1
00:00:49,048 --> 00:00:50,550
MAJLIS BANDARAYA CHUNGJU

2
00:00:50,633 --> 00:00:53,720
Seminar ini akan berakhir di sini.

3
00:00:53,803 --> 00:00:57,390
Ucapan terima kasih kepada
ahli-ahli panel yang datang dari Seoul.

4
00:00:57,474 --> 00:00:59,517
Pengerusi Parti Daehan Woo Jin-seok,

5
00:01:00,268 --> 00:01:01,811
Ahli Dewan Nam Joong-do

6
00:01:01,895 --> 00:01:03,730
dan Ahli Dewan Son Yeong-gyun.

7
00:01:03,813 --> 00:01:05,231
Sila berikan tepukan.

8
00:01:08,610 --> 00:01:11,196
SEMINAR TANGANI
JENAYAH SEKSUAL DIGITAL

9
00:01:15,241 --> 00:01:16,201
Pengerusi Woo.

10
00:01:16,910 --> 00:01:18,912
Tentu awak sangat sibuk hari ini.

11
00:01:18,995 --> 00:01:20,121
Terima kasih datang.

12
00:01:20,205 --> 00:01:21,664
Tentulah kami datang.

13
00:01:21,748 --> 00:01:24,042
Terima kasih kerana aturkan acara ini.

14
00:01:24,125 --> 00:01:24,959
Sama-sama.

15
00:01:25,460 --> 00:01:28,088
Saya simpati terhadap Ahli Dewan Ko.

16
00:01:28,171 --> 00:01:29,589
Dia tak bersalah.

17
00:01:29,672 --> 00:01:30,924
Apabila memandu,

18
00:01:31,007 --> 00:01:32,258
walaupun kita tak salah,

19
00:01:32,342 --> 00:01:34,803
- kemalangan masih berlaku.
- Ia langgar lari.

20
00:01:36,179 --> 00:01:39,224
Tambahan pula,
isteri dia berdiam diri selama tiga hari.

21
00:01:39,849 --> 00:01:42,727
Walaupun tak bersalah,
dia tetap akan terkena tempias.

22
00:01:43,853 --> 00:01:45,939
Keluarga ahli politik jadi perhatian juga.

23
00:01:46,689 --> 00:01:49,442
Jika berdiam saja,
ia akan jejaskan pilihan raya.

24
00:01:49,526 --> 00:01:50,485
Betul.

25
00:01:51,069 --> 00:01:53,321
Keluar daripada parti saja tak memadai.

26
00:01:53,404 --> 00:01:55,365
Dia perlu letak jawatan.

27
00:01:55,448 --> 00:01:56,407
Betul.

28
00:01:57,283 --> 00:01:58,493
Jika difikirkan,

29
00:01:58,576 --> 00:02:02,997
calon ahli politik terbaik
ialah orang bujang tanpa ibu bapa.

30
00:02:03,873 --> 00:02:05,959
Bebas daripada masalah keluarga.

31
00:02:06,042 --> 00:02:08,419
Bujang, tapi bukan duda atau janda.

32
00:02:08,503 --> 00:02:10,213
Walaupun zaman dah berubah,

33
00:02:10,296 --> 00:02:12,799
perkara terburuk bagi ahli politik
adalah bercerai.

34
00:02:12,882 --> 00:02:16,219
Taklah, anak-anak
yang buat masalah jauh lebih teruk.

35
00:02:16,302 --> 00:02:19,347
Jika mereka gagal
mendidik anak-anak dengan baik,

36
00:02:19,430 --> 00:02:21,683
bagaimana orang ramai akan…

37
00:02:21,766 --> 00:02:23,977
Betul, kerjaya beberapa ahli politik

38
00:02:24,060 --> 00:02:26,146
hampir musnah kerana anak-anak…

39
00:02:28,231 --> 00:02:29,274
Oh, ya.

40
00:02:31,276 --> 00:02:33,194
Ahli politik yang berkebolehan

41
00:02:33,278 --> 00:02:36,698
perlu pandai menukar
sesebuah krisis menjadi peluang.

42
00:02:37,282 --> 00:02:38,449
Sudah tentu.

43
00:02:38,533 --> 00:02:41,286
Saya minta diri dulu.

44
00:02:44,038 --> 00:02:45,999
Kita jumpa di luar.

45
00:02:52,881 --> 00:02:55,425
Jika belum kahwin, "Kenapa tak kahwin?"

46
00:02:55,508 --> 00:02:58,011
Jika belum ada anak, "Kenapa tiada anak?"

47
00:02:58,094 --> 00:03:01,514
Walau apa jua yang kita lakukan,
kita tetap akan dikritik.

48
00:03:01,598 --> 00:03:03,224
Inilah nasib ahli politik.

49
00:03:06,185 --> 00:03:07,020
Betul.

50
00:03:07,687 --> 00:03:09,814
Saya cuma perlu tabah menghadapinya.

51
00:03:11,316 --> 00:03:13,568
Pengerusi Woo, mari pergi makan.

52
00:03:15,987 --> 00:03:18,615
Awak berulang dari Youngsan setiap hari?

53
00:03:18,698 --> 00:03:21,326
Ya, dekat saja.
Dalam 40 minit dengan kereta.

54
00:03:21,910 --> 00:03:22,785
Mari pergi.

55
00:03:26,164 --> 00:03:27,081
<i>Ya.</i>

56
00:03:28,041 --> 00:03:29,959
<i>Maaf panggilan ini mengejut.</i>

57
00:03:30,043 --> 00:03:31,544
Boleh makan malam bersama?

58
00:03:32,545 --> 00:03:34,923
Saya akan sampai dalam masa sejam.

59
00:03:35,506 --> 00:03:36,341
Baiklah.

60
00:03:53,233 --> 00:03:55,026
ILHWADANG

61
00:04:00,907 --> 00:04:02,075
En. Choi.

62
00:04:02,992 --> 00:04:04,244
Helo.

63
00:04:04,827 --> 00:04:05,912
Helo.

64
00:04:06,579 --> 00:04:09,624
Saya tahu ini mengejut.
Terima kasih luangkan masa.

65
00:04:09,707 --> 00:04:10,959
Tak mengapa.

66
00:04:11,042 --> 00:04:13,461
Tiada masalah ketika awak datang ke sini?

67
00:04:14,045 --> 00:04:15,004
Tiada.

68
00:04:15,505 --> 00:04:16,339
Silakan.

69
00:04:20,802 --> 00:04:21,970
Seung-hee.

70
00:04:22,053 --> 00:04:23,554
Apa awak buat di sini?

71
00:04:28,977 --> 00:04:31,062
Ahli Dewan Nam Joong-do.

72
00:04:31,938 --> 00:04:32,981
Tak sangka pula.

73
00:04:33,898 --> 00:04:35,566
Helo, saya…

74
00:04:38,403 --> 00:04:39,362
Dia dah sampai.

75
00:04:44,284 --> 00:04:45,451
Hei.

76
00:04:46,244 --> 00:04:47,078
Sayang.

77
00:05:04,137 --> 00:05:05,930
KESAKITAN

78
00:05:15,648 --> 00:05:18,526
{\an8}Ahli dewan yang ketengahkan
isu pembelian tanah mak.

79
00:05:19,110 --> 00:05:19,944
{\an8}Dialah orangnya.

80
00:05:21,029 --> 00:05:23,448
{\an8}Kami pernah berjumpa sekali dan berbincang

81
00:05:23,531 --> 00:05:26,117
{\an8}dan tiba-tiba dia telefon
mengatakan dia berdekatan.

82
00:05:26,200 --> 00:05:28,703
{\an8}Awak tak tahu dia suami Kim Jae-eun?

83
00:05:30,872 --> 00:05:31,748
{\an8}Tak.

84
00:05:32,498 --> 00:05:33,541
Saya tak tahu.

85
00:06:00,026 --> 00:06:02,612
Saya tahu dia berasal dari Youngsan,

86
00:06:03,112 --> 00:06:04,530
tapi tak sangka awak berdua…

87
00:06:05,156 --> 00:06:08,242
Maksud saya, bertiga.
Tak sangka kamu rakan sekolah.

88
00:06:09,118 --> 00:06:13,206
Saya tak sangka
dia akan kahwini seorang ahli dewan.

89
00:06:15,917 --> 00:06:17,752
Bagaimana kamu berkenalan?

90
00:06:18,419 --> 00:06:19,670
Bila kamu berkahwin?

91
00:06:20,797 --> 00:06:22,715
Kami kenal ketika jadi sukarelawan.

92
00:06:23,800 --> 00:06:25,051
Kami dah berkahwin…

93
00:06:25,134 --> 00:06:26,594
Sudah 16 tahun, bukan?

94
00:06:29,555 --> 00:06:30,681
Sudah lama.

