Bagus, Wilber!

978
01:10:28,557 --> 01:10:29,934
Dah berkarat!

979
01:10:30,017 --> 01:10:31,352
Semua salah genetik.

980
01:10:31,852 --> 01:10:34,313
Hubungan genetik ialah hubungan budaya.

981
01:10:34,396 --> 01:10:38,359
Ada faktor genetik yang besar.
Itu tak boleh dipersoalkan.

982
01:10:38,442 --> 01:10:43,822
Pada masa yang sama,
persekitaran dan peluang

983
01:10:43,906 --> 01:10:49,787
yang tersaji di depan mata
turut memainkan peranan.

984
01:10:50,371 --> 01:10:52,164
Pengaruh genetik sangat besar.

985
01:10:59,713 --> 01:11:05,010
Ya, kebijaksanaan seseorang
bergantung pada komponen genetik,

986
01:11:05,094 --> 01:11:06,804
tapi kita perlu ada peluang.

987
01:11:10,266 --> 01:11:14,395
Untuk semua kelakuan, keadaan kesihatan
dan keadaan yang boleh dilihat,

988
01:11:14,478 --> 01:11:17,147
genetik dan persekitaran
memainkan peranan,

989
01:11:17,815 --> 01:11:22,194
tapi genetik memainkan peranan
yang lebih penting daripada sangkaan kita.

990
01:11:22,987 --> 01:11:26,782
Jorge dan William
berkongsi personaliti yang hampir sama.

991
01:11:26,865 --> 01:11:30,244
Begitu juga Carlos dan Wilber.

992
01:11:30,327 --> 01:11:33,455
Tabiat, minat
dan cita rasa mereka lebih kurang sama,

993
01:11:34,248 --> 01:11:37,543
tapi faktor persekitaran
dalam kes ini juga sangat jelas

994
01:11:37,626 --> 01:11:39,712
kerana ia sangat ekstrem.

995
01:11:39,795 --> 01:11:42,423
Sepasang kembar
ada latar belakang pendidikan

996
01:11:42,506 --> 01:11:44,550
dan sepasang lagi sebaliknya.

997
01:11:52,933 --> 01:11:57,021
Perjalanan ke sekolah
pada waktu pagi ambil masa sejam

998
01:11:57,104 --> 01:11:59,064
dan sejam lagi untuk balik.

999
01:12:00,274 --> 01:12:03,569
Selepas balik dari sekolah,
saya kena tolong ibu dan ayah

1000
01:12:03,652 --> 01:12:05,946
buat kerja-kerja rumah.

1001
01:12:06,447 --> 01:12:08,240
Saya kena cari kayu api.

1002
01:12:08,324 --> 01:12:12,286
Tiada sistem perpaipan
untuk pam air ke rumah,

1003
01:12:12,369 --> 01:12:15,205
jadi kami pergi
ke paip terdekat untuk ambil air.

1004
01:12:15,748 --> 01:12:20,794
Pada waktu malam,
kami nyalakan lilin sebagai sumber cahaya.

1005
01:12:20,878 --> 01:12:26,091
Memandangkan tiada elektrik di rumah,
kami terpaksa guna lilin.

1006
01:12:26,175 --> 01:12:29,219
Dari tahun 1990-an hingga 2000-an,

1007
01:12:30,137 --> 01:12:33,807
banjaran ini dikuasai oleh gerila.

1008
01:12:40,272 --> 01:12:44,318
Sekitar tahun 2000,

1009
01:12:44,401 --> 01:12:48,322
kumpulan separa tentera
ambil alih tempat ini.

1010
01:12:51,033 --> 01:12:54,870
Ketika itu,
ladang koka haram ada di mana-mana saja.

1011
01:12:55,412 --> 01:13:00,751
Situasi hidup mendesak kami
untuk tuai koka dan buat kerja itu.

1012
01:13:00,834 --> 01:13:03,587
Kami buat kerana terpaksa,
bukan suka-suka.