95
00:06:32,016 --> 00:06:33,559
Awak buat kerja sukarela.

96
00:06:34,310 --> 00:06:36,479
Boleh saya tahu kerjaya asal awak?

97
00:06:36,562 --> 00:06:38,981
Saya peguam di sebuah firma guaman kecil.

98
00:06:42,360 --> 00:06:43,736
Seorang peguam.

99
00:06:44,654 --> 00:06:46,906
Saya yang jatuh hati

100
00:06:47,490 --> 00:06:48,533
dan pikat dia.

101
00:06:53,371 --> 00:06:54,288
Tak pelik pun.

102
00:06:55,373 --> 00:06:57,583
Dia memang popular sejak dulu.

103
00:06:59,544 --> 00:07:00,837
Yakah?

104
00:07:01,921 --> 00:07:03,297
Saya dah agak.

105
00:07:06,676 --> 00:07:07,760
Jae-eun…

106
00:07:08,970 --> 00:07:10,721
Awak tahu dia tukar nama, bukan?

107
00:07:10,805 --> 00:07:12,223
Ya, saya tahu.

108
00:07:13,683 --> 00:07:16,227
Kami putus hubungan selepas sekolah.

109
00:07:16,310 --> 00:07:18,229
Baru-baru ini, saya tengok berita

110
00:07:18,312 --> 00:07:19,814
dan terus kenal dia.

111
00:07:23,234 --> 00:07:24,485
Oh, ya. Berita itu.

112
00:07:26,070 --> 00:07:29,115
Ya, tentang anak awak.

113
00:07:34,328 --> 00:07:35,580
Saya agak lewat,

114
00:07:36,414 --> 00:07:37,915
tapi takziah.

115
00:07:41,043 --> 00:07:42,044
Terima kasih.

116
00:07:50,720 --> 00:07:52,638
Saya pernah baca sebuah buku.

117
00:07:53,681 --> 00:07:57,477
Buku itu mengukur dan menyenaraikan
pelbagai jenis kesakitan psikologi

118
00:07:58,561 --> 00:08:01,898
yang disebabkan oleh insiden berbeza
dalam hidup manusia.

119
00:08:02,482 --> 00:08:06,110
Hukuman penjara,
kecurangan pasangan, perceraian…

120
00:08:07,111 --> 00:08:08,988
Itu antaranya.

121
00:08:09,906 --> 00:08:13,284
Saya tak ingat sangat
kedudukan setiap insiden,

122
00:08:14,952 --> 00:08:18,122
tapi perkara paling
menyakitkan bagi manusia…

123
00:08:22,293 --> 00:08:24,170
adalah kematian ahli keluarga.

124
00:08:30,551 --> 00:08:32,011
Saya dah alaminya.

125
00:08:34,013 --> 00:08:35,556
Saya tak mahu alami yang lain.

126
00:08:38,226 --> 00:08:40,019
Saya harap awak berdua

127
00:08:41,062 --> 00:08:43,064
tak perlu hadapi

128
00:08:43,648 --> 00:08:45,983
sebarang insiden yang awak sebut tadi.

129
00:08:48,653 --> 00:08:49,487
Ya.

130
00:08:50,571 --> 00:08:51,989
Saya harap begitulah.

131
00:08:54,867 --> 00:08:56,118
Saya harap tidak lagi.

132
00:09:19,016 --> 00:09:19,976
Mak cik,

133
00:09:20,059 --> 00:09:23,145
kawan-kawan saya asyik puji ayah kacak.

134
00:09:23,938 --> 00:09:26,065
Secara jujurnya, saya tak pasti.

135
00:09:27,149 --> 00:09:30,111
Mak cik, ayah popular sewaktu muda dulu?

136
00:09:31,487 --> 00:09:32,488
Entahlah.

137
00:09:33,281 --> 00:09:34,365
Mak cik tak ingat.

138
00:09:34,448 --> 00:09:36,534
Mak cik berjiran. Kenapa tak ingat?

139
00:09:37,535 --> 00:09:39,912
Apa-apa pun, itu tak penting.

140
00:09:39,996 --> 00:09:40,913
Yang penting,

141
00:09:40,997 --> 00:09:43,791
orang ramai suka ayah sebab ayah adil.

142
00:09:43,874 --> 00:09:45,376
Macam mana awak tahu?

143
00:09:45,876 --> 00:09:48,337
Tentang apa? Yang dia popular?

144
00:09:50,715 --> 00:09:53,217
Bagaimana awak tahu yang dia adil?

145
00:09:54,051 --> 00:09:55,970
- Ada bukti?
- Awak tak nampak?

146
00:09:56,512 --> 00:09:59,682
Kes pelajar perubatan yang bunuh diri.

147
00:09:59,765 --> 00:10:01,976
Mereka kata ayah layak
terima Hadiah Nobel.

148
00:10:02,059 --> 00:10:02,893
Mak cik dah sudah.

149
00:10:03,477 --> 00:10:05,021
Kemas jika dah selesai.

150
00:10:05,688 --> 00:10:06,772
Mak cik.

151
00:10:06,856 --> 00:10:08,316
Saya dah selesai.

152
00:10:10,026 --> 00:10:12,445
- Apa kata saya cuci?
- Sudahlah.

153
00:10:12,528 --> 00:10:14,196
- Kita buat bersama.
- Sudahlah.

154
00:10:14,280 --> 00:10:15,698
Tak, biar saya bayar.

155
00:10:15,781 --> 00:10:17,199
- Saya bayar.
- Tak apa.

156
00:10:17,283 --> 00:10:19,076
Saya yang ajak awak jumpa.

157
00:10:19,160 --> 00:10:19,994
Ambil kad saya.

158
00:10:21,871 --> 00:10:24,707
Hari ini, saya belanja.
Lain kali, giliran awak.

159
00:10:24,790 --> 00:10:25,875
Baiklah.

160
00:10:26,792 --> 00:10:28,002
Jumpa lagi nanti.

161
00:10:29,962 --> 00:10:32,340
Kami akan belanja kamu lain kali.

162
00:10:32,423 --> 00:10:34,133
Baiklah, harap kita jumpa lagi.

163
00:10:38,763 --> 00:10:39,847
PARLIMEN

164
00:10:40,931 --> 00:10:41,974
Oh, ya.

165
00:10:42,600 --> 00:10:44,852
Saya teringin melawat Parlimen.

166
00:10:46,312 --> 00:10:48,230
Sudah tentu.

167
00:10:50,650 --> 00:10:51,859
Mahu ke tandas?

168
00:11:07,583 --> 00:11:08,584
Seung-hee.

169
00:11:08,668 --> 00:11:11,629
Saya tak terlibat dengan
urusan kerja suami saya.

170
00:11:11,712 --> 00:11:14,006
Saya tak tahu mereka saling mengenali

171
00:11:14,090 --> 00:11:15,883
atau sebab mereka berjumpa.

172
00:11:21,222 --> 00:11:23,349
Panjang betul alasan awak.

173
00:11:23,849 --> 00:11:24,683
Kenapa?

174
00:11:24,767 --> 00:11:26,102
Apa yang awak takutkan?

175
00:11:26,852 --> 00:11:29,522
Suami awak ragut nyawa orang,
sama macam awak.

176
00:11:30,106 --> 00:11:32,316
Hal bertambah rumit
jika hal awak terdedah?

177
00:11:32,817 --> 00:11:34,068
Seung-hee, itu…

178
00:11:34,151 --> 00:11:36,779
Awak suami isteri memang serupa.

179
00:11:38,989 --> 00:11:40,574
Paling tak masuk akal,

180
00:11:41,367 --> 00:11:44,620
awak jatuh cinta dan berkahwin
dalam masa beberapa tahun

181
00:11:45,413 --> 00:11:46,831
selepas Seung-ho pergi?

182
00:11:48,624 --> 00:11:51,210
Jika saya ditimpa sesuatu
sampai perlu ke balai polis,

183
00:11:51,293 --> 00:11:54,964
sepuluh tahun pun belum tentu
saya boleh bercinta atau berkahwin.

184
00:11:55,047 --> 00:11:57,716
Bukankah awak sepatutnya alami trauma?

185
00:11:57,800 --> 00:12:01,303
Bagaimana awak boleh bercinta
dan berkahwin begitu cepat?

186
00:12:07,143 --> 00:12:08,602
Kita perlu adil.

187
00:12:09,812 --> 00:12:13,983
Keluarga saya musnah kerana awak,

188
00:12:14,066 --> 00:12:16,026
tapi awak hidup gembira.

189
00:12:17,611 --> 00:12:19,238
Ini terlalu tak adil.

190
00:12:20,156 --> 00:12:21,323
Betul tak?

191
00:12:27,663 --> 00:12:29,248
Datang ke Youngsan esok.

192
00:12:30,291 --> 00:12:31,667
Datang

193
00:12:31,750 --> 00:12:33,502
dan minta maaf kepada mak saya.

194
00:12:33,586 --> 00:12:36,547
Minta maaf sebab
memfitnah Seung-ho kerana duit

195
00:12:37,381 --> 00:12:39,175
dan memaksa dia bunuh diri.

196
00:12:41,302 --> 00:12:42,678
Minta maaf atas segalanya.

197
00:12:45,556 --> 00:12:46,390
Kenapa?

198
00:12:47,558 --> 00:12:48,392
Tak boleh?

199
00:12:49,185 --> 00:12:50,811
Apa patut saya buat?

200
00:12:51,479 --> 00:12:53,189
Mahu saya pasang kain rentang

201
00:12:53,272 --> 00:12:55,483
dan edarkan risalah
tentang perbuatan awak?

202
00:12:55,566 --> 00:12:56,400
Bukan.

203
00:12:56,942 --> 00:12:58,277
Saya boleh guna Internet.

204
00:13:00,404 --> 00:13:01,655
Kim Jae-eun.

205
00:13:03,199 --> 00:13:07,036
Suami awak seorang ahli dewan.
Pilihan raya semakin hampir.

206
00:13:08,621 --> 00:13:10,331
Nak tengok apa akan jadi?

207
00:13:11,332 --> 00:13:12,166
Seung-hee.

208
00:13:12,917 --> 00:13:15,294
Ini hal kita. Suami saya…

209
00:13:15,377 --> 00:13:17,755
Jangan berangan untuk larikan diri lagi.

210
00:13:19,089 --> 00:13:20,674
Datang dan minta maaf esok.

211
00:13:21,467 --> 00:13:24,428
Melutut dan minta maaf
kepada mak saya, Kim Jae-eun.

212
00:13:46,951 --> 00:13:47,785
Jae-eun.

213
00:13:48,494 --> 00:13:49,620
Seoul

214
00:13:49,703 --> 00:13:52,623
terlalu mahal walaupun
awak terima biasiswa.

215
00:13:53,374 --> 00:13:54,375
Jadi…

216
00:13:54,458 --> 00:13:55,459
MARKAH CSAT 2003

217
00:13:55,543 --> 00:13:56,502
Nah.

218
00:13:56,585 --> 00:13:59,338
Mohon ke Universiti Gyeongji
untuk Kampus Cheongju, ya?

219
00:14:00,798 --> 00:14:01,757
Baiklah.

220
00:14:02,299 --> 00:14:03,342
Bagus!

221
00:14:03,926 --> 00:14:06,178
Jin Seung-ho dah diterima ke SNU!

222
00:14:06,262 --> 00:14:10,724
Jin Seung-ho dari kelas saya
akan ke Fakulti Undang-undang!

223
00:14:13,143 --> 00:14:15,020
Dia akan ke SNU.

224
00:14:16,605 --> 00:14:18,941
- Hebat.
- Saya cikgu dia.

225
00:14:19,024 --> 00:14:20,317
Seung-hee.

226
00:14:20,985 --> 00:14:23,070
Kembar awak akan jadi
pelajar undang-undang.

227
00:14:23,153 --> 00:14:24,405
Awak pula?

228
00:14:24,488 --> 00:14:25,948
Cikgu.

229
00:14:26,031 --> 00:14:28,492
Cukuplah dengan mak saya
membandingkan kami.

230
00:14:30,536 --> 00:14:32,329
Kenapa mereka umumkan hari ini?

231
00:14:32,413 --> 00:14:34,164
Mak dah janji nak bawa saya beli baju.

232
00:14:35,374 --> 00:14:38,377
Tak sangka Seung-ho diterima ke SNU.

233
00:14:39,545 --> 00:14:42,172
Mak saya tak boleh hidup tanpa dia.

234
00:14:42,256 --> 00:14:45,050
Saya harap Seung-ho
jatuh cinta dengan seseorang

235
00:14:45,134 --> 00:14:47,720
dan tergila-gilakan dia
sampai mengabaikan mak.

236
00:14:49,763 --> 00:14:52,641
Tapi jika dia jatuh cinta,
mak saya akan pengsan.

237
00:14:56,353 --> 00:14:57,354
Jae-eun.

238
00:14:57,897 --> 00:14:59,064
Apa pendapat awak?

239
00:15:00,357 --> 00:15:02,610
- Apa?
- Secara jujurnya,

240
00:15:02,693 --> 00:15:06,530
Seung-ho boleh dikatakan ada rupa juga.

241
00:15:06,614 --> 00:15:08,741
Mak suka awak juga.

242
00:15:08,824 --> 00:15:12,077
Tentu mak lebih suka awak
berbanding gadis di Seoul

243
00:15:12,161 --> 00:15:13,245
- dan saya…
- Tak nak.

244
00:15:14,371 --> 00:15:15,748
Jangan cakap sembarangan.

245
00:15:17,958 --> 00:15:18,792
Saya bergurau.

246
00:15:19,668 --> 00:15:21,503
Kenapa serius sangat?

247
00:15:22,880 --> 00:15:23,797
Betul juga.

248
00:15:23,881 --> 00:15:26,467
Dia mungkin popular, tapi saya tahu

249
00:15:27,468 --> 00:15:29,011
awak menyampah dengan dia.

250
00:15:30,179 --> 00:15:31,931
Sahlah awak kawan saya.

251
00:15:34,224 --> 00:15:36,268
- Ke Eupnae-dong.
- Baiklah.

252
00:15:36,352 --> 00:15:38,145
- Awak naik bas?
- Ya.

253
00:15:38,228 --> 00:15:40,189
- Jumpa lagi.
- Okey.

254
00:15:41,190 --> 00:15:42,483
Kim Jae-eun sayang!

255
00:15:43,067 --> 00:15:44,276
Jumpa esok.

256
00:15:44,360 --> 00:15:45,319
Selamat tinggal.

257
00:15:45,402 --> 00:15:47,237
- Boleh bertolak.
- Baiklah.

258
00:15:47,321 --> 00:15:48,238
Sayang awak!

259
00:16:05,089 --> 00:16:07,174
RUMAH ANAK YATIM YOUNGSAN

260
00:16:37,121 --> 00:16:40,040
Pelajar tahun akhir
Sekolah Tinggi Youngsan.

261
00:16:41,583 --> 00:16:43,711
Nama dia Jin Seung-ho.

262
00:16:51,385 --> 00:16:52,845
<i>Awak bunuh dia.</i>

263
00:16:53,929 --> 00:16:55,180
Pembunuh.

264
00:16:56,890 --> 00:16:59,184
Awak fitnah Seung-ho untuk duit kolej.

265
00:16:59,268 --> 00:17:01,729
Seung-hee, tak.
Kenapa saya nak fitnah dia?

266
00:17:01,812 --> 00:17:03,522
Jangan bohong!

267
00:17:06,233 --> 00:17:07,735
Awak bunuh Seung-ho.

268
00:17:44,021 --> 00:17:46,023
Dulu, awak rapat dengan isteri saya?

269
00:17:48,400 --> 00:17:52,237
Tak. Kami sekadar rakan sekelas.

270
00:17:52,946 --> 00:17:54,615
Ini kali pertama kami berjumpa.

271
00:17:55,365 --> 00:17:58,243
Tapi awak masih cam dia
walaupun dah 20 tahun.

272
00:18:02,706 --> 00:18:07,044
Isteri saya tak tahu apa-apa
tentang perbincangan kita.

273
00:18:07,544 --> 00:18:11,548
Kami suami isteri tak bercerita
tentang urusan kerja saya.

274
00:18:12,132 --> 00:18:15,052
Mungkin bunyinya
agak menghairankan bagi awak.

275
00:18:17,429 --> 00:18:20,724
Cik Jin kata dia ternampak
isteri saya dalam berita.

276
00:18:21,308 --> 00:18:23,519
Sebelum kematian anak kami,

277
00:18:24,103 --> 00:18:27,523
dia tak pernah muncul dalam media
atau acara rasmi.

278
00:18:27,606 --> 00:18:29,441
Dia tak sertai kempen saya juga.

279
00:18:30,192 --> 00:18:32,736
Itu syarat dia untuk saya berpolitik

280
00:18:33,445 --> 00:18:36,490
dan saya bercadang
untuk terus hormati permintaan dia.

281
00:18:39,159 --> 00:18:40,119
Bermakna,

282
00:18:40,828 --> 00:18:45,082
isteri saya takkan mempengaruhi
kegiatan politik saya.

283
00:18:48,293 --> 00:18:52,131
Ya, saya faham maksud awak.

284
00:18:52,714 --> 00:18:54,258
Saya takkan hubungi Jae-eun…

285
00:18:55,676 --> 00:18:56,593
Maksud saya,

286
00:18:57,094 --> 00:18:59,596
saya takkan hubungi Cik Kim
berkaitan ibu mentua saya.