1013
01:13:12,721 --> 01:13:17,017
Saya selalu cakap,
"Saya tak nak buat kerja ini."

1014
01:13:17,518 --> 01:13:21,313
Saya terpaksa tunggu selama 17 tahun
sehingga berumur 18 tahun.

1015
01:13:21,814 --> 01:13:24,525
Saya masuk askar
untuk tinggalkan tempat ini.

1016
01:13:30,197 --> 01:13:32,533
Abang saya pun bekas tentera.

1017
01:13:33,659 --> 01:13:34,993
Dia lebih tua daripada saya.

1018
01:13:35,619 --> 01:13:38,580
Takdir Tuhan,
dia terkorban semasa bertugas.

1019
01:13:39,081 --> 01:13:41,417
Dia meninggal dunia pada umur 22 tahun.

1020
01:13:45,003 --> 01:13:48,674
Ia tempoh sukar untuk kami sekeluarga.

1021
01:13:49,800 --> 01:13:55,055
Ketika itu, saya dan William
cuma fikir nak balas dendam.

1022
01:13:55,139 --> 01:13:56,932
Semasa kecil, kami cakap,

1023
01:13:57,015 --> 01:14:00,227
"Genap umur 18 tahun nanti,
kita masuk askar.

1024
01:14:00,310 --> 01:14:04,106
Bolehlah kita balas dendam
atas kematian abang."

1025
01:14:04,189 --> 01:14:07,317
Apabila William beritahu saya
dia nak masuk askar,

1026
01:14:07,401 --> 01:14:10,195
saya terus terfikir
yang dia pun akan mati.

1027
01:14:10,279 --> 01:14:11,989
Mereka dah bunuh Israel.

1028
01:14:12,698 --> 01:14:15,993
Ibu saya sedih
apabila William diterima masuk askar.

1029
01:14:16,076 --> 01:14:19,246
William tanya,
"Ibu benarkan saya masuk tentera?"

1030
01:14:19,746 --> 01:14:25,085
Saya jawab, "Terserahlah.
Ibu tak suruh, ibu tak larang."

1031
01:14:25,586 --> 01:14:28,297
Saya risau mereka akan bunuh dia juga.

1032
01:14:28,964 --> 01:14:31,884
"Terserahlah."
Dia kata, "Ibu, izinkan saya pergi.

1033
01:14:32,885 --> 01:14:35,137
Saya nak berbakti.

1034
01:14:35,220 --> 01:14:37,431
Saya nak dapat rekod khidmat tentera

1035
01:14:37,514 --> 01:14:40,559
dan berhijrah ke Bogotá
selepas tamat perkhidmatan."

1036
01:14:41,059 --> 01:14:46,482
Saya ingat hari Wilber datang
selepas empat bulan saya di sana.

1037
01:14:46,565 --> 01:14:51,904
Saya cemburu
tengok dia pakai uniform askar.

1038
01:14:51,987 --> 01:14:56,325
Saya beritahu ibu dan ayah
yang saya pun nak masuk askar.

1039
01:14:57,159 --> 01:14:59,828
Kami ditugaskan di selatan Bolívar.

1040
01:14:59,912 --> 01:15:03,165
Di selatan Bolívar, kami…

1041
01:15:03,248 --> 01:15:04,625
Kami jadi makin rapat.

1042
01:15:04,708 --> 01:15:09,296
Kami belajar untuk lebih menghargai
kerana kami selalu bergaduh semasa kecil.

1043
01:15:09,379 --> 01:15:10,756
Setibanya di sana,

1044
01:15:10,839 --> 01:15:16,053
mungkin kerana itu kawasan musuh,

1045
01:15:16,136 --> 01:15:19,306
saya jadi semakin rapat dengan dia.

1046
01:15:19,890 --> 01:15:25,854
Akhirnya, saya tak boleh terus berkhidmat
dan terpaksa bersara awal.

1047
01:15:29,399 --> 01:15:31,652
Saya tumpang rumah
ibu pembaptisan saya di Bogotá.