287
00:19:00,931 --> 00:19:02,349
Jumpa lagi nanti.

288
00:19:02,933 --> 00:19:03,809
Saya akan telefon.

289
00:19:08,981 --> 00:19:10,941
Maaf. Tentu lama kamu menunggu.

290
00:19:34,923 --> 00:19:36,967
- Sayang.
- Hei.

291
00:19:40,596 --> 00:19:41,889
Sudah hubungi teksi?

292
00:19:41,972 --> 00:19:43,223
Ya.

293
00:19:43,974 --> 00:19:45,225
En. Park di mana?

294
00:19:45,309 --> 00:19:47,394
Saya akan balik bersama awak.

295
00:19:48,478 --> 00:19:51,064
Saya suruh dia pulang
ketika kita makan tadi.

296
00:19:53,400 --> 00:19:56,403
Kalau begitu, kami minta diri dulu.

297
00:19:57,029 --> 00:19:58,614
Terima kasih untuk malam ini.

298
00:19:58,697 --> 00:20:00,157
- Ya.
- Selamat jalan.

299
00:20:01,783 --> 00:20:02,743
Hati-hati.

300
00:20:02,826 --> 00:20:04,036
Jumpa lagi.

301
00:20:05,037 --> 00:20:06,079
Okey.

302
00:20:16,006 --> 00:20:17,716
Maaf awak terpaksa memandu.

303
00:20:17,799 --> 00:20:19,384
Tak manis jika tak minum.

304
00:20:19,468 --> 00:20:20,594
Tak mengapa.

305
00:20:20,677 --> 00:20:22,638
Tadi pun saya memandu.

306
00:20:23,263 --> 00:20:24,348
Betul juga.

307
00:20:30,604 --> 00:20:32,356
Awak patut tidur.

308
00:20:33,815 --> 00:20:37,027
ANGGARAN MASA: 1 JAM 42 MINIT

309
00:20:38,612 --> 00:20:40,864
Kenapa tak beritahu
yang awak akan jumpa kawan?

310
00:20:42,366 --> 00:20:43,784
Awak sibuk.

311
00:20:45,327 --> 00:20:47,079
Saya kecil hati.

312
00:20:47,162 --> 00:20:49,957
Saya tak pernah jumpa kawan-kawan awak.

313
00:20:52,125 --> 00:20:54,044
Awak kata awak pulang lewat,

314
00:20:54,127 --> 00:20:55,712
tapi tak kata ke luar bandar.

315
00:20:57,506 --> 00:20:59,967
Sejak bila awak peduli tentang kerja saya?

316
00:21:04,179 --> 00:21:05,097
Betul.

317
00:21:06,098 --> 00:21:07,641
Betul juga. Maaf.

318
00:21:08,433 --> 00:21:09,559
Aduhai.

319
00:21:09,643 --> 00:21:11,270
MESEJ BAHARU
SEUNG-HEE

320
00:21:15,399 --> 00:21:16,942
<i>Datang tengah hari esok.</i>

321
00:21:17,609 --> 00:21:18,652
<i>Rumah lama.</i>

322
00:21:21,280 --> 00:21:23,282
TUTUP

323
00:21:23,365 --> 00:21:24,992
Saya tak patut cakap begitu.

324
00:21:25,075 --> 00:21:25,993
Maaf.

325
00:21:26,076 --> 00:21:26,910
DESTINASI: RUMAH

326
00:21:26,994 --> 00:21:28,578
TUNGGU SEBENTAR

327
00:21:42,509 --> 00:21:44,136
Awak kata akan jumpa kawan.

328
00:21:45,846 --> 00:21:46,930
Saya dah kata.

329
00:21:47,014 --> 00:21:50,100
Saya jumpa dia
selepas ternampak dalam berita.

330
00:21:52,686 --> 00:21:55,564
Apa yang kamu bualkan di tandas?

331
00:21:58,108 --> 00:22:00,444
Saya melawat Seung-ho sebelum ke restoran.

332
00:22:01,737 --> 00:22:04,489
Saya berjanji dengan dia

333
00:22:05,157 --> 00:22:07,576
yang saya akan bersihkan nama dia.

334
00:22:08,952 --> 00:22:13,248
Saya suruh Jae-eun datang
dan minta maaf kepada mak.

335
00:22:14,291 --> 00:22:15,125
Seung-hee.

336
00:22:16,168 --> 00:22:18,462
Kenapa? Salahkah?

337
00:22:19,046 --> 00:22:21,923
Dia hidup gembira
sebagai isteri ahli dewan

338
00:22:22,507 --> 00:22:24,718
selepas menipu dan membunuh.

339
00:22:27,179 --> 00:22:29,431
Tapi kita perlu terus hidup sengsara?

340
00:22:30,640 --> 00:22:32,684
Awak fikir mak begitu sejak dulu?

341
00:22:37,481 --> 00:22:38,315
Seung-hee.

342
00:22:39,524 --> 00:22:41,151
Awak yakin

343
00:22:41,651 --> 00:22:44,362
Jae-eun benar-benar fitnah Seung-ho?

344
00:22:45,906 --> 00:22:46,907
Ya.

345
00:22:47,741 --> 00:22:48,992
Seung-ho beritahu saya.

346
00:22:49,993 --> 00:22:51,161
Dia sendiri cakap

347
00:22:51,953 --> 00:22:53,371
pada hari itu.

348
00:22:56,583 --> 00:22:59,878
Mak, saya dah mandi.
Boleh buatkan pupur timun?

349
00:23:01,755 --> 00:23:02,798
Mak?

350
00:23:04,382 --> 00:23:05,342
Mak dah keluar.

351
00:23:05,926 --> 00:23:06,760
Apa?

352
00:23:07,302 --> 00:23:08,136
Ke mana?

353
00:23:09,679 --> 00:23:10,555
Balai polis.

354
00:23:11,139 --> 00:23:12,265
Balai polis?

355
00:23:13,975 --> 00:23:15,227
Awak buat hal?

356
00:23:19,272 --> 00:23:20,148
Apa?

357
00:23:21,358 --> 00:23:22,234
Apa halnya?

358
00:23:23,610 --> 00:23:26,279
Kim Jae-eun buat laporan polis.

359
00:23:27,322 --> 00:23:28,365
Dia kata

360
00:23:28,990 --> 00:23:30,367
saya cabul dia.

361
00:23:31,660 --> 00:23:32,786
Apa?

362
00:23:33,703 --> 00:23:34,704
Hei.

363
00:23:36,456 --> 00:23:38,166
Saya diterima ke SNU hari ini.

364
00:23:39,000 --> 00:23:40,752
Saya dah gila untuk buat begitu?

365
00:23:43,505 --> 00:23:44,965
Saya bercakap benar!

366
00:23:47,467 --> 00:23:48,718
Awak tak percaya, bukan?

367
00:23:51,179 --> 00:23:52,222
Jin Seung-hee.

368
00:23:55,058 --> 00:23:56,226
Awak tak percayakan saya?

369
00:24:00,856 --> 00:24:01,857
Awak…

370
00:24:04,860 --> 00:24:06,611
tak percaya keluarga sendiri?

371
00:24:21,334 --> 00:24:22,502
Saya tak bersalah.

372
00:24:24,796 --> 00:24:26,298
Kim Jae-eun bohong.

373
00:24:46,651 --> 00:24:47,777
Mak.

374
00:24:48,361 --> 00:24:50,113
Jamahlah sedikit.

375
00:24:50,947 --> 00:24:51,990
Okey?

376
00:24:54,743 --> 00:24:55,952
Mak.

377
00:24:58,872 --> 00:25:00,290
Kerana duit.

378
00:25:01,625 --> 00:25:02,459
Apa?

379
00:25:04,628 --> 00:25:06,588
Dia fitnah kerana duit.

380
00:25:07,672 --> 00:25:09,591
Pada hari itu,

381
00:25:10,383 --> 00:25:12,886
Jae-eun datang dan jumpa mak.

382
00:25:13,970 --> 00:25:17,015
Dia kata dia memohon
untuk ke universiti Gyeongji.

383
00:25:19,267 --> 00:25:22,812
Dia tahu mak ada saudara di sana
dan minta mak

384
00:25:22,896 --> 00:25:24,940
dapatkan biasiswa untuk dia.

385
00:25:26,483 --> 00:25:27,651
Tapi

386
00:25:28,860 --> 00:25:30,862
mak tolak permintaan dia.

387
00:25:33,406 --> 00:25:36,493
Dia kotorkan baju dia
dan pergi ke balai polis

388
00:25:38,203 --> 00:25:40,288
dan fitnah Seung-ho.

389
00:25:40,914 --> 00:25:43,792
Dengan niat untuk
dapatkan duit daripada kita.

390
00:25:44,960 --> 00:25:46,044
Aduhai.