1048
01:15:31,735 --> 01:15:33,695
Dia jual arepa.

1049
01:15:33,779 --> 01:15:37,366
Dia ajar saya resipi
dan cara pembuatannya.

1050
01:15:37,449 --> 01:15:39,535
Akhirnya, saya kerja dengan dia.

1051
01:15:39,618 --> 01:15:43,747
Saya buka gerai tepi jalan.
Saya jual arepa di tepi jalan di Bogotá.

1052
01:15:43,830 --> 01:15:46,833
Ia buka peluang lain dalam hidup saya.

1053
01:15:47,751 --> 01:15:50,295
Dari situ, saya belajar melapah daging.

1054
01:15:54,007 --> 01:15:56,218
Kemudian, dia ajak Wilber.

1055
01:15:56,301 --> 01:15:58,887
Dia ajak Wilder berhijrah ke Bogotá.

1056
01:15:58,971 --> 01:16:03,767
Dia ajak adik-beradik dia yang lain,
tapi mereka tak nak berhijrah.

1057
01:16:05,769 --> 01:16:08,438
Seseorang dilahirkan
dengan kandungan genetik

1058
01:16:08,522 --> 01:16:15,529
dan kandungan genetik itulah
yang dorong seseorang untuk buat sesuatu.

1059
01:16:16,238 --> 01:16:18,574
Apa khabar? Apa khabar, Don Félix?

1060
01:16:18,657 --> 01:16:23,912
William tiada pendidikan,
tapi dia ada semangat.

1061
01:16:23,996 --> 01:16:28,041
Kemudian, dia belajar,
dapat ijazah undang-undang

1062
01:16:28,125 --> 01:16:30,836
dan Sarjana Undang-undang Perlembagaan.

1063
01:16:30,919 --> 01:16:33,463
Dia ada azam yang tinggi
macam kembarnya, Jorge.

1064
01:16:34,590 --> 01:16:38,468
Selepas tahu cerita William

1065
01:16:39,052 --> 01:16:41,805
yang mereka berdua sambung belajar,

1066
01:16:41,888 --> 01:16:44,725
saya tetapkan matlamat
dalam hidup saya dan kata,

1067
01:16:45,225 --> 01:16:47,811
"Aku pun nak jadi macam mereka."

1068
01:16:47,894 --> 01:16:48,812
Kawan!

1069
01:16:49,396 --> 01:16:53,609
Saya guna simpanan bekerja
di kedai daging untuk sambung belajar.

1070
01:16:56,111 --> 01:16:57,154
William.

1071
01:16:57,237 --> 01:16:59,406
- Kawan, apa khabar?
- Sihat!

1072
01:16:59,489 --> 01:17:06,371
Sekarang, dia dah bergelar peguam.
Azam dan kesungguhan dia sangat tinggi.

1073
01:17:06,455 --> 01:17:09,207
- Okey, Feiser.
- Terima kasih, kawan.

1074
01:17:09,291 --> 01:17:11,084
- Berkat Tuhan.
- Amin.

1075
01:17:11,168 --> 01:17:12,544
- Selamat jalan.
- Jumpa lagi.

1076
01:17:13,295 --> 01:17:17,674
Antara semua adik-beradik
yang membesar dengan saya,

1077
01:17:18,175 --> 01:17:22,554
saya seorang saja
yang ada ijazah buat masa ini.

1078
01:17:27,100 --> 01:17:29,853
Saya ada ijazah undang-undang.

1079
01:17:30,646 --> 01:17:35,192
Malah, saya dapat peluang untuk mengkhusus
dalam undang-undang perlembagaan

1080
01:17:35,275 --> 01:17:38,987
dan ketika itulah saya buat keputusan
untuk balik ke La Paz.

1081
01:17:39,571 --> 01:17:43,533
Saya terpilih sebagai ahli majlis,
berdasarkan undian popular.

1082
01:17:43,617 --> 01:17:47,371
WILLIAM CAÑAS VELASCO
PRESIDEN

1083
01:17:49,873 --> 01:17:52,292
Saya dapat berbakti

1084
01:17:52,376 --> 01:17:56,713
dan beri inspirasi kepada penduduk
di La Paz yang nak ubah nasib mereka,

1085
01:17:56,797 --> 01:17:57,881
macam saya.

1086
01:18:09,893 --> 01:18:13,855
Saya bekerja sebagai akauntan awam
yang mengkhusus dalam percukaian.

1087
01:18:13,939 --> 01:18:16,024
Saya juga buat kajian tambahan.

1088
01:18:16,525 --> 01:18:20,946
Saya bekerja sebagai timbalan
pengarah kewangan untuk kesatuan sekerja.

1089
01:18:21,029 --> 01:18:24,825
Selain bekerja, saya juga suka bersukan.

1090
01:18:24,908 --> 01:18:28,704
Saya suka main bola keranjang,
berenang dan CrossFit.

1091
01:18:35,335 --> 01:18:38,797
Sekarang, saya bekerja
sebagai pelapah daging.

1092
01:18:39,464 --> 01:18:43,927
Saya betul-betul suka kerja ini
dan saya gembira dengan kerja saya.

1093
01:18:44,010 --> 01:18:46,847
Satu hari nanti,
saya nak buka kedai sendiri

1094
01:18:46,930 --> 01:18:50,183
dan maju ke hadapan macam biasa.
Tenang-tenang saja.

1095
01:18:57,399 --> 01:19:01,153
Kita mesti berfikiran terbuka
untuk faham dan terima

1096
01:19:01,236 --> 01:19:06,283
bahawa dalam sekelip mata,
sesuatu boleh ubah hidup kita.

1097
01:19:09,077 --> 01:19:12,372
Pada masa itu, saya rasa saya "unik".

1098
01:19:12,456 --> 01:19:15,333
Saya rasa tiada orang lain sehebat saya,

1099
01:19:15,417 --> 01:19:19,337
tapi ternyata, saya silap.
Ia betul-betul membuka mata saya.

1100
01:19:19,880 --> 01:19:22,215
Saya tak seunik yang saya sangka,

1101
01:19:22,299 --> 01:19:26,261
malah saya jumpa kembar kandung saya.

1102
01:19:26,803 --> 01:19:29,431
Itulah pengajaran yang saya dapat.

1103
01:19:50,327 --> 01:19:52,996
Selepas beberapa tahun berlalu,

1104
01:19:53,497 --> 01:19:58,126
saya tumpang gembira
melihat hubungan baik sesama mereka,

1105
01:19:59,419 --> 01:20:01,671
Jorge dan William, Carlos dan Wilber.

1106
01:20:01,755 --> 01:20:06,301
Rasa bersalah itu hilang
dan saya tak menyesali apa-apa pun.

1107
01:20:16,061 --> 01:20:18,480
- Terima kasih, Encik Ciro!
- Sama-sama.

1108
01:20:18,563 --> 01:20:19,648
- Sini?
- Ya.

1109
01:20:22,776 --> 01:20:23,860
Hai, ibu!

1110
01:20:26,988 --> 01:20:27,989
Gurau saja!

1111
01:20:28,698 --> 01:20:30,492
- Tutup pintu.
- Terima kasih.

1112
01:20:30,575 --> 01:20:32,285
- Puan Anita!
- Carlitos, apa khabar?

1113
01:20:32,369 --> 01:20:34,871
William tak nak beritahu. Marah dia.

1114
01:20:35,413 --> 01:20:37,040
- Hai, Carlitos.
- William!

1115
01:20:37,123 --> 01:20:38,124
Apa khabar, ibu?

1116
01:20:38,208 --> 01:20:40,627
- Anak ibu. Apa khabar?
- Saya sihat, bu.

1117
01:20:40,710 --> 01:20:45,924
Saya dapat tahu yang empat beradik itu,
terutamanya William dan Carlos,

1118
01:20:46,424 --> 01:20:49,469
terkejut semasa kali pertama
dapat tahu hal sebenar.