391
00:25:47,128 --> 00:25:50,382
Kasihannya anak mak…

392
00:25:53,093 --> 00:25:54,844
Aduhai, Seung-ho.

393
00:25:56,930 --> 00:25:58,265
Aduhai.

394
00:26:00,225 --> 00:26:04,521
Seung-ho mak yang kasihan…

395
00:26:05,021 --> 00:26:06,773
<i>Tapi mak saya</i>

396
00:26:07,774 --> 00:26:09,943
tak saman Jae-eun kerana memfitnah.

397
00:26:11,486 --> 00:26:13,280
Saya bertegas kami saman,

398
00:26:14,281 --> 00:26:16,032
tapi mak tak sanggup

399
00:26:16,116 --> 00:26:19,286
nama Seung-ho diburukkan
di mahkamah dan dikaitkan

400
00:26:20,287 --> 00:26:22,163
dengan serangan seksual.

401
00:26:23,623 --> 00:26:25,667
Jadi dia kata Seung-ho mati
sebab sakit jantung.

402
00:26:27,961 --> 00:26:29,337
Walaupun dah terlewat,

403
00:26:30,797 --> 00:26:32,173
saya perlu buat sesuatu.

404
00:26:34,301 --> 00:26:35,719
Saya patut buat lebih awal.

405
00:26:36,845 --> 00:26:37,679
Dia

406
00:26:38,888 --> 00:26:42,517
musnahkan keluarga ini
dengan penipuan dia.

407
00:26:43,685 --> 00:26:45,228
Saya tak tahan

408
00:26:46,521 --> 00:26:47,772
tengok dia gembira.

409
00:26:57,157 --> 00:26:58,283
Mak dah nak sampai.

410
00:27:00,035 --> 00:27:01,703
Jangan beritahu mak lagi.

411
00:27:04,289 --> 00:27:05,123
Seung-hee.

412
00:27:15,675 --> 00:27:18,970
Apa urusan awak dengan Ki-young
sampai awak ke sini?

413
00:27:21,222 --> 00:27:22,182
Tiada apa-apa.

414
00:27:23,224 --> 00:27:25,518
Kami jumpa atas urusan kerja.

415
00:27:25,602 --> 00:27:27,312
Saya ada seminar di Chungju

416
00:27:27,395 --> 00:27:29,731
dan dekat dengan Youngsan,
jadi saya ajak jumpa.

417
00:27:32,108 --> 00:27:33,151
Maaf.

418
00:27:34,110 --> 00:27:35,779
Sebab saya cakap begitu.

419
00:27:37,072 --> 00:27:38,156
Tak apa.

420
00:27:39,240 --> 00:27:40,658
Saya minta maaf juga.

421
00:27:40,742 --> 00:27:42,994
Mungkin saya penat memandu jauh.

422
00:27:44,329 --> 00:27:45,997
Awak terpaksa memandu lagi.

423
00:27:47,207 --> 00:27:49,125
- Maaf.
- Tak perlulah.

424
00:27:50,001 --> 00:27:52,504
Kenapa tak tidur? Tentu awak penat.

425
00:27:52,587 --> 00:27:54,506
Masih ada sejam sebelum sampai.

426
00:27:55,840 --> 00:27:56,841
Okey.

427
00:27:57,634 --> 00:27:58,468
Terima kasih.

428
00:28:19,864 --> 00:28:20,865
Mak.

429
00:28:21,908 --> 00:28:23,827
Kenapa minum sampai mabuk?

430
00:28:23,910 --> 00:28:25,412
Aduhai.

431
00:28:28,123 --> 00:28:30,583
Kamu risau tentang mak?

432
00:28:33,962 --> 00:28:37,674
Anak kesayangan mak.

433
00:28:39,926 --> 00:28:40,927
Mak.

434
00:28:41,928 --> 00:28:43,263
Boleh peluk saya

435
00:28:44,389 --> 00:28:46,182
apabila mak tak mabuk?

436
00:28:47,350 --> 00:28:48,393
Macam dulu.

437
00:28:49,894 --> 00:28:52,021
Apa kamu kata?

438
00:28:53,857 --> 00:28:54,983
Tiada apa-apa.

439
00:28:55,066 --> 00:28:56,568
- Mari masuk.
- Okey.

440
00:28:57,360 --> 00:28:59,446
- Sini.
- Betul juga.

441
00:29:10,457 --> 00:29:11,499
Abang.

442
00:29:12,792 --> 00:29:13,793
Ya?

443
00:29:14,878 --> 00:29:16,296
Tentang pelajar perubatan itu…

444
00:29:26,222 --> 00:29:27,348
Kenapa?

445
00:29:29,058 --> 00:29:30,018
Jika…

446
00:29:31,352 --> 00:29:32,729
Katalah jika awak…

447
00:29:34,189 --> 00:29:37,317
boleh putarkan masa,

448
00:29:39,027 --> 00:29:42,238
adakah awak akan tetap buat
perkara yang sama terhadap dia?

449
00:29:44,741 --> 00:29:46,910
Apa awak akan lakukan?

450
00:29:47,911 --> 00:29:48,995
Saya?

451
00:29:51,247 --> 00:29:52,749
Saya tak tahu.

452
00:29:54,042 --> 00:29:56,795
Saya tak tahu perkara
yang betul, yang adil

453
00:29:56,878 --> 00:29:58,963
atau yang sepatutnya dibuat.

454
00:30:00,965 --> 00:30:02,425
Saya tak tahu.

455
00:30:04,803 --> 00:30:05,762
Awak menyesal…

456
00:30:09,641 --> 00:30:12,101
kahwini orang yang ingin berpolitik?

457
00:30:13,686 --> 00:30:14,771
Awak menyesal?

458
00:30:23,655 --> 00:30:24,489
<i>Ya.</i>

459
00:30:25,573 --> 00:30:26,491
<i>Saya menyesal.</i>

460
00:30:28,076 --> 00:30:30,286
<i>Tapi bagi mencintai awak…</i>

461
00:30:31,996 --> 00:30:33,122
Saya tak menyesal.

462
00:30:33,873 --> 00:30:34,958
Langsung tidak.

463
00:30:44,467 --> 00:30:45,802
Terima kasih, Hye-joo.

464
00:31:19,752 --> 00:31:20,753
Awak.

465
00:31:28,011 --> 00:31:29,262
Awak sanggup bertanggungjawab?

466
00:31:35,226 --> 00:31:37,103
Pak cik tak layak kata begitu.

467
00:32:00,251 --> 00:32:01,711
Sayang, awak tidur lena?

468
00:32:01,794 --> 00:32:02,754
Ya.

469
00:32:03,880 --> 00:32:04,923
Awak juga?

470
00:32:05,840 --> 00:32:07,675
- Ya.
- Ada pengebumian?

471
00:32:08,885 --> 00:32:11,596
Ya, saya akan ke Sangju.

472
00:32:11,679 --> 00:32:12,805
Sangju?

473
00:32:14,307 --> 00:32:16,017
Keluarga ibu Ji-hoon?

474
00:32:17,518 --> 00:32:19,103
Sudah 20 tahun.

475
00:32:22,482 --> 00:32:24,067
Saya ambil cuti separuh hari.

476
00:32:24,150 --> 00:32:26,444
Saya lupa beritahu awak. Maaf.

477
00:32:26,527 --> 00:32:29,113
Tak perlu minta maaf. Pergilah.

478
00:32:29,739 --> 00:32:31,324
Sudah lama awak tak ke sana.

479
00:32:31,908 --> 00:32:33,785
Pergilah.

480
00:32:33,868 --> 00:32:35,328
Awak patut beritahu awal.

481
00:32:38,831 --> 00:32:39,999
Ada wang tunai?

482
00:32:40,541 --> 00:32:41,376
Ada.

483
00:32:42,001 --> 00:32:43,711
Tentu awak bawa secukupnya,

484
00:32:43,795 --> 00:32:45,755
tapi awak patut beri lebih lagi.

485
00:32:46,756 --> 00:32:49,592
Saya rasa mereka pasti akan gembira

486
00:32:49,676 --> 00:32:52,303
jika awak guna sampul rasmi awak.

487
00:32:52,387 --> 00:32:53,554
Oh, ya. Sampul.

488
00:32:54,138 --> 00:32:56,641
Okey. Saya akan ambil di pejabat.

489
00:32:56,724 --> 00:32:58,685
Tentu terlupa. Tiada di rumah?

490
00:32:59,560 --> 00:33:00,770
Di dalam laci bilik.

491
00:33:00,853 --> 00:33:02,939
Okey, biar saya ambilkan. Tunggu.

492
00:33:06,734 --> 00:33:08,444
Tak apalah. Awak patut ambil sendiri.

493
00:33:09,028 --> 00:33:11,406
Saya tak tahu di mana awak letak barang.

494
00:33:11,489 --> 00:33:14,117
Saya tak mahu alihkan barang-barang awak.

495
00:33:15,284 --> 00:33:16,828
Okey, biar saya ambil.

496
00:33:34,387 --> 00:33:35,388
Sayang.

497
00:33:37,015 --> 00:33:39,308
Apa kata kita ke Sokcho
selepas pilihan raya?

498
00:33:40,476 --> 00:33:42,395
Ikut laluan sewaktu bulan madu.

499
00:33:46,065 --> 00:33:48,359
Awak ingin ke pantai ketika berbulan madu.

500
00:33:49,318 --> 00:33:50,653
Sebab tak pernah ke sana.

501
00:33:52,363 --> 00:33:55,908
Sebab itu kita kata
akan bercuti ke pantai setiap tahun.

502
00:33:57,618 --> 00:34:00,872
Tapi kita tak pernah ke sana
sejak Yoon-seo bersekolah.

503
00:34:04,417 --> 00:34:05,543
Maafkan saya.

504
00:34:13,760 --> 00:34:15,219
Pilihan raya tak lama.

505
00:34:15,803 --> 00:34:16,929
Bersabarlah.

506
00:34:20,850 --> 00:34:22,560
Kita pergi musim bunga.

507
00:34:23,728 --> 00:34:24,729
Okey.

508
00:34:25,563 --> 00:34:27,607
Saya setuju.

509
00:35:15,446 --> 00:35:16,447
Selamat pagi.

510
00:35:16,531 --> 00:35:18,574
- Helo. Maaf saya lewat.
- Tak apa.

511
00:35:41,639 --> 00:35:43,683
MESEJ

512
00:35:43,766 --> 00:35:45,643
SEUNG-HEE

513
00:35:45,726 --> 00:35:47,520
<i>Datang dan minta maaf</i>

514
00:35:47,603 --> 00:35:49,856
<i>kerana memfitnah
dan buat Seung-ho bunuh diri.</i>

515
00:35:52,859 --> 00:35:54,193
- Sayang.
- Ya.

516
00:35:54,277 --> 00:35:55,236
Kunci kereta.

517
00:35:56,070 --> 00:35:57,029
Kereta saya?

518
00:36:01,200 --> 00:36:02,493
Abang…

519
00:36:19,385 --> 00:36:20,636
{\an8}NAM JOONG-DO PEMBUNUH

520
00:36:28,102 --> 00:36:30,188
MUAT NAIK

521
00:36:57,173 --> 00:36:58,507
En. Park.

522
00:36:58,591 --> 00:37:00,051
Tolong bersihkan tempat ini.

523
00:37:00,801 --> 00:37:02,929
Saya akan pergi sendiri ke mesyuarat.

524
00:37:03,721 --> 00:37:04,889
Tak perlu.

525
00:37:04,972 --> 00:37:07,099
Biar saya kemas. Pergilah dengan En. Park.

526
00:37:07,183 --> 00:37:08,643
Tak, saya pergi sendiri.

527
00:37:08,726 --> 00:37:11,062
Tak apa. Sekejap saja. Usah risau.

528
00:37:11,646 --> 00:37:13,606
En. Park, tolong hantar dia.

529
00:37:13,689 --> 00:37:15,066
Baiklah.

530
00:37:18,903 --> 00:37:20,863
Pergilah cepat. Awak dah lewat.

531
00:37:21,864 --> 00:37:22,698
Okey.

532
00:37:22,782 --> 00:37:23,616
Maaf.

533
00:37:24,283 --> 00:37:25,409
Saya akan telefon.

534
00:37:54,063 --> 00:37:55,606
KETUA PENASIHAT JANG WOO-JAE

535
00:37:59,402 --> 00:38:00,736
En. Jang.

536
00:38:03,030 --> 00:38:04,156
Kenapa tak jawab?

537
00:38:06,909 --> 00:38:07,785
<i>Helo?</i>

538
00:38:07,868 --> 00:38:10,037
Mak, kenapa tak jawab telefon?

539
00:38:10,121 --> 00:38:12,832
<i>- Apa? Kamu ada telefon?
</i>- Ya.

540
00:38:12,915 --> 00:38:14,125
Mak di mana?

541
00:38:14,208 --> 00:38:17,128
Mak dengar ada sebidang tanah di Jecheon.

542
00:38:17,211 --> 00:38:18,254
Mak ke sana.

543
00:38:19,839 --> 00:38:21,215
Kereta mak ada di sini.

544
00:38:21,299 --> 00:38:23,592
Mak pergi bersama ejen harta tanah.

545
00:38:23,676 --> 00:38:24,552
Ada apa?

546
00:38:25,845 --> 00:38:28,764
Bila mak akan balik ke rumah?

547
00:38:28,848 --> 00:38:31,726
Entahlah. Kami belum sampai
ke Jecheon pun.

548
00:38:32,226 --> 00:38:33,060
Kenapa?

549
00:38:34,770 --> 00:38:36,605
Mak, begini…

550
00:38:37,106 --> 00:38:40,234
Boleh tangguhkan dulu
dan pulang ke rumah sekarang?

551
00:38:40,318 --> 00:38:41,652
Kenapa?

552
00:38:41,736 --> 00:38:43,446
Mak perlu ke sana hari ini.

553
00:38:45,656 --> 00:38:46,574
Okey.

554
00:38:47,116 --> 00:38:50,286
Selepas semua urusan selesai,
pukul berapa mak boleh pulang?

555
00:38:52,580 --> 00:38:53,998
Mak akan tahu.

556
00:38:55,458 --> 00:38:56,500
Pukul empat?

557
00:38:57,293 --> 00:38:58,711
Okey.

558
00:38:58,794 --> 00:39:01,005
Pastikan mak pulang pukul empat, okey?

559
00:39:06,344 --> 00:39:07,470
<i>Datang pukul 4 petang…</i>

560
00:39:12,224 --> 00:39:13,476
<i>Datang pukul 3:30 hari ini.</i>

561
00:39:16,771 --> 00:39:18,564
DATANG JAM 3:30 PETANG HARI INI

562
00:39:39,752 --> 00:39:41,295
Kawan sekolah tinggi?

563
00:39:42,213 --> 00:39:44,965
Ya. Saya tahu dia berasal dari Youngsan,

564
00:39:45,049 --> 00:39:47,051
tapi tak sangka mereka kawan.

565
00:39:50,846 --> 00:39:52,515
Tentang Jin Seung-hee.

566
00:39:52,598 --> 00:39:54,058
<i>Anak Lee Yoo-sin.</i>

567
00:39:54,892 --> 00:39:57,978
<i>Dia kata mereka kawan baik,
tapi walaupun dah 20 tahun,</i>

568
00:39:58,062 --> 00:39:59,647
<i>mereka tak nampak rapat.</i>

569
00:40:00,523 --> 00:40:02,400
Malah, nampak sangat kekok.

570
00:40:04,235 --> 00:40:07,571
Hye-joo juga nampak tak selesa
dengan Choi Ki-young.

571
00:40:12,743 --> 00:40:13,786
Tolong periksa.

572
00:40:14,829 --> 00:40:17,373
Nama asal Hye-joo ialah Kim Jae-eun.

573
00:40:19,458 --> 00:40:20,918
Baiklah.

574
00:40:22,837 --> 00:40:25,548
Tak sangka dia ada kaitan
dengan Kang Soon-hong,

575
00:40:26,215 --> 00:40:30,219
tapi bagus juga jika boleh bantu kita
dapatkan maklumat tentang dia.

576
00:40:40,855 --> 00:40:44,942
Hye-joo datang ke Seoul pada usia 20 tahun
dan kami kenal dua tahun kemudian.

577
00:40:45,609 --> 00:40:47,027
Berkahwin ketika dia 23 tahun.

578
00:40:48,112 --> 00:40:51,449
Awak pun tahu,
dia membesar di rumah anak yatim

579
00:40:51,532 --> 00:40:55,494
jadi saya fikir dia tak mahu
ungkit kesusahan waktu itu.

580
00:40:56,078 --> 00:40:58,330
Sebab itulah saya tak pernah tanya.

581
00:41:00,082 --> 00:41:03,377
Jadi kenapa tuan ingin tahu?

582
00:41:03,461 --> 00:41:04,295
Ada…

583
00:41:05,045 --> 00:41:06,630
sesuatu yang mencurigakan?

584
00:41:07,506 --> 00:41:08,716
Sebagai perlindungan.

585
00:41:10,009 --> 00:41:11,427
Jika sesuatu berlaku.

586
00:41:13,095 --> 00:41:14,430
Perlindungan…

587
00:41:15,764 --> 00:41:17,349
untuk Cik Kim?

588
00:41:17,892 --> 00:41:18,767
Atau tuan?

589
00:41:21,687 --> 00:41:23,105
Jangan salah faham.