1119
01:20:50,095 --> 01:20:53,557
Mereka dibesarkan
dalam keluarga orang lain,

1120
01:20:54,266 --> 01:20:58,645
tapi hikmah di sebalik semua ini,
hubungan mereka semakin erat.

1121
01:20:58,728 --> 01:21:00,355
Mereka kembar empat.

1122
01:21:00,438 --> 01:21:02,983
Mereka saling menyayangi.
Itu pengajarannya.

1123
01:21:08,446 --> 01:21:12,909
Lagu ini untuk Doña Anita
dan Doña Luz Marina,

1124
01:21:13,702 --> 01:21:16,746
dua wanita hebat
yang melahirkan dua pasang kembar.

1125
01:21:17,247 --> 01:21:18,331
Dengarkan.

1126
01:21:20,625 --> 01:21:24,212
Dengarkan cerita ini
Cerita tentang sesuatu

1127
01:21:24,296 --> 01:21:27,966
Sesuatu yang mengejutkan
Sesuatu yang takkan dilupakan

1128
01:21:28,049 --> 01:21:31,344
Kisah si kembar
Yang menggemparkan Colombia

1129
01:21:33,179 --> 01:21:36,683
Tanggal 21 Disember
Tahun 1988

1130
01:21:36,766 --> 01:21:40,312
Empat bayi lelaki lahir ke dunia
Ceritanya bermula

1131
01:21:40,395 --> 01:21:44,024
Dek kesilapan hospital
Yang mengubah takdir mereka

1132
01:21:44,107 --> 01:21:48,028
Dek kesilapan hospital
Yang mengubah takdir mereka

1133
01:21:49,404 --> 01:21:53,033
Keempat-empat anak itu
Saling menyayangi hari ini

1134
01:21:53,116 --> 01:21:56,536
Kini mereka empat bersaudara
Tiada yang mampu memisahkan

1135
01:21:56,620 --> 01:22:00,040
Dua orang ibu hebat
Lahirkan mereka ke dunia

1136
01:22:00,123 --> 01:22:04,044
Dua orang ibu hebat
Lahirkan mereka ke dunia

1137
01:22:06,046 --> 01:22:09,758
Wilber dan Carlos
Dilahirkan di sini, di tanahku

1138
01:22:09,841 --> 01:22:13,428
Di La Paz, Santander
Di kampung nan indah

1139
01:22:13,511 --> 01:22:17,641
Di mana orang-orangnya merendah diri
Positif, tak kira apa pun…

1140
01:22:17,724 --> 01:22:20,018
Sekarang, selepas sepuluh tahun,

1141
01:22:20,101 --> 01:22:23,480
setiap hari saya tanya diri
tentang masa depan kami.

1142
01:22:23,980 --> 01:22:25,899
Saya cuba berlapang dada.

1143
01:22:25,982 --> 01:22:29,736
Sekarang,
saya ada dua adik-beradik baharu.

1144
01:22:30,236 --> 01:22:33,823
25 tahun kemudian
Pada satu hari, kawannya Jorge

1145
01:22:33,907 --> 01:22:37,327
Terkejut besar
Apabila ternampak William

1146
01:22:37,410 --> 01:22:40,705
Ketika itulah bermulanya
Cerita yang kita semua tahu

1147
01:22:40,789 --> 01:22:45,043
Ketika itulah bermulanya
Cerita yang kita semua tahu

1148
01:22:46,211 --> 01:22:49,631
Bersatu semula hari ini
Menikmati hidup masing-masing

1149
01:22:49,714 --> 01:22:53,176
Kata ibu dan ayah,
"Keluarga kita semakin besar"

1150
01:22:53,259 --> 01:22:56,972
Hari ini mereka kebanggaan La Paz
Kisah ini kekal selamanya

1151
01:22:57,055 --> 01:23:00,767
Hari ini mereka kebanggaan La Paz
Kisah ini kekal selamanya

1152
01:24:27,604 --> 01:24:31,399
Terjemahan sari kata oleh Saffura