590
00:41:24,523 --> 00:41:27,943
Saya bercakap sebagai suami dia,
bukan ahli dewan.

591
00:41:30,654 --> 00:41:31,530
Baiklah.

592
00:41:32,031 --> 00:41:34,200
Selamat jalan. Saya minta diri dulu.

593
00:41:54,053 --> 00:41:55,095
Mak cik dah pesan, bukan?

594
00:41:55,179 --> 00:41:58,474
Jangan masuk ke tempat
peribadi mak cik tanpa kebenaran.

595
00:41:59,433 --> 00:42:00,267
Maafkan saya.

596
00:42:00,851 --> 00:42:03,437
Saya bukan sesiapa untuk buat begitu.

597
00:42:11,737 --> 00:42:12,738
Soo-bin.

598
00:42:15,366 --> 00:42:16,784
Ada apa-apa?

599
00:42:18,369 --> 00:42:20,246
Tak, mak cik nak ke studio.

600
00:42:21,247 --> 00:42:22,164
Baiklah.

601
00:42:22,248 --> 00:42:23,290
Saya nak ke tandas.

602
00:42:23,374 --> 00:42:24,542
Soo-bin, tunggu.

603
00:42:28,254 --> 00:42:30,798
Malam ini, mak cik akan pulang lewat.

604
00:42:31,382 --> 00:42:33,008
Tak perlu beritahu saya.

605
00:42:34,593 --> 00:42:37,471
Ini rumah mak cik.
Tak perlu minta kebenaran saya.

606
00:43:05,416 --> 00:43:06,584
PEMBUNUH

607
00:43:16,510 --> 00:43:19,263
KLINIK WANITA DAON

608
00:43:26,437 --> 00:43:27,563
Apa?

609
00:43:30,983 --> 00:43:32,568
Gugurkan kandungan?

610
00:43:34,236 --> 00:43:35,404
Ya.

611
00:43:35,487 --> 00:43:39,325
Klinik lain beritahu saya
yang ia tak lagi dianggap haram.

612
00:43:40,618 --> 00:43:42,911
Boleh saya buat di sini?

613
00:43:47,791 --> 00:43:48,709
Aduhai.

614
00:43:50,919 --> 00:43:51,754
Helo.

615
00:43:56,133 --> 00:43:58,552
DERMATOLOGI CHUNG YOO-NA

616
00:44:03,599 --> 00:44:04,933
Awak ada pemeriksaan?

617
00:44:06,185 --> 00:44:07,519
Mabuk hamil dah okey?

618
00:44:08,479 --> 00:44:10,189
Usah pedulikan hal saya.

619
00:44:10,272 --> 00:44:11,857
Utamakan penjagaan kulit mak cik.

620
00:44:15,027 --> 00:44:16,945
Hei, Soo-bin. Tunggu.

621
00:44:18,906 --> 00:44:19,865
Kenapa?

622
00:44:20,449 --> 00:44:21,450
Okey.

623
00:44:22,159 --> 00:44:25,871
Mak cik faham emosi awak
tak menentu disebabkan hormon.

624
00:44:25,954 --> 00:44:28,874
Sebab itulah mak cik cuba memahami.

625
00:44:28,957 --> 00:44:31,543
Tapi sikap awak ini melampau.

626
00:44:31,627 --> 00:44:33,796
Awak berkelakuan biadab.

627
00:44:36,757 --> 00:44:37,591
Kenapa?

628
00:44:38,092 --> 00:44:40,469
Mak cik menyibuk sedangkan tiada anak?

629
00:44:43,347 --> 00:44:45,432
Mak cik pernah mengandung, bersalin

630
00:44:46,600 --> 00:44:47,559
dan besarkan anak.

631
00:44:58,487 --> 00:45:00,197
Tahu makna "tak tanya, tak peduli"?

632
00:45:01,448 --> 00:45:02,783
Apa?

633
00:45:24,763 --> 00:45:28,559
{\an8}NAM JOONG-DO PEMBUNUH

634
00:45:33,981 --> 00:45:35,691
{\an8}ISTERI NAM JOONG-DO PEMBUNUH

635
00:46:29,411 --> 00:46:30,537
<i>Baiklah.</i>

636
00:46:32,122 --> 00:46:34,583
<i>Apa salahnya jika saya bohong?</i>

637
00:46:41,048 --> 00:46:45,177
{\an8}RUMAH ANAK YATIM YOUNGSAN

638
00:46:55,479 --> 00:46:57,731
KOMUNIKASI MEDIA KELAS '04
KIM HYEON-U

639
00:46:57,814 --> 00:46:59,149
<i>Dah siap.</i>

640
00:46:59,233 --> 00:47:00,859
<i>Boleh tahan, bukan?</i>

641
00:47:00,943 --> 00:47:02,194
<i>Nampak tulen.</i>

642
00:47:09,660 --> 00:47:11,828
<i>Bagus. Terima kasih.</i>

643
00:47:31,473 --> 00:47:33,892
<i>Adakah ia khabar angin tak berasas?</i>

644
00:47:33,976 --> 00:47:36,895
<i>Tak, menurut sumber,
ia bukan khabar angin.</i>

645
00:47:36,979 --> 00:47:39,064
<i>Dia dikatakan amat tertekan</i>

646
00:47:39,147 --> 00:47:41,733
<i>dengan cemuhan yang dilemparkan
terhadap mendiang.</i>

647
00:47:41,817 --> 00:47:42,693
<i>Tapi…</i>

648
00:47:47,823 --> 00:47:51,118
<i>Betul. Pendedahan terbaru
mendapati mendiang memuat naik</i>

649
00:47:51,201 --> 00:47:53,620
<i>rakaman haram bekas teman wanitanya</i>

650
00:47:53,704 --> 00:47:58,125
<i>ke laman pornografi
sejurus sebelum membunuh diri.</i>

651
00:47:58,208 --> 00:48:00,460
- Apa?
<i>- Ketika permohonan waran tangkap dibuat,</i>

652
00:48:00,544 --> 00:48:02,546
<i>- mendiang membuat ugutan.
</i>- Apa?

653
00:48:02,629 --> 00:48:03,755
<i>Betul.</i>

654
00:48:03,839 --> 00:48:06,550
<i>Pihak polis percaya
apabila permohonan semula dibuat,</i>

655
00:48:06,633 --> 00:48:08,302
<i>mendiang memutuskan</i>

656
00:48:08,385 --> 00:48:12,014
<i>untuk membalas dendam
sebelum membunuh diri.</i>

657
00:48:12,097 --> 00:48:14,141
<i>Bagaimana pihak berkuasa tahu</i>

658
00:48:14,224 --> 00:48:16,018
<i>- video itu disebarkan?
</i>- Dia…

659
00:48:16,101 --> 00:48:19,855
- Dia buat apa?
<i>- Pihak berkuasa menjumpai video itu</i>

660
00:48:19,938 --> 00:48:22,524
<i>dalam operasi membanteras
laman web pornografi.</i>

661
00:48:22,608 --> 00:48:24,651
<i>Berdasarkan pemeriksaan alamat IP,</i>

662
00:48:24,735 --> 00:48:27,654
<i>polis mendapati ia berasal
dari komputer mendiang.</i>

663
00:48:28,864 --> 00:48:31,742
<i>Ahli Dewan Nam yang bersiaran langsung…</i>

664
00:48:37,581 --> 00:48:39,666
{\an8}SEUNG-HEE

665
00:48:41,543 --> 00:48:42,961
DATANG JAM 3:30 PETANG HARI INI

666
00:48:46,089 --> 00:48:47,966
MAK CIK KEDAI MINYAK

667
00:48:51,345 --> 00:48:52,638
Helo?

668
00:48:53,555 --> 00:48:54,890
<i>Cik Kim.</i>

669
00:48:55,891 --> 00:48:58,185
Mak cik, apa yang berlaku?

670
00:49:00,604 --> 00:49:02,648
Apa? Video?

671
00:49:07,027 --> 00:49:08,320
Tak.

672
00:49:08,403 --> 00:49:10,572
Saya tak tahu apa-apa.

673
00:49:12,824 --> 00:49:13,867
Ya.

674
00:49:15,577 --> 00:49:16,745
Ya.

675
00:49:16,828 --> 00:49:18,914
Mak cik, bawa bertenang.

676
00:49:19,956 --> 00:49:22,542
Saya akan cuba dapatkan maklumat.

677
00:49:23,126 --> 00:49:24,086
Ya.

678
00:49:30,634 --> 00:49:32,386
ABANG

679
00:49:37,099 --> 00:49:40,477
KETUA PENASIHAT JANG WOO-JAE

680
00:49:41,061 --> 00:49:42,062
Ya, Cik Kim.

681
00:49:43,271 --> 00:49:45,816
Kami baru dapat tahu beberapa hari lalu.

682
00:49:46,483 --> 00:49:47,734
Polis sedang menyiasat

683
00:49:47,818 --> 00:49:49,945
dan En. Nam guna duit dia untuk upah pakar

684
00:49:50,445 --> 00:49:52,239
bagi memadam video itu.

685
00:49:53,073 --> 00:49:54,116
Ya.

686
00:49:58,161 --> 00:49:59,830
Tak sangka pihak media tahu.

687
00:50:00,330 --> 00:50:01,164
<i>Begitu.</i>

688
00:50:02,958 --> 00:50:05,293
Baiklah. Terima kasih.

689
00:50:11,341 --> 00:50:13,176
Kita buat satu per satu, okey?

690
00:50:13,760 --> 00:50:15,512
Kenapa dia libatkan diri?

691
00:50:16,263 --> 00:50:17,514
PEJABAT PENGARAH

692
00:50:19,891 --> 00:50:21,309
MAK CIK KEDAI MINYAK

693
00:51:04,269 --> 00:51:06,480
Jae-eun tak bercerita panjang.

694
00:51:08,690 --> 00:51:12,694
Tapi saya orang yang akan
bersama dia seumur hidupnya.

695
00:51:12,778 --> 00:51:14,946
Saya perlu tahu kisah silam dia

696
00:51:15,030 --> 00:51:16,948
supaya jika sesuatu berlaku,

697
00:51:17,032 --> 00:51:18,700
saya boleh lindungi dia.

698
00:51:21,077 --> 00:51:23,079
Jadi tolong beritahu saya.

699
00:51:28,710 --> 00:51:31,797
Ia berkaitan dengan orang
bernama Jin Seung-hee, bukan?

700
00:51:33,632 --> 00:51:34,883
Jae-eun…

701
00:51:36,301 --> 00:51:38,053
sebut nama dia?

702
00:51:38,136 --> 00:51:40,013
Ya, nama saja.

703
00:51:48,188 --> 00:51:50,232
Ada seorang pelajar lelaki yang berjaya

704
00:51:50,816 --> 00:51:52,442
ke Fakulti Undang-undang SNU.

705
00:51:53,109 --> 00:51:54,861
Sejarah buat Sekolah Tinggi Youngsan.

706
00:51:56,196 --> 00:51:58,615
<i>Okey. Saya akan sampai waktu itu.</i>

707
00:52:24,474 --> 00:52:26,017
MENDIANG JUNG SU-HYEON

708
00:52:26,101 --> 00:52:28,353
Kamu tahu Su-hyeon degil, bukan?

709
00:52:30,230 --> 00:52:31,273
Ya.

710
00:52:31,940 --> 00:52:35,861
Sejak kecil lagi
dia memang seorang yang degil.

711
00:52:36,903 --> 00:52:38,697
Tak sangka dia hidap kanser,

712
00:52:39,281 --> 00:52:41,324
tapi dia enggan dirawat
sebab kandungan dia.

713
00:52:41,408 --> 00:52:45,787
Puas ayah pujuk dia dan beritahu
yang dia boleh mengandung lagi,

714
00:52:45,871 --> 00:52:47,747
tapi dia memang degil.

715
00:52:48,373 --> 00:52:49,624
Dia pergi tak lama

716
00:52:50,208 --> 00:52:51,918
selepas Ji-hoon lahir, bukan?

717
00:52:54,087 --> 00:52:55,130
Ya.

718
00:52:55,839 --> 00:53:00,468
Secara jujurnya, waktu itu ayah
salahkan kamu lebih daripada Su-hyeon.

719
00:53:01,136 --> 00:53:03,847
Selepas dia pergi dan ayah renung semula,

720
00:53:03,930 --> 00:53:07,183
ayah sedar tentu lebih sukar
untuk kamu terima keputusan dia.

721
00:53:08,393 --> 00:53:09,436
Betul?

722
00:53:12,397 --> 00:53:16,943
Jadi ayah fikir, tak kisahlah.
Asalkan Ji-hoon hidup dengan baik.

723
00:53:18,320 --> 00:53:19,946
Walaupun jarang berjumpa,

724
00:53:20,530 --> 00:53:22,949
ayah fikir tentu dia
hidup baik bersama kamu,

725
00:53:23,033 --> 00:53:24,743
ibu tiri dan adik dia.

726
00:53:26,286 --> 00:53:28,872
Tapi dia asyik masuk berita
kerana buat hal.

727
00:53:31,374 --> 00:53:32,709
Tak sangka dia pergi juga.

728
00:53:36,379 --> 00:53:37,797
Semua salah saya.

729
00:53:39,049 --> 00:53:40,258
Saya minta maaf.

730
00:53:43,803 --> 00:53:47,432
Tak perlu lagi hantar buah tangan
setiap kali ada perayaan.

731
00:53:48,016 --> 00:53:49,184
Usah hantar.

732
00:53:50,143 --> 00:53:53,229
Kamu bersama Su-hyeon
tak sampai dua tahun,

733
00:53:53,313 --> 00:53:55,774
tapi kamu jaga kami selama 20 tahun.

734
00:53:56,900 --> 00:53:58,693
Kita patut putuskan hubungan.

735
00:54:00,737 --> 00:54:03,323
Tak perlu jumpa
melainkan ada berita buruk.

736
00:54:04,574 --> 00:54:06,034
Kami tak minta apa-apa.

737
00:54:06,117 --> 00:54:07,869
Lupakan kami

738
00:54:09,162 --> 00:54:10,830
dan berkhidmatlah untuk negara.

739
00:54:21,299 --> 00:54:22,509
Mari makan dulu.

740
00:54:23,093 --> 00:54:24,135
Baiklah.

741
00:54:39,567 --> 00:54:41,653
SEK. MEN. YOUNGSAN
SEK. TINGGI YOUNGSAN

742
00:56:21,044 --> 00:56:22,587
Mak akan sampai.

743
00:56:24,881 --> 00:56:26,883
Awak tutup telefon.

744
00:56:27,717 --> 00:56:29,636
Saya telefon sebab risau
awak ubah fikiran.

745
00:56:30,553 --> 00:56:32,222
Awak tak sesat.

746
00:56:35,058 --> 00:56:36,768
Dulu, saya kerap ke sini.

747
00:56:41,606 --> 00:56:43,441
Rumah ini sama seperti dulu, bukan?

748
00:56:45,735 --> 00:56:47,028
Sama seperti

749
00:56:48,238 --> 00:56:49,656
dua puluh tahun lalu.

750
00:57:09,634 --> 00:57:10,844
Cuci muka awak.

751
00:57:12,262 --> 00:57:14,013
Lap air mata awak.

752
00:57:15,014 --> 00:57:19,018
Jangan cuba raih simpati
daripada mak saya.

753
00:57:20,061 --> 00:57:21,020
Faham?

754
00:57:58,975 --> 00:58:00,643
Seung-hee, kenapa?

755
00:58:24,709 --> 00:58:26,753
Cik Jin, bukan pintu sekarang.

756
00:58:27,712 --> 00:58:28,755
Sekarang!

757
00:59:00,578 --> 00:59:03,456
TROLLEY

758
00:59:03,540 --> 00:59:04,624
{\an8}<i>Jangan buat apa-apa.</i>

759
00:59:04,707 --> 00:59:06,960
{\an8}<i>Nam Joong-do takkan berdiam diri.</i>

760
00:59:07,043 --> 00:59:08,962
{\an8}Saya sanggup melutut dan buat apa saja.

761
00:59:09,045 --> 00:59:12,173
{\an8}Jangan salahkan apa saja
yang bakal saya lakukan.

762
00:59:12,257 --> 00:59:14,175
{\an8}<i>- Dia tak patut masuk campur.
- Apa ini?</i>

763
00:59:14,926 --> 00:59:16,553
{\an8}<i>Jangan masuk ke bilik saya
semasa saya tiada.</i>

764
00:59:16,636 --> 00:59:20,640
{\an8}<i>Pilihan raya semakin dekat.
Saya rumitkan keadaan, bukan?</i>

765
00:59:20,723 --> 00:59:23,393
{\an8}Awak tak perlu buat
atau risau tentang apa-apa.

766
00:59:23,476 --> 00:59:25,520
{\an8}<i>Jika awak apa-apakan dia,</i>

767
00:59:25,603 --> 00:59:27,188
{\an8}<i>awak akan terima padahnya.</i>

768
00:59:27,272 --> 00:59:29,649
{\an8}<i>Kenapa semua ini berulang lagi?</i>

769
00:59:29,732 --> 00:59:31,484
{\an8}<i>Saya Nam Joong-do, ahli dewan Sinyang.</i>

770
00:59:31,568 --> 00:59:33,778
{\an8}<i>Saya akan bertanggungjawab.</i>

771
00:59:34,571 --> 00:59:39,450
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali

